Laman KM2: 6648 KM2 Index File Size: 9.4 Kb


TAG SP 578: Umno Perangkap Pengundi Melayu dan Paksa Mengundi...
By Spirit of Truth

22/1/2002 10:59 am Tue

M@rhaen
20.01.2002

UMNO Perangkap Pengundi Melayu dan Paksa Mengundi Calon BN

(UMNO Caged Malay Voters and Forced them to vote for BN)

Oleh: Spirit of Truth

Beberapa perkara yang paling mengaibkan telah dilihat dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan. UMNO yang sudah terlalu ketakutan dan gelabah, kerana kehilangan sokongan orang Melayu telah berusaha 'mengurung mereka untuk memaksa' orang Melayu mengundi dengan cara mengugut dan memujuk rayu. Pengundi Melayu itu dikurung di rumah sendiri, sambil dinafikan segala punca maklumat bebas, dengan bantuan pihak polis yang memihak kepada kerja jijik mereka dan penggunaan jentera kerajaan sehinggalah mereka sudah betul-betul akur kepada ugutan yang dirancang dari atasan gara-gara muslihat seorang diktator zalim dan tidah berhati perut. Minda majoriti Melayu dalam pilihanraya kecil yang terbaru itu telah dipaksa untuk menerima arahan mengundi tanpa berfikir lagi. Demikianlah pengundi Melayu yang diputarbelitkan mindanya sehingga terpenjara oleh UMNO yang menyediakan pula 'kem tahanan' untuk menentukan mereka tidak didekati oleh parti lain. Dengan lain perkataan pengundi Melayu telah dikasi dan dipukau untuk menghambakan diri kepada arahan UMNO.

Pengundi Melayu dijerat pembohongan UMNO

Demikianlah keadaan yang menyedihkan di Kangar Perlis apabila pengundi Melayu dikawal dengan ketat oleh pasukan Polis yang sudah diperangkap Mahathir untuk berlagak laksana pelacur sahaja dan bergerak laksana robot, sambil mengikut arahan yang sudah diprogram menjadi Pak Turut. Pengabdian begini, yang menjurus kepada paksaan dan penindasan akan menghancurkan orang Melayu menjadi patung dan bidak, tidak berupaya berfikiran bebas, kerana minda sudah dipulas, dan akhirnya terjerumus menjadi satu bangsa tertindas yang tidak mempunyai kuasa bergerak bebas.

Orang Melayu Mengarah Menjadi Kelas Pariah Bikinan Mahathir

Dalam sejarah India purba, kaum Aryan yang datang menjajah telah berjaya menumpaskan bangsa Dravidian dan melahirkan satu kumpulan kasta daripada mangsa yang mereka kalahkan. Bangsa Dravidian yang dikalahkan telah ditangkap dan dijajah sehingga menjadi satu kumpulan paling bangsat yang diberikan gelaran Sudras dan tugas kaum bangsat ini adalah untuk menghambakan diri kepada tiga lagi kasta yang di atas. Inilah yag terjadi kepada orang Melayu di bawah kelentongan regim UMNO. Kini mereka tidak perlu berfikir, tidak perlu menyoal kaum atasan, cuma memadai mengikut arahan. Pilihanraya kecil Indera Kayangan tidak berdemokrasi dan mesti ditolak dengan bulat-bulat. Keputusannya tidak boleh diambil-kira kerana dihasilkan dengan tipudaya dan penuh kelentongannya.

Cina sudah sedar pembohongan negara Islam dan sandiwara militan

Pilihanraya kecil Indera Kayangan menyaksikan kemunculan budaha samseng UMNO. Sebuah parti Melayu yang ketandusan sokongan rakyat, kini melancarkan satu budaya 'merompak undi' melalui keganasan dan kesamsengan politik. Sesiapa yang berani menentang digasak dengan ganas, kerana orang lain tidak dibenarkan bercakap kepada pengundi Melayu melainkan UMNO, kerana orang Melayu adalah hak istimewa UMNO, yang dijadikan bidak setiap pergerakan catur-politik yang dirancang. Mereka diibaratkan laksana monyet yang dirantai, dan dilatih mengikut arahan tuannya. Tetapi, berbeza dengan orang Melayu, kaum Cina telah berjaya secara bertahap menghembus debu propoganda yang telah mengabui pandangan. Kelentongan negara Islam dan drama militan Islam kini dilihat sebagai satu sandiwara dan tidak lebih dari itu. Itu sebabnya berlaku tambahan undi Cina sebanyak enam kali ganda banyaknya yang mahu menghumban jauh unsur rasis Melayu yang menggemakan kehaprakan idealisme ultra Melayu.

