Laman Webantu   KM2: 6637 File Size: 15.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 570: HR: Penyakit Industri Pembuatan Malysia
By Harun Rashid

19/1/2002 5:26 pm Sat

[Catatan khas kepada pembaca oleh penterjemah: Artikel ini sedikit berunsur teknikal, tetapi rumusannya amat mudah - negara menjadi muflis gara-gara nafsu serakah kumpulan bedebah yang dipimpin oleh seorang Raja Penyangak yang tidak sedarkan diri. - penterjemah ]


HR Worldview
17/1/2002

Penyakit Industri Pembuatan Malysia

(Malaysia's Manufacturing Malaise)

Oleh: Harun Rashid

Ada satu dasar rasmi kerajaan Malaysia dalam menyekat penurunan tahap kegiatan ekonomi negara daripada akhir tahun 2000 sehingga akhir tahun 2001. Ekonomi yang digambarkan oleh angka Keluaran Domestik Kasar, sengaja dilakar untuk menunjukkan aktibiti ketumbuhan walaupun hanya sezarah persen di atas tahap zero (kosong). Demikianlah yang diarahkan oleh perdana menteri.

Inilah yang menjerut setiap pegawai dalam perkhidmatan awam dalam usaha menyorokkan fakta yang menunjukkan ekonomi Malaysia yang meraung lebih teruk lagi daripada negara berjiran dengannya. Pendapat para ekonomis kerajaan sentiasa bersikap yakin selalu, seolah-olah seorang yang amat yakin di pasaran saham dan bukannya seorang pengamat yang mengamati secara professional akan pergolakan tekanan pasaran semasa.

Sebagai contoh, pasaran saham tempatan (seperti yang diandaikan oleh KLCI - Indeks Komposit KL) sekarang ini beralun untuk menyesuaikan keadaan adanya pilihanraya kecil, kerana itu pergerakannya adalah didalangi secara sengaja agar terus naik ke atas, oleh ransangan dana tempatan yang dikuasai oleh kerajaan dalam satu tipu muslihat dan usaha bersorok untuk mencorakkan satu harapan menjadi kenyataan. Pegawai kerajaan dan segala khadam yang sedia menjilat perdana menteri sedang bergelumang dalam satu konspirasi untuk melakukan kerja jijik yang penuh muslihat ini. Segala kecelaruan yang dicetuskan oleh usaha ini menyumbang kepada hakisan dana modal di negara ini. Kecelaruan yang berpanjangan adalah disebabkan korupsi yang tidak dapat dikawal dan dibenteras lagi, serta wujudnya ketidakcekapan dan persekongkolan dalam pembikinan kontrak korporat dan awam.

Ekonomi negara, walaupun berada mengikut rentak belanjawan defisit mainan kerajaan yang ketara, telah gagal untuk dipantau. Kegagalan memenuhi janji melunaskan pinjaman bond sudah berterusan. Kerajaan mengambilalih segala hutang yang tidak terbayar itu atas nama rakyat jelata, dan mengeluarkan surat gadaian kerajaan yang baru dalam usaha menipu untuk menutup segala kepincangan itu.

Syarikat nasional yang besar-besar yang dikawal oleh perdana menteri dan parti politik beliau merupakan satu amalan yang amat bercanggah dengan teori kapitalis, namun semua syarikat ini mencataatkan keuntungan kecil setiap bulan, hingga menjerumuskan syarikat itu dan juga negara ini jauh ke jurang kemuflisan yang berwarna merah tulisan catatan akaunnya. Tahap keperluan letrik semakin menurun, dengan perangkaan bil yang menurun dan ditemani pengutipan hutang yang semakin menurun. Kehilangan hasil pendapatan negara telah memaksa terbantutnya tiga buah projek pengeluar janakuasa yan sungguh tinggi tahap kerakusannya walaupun ia tidak termasuk pembikinan Ampangan Bakun yang memang gah kebodohan perancangannya.

Para kroni sedang meraung dan menangis melolong-lolong. Tetapi para menteri berkata kapasiti berlebihan adalah sekitar 35 persen berbanding keperluan semasa, dan seperti yang semua pihak maklum, bekalan tenaga yang dicerna bukannya boleh disimpan di mana-mana. Kira-kira enam bulan yang lalu, seorang menteri membuat pengumuman bahawa disebabkan bekalan yang berlebihan, tidak ada projek baru yang dapat diluluskan. Tetapi tidak lama kemudian ada beberapa projek baru yang diluluskan. Kali ini kerajaan bertindak tegas. Ini hanya membawa makna sudah tidak ada lagi wang lebihan di mana-mana dan tidak lagi ada sumbangan derma untuk melancarkannya. Tetapi kita pasti akan menyaksikan proses penyelamatan yang pasti akan diwujudkan. Kaedah haprak mengalihkan hutang basi yang menggunung tinggi kepada orang awam yang papa kedana adalah bibit kehancuran ala Argentina yang pasti akan muncul juga.

