Laman KM2: 6651 KM2 Index File Size: 2.9 Kb


TAG SP 581: Enam puluh Tahun Meratapi Nestapa
By Malay Coolie

22/1/2002 11:04 am Tue

Enam puluh Tahun Meratapi Nestapa

(Sixty Years in Mourning)

Oleh: Malay Coolie

Sebagai seorang pegawai kerajaan, seorang ayah dan seorang suami, saya berbangga dengan agama Islam yang saya anuti. Sejak serangan 11 September di New York dan Washington, sudah menjadi saut kesulitan untuk menjelaskan kesucian agama saya dan pengajarannya kepada ramai kawan bukan-Islam.

Peristiwa itu telah memejalkan sikap orang bukan-Islam yang lupa betapa banyak peristiwa dunia selepas Perang Dunia Kedua adalah lakaran agenda Amerika dan Britain.

Dua kuasa besar ini menjadikannya satu 'perjuangan suci' untuk mencengkamkan kefahaman mereka ke atas dunia sejagat.

Tetapi Bangsa Palestin kehilangan tanah tumpah darah mereka dengan tertubuhnya Israel di bumi mereka pada 1948.

Soalannya: Kenapakah kaum Yahudi tidak dibenarkan menubuhkan negara Yahudi mereka di Gurun Mojave ataupun Alaska daripada menghalau bangsa Palestin jauh daripada perkampungan mereka?

Umat Islam Kashmir telah kehilangan hak untuk membuat keputusan sendiri sama ada mahu memihak kepada India ataupun Pakistan pada 1947 apabila Maharaja Hindu membuat keputusan memilih pemerintahan India, dengan relahati menolak pendirian penduduk yang sebahagian besarnya beragama Islam hingga ke hari ini.

Bosnia hari ini adalah rangkaian wilayah di mana umat Islam dipaksa mengongsi negara mereka dengan pengganas Serb.

Amerika dan sekutunya hanya menubuhkan satu mahkamah untuk membicarakan pembunuhan orang-orang Serb sedangkan hingga hari ini tidak lagi mampu menangkap Radavan Karadzic, bekas pemimpin pemberontak Serb Bosnia.

Soalannya: Apakah yang dimaksudkan dengan peperangan Afghanistan? Adakah ia peperangan terhadap pengganas Al-Qaida ataupun satu peluang yang tidak terduga untuk menghancurkan regim Taliban?

Tidak ramai kini mengingatkan betapa Israel telah membenarkan dan melihat darah mengalir ketika militia Kristian menyembelih bangsa Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan pada 1982.

Orang awam akan berkata dengan bersahaja: 'Orang Islam yang mati, jadi apa lagi?' Seluruh dunia mengharapkan keluarga Islam yang biasa meratapi mangsa 11 September itu? Umat Islam seluruh dunia sudah lama meratapi kematian semacam itu, enam puluh tahun lamanya.

Kepedihan itu mencucuk lagi apabila askar Israel menjajah Jerusalem pada 1967. Tetapi, saya tidak melihat Arel Sharon dihambat di bumi Israel oleh bala tentera Amerika.

Islamophobia sedang menunjukkan bayangnya di negara kita. Tetapi aku masih bangga mengaku bahawa aku dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan rela menghembuskan nafas terakhir dengan sinaran Islam juga.

Terjemahan: SPAR - 21.01.02