Laman KM2: 6653 KM2 Index File Size: 15.3 Kb


TAG SP 583: MK: Keadilan Tersilap, Kisah Anwar Masih Relevan
By L Chuah

22/1/2002 11:13 am Tue

MalaysiaKini.com
21.01.02

Keadilan Tersilap, Kisah Anwar Masih Relevan

(Keadilan makes mistake, Anwar still matters)

Oleh: L Chuah

Ada satu perkara yang begitu menonjol kesan pilihanraya kecil di Indera Kayangan. Perkara itu ialah kisah bertambahnya sokongan pengundi Cina terhadap pihak pembangkang.

Ini merupakan satu fenomena yang besar maknanya, kerana ia menunjukkan di sebalik usaha bertalu-talu barisan nasional untuk mengaitkan hubungan Keadilan-PAS dengan kerajaan Taliban, lebih ramai Cina Malaysia yang bersedia memangkah kertas undi untuk parti politik pelbagai kaum seperti Keadilan.

Sebaliknya pula, Keadilan sepatutnya mampu mempamerkan keupayaan yang lebih berwibawa kalaulah masalah dalaman mereka tidak terus mengeruhkan keadaan. Perpecahan dengan pihak yang pro-Abim adalah masih hangat lagi sehingga memberikan kesan yang sungguh menekannya di kalangan pengundi Melayu.

Lagipun, susunan kepimpinan yang terbaru tidak mempunyai masa untuk merencana satu pilihanraya kecil yang muncul secara tiba-tiba. Kesuntukan masa diterukkan bukan sahaja oleh kerana BN seperti yang selalu dilakukannya, mempunyai pengaruh besar ke atas media perdana untuk melonggokkan propaganda busuk ke atas pihak pembangkang, tetapi disebabkan tempoh berkempen yang begitu suntuk yang diperuntukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

Pada masa dulu, Keadilan tersilap kerana memberikan fokus hanya kepada isu Anwar Ibrahim, sehingga mencetuskan dakwaan bahawa ia adalah parti yang mempunyai hanya satu isu. Yang terbaru, keadaan berubah songsang, di mana isu Anwar tidak disebut langsung. Ini adalah satu kesilapan besar, kerana mereka yang bencikan kezaliman tidak lagi teransang untuk menyokong parti itu.

BN lebih peka dengan keadaan ini, dan itu sebabnya perbicaraan rayuan Anwar pada 11 Januari ditangguhkan sehingga Februari, yakni selepas pilihanraya kecil itu.

Ada tiga pendapat dalam Isu Anwar

Orang bukan-Melayu terutama kaum Cina menganggap isu Anwar sekurang-kurangnya dari tiga segi. Mereka yang muda, dan berpendidikan tinggi merasa marah cara bekas timbalan perdana menteri itu diaibkan, dan mereka melihat penjaraannya sebagai satu petanda betapa banyak yang tidak kena dengan kerajaan yang ada.

Generasi tua, memang amat faham dengan taktik pecah dan perintah di negara ini. Mereka menganggap Anwar sebagai seorang lagi ahli UMNO yang kecundang dengan ketuanya, dan apapun yang akan terjadi ini merupakan satu perbalahan antara kaum Melayu di mana kaum lain harus tidak campurtangan ataupun ambil tahu.

Kemudian ada pula jenis ahli MCA yang mempunyai sasaran utama dalam politik memihak kepada pemimpin Melayu yang menang supaya harta mereka tetap terpelihara.

Ini bererti, Keadilan tidak boleh mengharapkan sebarang undi daripada jenis ini, ataupun harapan untuk meneroka ruang di kalangan generasi tua Cina mengenai Anwar.

Namun, isu Anwar masih bergema di jiwai generasi muda, yang lebih tinggi pendidikannya di kalangan bukan-Melayu. Pada keseluruhannya, isu Anwar akan meraih lebih banyak undi di kalangan kelompok bukan-Melayu ini. Yang lebih penting ialah isu ini digunakan sebagai salah satu isu dan bukannya sebagai hanya satu isu sahaja.

Bagi orang Melayu, pengaiban Anwar akan terus menghantui mereka. Seperti yang disebut oleh MGG Pillai, budaya Melayu membenarkan pembunuhan seseorang musuh, tetapi budaya itu tidak merelakan pengaiban musuh itu. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap Anwar tidak dapat dilupakan oleh orang Melayu selagi perkara ini tidak diselesaikan untuk memuaskan pihak yang terjejas perasannya, dan selagi Keadilan dengan secara tidak bijak melepaskan isu itu dalam kempennya terhadap BN, seperti yang cuba dilakukannya di Indera Kayangan.

Kekalahan Keadilan di Indera Kayangan, sudah tentu, kerana kelemahannya tersendiri, seperti masalah dalaman dan kekurangan strategi yang mantap, dan bukannya disebabkan kekuataan dalaman BN. Pilihanraya itu tidak menjejaskan PAS kerana parti itu tidakpun menunjukkan kesungguhan untuk menyokong parti yang tergugat ini.