Telekom Malaysia, yang merupakan syarikat utiliti kebangsaan, merupakan salah satu saham utama dlam pasaran saham Kuala Lumpur. Aktibiti billing dan kutipan, mengikut catatan juruodit, semakin menurun setiap bulan. Namun, harga sahamnya terus mencanak bercanggahan dengan ilmu logika. Orang dalam mengatakan itu semuanya adalah perasap yang banyak cermin kacanya dalam satu pasaran silapmata yang melibatkan pengurus dana main silap mata antara satu dengan lain untuk mengabui mata orang awam. Semua itu dilakukan tanpa mengira untung ruginya kerana mereka digalakkan oleh kerajaan untuk berbuat demikian tanpa membayar kos urusniaga itu. Tujuannya untuk menunjukkan kegiatan pasaran yang cergas sedangkan ia hanyalah satu manipulasi pantas untuk mengelirukan yang kurang cergas, baik pelabur tempatan ataupun luar negara. Mengikut satu perbidalan lama pasaran saham ada yang berkata: 'dalam urusan edaran, tangan yang tegap mengabui yang tidak cekap.'

Harga saham syarikat yang sudah muflis sepatutnya tidak boleh naik lagi kecuali adanya kegiatan menipu. Apabila tidak lagi ada keluaran dividen yang dijangkakan, harga saham sesuatu syarikat (stok) itu seharusnya tidak boleh naik lagi, nilai net tangible asset sesuatu syarikat itu. Hakikat ini sengaja disorok sambil harga pasaran terus naik mencanak menipu kewarasan yang bijak. Sudah tentu fenomena ini tidak akan bertahan lebih lama sebelum munculnya pilihanraya umum yang mendatang.

Sudah menjadi dasar ekonomi negara untuk melambatkan pembayaran hutang secara tidak tetap jadualnya. Ini dilakukan dengan mendapatkan hutang yang baru untuk menutup hutang lama yang belum terlangsai. Malangnya tipu muslihat ini semakin terdedah ekoran musibah yang menimpa kerajaan Argentina. Keruntuhan kerajaan Argentina itu merupakan satu ancaman yang begitu besar kesannya kepada sistem kewangan jangkaan semasa. Kesan psikologi yang panjang pengaruhnya adalah sama bahananya dengan kesan kejadian ngeri 911 di Dewan Dunia Dagang New York.

Satu kajian mengenai polisi yang diamalkan oleh Argentina yang kini sedang terbakar sistem kewangannya memang elok dipelajari untuk memahami situasi di Malaysia. Satu lagi sumber ialah pembongkaran kisah syarikat Enron yang memberi fokus kepada korupsi pengurus-pengurus eksekutifnya dan 'cover-up' serta pemusnahan dokumen oleh juruodit luar syarikat itu (Arthur Andersen - penterjemah) yang dibayar khidmat mereka. Kedua-dua kes ini memberi tunjuk-ajar yang amat baik dan memang selari dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia, semua personalitinya serta hampir kesemua syarikat awamnya.

Kumpulan kapitalis para kroni sentiasa menolak nasihat para realis setiap kali pengoditan dilakukan dengan keras. Kesannya, para ekonomis yang digaji selalu mengambil sikap yakin, dengan kelakuan yang para broker dalam pasaran saham dan tidak sebagai seorang pengamat tekanan pasaran semasa. Para ekonomis yang optimis hari ini, masih dialu-alukan oleh media. 'Jangan jual dulu, lebih baik membeli lagi, ketika harga saham masih rendah. Tunggu dan simpan enam bulan kerana pasaran akan melonjak dengan ghairah.'

Inilah nasihat yang tidak mengambil kira perjalanan sejarah, yang dirasuk oleh kesilapan pasaran merudum yang berpanjangan. Trenda semasa dapat dilihat oleh sesiapa sahaja. Mereka yang enggan melihat alunan trenda ini adalah mereka yang bersekongkolan dengan orang politik yang berbohong sambil mereka menyeleweng amanah rakyat.

Malahan, pakar ekonomi Amerika yang unggulan, Greenspan, pernah meramalkan masadepan pasaran yang gelap, dengan ketiadan kilat untuk memberikan kilauannya. Ada ramalan mengatakan keadaan akan kembali pulih bermula dua suku tahun yang akan muncul. Inilah yang menjadi bacaan menetra silap mata semasa: 'Dua sukutahun yang akan datang (bersamaan enam bulan - penterjemah) keadaan pulih akan muncul semula'. Suku-tahun silih berganti dan kita masih mendengarkan ramalan ini. Ia cuma dua suku tahun sahaja jaraknya. Tempoh baik-pulih yang diramalkan itu disogokkan setiap hari laksana menyorong satu kereta tolak yang mempunyai bunyi bising yang sama dan isi kotaknya yang serupa.

