Laman Webantu   KM2: 6641 File Size: 5.0 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Indera Kayangan: UMNO Yang Menyerlah
By M.G.G. Pillai

19/1/2002 6:02 pm Sat

[Menurut Syed Husin Ali, hanya 9 sembilan orang sahaja anggota keADILan yang dibeli Umno - bukannya beratus atau beribu-ribu. Patutlah Umno gagal menyahut cabaran mempamirkan semua nama mereka itu.

Apa yang menarik di sini ialah Ling tidak mampu menyerang Mr Khoo.. sepatutnya seluruh jentera Umno merasa malu kerana mereka sudah tertewas di situ, - Editor]


18.01.2002

Indera Kayangan : UMNO Yang Menyerlah

(UMNO in the spotlight)

Oleh: M.G.G. Pillai

Dua calon yang bertanding adalah orang Cina, tetapi petugas MCA ghaib entah ke mana. Demikian laporan akhbar dan media Malaysia di Indera Kayangan menjadi pedoman untuk menceritakan segalanya. Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi semakin yakin bahawa calon MCA akan menang dengan undi majoriti, tidak berapa lebih yang dapat diyakininya setakat ini. Tetapi, bagaimana mungkin seseorang calon menang besar dalam perlawanan satu lawan satu yang ditandingkan seperti ini? (Saya teringatkan kisah lama di Kuala Kubu Bahru dalam pertandingan kerusi DUN pada 1969, apabila MCA menolak pemegang jawatan yang dipertandingkan itu. Para penyokong beliau merosakkan kertas undi mereka - 5,009 undi semuanya, yang merupakan undi yang lebih besar daripada undi yang dimenangi oleh pemenang. Saya yakin Abdullah Badawi tidak fikirkan perkara itu). Presiden MCA Ling Liong Sik tidak banyak bercakap tetapi mengutuk Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan bukan calon mereka, Mr. Khoo Yang Chong yang merupakan pemimpin masyarakat Cina yang popular.

Kempen berjalan begitu ganas. Pelbagai tuduhan dibuat secara berlebih-lebihan. Kedua pihak BN dan BA memang terlibat dengan kerja gila, dan BN yang khususnya terutama sekali menteri besarnya Shahidan kassim, yang terpaksa menikus akhirnya. Ugutan beliau mahu menyaman malu sebanyak RM1 juta kerana apa yang dikatakannya tuduhan melulu, 'kerana tidur dengan artis pelakon wanita dan gadis bawah umur.' Kini dia terpaksa meneruskan ugutannya. Kempen MCA adalah satu kesinambungan masalah dalaman parti, Indera Kayangan dijadikan satu lagi medan pertempuran mereka. UMNO terpaksa memahami segala masalah sama ada di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri.

Antara segala keributan itu muncul satu kenyataan yang sungguh meyakinkan. Mr. Khoo berkata, kalau dia menang, 'masyarakat Cina akan dapat dua perwakilan dengan harga satu sahaja'. Dia akan menjadi wakil rakyat dan Mrs. Oui akan balik bekerja sebagai wakil Cina di pejabat Shahidan Kassim. BN sudah menggeletar ke akar umbi, mula menggandakan serangan terhadap pihak pembangkang, kerana gelabah dan bukan kerana perancangan yang indah. Tetapi kempennya berbentuk bertahan pada tahap mula dulu. Calon MCA, Mrs. Oui Ah Lan adalah pilihan Dr.Ling dan dia bertugas sebagai pegawai pejabat menteri besar Perlis. Ini membuatkan dia kehilangan markah yang nyata, satu daripada orang Melayu dan satu daripada masyarakat Cina. Pilihanraya kecil ini ditandingkan atas pilihan Dr. Ling dan Dr. Mahathir. Ia juga adalah satu penentuan apakah Shahidan akan terus meminggirkan orang Melayu dengan terus kekal sebagai menteri besar.

Kempen akan berhenti pada tengah malam (18/1/2002) BN telah menunjukkan keangkuhannya secara menubuhkan satu pasukan petugas mengandungi Pemuda MCA seramai 120 orang untuk melumpuhkan propaganda pembangkang. Bila pasukan ini selesai dengan mesyuaratnya yang pertama, plilihanraya kecil itu sudahpun menjadi sejarah. Parti 'The Malaysian Indian Muslim Congress' (Kimma) yang wujud dengan dakwaan yang tidak dapat dibuktikannya, amat yakin undi India Muslim akan pergi kepada calon MCA. Apabila ditanya berapa ramaikan undi India Muslim di situ, mereka tidakpun tahu. Tetapi mereka yakin siapakah yang akan diundi oleh masyarakat itu. Kalau diambil-kira dakwaan BN, Mrs. Oui sudah pasti akan menang dengan majoriti besar. Maklumlah terdapat tiga hingga empat tukang kempen untuk setiap pengundi yang akan keluar esok hari. Pihak pembangkang tidak mempunyai belanja yang banyak dan inilah yang meyakinkan BN bahawa mereka akan menang. Dengan berlakunya kegiatan melompat keluar parti dan ugutan untuk menyaman malu, BN mengharapkan kegilaan akan reda. Itu sebabnya Abdullah Badawi amat yakin calonnya akan menang dengan lebih banyak undi daripada penentangnya. Seandainya pembangkang menang, ada yang beranggapan itu terjadi kerana calon BA mendapat undi yang kurang daripada calon MCA. Bingung bukan? Itulah yang saya petik daripada kenyataan BN yang saya baca di akhbar Malaysia yang dikatakan mengamalkan kebebasan kewartawanan.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR - 18.01.02

Asal: KM2 6633