Laman Webantu   KM2: 6646 File Size: 7.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 577: KQ: Ketua Peguam Negara Membalas Budi Hakim Paul?
By Kim Quek

20/1/2002 1:50 pm Sun

19.01.2002.

Ketua Peguam Negara Membalas Budi Hakim Paul?

(AG Returning Favour To Judge Paul?)

Beberapa keanihan berlaku di mahkamah Malaysia. Ketua Hakim Negara (AG) yang baru dilantik (Gani Patail) telah mencatat sejarah dengan cara menjalankan tugas seorang peguambela untuk seorang hakim (Augustine Paul) yang telah dihantui tindakan undang-undang (prosiding mencela) daripada seorang peguam (Christopher Fernando). Peristiwa anih ini tidak pernah terjadi dalam sejarah malaysia, dan berkemungkinan belum pernah berlaku di negara berdemokrasi seantero dunia.

Yang membuatkan perkara ini begitu menarik ialah hakim yang sama pernah sebelum ini berkelakuan sama anihnya untuk menghukum seorang peguam-bela (Zainur Zakaria) yang ketika itu turut menjadi peguam-bela bersama Fernando dalam kes Anwar Ibrahim (mantan Timbalan Perdana Menteri), dengan tuduhan mengaibkan mahkamah. Malahan kelakuan Augustine Paul begitu tidak adil sehingga ia mencuit Mahkamah Persekutuan (yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini) untuk mencela Paul dan itulah pertama kali perkara itu dilakukan oleh mahkamah. Amaran Mahkamah Persekutuan itu adalah disebabkan tindakan Paul yang berlagak lebih sebagai seorang peguam bela bagi pihak pendakwa raya (antara mereka termasuk Gani Patail yang kemudiannya dinaikan pangkat menjadi AG). Celaan Mahkamah Tinggi itu dicatatkan ketika mengenepikan hukuman Paul terhadap Zainur Zakaria (pada 28.06.01).

Adalah penting dirakamkan bagaimana Paul menghukum Zainur Zakaria kerana tuduhan mengaibkan mahamakah apabila Zainur cuba mendedahkan kisah Gani Patail yang didakwanya berusaha mencipta bukti palsu terhadap Anwar dengan cara Gani mengugut rakan Anwar (Nallkaruppan) dengan hukuman mati. (Mahkamah Persekutuan telah mengutuk Gani kerana tidak menjawab tuduhan yang serius itu. Sehingga kinipun Gani masih tidak memberikan jawapannya.)

Jadi, Paul pernah mempertahankan Gani daripada dihenyak oleh siasatan mahkamah terhadap perbuatannya yang berunsur jenayah, dengan cara Paul berkelakuan garang sehinggakan dia dikutuk pula oleh mahkamah tertinggi di negara ini. Kini, Paul pula yang menghadapi masalah berat di mahkamah, kerana gelagat terlalu ghairah mencela peguambela Anwar (Fernando) dengan menggunakan perkataan yang kesat. Bukankah ini masanya Gani membalas budi Paul dengan cara menjadi peguambela Paul pula, lebih lagi apabila mereka berdua dikatakan telah bersekongkolan oleh Mahkamah Persekutuan?

Masalahnya sekarang mereka berdua ini bukannya berkelakuan demikian bagi pihak peribadi dalam kes begini, dan gelagat bersekongkolan itu mungkin menjebak mereka dalam jurang kesusahan lagi. Yang seorang merupakan ketua pegawai perundangan bagi pihak penguasa, dan yang lagi seorang ialah hakim dalam sistem perundangan negara yang sepatutnya benar-benar bebas daripada dipengaruhi oleh pihak Penguasa. Kebebasan seseorang hakim adalah amat penting kerana tugas sistem kehakiman mengikut Perlembagaan negara merupakan satu unsur penting, untuk menentukan semua pihak, termasuk Penguasa mematuhi keluhuran Perlembagaan dan segala perundangannya yang disahkan oleh Parlimen.

