Laman Webantu   KM2: 6640 File Size: 6.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 573: TheAge: Kesangsian Dakwaan M'sia Terhadap Al Qaeda
By Mark Baker

19/1/2002 5:36 pm Sat

[Ulasan Penterjemah: Ini adalah cerita kartun. Ammonium Nitrate tidak banyak bezanya dengan baja urea untuk membuat bom. Banyak lagi baja yang sekian lama digunakan di ladang Malaysia boleh dicampur semacam membuat alat pemadam api untuk dijadikan bom.

Bagaimana kerajaan Malaysia boleh terjebak dengan tipu muslihat ini adalah amat memalukan rakyat Malaysia yang tahu halehwal kimia. Ramai askar Melayu yang pandai buat bom jenis baja sebagai asasnya dengan menggunakan bahan peledak lain. Masih ramai bekas komunis di negara ini yang pandai membuat bom semacam itu. Bukankah itu juga yang menjadi asas para nelayan membuat bom menangkap ikan? Selepas komunis menyerah diri dan selepas kita merdeka selama 45 tahun, adakah pernah negara ini diserang oleh bom bikinan rakyat negara ini?

Inilah bahananya kalau ramai pemimpin politik Melayu yang lulus setakat kajian sastera yang tahu membaca sajak 'Kanku ukir namamu di awan biru......!!!' Inilah juga bahana memberi laluan kepada Melayu haprak menjadi pemimpin UMNO hingga mampu menjadi ikutan para wartawan Melayu yang sama haprak yang sanggup menipu bangsa sendiri.. Memalukan bangsa sahaja!!!!! ]


The Age:
17/1/2002

Kesangsian Mengenai Dakwaan Malaysia Terhadap Al Qaeda

(Doubts mount over Malaysian claims of al Qaeda links)

Oleh: Mark Baker, Asia Editor, Kuala Lumpur

Pentadbiran Malaysia telah membuat pengakuan mereka gagal dalam usaha mengesan satu simpanan longgokan senjata kimia walaupon wujud kesangsian akan wujudnya rangkaain Al Qaeda yang dikatakan beroperasi di Tenggara Asia.

Timbalan perdana menteri Abdullah Badawi berkata empat tan ammonium nitrat - yang didakwa telah diseludup memasukki Malaysia untuk membuat bom trak oleh ahli kumpulan militan yang ditangkap di Singapura minggu lalu telah menghilang tanpa dikesan.

'Pihak polis sedar bahan letupan itu dibawa masuk ke negara ini, tetapi pada waktu ini bahan itu semua sudah tidak ada lagi. Sudah dipunggah dan dipindahkan entah kemana,' kata Abdullah.

Dia juga menyebut betapa tempat bahan itu disimpan dulu tidak juga diketahui (kalau begitu bagaimana polis tahu ia diseludup masuk??? - penterjemah)

Pegawai Singapura mendakwa kimia itu dilonggok di selatan semenanjung oleh Faiz Abu Bafana, salah seorang daripada 13 anggota haram Jemaah Islamiah yang ditangkap di Singapura minggu lalu dan dituduh mempunyai hubungan dengan al Qaida.

Mengikut pegawai Singapura itu, kumpulan itu telah cuba mendapatkan 21 tan ammonimum nitara untuk membina bom trak dan menyerang kedutaan Amerika dan beberpa sasaran kepunyaan Amerika di Singapura. Satu videotape dan dokumen menunjukkan agenda itu telah dirampas daripada runtuhan rumah pemimpin Al Qaeda di Afghanistan bulan lalu.

Penguasa Singapura mendakwa Jemaah Islamiah yang dipimpin oleh seorang agamawan Indonesia bernama Abu Bakar Bashir dan mempunyai rangkaian sel di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Tetapi pegawai Indonesia berkata mereka tidak mempunyai bahan bukti jaringan al Qaeda yang beroperasi di negara mereka.

Malaysia telah menangkap sekitar 40 orang rakyatnya sejak Ogos dulu dalam satu gerakan membenteras apa yang disebut sebagai kumpulan militan Islam. Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata Jumaat dulu, betapa 50 rakyat Malaysia telah dikenalpasti mempunyai hubungan dengan al Qaeda.

Tetapi pengakuan Abdullah Badawai mengenai longgokan bahan ledakan yang lesap itu dan kegagalan kerajaan untuk menjelaskan kes terhadap mereka yang ditangkap sebagai pengganas yang disyakki telah memperkukuhkan keraguan kalangan diplomat dan pemimpin pembangkang betapa isu itu sengaja digembar-gemburkan untuk tujuan politik.

'Terlalu banyak dakwaan sensasi telah direncana tetapi setakat ini tidak ada satu pun bahan bukti untuk menyokong keganasan kerajaan itu,' kata seorang diplomat di Kuala Lumpur.

Pemimpian Keadilan, Wan Azizah berkata beliau percaya kebanyakan penangkapan itu adalah sebahagian kempen menakut-nakutkan oleh kerajaan sebelum pilihanraya kecil bermula di Indera Kayangan.

'Peristiwa Spetember 11 adalah satu tragedi untuk kita semua. Inilah yang memberikan ilham penyangak kepada Mahathir untuk memperkokohkan hasutan dan tohmahannya untuk menindas lebih ganas lagi sebarang suara yang menyanggahnya. Kini ia mempunyai dalil yang wajar untuk menekan orang yang dibencinya dibawah ISA.' Demikian pendapat Wan Aziziah.

Polis mendakwa mereka yang ditangkap tanpa perbicaraan adalah ahli Kumpulan Militan Malaysia, satu kumpulan yang tidak pun terdengar namanya sebelum itu yang ada kaitan dengan pengeboman, rompakan dan pembunuhan seorang wakil rakyat negeri.

'Kita dimaklumkan orang ini semua mengaku mereka menerima latihan di Afghanistan oleh kumpulan Taliban dan oleh kumpulan pimpinan Osama bin Laden. Sepanjang pengetahuan kita, mereka mempunyai niat yang curang, terutama sekali mahu mencetuskan kekacauan dan mencuba menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan,' kata Mahathir minggu lalu.

Tetapi Mahathir mengaku pula bahawa operasi ahli KMM ini masih tidak dapat dikenalpasti. 'Apakah mereka menjadi satu sel di Malaysia ataupun tidak, ataupun mereka bergerak secara bersendirian, tidak pula kita tahu,' katanya.

Salah seorang yang baru ditangkap di Malaysia pernah berjumpa dengan dua orang anggota perampas pesawat September 11 kurang satu tahun sebelum itu, kata satu sumber penyiasat memberitahu Reuters minggu lalu.

Polis Malaysia juga telah memberitahu betapa Zacharias Moussaoui, seorang warga Peranchis yang didakwa membantu serangan September 11 pernah melawat negara ini dua kali pada akhir 2000.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.
Asal: KM2 6625 Ref: http://theage.com.au/news/world/2002/01/17/FFXELDPDIWC.html