Peperangan di masa depan

Masalah IK hanya merupakan satu bayangan sahaja. Ia bukan lagi boleh dianggap sebagai perang pilihanraya. Apabila perang sebenar dalam pemilu 2004 muncul nanti, BN akan menghadapi cabaran yang berbeza. Pertama, tidak mudah mereka memberikan tumpuan kepada sesuatu kawasan, ataupun ia tidak lagi mampu menggunakan propaganda 'negara Taliban' tanpa mengguris kawasan tradisi Islam tertentu.

Malahan, besar kemungkinannya UMNO akan mengurangkan retorik negara Taliban itu, dan cuba mengenepikan PAS secara menipu. Seandainya ini terjadi, pengundi bukan-Melayu di bandar akan memilih Keadilan ataupun DAP. Keadilan akan meraih keuntungan di kawasan yang diduduki bersama oleh Melayu dan Cina melalui undi sokongan mereka.

Orang Melayu harus diingatkan isu Anwar dan masalah sosial yang sendeng sebagai isu am. Pendidikan Cina dan isu bahasa ibunda akan menjadi isu besar, kerana puak minoriti akan mempunyai masa yang lebih lama membincangkannya, sambil melihat betapa bahasa ibunda dan budaya mereka yang semakin menghilang, dan membuatkan mereka menyedari kepentingan pengawasan dan pengimbangan dalam masyarakat berdemokrasi.

Besar kemungkinannya nanti, DAP akan memenangi kerusi mengalahkan MCA, dalam kawasan yang didominasi oleh kaum Cina. Tarikan yang ada pada DAP dalam hal itu, bukan terletak kepada perbezaan yang wujud antaranya dengan hanya MCA, tetapi juga dengan Gerakan.

Apabila masyarakat melihat DAP sebagai satu lagi parti seakan Gerakan, yakni sebuah parti yang menyuarakan suara hati parti yang memerintah, satu penghijrahan manusia yang paling cenderung ke kiri fahaman mereka akan dapat dijangka (ini juga yang terjadi kepada PPP - People's Progressive Party - ketika ia menganggotai BN). Naum demikian, adalah tidak mungkin para pemimpin seperti Lim Kit Siang akan membenarkan parti itu hanyut begitu jauh ke kanan seperti itu.

Seperti yang disebut sebelum ini, berlakunya sifat berkerat-rotan antara Keadilan dan kumpulan yang pro-Abim memang telah menyagat parti itu. Namun pada jangkamasa yang lama, dan mungkin untuk kebaikan parti itu juga, untuk membolehkan sebuah parti yang benar-benar pelbagai kaum sifatnya bernafas lega, parti itu tidak seharusnya dipengaruhi terlalu kuat oleh sebarang dominasi agama yang dominan.

Seharusnya ia menjadi satu kemungkinan, untuk Keadilan berpisah dalam suasana yang redha dengan kumpulan pro-Abim itu, dan bukannya dalam keadaan yang penuh dengan kata-kata kesat dan hangat yang pernah dilihat oleh masyarkat sejak beberapa minggu yang lalu. Sesungguhnya apa yang sudah terjadi tidak akan dapat ditarik kembali, dan kepimpinan pelbagai kaum yang ada kini perlu menumpukan hati dan minda kepada lubuk perjuangan mereka sebenarnya.

1,687 yang menjadi Wira

Ada satu perkara lagi yang perlu dirakamkan di sini: pilihan raya kecil Indera Kayangan merupakan satu pilihanraya kecil yang sungguh hangat, terlalu tidak beretika, di mana kata-kata kesat dan berbisa pernah disembur oleh BN terhadap mana-mana parti pembangkang.

Ia merupakan satu kempen politik yang jauh menyimpang daripada tata kesusilaan hidup manusia. Semakin jelas betapa pasukan gempur polis dan banyak lagi pasukan keselamatan berada di sana bukan sebagai alat untuk mententeramkan keadaan, tetapi sebagai simbol untuk menggugat para penyokong parti pembangkang.

Apabila dilihat semua ini, mereka yang mengundi calon pembangkang bukannya calang-calang pengundi. Untuk melihat seorang wira sahaja daripada tempat itu sudah memadai. Tetapi, apabila melihatkan satu ribu enam ratus lapan puluh tujuh wira menapak ke pondok mengundi adalah satu perkara yang menakjubkan.

Kepada mereka yang menganggotai parti itu yang sedang memperjuangkan hak yang saksama untuk satu negara yang lebih ceria, izinkan saya berkata: Anda mungkin tersilap, tetapi kemenangan terakhir adalah hak kita. Teruskan perjuangan sehingga munculnya hari kemenangan.

Terjemahan: SPAR - 21.01.02




Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2002/01/2002012102.php3

Monday January 21, 2002

Keadilan makes mistake, Anwar still matters

L Chuah

One thing that stands out from the Indera Kayangan results is the apparent increase in support for the opposition among Chinese Malaysian voters.

This phenomenon is of great significance, for it shows that, despite Barisan Nasional's incessant attempts to tie Keadilan's association with PAS with support for a ?Taliban? state, more Chinese Malaysians are ready to vote for a predominantly Malay multiracial party like Keadilan.

