Laman KM2: 6650 KM2 Index File Size: 9.1 Kb


TAG SP 580: Konflik Kemanusiaan di Rantau Islam
By Johanna Son

22/1/2002 11:03 am Tue

Konflik Kemanusiaan di Rantau Islam

(Humanising conflict in the Muslim south)

Oleh: Johanna Son

Ketika pengarah filem Filipino Marilou Diaz-Abaya bercuti daripada kerjayanya beberapa tahun dulu, dia tidak pernah menyangkakan kemungkinan berdepan dengan peperangan kerajaan Filipina terhadap puak pemberontak Islam di selatan negaranya - dan lantas melihat satu projek pembikinan filem.

Akhirnya filem beliau itu, 'Bagong Buwan' (Purnama Baru) yang ditayangkan di Metro Manila Film Festival pada awal bulan ini, merupakan satu pengalaman baru kepadanya dan kepada barisan pelakon filem itu juga.

Beliau mengharapkan perasaan itu dikongsi sama oleh para penonton tempatan, yang kebanyakannya tidak memahami perjalanan Islam apalagi untuk menyebut kos perbelanjaan negara disebabkan konflik yang terjalin berdekad lamanya. Itulah dia konflik antara kumpulan pemberontak yang beragama Islam dengan pihak tentera di kepulauan terbesar di selatan yang dinamakan Mindanao.

Terdapat lebih tiga juta daripada sekitar lima juta manusia Islam yang menetap di Mindanao yang merupakan sebuah kepulauan Filipina yang mempunyai penduduk seramai 80 juta manusia. Filipina merupakan hanya sebuah negara Kristian di Asia Tenggara. (Catatan penterjemah: Ingat siapa tulis artikel ini, dan bagaimana hanya ada lima juta umat Islam di sebuah negara yang pada asalnya ada negara Islam keseluruhannya????)

Identiti Nasional

Mindanao ialah sarang di mana bertahannya satu kumpulan masyarakat Islam yang resah gelisah yang mempertahankan identiti kebangsaan mereka kepda zaman lama ketika mempertahankan penjajahan Sepanyol yang telah memerintah gugusan kepulauan Islam yang akhirnya bertukar menjadi Filipina.

Malahan, Diaz-Abaya mengimbau bagaimana segelintir umat Islam yang membantu mengawal projek pembikinan filemnya pernah bertanya: 'Apakah yang dapat anda sebutkan mengenai perjuangan kami?' dalam filem itu.

Selepas satu tahun berada di Cotabato dan wilayah Lanao del Sur di Mindanao, bertepatan dengan ketika munculnya arahan kerajaan Joseph Estrada memerangi pemberontak Islam pada awal 2000, Diaz-Abaya menyebut hasratnya untuk membuat satu filem mengenai anak yatim peperangan dan berkata 'cukuplah setakat itu'.

Jadi, Diaz-Abaya telah disebut sebagai berkata oleh media tempatan, dia mempersetujuinya setelah isteri kepada seorang pedagang Mindanao mencadangkan beliau menumpukan filemnya kepada kisah anak yatim peperangan di rantau selatan.

Kesannya, lahirlan satu filem yang sungguh unik, pertama dalam pemilihan satu kisah yang tidak berunsur komersial dan kedua, usahanya memahami keperitan dan emosi umat Islam Filipino yang berantakan kerana peperangan.

Bahana Perang

Di sebalik mainan wayang yang kadangkala memang ketara menonjolkan perbandingan fahaman Katholik dan sinar Islam, filem itu menunjukkan bencana perang yang menggugat manusia yang selama itu dianggap oleh rakyat Filipina sebgai satu situasi yang harus diterima, sehinggakan tidak ada ketentuan di mana hadnya.

Plot filem berkisar pada Ahmad, seorang doktor beragama Islam yang berjaya di Manila yang terpaksa bergegas pulang ke Mindanao setelah anaknya ditembak oleh peluru sesat ketika terjadinya satu serang-hendap malam hari di kampungnya.

Daripada situ, bermula usaha Doktor Ahmad memindahkan masyarakat awam keluar daripada kawasan berbahaya, dan usahanya itu menyeluruhi satu kehidupan keluarga Islam yang bersatu berkempen mahukan sebuah negara Islam yang mereka tadbir sendiri - dan inilah perjuangan yang beralun untuk satu waktu yang lama yang berkisar kepada penubuhan negara merdeka kepada satu wilayah autonomi hinggalah penubuhan satu 'negara Islam'.

'Saya telah berlari tanpa keruan sejak saya kanak-kanak kecil lagi,' kata ibu Ahmad dalam filem itu.

Seandainya filem itu mampu menunjukkan betapa peperangan telah menghancurkan masyarakat dan menjentik minat terhadap kehidupan dan budaya umat Islam Filipina - besar kemungkinan filem itu mencapai impak sosial yang berpadan.

Apapun, ramai masyarakat Kristian Filipina yang mempunyai pengetahuan terhad terhadap budaya dan agama umat Islam Filipina - terlalu ramai yang hanya tahu berita kisah pertempuran dan rujukan terma 'pemberontak Islam.'

Perbalahan politik dalaman

Sebenarnya perjuangan Islam telah dilihat sebagai perbalahan dalaman di kalangan kumpulan berbeza.

