Laman Webantu   KM2: 6638 File Size: 6.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 571: AWSJ: Syed Mokhtar Al-Bukhary Mahu Saham Kerajaan Dlm Pernas
By Leslie Lopez

19/1/2002 5:31 pm Sat

Asian Wall Street Journal

Hartawan Malaysia Mahukan Saham Kerajaan Dalam Pernas

(Malaysian magnate makes Bid For Government's Pernas Stake)

Oleh: Leslie Lopez

Peniaga Malaysia Syed Mokhtar al-Bukhary telah mengemukakan permohonan untuk membeli saham Pernaas International Holdings Bhd. dalam satu urusan jualbeli yang kompleks bernilai sekitar satu bilion ringgit.

Para pegawai bank dan pegawai kerajaan yang arif dengan rancangan Syed Mokhtar itu menyatakan beliau berminat untuk mengaut semua saham kerajaan yang menguasai 32 persen saham Pernas dalam dua tahap urusan.

Di tahap awalan dia bercadang membeli sekitar 20 persen bernilai 280 juta ringgit ataupun sekadar 2.05 sesaham. Ini adalah lebih dua kali ganda daripada harga semasa saham Pernas yang diniagakan pada tahap 71 sen. Kemudian dia bercadang menjual beberapa pegangan hartanya yang dinailai pada 700 juta ringgit kepada Pernas sebagai sebahagian perancangan untuk menyusun semula hutang syarikat itu yang sudah menanah sebanyak dua bilion ringgit. (Apakah yang sudah jadi kepada Tengku Shariman yang menjadi patung besi di Pernas sejak dulu??? - Penterjemah)

Syed Mokhtar mengemukakan cadangan itu awal bulan ini kepada Mahathir Mohamad, yang juga merupakan mengteri kewangan, kata pegawai bank. Mahathir belum lagi membuat keputusan, kata seorang pegawai tinggi kerajaan. Syed Mokhtar yang bergelar Tan Sri merupakan seorang usahawan yang pemalu (ha.ha.ha...) daripada Kedah, tidak pula dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan beliau.

Rencana ambil-alih Pernas itu yang merupakan sebuah syarikat induk yang kaya dengan kegiatan hartanah, perhotelan pembuatan dan perdagangan akan menaikan martabat Syed Mokhtar yang sebelum ini sentiasa merendah diri dalam arena korporat Malaysia.

Sebagai seorang peniaga beras satu ketika dulu, Syed Mokhtar kebelakangn ini telah membina secara senyap-senyap satu empayar niaga, dengan kerapkali menggunakan rakan niaganya sebagai proksi/nomini dalam menyauk aset korporat, kata kenalan beliau. Selama satu tahun yang lalu, beliau mula menyatu-padukan aset persendiriannya - termasuk pelaburan dalam janakuasa persendirian, hartanah dan operasi pelabuhan yang besar - melalui Malaysia Mining Corp. Bhd. yang dikuasainya.

Para pegawai bank dan rakan niaga beliau menyebut kemeriahan perniagaan Syed Mokhtar adalah disebabkan hubungannya yang intim denan Dr. Mahathir yang juga berasal daripada Kedah. Pegawai tinggi kerajaan berkata perdana menteri tertarik kepada segala tingkah laku dan kerjaya Syed Mokhtar dan juga gelagat beliau yang murah menderma dan bersedekah kepada institusi Islam. Syed Mokhtar mempunyai satu yayasan yang bernama Al-Bukhary Foundation, yang telah membina dua musium Islam, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kedah.

Syed Mokhtar juga telah mendapat pujian kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan pelabuan Tanjung Pelepas. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd. ataupun PTP yang dikuasainya dengan pegangan 60% melalui beberapa pegangan nomini. PTP berjaya menguruskan pelabuhan itu menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu dimilikki setakat 30% oleh Maersk Sealand International dan mampu bersaing dengan Singapura, pelabuhan paling sibuk di dunia selepas Hong Kong. PTP berjaya memikat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corp. seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Dr. Mahathir memuji pemindahan ini dengan berkata ia akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hab perkapalan wilayah ini.

Penonjolan mendadak Syed Mokhtar sudah tentu mampu mencetuskan kritikan kerana kisah kronisma yang dikatakan menjadi denyutan nadi pergerakan dunia korporat yang selari dengan pergerakan politik negara. Ketika krisis Asia 1997 menghenyak negara, beberapa empayar niaga segelintir taikun perniagaan meledak dan merudum, sehinggakan mencetus gunung hutang yang tinggi. Yang paling sengsara ialah bekas ketua Renong Bhd. Halim Saad dan Tajudin Ramli yang satu ketika menguasai MAS Bhd. Mereka berdua adalah anak didik bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan telah merasa nikmat buaian kerajaan Mahathir, yang terpaksa menyelamatkan Renong dan MAS, akhirnya.

Usaha Syed Mokhtar untuk menyauk saham Pernas muncul hanya kurang tiga bulan selepas kerajaan menyusun syarikat tersenarai itu, yang mula diswastakan pada 1996. Dalam penswastaan awalan Pernas membayar 1.15 bilion ringgit untuk membalun saham tujuh syarikat tersenarai di pasaran saham Kuala Lumpur. Termasuk segala aset pemegang saham terbesar Perbadanan Nasional Berhad. Kemudian, Fernrite Sdn Bhd. sebuah syarikat swasta yang imilikki oleh 14 pengurus Pernas, merancang membeli 32% saham kumpulan itu yang diperbesarkan daripada Perbadanan Nasional dengan harga 495 juta ringgit yang menilaikan saham Pernas pada kadar 2.05 ringgit.

Tetapi pembelian Fernrite itu tidak pun diselesaikan. Krisis kewangan 1997, dan keadaan pasaran yang malap mendera rencana urusan Pernas itu membantutkan rencana pembelian kumpulan pengurus itu.

Pernas mempunyai kuasa penguasaan dalam dua lagi syarikat yang tersenarai. Tradewinds Malaysia Bhd. dan United Malayan Land Bhd. Mengikut tahap kedua rencana ambil-alih Syed Mokhtar, beliau bercadang menjual sahamnya dalam operasi kilang gula yang dimilikinya kepada Tradewinds. Ini merupakan satu operasi pengilangan gula yang besar dan menguntungkan. Beliau juga bercadang menjual hartanah kepunyaanya, termasuk beberapa tapak tanah di Johor, kepada pemaju hartanah United Malayan Land.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6630 Ref: http://interactive.awsj.com