Episod IK membuktikan kuasa Mahathir melalui keganasan politik

Dengan mencipta budaya huruhara, kewujudan FRU, pasukan polis yang berunifom dan berpakaian preman, Mahathir telah mencetuskan suasana ketakutan, kehaprakan politik, lengkap dengan stail mafia dan kesamsengan, sehingga para pengundi ditakut-takutkan dan dipaksa mengundi UMNO-BN. Wang sogokan, dan ketakutan membantu UMNO merompak undi orang Melayu dan kaum lain. Satu perkara jelas sudah semakin pasti, Mahathir sudah muncul sebagai seorang penganas ultra politik, yang memaksa orang ramai akur kepada kerakusan peribadinya.

Pilihanraya Kecil Indera Kayangan Adalah Satu Penindasan

Parti samseng UMNO telah menunjukkan kejijikan berpolitik, tanpa sebarang etika berpolitik, menggunakan keganasan dan budaya takut-menakut. Pilihanraya kecil itu telah direncana dengan tipu muslihat membuatkan keputusan memihak kepadanya. Dulu UMNO dikenali sebagai satu parti perjuangan, kini ia dikenali sebagai parti di mana pemimpin politik yang rasuah sedang bersarang, ditemani oleh para samseng dan pembohong besar. Kalau trenda ini berterusan orang Melayu akan bertukar wataknya menjadi hamba sahaya politik, dan negara ini akan menjadi satu harta peribadi UMNO untuk terus merompak segala kekayaannya.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit of Truth)

Terjemahan: SPAR - 21.01.02




Asal:

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot03.html

UMNO Caged Malay Voters and Forced them to vote for BN

By Spirit of Truth

The most horrendous things were seen in the recent Indera Kayangan bye elections. A frightened and desperate UMNO, having lost Malay support, tried the "cage them and force them " to vote under threat and appeasement . Malay voters were caged, sealed off from the flow of information, contained by the abuse of police and government machinery and finally forced to submit to the command of a despotic cruel dictator. The Malay mind in the recent bye election was forcefully conditioned to vote without any thinking, rationalising or comparing . Such has become of Malay voters who have been effectively imprisoned in the UMNO created "detention camps" to ensure they were not exposed to any other party. In other words Malay voters were castrated and subdued to submit to UMNO' s orders

Malay Voters trapped in UMNO's web of lies

The pathetic situation in Kangar Perlis, where the Malay voters were guarded with the utmost security by the Mahathir prostituted police, were reduced to virtual robots, follow like machines which has been programmed to follow their captors. Such a subordination, forced domination, and exploitation will reduce the Malays to puppets and pawns, unable to think for themselves, mentally enslaved, and finally degenerating into rotten hopeless race.

Malays will end up like Sudroid Pariahs if Mahathirian oppression goes on

In ancient India the invading Aryans enslaved the conquered Dravidians by creating the Sudroid caste(pariah). The Dravidians who were captured and colonised were made into the lowest caste (Sudras) and the duty of this caste is to serve the three upper caste in utter servitude. This has now happened to the Malays under the oppressive UMNO regime. They now must not think, must not question their lords, just follow what they say. The indera Kayangan bye election is not a democratic and it must be rejected outright. Its outcome is not borne out of truth and fairness.

Chinese have already begun to realise the fallacy of the Islamic state and Militancy ploy

Indera Kayangan bye election witnessed the emergence of UMNO gangsterism at work. A party with people support dwindled, has now embarked on "vote robbing" through terrorism and political gangsterism. Anyone who opposed must be bashed up, no one must talk to the Malay voters except UMNO, Malays are the sole property of UMNO, they are pawns only to move as instructed. They are like monkeys chained, and trained to do what the masters order them to do. Unlike the Malays, the Chinese have managed to some extent to remove the dust of deceptive propaganda that has obscured their vision. The Islamic state bogey and the Islamic militancy drama is now seen a ploy and nothing more, so there was a six fold increase in the Chinese voters wanting the elimination of ultra Malay racist UMNO.

Indera Kayangan episode proves Mahathir can only survive by political terrorism

By creating a hyper fear situation, massive presence of FRU, uniformed and non uniformed police Mahathir created a fear infested environment,political gundaism, samseng and mafia style intimidation, during which voters were frightened and forced to vote for UMNOBN. Money, bribery, and fear helped UMNO to rob the votes from the Malays and others. One thing was sure, Mahathir has become a ultra political terrorist, forcing people to submit to his personal desires.

Indera Kayangan by election was not a true election but an oppression

UMNO samseng party has shown its ugly politics, without political morality, using violence and scare tactics, the election was rigged manipulated and made to sway to their side. From a freedom fighter UMNO is a now a party of corrupt political gundas, gangsters and liars. If this pattern continues Malays will be reduced to mere political slaves, and the nation will become the private property of UMNO to plunder wealth.

-Spirit of Truth-