Contohnya, permberontakan bersenjata sekitar tujuh puluhan dulu telah dipimpin oleh 'Moro National Liberation Front' Tetapi satu pasukan yang berpecah darinya - 'Moro Islamic Liberation Front' ataupun MILF - kemudiannya mendapat kekuatan selepas MNLF menandatangani satu perjanjian damai pada 1996 dan kemudiannya memainkan satu peranan utama di wilayah autonomi Islam di selatan negara.

Estrada telah mengarahkan agar tenteranya memusnahkan MILF ketika menjadi presiden negara itu dan inilah yang menyegerakan perfileman 'Bagong Buwan' - walaupun kewujudan episod yang berbeza dalam kehidupan pemberontak di Selatan itu mempunyai kesan yagn serupa terhadap puak yang tidak bersenjata.

Dalam hal ini, serangan ketenteraan telah menyebabkan kucar-kacirnya penempatan tetap para penduduk sehingga mereka menjadi pelarian yang tidak keruan. Inilah kesannya apabila khemah penempatan MILF dan rumah ibadah mereka seperti surau dan masjid dimusnahkan.

Filem itu cuba menyampaikan mesej yang bersalut satu harapan besar - kerana itu diberi jodol Purnama Baru (ataupun lebih cocok 'Anak Bulan' - penterjemah) walaupun ditunjukkan kisah kematian Ahmad dan ibunya. Perfileman itu dibikin dengan melalui satu cabaran pembikinan untuk menonjolkan perdebatan mengenai pencarian umat Islam Filipina akan identiti mereka dan penderitaan mereka yang begitu lama dihantui penderaan kerajaan pusat.

Pada tahap awalan filem, Ahmad berkata betapa dia amat percaya bahawa pendidikan dan bukannya peperangan, adalah jalan terbaik untuk umat Islam keluar daripada kepompong penyingkiran, tetapi dia sendiri terjebak dalam peperangan yang tidak memilih mangsanya.

Watak Ahmad dibawa oleh Cesar Montano, yang turut bercanggah pendapat dengan adiknya, seorang annggota kumpulan bersenjata Moro Islamic Liberation Front.

Ahmad telah cuba mempengaruhi anak buahnya Rashid, seorang pejuang muda yang amat pintar dengan senjata dan pembunuhan dan yang menuduh pamannya sudah diputarkan minda oleh golongan kafir di Manila.

Ketokohan Ahmad menonjol akhirnya apabila dia berjaya memindahkan berdozen kaum wanita dan kanak-kanak serta warga tua ke satu kawasan yang mereka fikirkan selamat ketika itu - tetapi itulah tempat yang diserang bertubi-kali oleh operasi ketenteraan - itulah juga tempatnya dia melihat askar kerajaan menggunakn masjid yang mereka musnahkan sebagai tandas untuk melepaskan kesesakan mereka.

Pada ketika itu, Ahmad menembak askar musibat itu, kerana tersuntik ketaqwaan di jiwanya walaupun sudah terlalu keletihan kerana kemarahan yang membara.

Konflik Bersenjata

Akhirnya seorang professional yang beragama Islam yang mahu menyendiri daripada konflik bersenjata telah ditembak dan mati juga. Walaupun ketika itu dia cuba menyelamatkan seorang budak lelaki beragama Kristian menjadi mangsa peluru sesat dalam pertempuran dengan angkatan bersenjata kerajaannya.

Keadaan perang sebenar memang tidak jauh dari rakaman filem itu, kata Diaz-Abaya sambil menambah betapa peristiwa sebenar dan babaknya yang dilihatnya sendiri telah dirakamkan dalam pembikinan filem itu. 'Saya melihat sendiri orang yang mati seperti yang dipaparkan dalam filem. Mereka mati laksana langau,' katanya.

Barisan pelakon menjalani tempoh penyelidikan dan penyesuaian keadaan selama berbulan lamanya untuk mendalami budaya Islam tempaan dan beberapa orang pakar dalam pengajian Islam termasuk menghadiri seminar bengkel untuk dua bulan.

Mengikut Montano, sebagai pelakon lelaki utama, dia dan Diaz-Abaya memang begitu jelas dengan mesej pro-kedamaian filem itu. 'Saya berani katakan selepas menyudahkan perfileman, saya memahami lebih dalam lagi masalah umat Islam. Kalaulah kita berada di tempat mereka, saya agak kitapun akan bertindak serupa.' Jelas beliau dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, 'The Phillipine Star'.

Dia memetik kisah wira unggulan Filipina Jose Rizal, yang pernah dihukum mati oleh penjajah Sepanyol pada abad ke-19, kerana memberontak: 'Seperti apa yang dilakukan oleh Rizal terhadap Sepanyol, (katanya) 'Kita sedang dihenyak oleh Sepanyol, oleh itu kita tidak ada pilihan lain kecuali melawan balik'.'

'Kita tahu sedikit sahaja sejarah Islam, tetapi saya percaya ramai manusia tidak faham kenapa ada peperangan di Mindanao, kata Montano, yang memenangi hadiah aktor terbaik dalam festival filem itu.

Terjemahan: SPAR - 21.01.02