On the other hand, Keadilan could have put up a better show if circumstances have not magnified their woes. The split with pro-Abim (Malaysian Muslim Youth Association) members was too recent not to have a devastating effect among Malay voters.

Further, the newly-formed leadership hardly had the time to settle down when the by-election emerged. The time factor was aggravated not only because BN, as usual, got a headstart with the government-controlled mass media to heap malicious propaganda upon the opposition, but also because of the short period allocated for campaigning by the Election Commission.

In the past, Keadilan made a mistake in focusing only on the Anwar Ibrahim issue, thus giving the impression that it was a one-issue party. Recently, the pendulum appears to have swung to the other side - Anwar is hardly mentioned at all. This is a big mistake, for those who hate injustice are not motivated to rally around the party.

BN is much more prescient about this matter, which could be why the Jan 11 Anwar trial was postponed until February, that is, until after the by-election is over.

Three views on Anwar issue

The non-Malays, particularly the Chinese, view the Anwar issue in at least three different ways. The younger, more intellectual types tend to be outraged by the way the former DPM was treated, and they see the imprisonment of Anwar as a sign of all that is wrong with the government.

The older generation, used to the divide-and-rule racial politics of the country, often regard Anwar as just another Umno man who had fallen out of favour with his boss and that, at any rate, this is an intra-Malay quarrel and other communities should leave it as such.

Then there is the MCA type whose sole aim in politics is to side with the winning Malay leader so that their property could be protected.

Needless to say, Keadilan can hardly expect any vote from the MCA type, nor can it expect to make much inroad with the older generation on the Anwar issue.

But the issue can still find resonance among younger, better educated non-Malays. On the whole, it appears that the Anwar issue will gain more votes than lose even among the non-Malays. What is important is that it is presented as one of the issues and not the only issue.

As for the Malays, the mistreatment of Anwar must remain a very sore point. As malaysiakini columnist MGG Pillai often pointed out, the Malay cultural instinct allows for the killing of an enemy, but it will not tolerate the shaming of that enemy. What the government did to Anwar would never be forgotten by the Malays unless the matter is brought to a satisfactory conclusion, and unless Keadilan is unwise enough to drop it from its anti-BN arsenal, as it seems to have done at Indera Kayangan.

Keadilan's loss at Indera Kayangan, therefore, was caused more by its own weaknesses, such as party infighting and lack of a sound strategy, than by any intrinsic BN strength. The election also did not affect PAS, as that party did not appear to make a real effort to support its besieged ally.

War to come

Indera Kayangan, however, is just a skirmish: it is not a battle, much less a war. When the war or the 2004 general elections arrive, BN will be facing a completely different set of circumstances because, first, it is not possible for them to concentrate all their resources on one particular area, nor can it continue making its "Taliban state" propaganda without alienating traditional Muslim areas.

It is very likely, in fact, that Umno will not only tone down its "Taliban state" rhetoric, but even try to out-Islamise PAS. If this happens, then the urban non-Muslim votes will go to Keadilan and DAP. Keadilan will have an advantage in mixed areas where both Malay and Chinese votes are essential.

The Malays must again be reminded of the Anwar issue and the issue of social justice in general. Chinese education and mother-tongue issues will be big factors then, for there will be more time for minorities to digest the situation, to see more clearly the gradual disappearance of their language and culture, and to realise the importance of checks and balances in a democratic society.

It is also likely that DAP will gain seats, at MCA's expense, in most predominantly-Chinese areas. DAP's attraction, however, lies not only in its differences with MCA, but also with Gerakan.

If the public were to see DAP as just another Gerakan, that is, as a party that aims at merely being the "conscience" of the ruling party, a mass exodus of most left-inclined voters can be expected (this happened to the People?s Progressive Party when it joined BN). It is unlikely, however, that leaders such as Lim Kit Siang will allow the party to drift so much to the right.

As stated earlier, Keadilan's break with the pro-Abim group had obviously hurt the party. Yet in the long run, it is perhaps for the best, for a truly multiracial party should not be influenced too much by any religion.

It should have been possible, however, for Keadilan to part amicably with the pro-Abim group, rather than with the kind of heated exchanges that the public had seen for the last few weeks. Still, what is past is past, and the present multiracial leadership appear to have their hearts in the right place.

1,687 heroes

One more thing needs to be mentioned: the Indera Kayangan by-election has seen some of the fiercest, most unethical, concentrated venom ever spouted by BN on any opposition party.

It was a no-holds-barred campaign by BN, and it's quite apparent that the riot squads and other security forces were there not merely to keep the peace, but also to intimidate supporters of the opposition.

Seen in this light, those who voted for the opposition were no ordinary voters: they were heroes blazing the path to a more equal and just society. Just one hero from such a small place should be enough. To see one thousand six hundred and eighty-seven heroes marching to the ballot box is a miracle.

So for those in that party who are fighting the unequal fight for a better Malaysia, I say: You might make mistakes, but final victory is yours. Stay the course and your day will come.

L CHUAH is a self-proclaimed literature hog interested in applying a multi-disciplinary approach to world affairs.