Laman Webantu   KM2: 6639 File Size: 2.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 572: FEER: Hubungan Al Qaeda Yang Tidak Jelas
By Risikan FEER

19/1/2002 5:32 pm Sat

[Catatan penterjemah: Pembohongan Mahathir semakin ketara. Bayangkan berapa ratusan ahli keluarga yang ditahan dengan tuduhan palsu yang sedang merana. Bagaimana anak-anak yang rindukan bapa dan datuk mereka? bagaimana kisah isteri yang bergantung harap kepada suami kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan??? Mahathir memang bangssat!!!! ]


Hubungan Al Qaeda Yang Tidak Jelas

(Al Qaeda Link Not Clear-cut)

Oleh: Risikan FEER

Walaupun wujud bahan bukti di kalangan pengganas yang disebut anggota Al Qaeda dan penggiat gerakan Islamia tempatan, kerajaan Malaysia berkata ia masih tidak mempunyai bukti jelas adanya hubungan antara KMM dengan Al qaeda. Tetapi kumpulan Malaysia itu mempunyai hubungan yang jelas dengan kumpulan Islamia Afghanistan sejak perjuangan rakyat Afghanistan memerangi penjajahan Soviet di Afghanisgtan pada 1979-1989.

"Mungkin wujud hubungan itu dengan Al Qaeda, tetapi amat sukar mengesannya. Hubungan mereka dengan Taliban amat terserlah," kata seorang pembantu kementeraian. Segelintir rakyat Malaysia mungkin dalam sekitar ratusan mengikut catatan pegawai kerajaan, pernah berjuang menentang askar Soviet dalam 1980-an. Ribuan lagi pernah belajar agama di wilayah itu satu ketika dulu. Apakah ada antara mereka berkumpul sebagai satu kumpulan yang beragenda yang kini digelar oleh kerajaan sebagai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Sejak Disember 9 kerajaan telah menangkap 15 orang yang dituduh sebagai anggota KMM, yang didakwa oleh Mahathir pada awal Januari dulu sebagai kumpulan yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Kini, kerajaan sedang meraba-raba bahan bukti yang dapat menunjukkan pucuk kepimpinan PAS pernah dirundingkan oleh kumpulan yang dikatakan militan ini, demikian cerita pembantu itu lagi.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6628 Ref: http://www.feer.com/articles/2002/0201_24/p008intell.html