Laman Webantu   KM2: 6642 File Size: 7.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 574: Muslimedia: Khayalan 'Militan Islam' Mahathir Utk Mengampu AS
By Abdar Rahman Koya

19/1/2002 6:05 pm Sat

Muslimedia

Khayalan Mahathir Mengenai Militan Islam Untuk Mengampu Amerika

(Mahathir Imaginary 'Islamic Militants' to Placate US)

Oleh: Abdar Rahman Koya

Mahkamah Tinggi Malaysia telah menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga ahli satu kumpulan Islam yang penuh misteri. Beberapa lagi ahli kumpulan itu dikenakan hukuman penjara. Hukuman itu adalah kesan perbicaraan yang dilaksanakan secara kurang publisitinya sejak tercetusnya misteri kumpulan itu dikatakan terbabit dalam rampasan senjata di markas tentera pada Julai 2000.

Kerajaan Malaysia sudah lama mencuba mengaitkan peristiwa itu untuk mengaibkan PAS, sebuah parti Islam yang mempunyai populariti mencanak sejak Mahathir melaksanakan sikap ganas mengaibkan Anwar Ibrahim yang dikutuk oleh bilangan majoriti warga Islam di negara itu.

Setelah menghadapi tekanan dari Manila dan Singapura, dua sekutu kuat AS di rantau ini serta dihantui kebimbangan oleh serangan bertubi-tubi AS maka kerajaan Malaysia terpaksa meningkatkan lagi kempennya terhadap kumpulan khayalan 'militan Islam'. Perdana Menteri Mahathir menyedari betapa hukuman mati terhadap kumpulan 'ajaran militan al Maunah' mungkin masih belum memadai untuk mengampu Amerika.

Dalam beberapa jam tersiarnya keputusan itu regim Mahathir telah menangkap lebih ramai lagi orang awam di bawah 'ISA' satu undang-undang zalim di Malaysia. Kali itu, mereka yang ditangkap dituduh terbabit ataupun mempunyai hubungan denan kumpulan Al-Qaida pimpinan Usama bin Laden dan merancang untuk melancarkan aktibiti keganasan. Seperti biasa, tidak ada satu pun dakwaan itu yang diiringi bahan buktinya untuk dirakamkan oleh media. Kerana itu digunakan undang-undang ISA yang mengizinkan penahanan tanpa perbicaraan.

Kemudian muncul pula satu keputusan mendadak pada 7 Januari untuk menghalau Nur Misuari, pengerusi Front Pembebasan Nasional Moro (MNLF). Nur Misuari telah ditangkap pada akhir November kerana memasuki Malaysia secara haram selepas melarikan diri daripada Mindanao. Rayuan daripada peguam Misuari dana ahli keluarganya agar beliau dibenarkan suaka politik untuk sementara waktu telah diketepikan. Apabila Manila terus bertegas dengan khayalan adanya hubungan antara Misuari dengan Usama bin Laden, regim Malaysia akur dan terpaksa mengikut pujuk rayu itu sehinggakan Mahathir sanggup mengenepikan hak kedaulatan negara memberikan status suaka politik kepada seorang umat Islam.

Cara penangkapan itu dilaksanakan, yang selari dengan hukuman mati serta penyingkiran Misuari menunjukkan betapa sudah wujud satu semangat ketakutan yang amat sangat di Malaysia yang semakin terjerumus ke kancah pariah dengan beberapa kempen anti-Islam yang rancak (ataupun dalam katabual harian disamakan dengan kempen anti keganasan). Ketika hubungan kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan sedang kendur disebabkan sikap Amerika berwaspada dengan sokongan kepada pergerakan reformasi, hubungan kerajaan itu telah dikatakan semakin baik ekoran beberapa tindakan ganas Mahathir untuk melunakkan hati Amerika Syarikat.