Apabila seorang hakim dikenakan tuduhan berlaku sumbang dalam menjalankan tugas penghakimannya, seperti dalam hal ini, apakah boleh seorang AG bertindak sebagai peguambela kepada hakim itu?

Yang membuat komplen (pengaduan) menjawab tidak boleh dengan dalil bahawa AG tidak mempunyai hak bertindak begitu, dan tindakan itu akan menjejaskan martabat sistem kehakiman negara.

Namun, Jabatan AG bertegas ia boleh bertindak begitu. Dalil utamanya dipetik begini daripada media:

  • 'Seorang hakim mahkamah tinggi adalah dilantik oleh Agong, dan kerana itu apabila ada ungkitan terhadap sistem penghakiman, adalah tugas seorang AG membela sistem penghakiman itu;

  • 'Oleh kerana AG boleh memulakan prosiding celaan untuk mempertahankan Kehakiman, dia boleh muncul di mahkamah untuk mempertahankannya apabila ada tindakan menentangnya.'

Saya tidak fikir dalil AG seperti di atas boleh diterima pakai, dan mengemukakan analisis seperti ini:


  1. Kisah seseorang itu dilantik oleh Agong tidak relevan dalam isu ini. Setiap lantikan Agong yang melanggar undang-undang adalah patut dihukum. AG memang tidak diberikan hak untuk mempertahankan seseorang yang melanggar undang-undang, semata-mata berdasarkan kisah seseorang itu telah dilantik oleh Raja.

  2. Mendakwa seorang hakim kerana kesalahan peribadinya tidak boleh disamakan dengan kisah menyerang sistem kehakiman. Jika tidak, menyebut seorang peguam dengan 'celaan' boleh dikira sebagai mencemar Majlis Peguam. Malahan, AG sendiri boleh dikira bersalah kerana berkelakuan hodoh seandainya beliau keliru dengan isu itu dan bertindak sebagai peguambela hakim tersebut.

  3. Seseorang AG mempunyai kuasa mengikut Artikel 145 dalam Perlembagaan untuk mendakwa sesiapa yang melanggar undang-undang. Akan tetapi, dia tidak mempunyai kuasa yang sama untuk membela seseorang mengikut seleranya terhadap tindakan undang-undang. Lagipun adalah satu perkara yang khusus betapa tugas seorang AG itu ialah untuk memberi nasihat kepada Kabinet dan menjalankan tugas perundangan mengikut yang disusun atur oleh Kabinet. Khidmat ini tidak meliputi para hakim, kerana mereka dikira bebas secara menyeluruh daripada pengaruh Penguasa dan dalam semua hal sepatutnya tidak termaktub dalam naungan perundangan si Penguasa. Melanggari peraturan ini adalah sama dengan melanggar hukum fundamental yang termaktub dalam Perlembagaan yang menjelaskan wujudnya tiga tiang utama sistem demokrasi negara: Parlimen, Penguasa dan Sistem Kehakiman. Setiap satu memberikan unsur menyekat dan mengimbangi terhadap yang lain.

  4. Dalil AG yang mengatakan kalau dia boleh mendakwa sebarang perbuatan mengaibkan (mahkamah) dia mesti mempunyai kuasa yang sama untuk membela setiap hakim terhadap prosiding mencela; adalah satu dalil yang kurang tepat. Usaha mahkamah terhadap kes mengaibkannya adalah mempunyai kaitan dengan perilaku persendirian, dan tidak merupakan satu serangan kepada sesuatu sistem, dan seandainya hakim tidak bersalah kerana salahlakunya, dia sudah tentu mampu mempertahankan dirinya sendiri sama ada dengan bantuan peguam peribadinya ataupun ketiadaan peguam seperti itu, yang sudah pasti mengikut amalan jangkaan normal tidak merupakan seorang AG.

Kim Quek.

Tamat.
Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6644