Laman KM2: 6652 KM2 Index File Size: 11.0 Kb


TAG SP 582: UMNO Dalam Bahaya - Cina Tolak Fahaman Ultra-Melayu
By Spirit of Truth

22/1/2002 11:09 am Tue

Laman M@rhaen
21.01.02

UMNO Dalam Bahaya - Cina Tolak Fahaman Ultra-Melayu

(UMNO in Peril - Chinese Reject UMNO's Ultra Malay Racism)

Oleh: Spirit of Truth

'UMNO dah jadi samseng, UMNO dah jadi basi' demikian gambaran yang dipaparkan oleh UMNO yang begitu terdesak dan gelabah ketika ikut serta dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan, yang dimenangi melalui penipuan yang sungguh terancang menggunakan pengundi hantu dan undi pos. Generasi muda Melayu telah menolak fahaman basi perkauman UMNO, kerana kesedaran bahawa perkauman Melayu hanya membantut kemajuan mereka, menjadikan mereka longlai dan tidak ada daya saing sehingga menjerumuskan mereka menjadi satu bangsa yang lemah. Sebalik segala kata kesat dan hangat serta penyalah-gunaan kuasa yang ada termasuk penggunaan berjuta wang rakyat yang mereka rompak di siang hari, pengunaan polis yang beruniform dan berpakaian biasa, penggunaan media massa dengan begitu jijik sekali kerjanya, dengan menggaji kumpulan samseng yang diberikan cukup makan, penyalah-gunaan jentera kerajaan dan agensinya, namun mereka tidak mampu menggegarkan nekad dan sokongan para penyokong dan pengundi terutama pengundi Cina yang menolak fahaman rasis ultra-Melayu UMNO, sehinggakan undian Cina meningkat enam kali ganda.

Kemenangan UMNO kerana undi pos dan undi hantu yang menipu

Apa yang disebut kemenangan UMNO adalah hasil penipuan pilihanraya, di mana undi pos sengaja diwujudkan sedangkan semua itu tidak diperlukan. Pengundi hantu dibawa masuk secara khusus oleh MCA dan UMNO kerana mereka sedar bahawa rakyat Perlis sudahpun menolak UMNO-BN. Satu kemenangan melalui penipuan bukanlah satu kemenangan yang dibanggakan, dan adalah disebut dengan jelasnya betapa UMNOBN sepatutnya kalah kalau tidak kerana undi pos dan undi hantu. Dianggarkan 700 undi pos adalah undi palsu dan sekitar 1000 pengundi hantu telah ditokok-tambah dalam daftar pengundi. Ini terbukti dengan jelas apabila hanya 50% pengundi muncul memangkah kertas undi pada 3.00 petang sedangkan keputusan mengatakan 80% pengundi yang turun mengundi. Ini bererti 30% pengundi adalah pengundi hantu dan kalau jumlah undi ini ditarik-balik bererti UMNOBN telah kalah!!

Ugutan dan Ketakutan menyebabkan ramai tidak mengundi ...

Secara nyata hanya 60% pengundi yang keluar mengundi, kerana ini adalah rencana UMNOBN, supaya mereka dapat memaksimumkan undi tipu. Sekitar 20% undi tambahan adalah undi pos dan undi hantu. Kerana itu mana timbulnya perubahan fikiran masyarakat sedangkan perkara sebenar ialah UMNO tidak berjaya merobah fikiran penduduk tempatan, tetapi mengguankan propaganda untuk melaksanakan kaedah penipuan supaya rakyat berfikir mereka sudah berjaya. Kebenaran adalah satu perkara hakiki dan UMNO telah kehilangan keyakinan kaum Cina sebanyak enam kali ganda. Inilah yang menakutkan Mahathir, kerana dia telah menggunakan segala kaedah penipuan yang menjadi amalan diktator yang korup. Namun dia gagal dan kini dihantui igauan di waktu tidurnya. Dia kini bertanya apakah kaum Cina sudah berpusing? Ya!!! Kaum Cina sudah berubah kerana menyedari bahawa Mahathir adalah seorang musibat yang suka berbohong, yang kerap menjerit 'serigala' dan apabila dia menjerit perkatan yang sama ketiga kali ini, masyarakat Cina faham sangat dia sudah berbohong dan sanggup mengenepikan beliau dengan angan-angannya.

Umno sudah rosak dan tidak berguna lagi

UMNO sudah rosak, dan menjadi basi. Ia sudah dijangkiti penyakit baru - keganasan politik namanya dengan simtom wujudnya unsur samseng, rendah moral, jenayah dan salah urus. Setiap usaha untuk membetulkan keadaan UMNO berakhir dengan kegagalan. Keadilan sedang membangun dengan tenga pembangunan yang bertahap, menyambar kekuatan dan pengalaman daripada serangan bertubi parti pimpinan Mahathir yang semakin tenat. Semakin ramai orang Cina dan India yang menganggotai Keadilan, kerana mereka yakin inilah parti untuk generasi baru, di mana unsur perkauman dapat dijerut. Indera Kayangan telah menyaksikan kemasukan bilangan Cina yang besar, yang mencetuskan ketakutan di hati Mahathir kerana tanpa sokong Cina, Mahathir akan tersepuk kehampaan.

Momokan Negara Islam dan puak militan yang penuh pembohongan

Kini akhirnya kaum Cina sedar penipuan Mahathir akan kewujudan negara Islam hanya untuk memutar minda kaum Cina dan ini diperkuatkannya dengan propaganda militan Islam. Putaran minda ini dilakukannya dengan menyogok kisah wujudnya jaringan al-Qaeda, KMM dan keganasan pergerakan Islam. Tetapi bukannya mudah menipu semua orang untuk selama-lamanya; negara Islam, Al Maunah dan KMM adalah penipuan yang sudah lama basi dan telah diperlekehkan oleh kaum Cina sebagai penipuan politik dan sandiwara untuk memesong perhatian dan memutar minda.