Pada satu ketika dulu, Singapura pernah menuduh Malaysia tidak mahu bekerjasama dalam peperangannya terhadap 'keganasan' sambil mendakwa kalaulah Malaysia menangkap dua orang yang disyaki penganas: Khalid al-Mirdha dan Nawaf al-Azmi ketika mereka mengunjungi Malaysia, peristiwa 11 September tidak mungkin terjadi (haprak punya cerita sedangkan kisah sebenar semua itu dirancang oleh Israel - penterjemah). Sebelum itu Amerika telah menyebut dua penama itu sebagai perampas pesawat terbang yang menghancurkan WTC di New York. Tuduhan melulu itu telah menggegarkan kepulauan Melayu tetapi kali ini reaksi Malaysia adalah berbentuk ketakutan dan bukannya bersifat menafikannya. Beberapa jam kemudiannya, Singapura yang mempunyai pertalian ketenteraan dengan Amerika dan Israel telah menjadi pencetus kegusaran kepada umat Islam di rantau itu, mengumumkan penangkapan 14 orang warga Islam dan menuduh mereka merancang mahu mengebom kedutaan Amerika dan Israel. Inilah kali pertama regim yang bertuankan kuasa Cina menangkap kumpulan yang mereka tuduh sebagai 'militan' tempatan.

Yang melucukan para analis ialah tuduhan regim itu betapa penangkapan mereka dilakukan ekoran maklumat yang mereka perolehi daripada pejuang Al Qaeda sedangkan Amerika sendiri kebingungan mengenalpasti siapakah anggota Al Qaeda. Seperti yang mereka rancang, Singapura menerima pujian daripada Washington sebelum sebarang tuduhan terhadap yang ditangkap itu dapat dibuktikan. 'Kami ucapkan tahniah kerana tindakan khusus itu. Kami fikir ia melambangkan kesungguhan mereka untuk memerangi keganasan sejagat,' kata jurucakap jabatan negara Richard Boucher.

Sebenarnya ia merupakan satu ingatan kepada kerajaan lain di rantau ini untuk melakukan perkara yang serupa, terutama sekali Indonesia dan Malaysia yang mempunyai warga Islam yang dominan, yang ketakutan betapa Singapura, yang merupakan anak emas Amerika di rantau ini sudah semakin cepat menjadi 'India' di Asia Tenggara. Singapura memberikan kemudahan khidmat maritim yang lumayan kepada Amerika Syarikat. Ini termasuk khidmat sokongan kepada kapal perang induk Amerika, dan tenteranya dilatih oleh Israel. Pulau itu digunakan juga sebagai pangkalan unit logistik tentera laut Amerika.

Indonesia sudahpun dianggap lulus dengan tindakan menangkap beberapa anggota 'ekstremis Islam' setelah tercetusnya beberapa peristiwa pengeboman gereja dan pusat membeli belah. Ini telah memperlekehkan Mahathir seolah-olah dia bersendirian dan tibalah masa untuknya melakukan sesuatu yang di luar percaturan politik tempatan dengan menangkap dan menghina aktivis Islam pula.

Inilah yang menjadi penjelasan kenapa wujud tiga belas lagi tahanan yang dikenakan ISA. Golongan profesional, peniaga, para akademik telah ditangkap di rumah mereka untuk menjadi bahan pojok akhbar keesokan harinya. Peristiwa ini disusuli pula oleh pengakuan Malaysia yang ia akan menyokong sepenuhnya tindakan AS dalam 'peperangan membenteras keganasan', seolah-olah ia menyesal kerana tidak menyokong kelakuan rakus Amerika mengebom rakyat Afghan di persidangan ASEAN (sila baca Crescent Nov 18-3-2001)

Tetapi, seperti juga ramai pemimpin Islam yang diperas-ugut untuk 'berperang', Mahathir yang sudah terdesak kini dipaksa menggunakan peristiwa itu untuk kepentingan politik peribadinya, dengan meragau 'pengganas' di halaman sendiri, dan yakin betapa mereka yang diaibkan itu adalah pengikut PAS yang menjadi musuh ketatnya sebelum dia menjadi sewel.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6626 Ref: http://www.muslimedia.com/my-death.htm