Kelahiran Keadilan mengebumikan momokan Mei 13 dan fahaman perkauman

Dengan lahirnya Keadilan, yang merupakan sebuah parti multikaum, setiap kaum menjadi ceria dan puas hati. Tidak boleh lagi dicetuskan episod 13 Mei, apatahlagi politik perkauman dan tidak lagi boleh diwujudkan kepentingan dan prasangka perkauman. Inilah yang diharapkan oleh kumpulan Melayu, Cina India dan kaum lain pada masa ini. UMNO tidak akan berjaya lagi bersaing dengan falsafah hidup moden yang dicipta oleh Anwar Ibrahim untuk Malaysia. UMNO sudah terlalu haprak dan perbuatannya yang rakus dan korup akan membunuh sebarang cebisan semangat perjuangan dan memaksa kematiannya. Mahathir akan dicatat dalam kenangan sebagai pemimpin korup yang paling zalim yang menghancurkan demokrasi di negara ini dan segala nilai kehidupannya. Mahathir akan dikenang sebagai musibat yang menggalakkan politik wang dan salah guna kuasa di Malaysia. Sudah tiba masanya pengganas politik ini disingkirkan dan Malaysia diselamatkan dari huruhara ciptaannya.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit of Truth)

Terjemahan: SPAR - 21.01.02




Asal:

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot04.html

UMNO in Peril - Chinese Reject UMNO's Ultra Malay Racism

By Spirit of Truth

"UMNO dah jadi samseng, UMNO dah jadi basi" this was the emerging image of a desperate UMNO as seen in the Indera Kayangan bye election, which it won through carefull rigging using fraudulent phantom and postal votes. The new generation Malays have rejected an outmoded racism in UMNO, for they know that Malay racism will only stifle their progress, make tham weak and uncompetitve, leading them to become a weak race. Despite using and abusing all the powers they had, from the mega millions (stolen from the public coffers), abuse of both uniformed and ununiformed police, prostituting the mass media to its most immoral extent, employing well fed and paid mentally benumbed gangsters, misusing the government machinary and agencies, yet they were unable to shake the support of the voters, and worst of all the Chinese rejected the Malay ultra racist UMNO, when their votes increased six fold.

It is common knowledge that UMNO's victory votes (post and phantom) were fraudulent

UMNOBN's false victory was the result of electoral fraud, postal votes were created when there is no reason for it. Phantom votes were brought in especially through MCA and UMNO because they realised that the Perlis people had rejected UMNOBN. A victory through fraud is no victory, and it is rumoured that the truth was UMNOBN would have lost more votes if the postal and phantom removed. It has been estimated that 700 false postal vote and about 1000 phantom votes were added into the election, this was proven because by 3.00pm only 50% of the people voted but the result showed that 80% voted. Therefor 30% of the votes were fraud and if we remove this UMNOBN would have lost!!.

Threats and fear forced many not to vote so that the phantom votes can be included.

In reality only 60% of the voters turned out, this was the UMNOBN plan, so that they can maximise the fraud votes. The 20 percent of the additional were all phantom and postal votes. So where is the change in opinion, the hard fact is UMNO has not gained any grounds, but to use it for a propaganda splash thay had to employ fraudulent methods so that people may think they did better. But the truth is the truth, UMNO lost more chinese support, when the Chinese support increased six folds. This has frightened Mahathir, for he having employed every fraudulent method which corrupt dictators use, yet he failed, this has become his nightmare. He is asking, have the Chinese changed? Yes! they have changed because they knew Mahathir is a tricky liar, who played "cry wolf" and when he cried wolf the third time this round, the Chinese knew he was cheating and they ignored him with wisdom.

UMNO is spoilt and serves no purpose.

UMNO is spoilt, one it has become basi (rotten) the other it is infected with a new disease - political terrorism with symptoms of gangsterism, immorality, violence and physical abuse. Every attempt to improve UMNO has failed, on the contrary KeADILan is growing from strength to strength, gaining power and experience from the relentless attacks from Mahathir's dying UMNO, more and more Chinese and Indians are joining KeADILan, which they see as the new generation party, where the spectre of racism is forever stilled. Indera Kayangan witnessed the influx huge number of Chinese, creating tremendous fear for Mahathir because without Chinese support Mahathir will sink.

The Islamic state "phantom" and the militancy are all fallacious

Finally the Chinese recognised that Mahathir created the Islamic State issue to keep the Chinese mind under his control, and later reinforced this propaganda to include Islamic militancy, through fraudulent Al Maunah orchestration, KKM and Islamic terrorism. But you cannot fool all the people all the time for ever, Islamic State, Al Maunah and KKM are all basi and written off by the Chinese as political fraud and ploys to mislead and distract the mind.

With the birth fo KeADILan the spectre of May 13 is buried and racial discrimination is finished

With the emergence of KeADILan, a full blooded multiethnic party, every race has become satisfied and happy. No more May 13, no more racist politics and no more racial privileges and prejudices. This what the modern day Malay, Chinese, Indian and others want!! UMNO will not be able to compete with this new philosophy which Anwar Ibrahim brought for Malaysia. UMNO is doomed and its corruption will kill its spirit and force its demise. Mahathir will be remembered the most cruel and corrupt leader who destroyed democracy and virtue, who introduced the most corrupt of money politcs and power abuse in Malaysia. It is time that this political bandit be removed to save Malaysia from his havoc.

-Spirit of Truth-