Kecenderongan para analis memberikan dalil yang sama begitu lama memudahkan kerja kelentongan perdana menteri untuk menjaja program 'ketumbuhan positif' kepada rakyat jelata. Inilah yang dilaungkan sahut-menyahut dalam media tempatan tanpa hentinya dengan tujuan untuk memperkukuhkan kerusinya yang semakin goyah aeban hari. Keadaan sebenar adalah lebih jelas lagi seandainya seseorang mengubah definasi yang standard itu sedikit, dengan melakar satu garisan yang senget untuk memaparkan keadaan ekonomi yang semakin meleset.

Satu garisan walaupun ketara lariannya, apabila menunjukkan penurunan yang ketara selama enam bulan, bahagian ekonomi yang digambarkan oleh garisan itu menunjukkan tempoh kemelesetannya. Ini memang tidak jauh daripada definasi yang diterima pakai bahawa wujudnya penurunan ekonomi selama dua sukutahun dalam KKN. Sektor pembuatan Malaysia sudah lama merudum sejak akhir September 2000, empat belas bulan sehingga kini, dan sudah tentu sektor ini dikatakan sedang meleset. Inilah satu sektor penting bersama pelancungan dan pertanian.

Sebagai tiang seri ekonomi nasional, industri pembuatan Malaysia menyediakan pekerjaan dan barangan untuk keperluan tempatan dan pengekspotan. Data perangkaan kasar yang ditunjukan di bawah, adalah untuk sektor pembuatan Malaysia sehingga November 2001. yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan boleh dicapai di laman web kerajaan.


PERKILANGAN (jumlah nilai jualan)

Nov 2001 vs. Nov 2000
Nov 2000 = RM29.7 billion .
Nov 2001 = RM24.6
Penurunan = RM 5.1 billion (-17.2%)

Nov 2001 vs. Oct 2001
Oct 2001 = RM25.9 billion
Nov 2001 = RM24.6 billion
Penurunan = RM 1.3 billion (-5.02%)

Year-to-date
Jan-Nov 2000 = RM305.3 billion
Jan-Nov 2001 = RM285.6 billion
Penurunan = RM 19.7 billion (-6.5%)

PEKERJAAN

Nov 2000 vs. Nov 2001
Nov 2000 = 1,050,121
Nov 2001 = 985,213
Penurunan = 64,908 (-6.2%)

Nov 2001 vs. Oct 2001
Oct 2001 = 991,630
Nov 2001 = 985,213
Penurunan = 6,417 (-0.6%)

PENDAPATAN GAJI

Nov 2001 vs. Nov 2000
Nov 2000 = of RM1.51
Nov 2001 = RM1.46 billion
Penurunan = RM0.05 billion (-3.3%)

Nov 2001 vs. Oct 2001
Nov 2001 = RM 1.46 billion
Oct 2001 = RM1.45 billion
Kenaikan = RM 0.01 billion (0.7%)

Year to date
Jan-Nov 2000 = RM15.8 billion
Jan-Nov 2001 = RM16.3 billion
Kenaikkan = RM 0.5 billion (3.2%)

Segala perangkaan ini boleh dilakar dalam bentuk graf untuk memudahkan interpretasinya. Graf ini menunjukkan perbandingan sejak lapan bulan dalam 2001 dengan tempoh yang sama pada 2000

Manuf. Stats Nov 2001

Garisan merah untuk 2001 bukan sahaja menunjukkan ketiadaan pertumbuhan pada 2000, bulan November menunjukkan satu penurunan yang mendadak. Kita mesti akur betapa sektor pembuatan bukannya aktiviti ekonomi yang digembar-gemburkan oleh perdana menteri apabila dia mengatakan negara tidak menghadapi ekonomi yang lembap. Aktiviti ekonomi untuk tahun 2001 akan menjadi positif berbanding akhir 2000. Setakat ini mengikut perangkaan November aktiviti pembuatan masih belum berada dalam perangkaan yang positif.

Tetapi hanya pada akhir Disember 2000 barulah ada asas untuk mengukur perubahan dan kita dapat melihatkan satu kerancakan pada akhir September 2000. Ia menurun sejak itu. Lainlah kalau Disember 2001 merupakan bulan Disember paling hebat dalam sejarah negara, akhir 2001 akan berkesudahan dengan satu penurunan yang mendadak mulai 2000. Walaupun terlalu awal untuk mengusahakan satu perangkaan yang tepat, satu ekstrapolasi membenarkan satu tanggapan penurunan sekitar -3.5 persen KKN negara yang dikira ada munasabahnya.

Penurun mendadak dalam nilai barangan pembuatan berasaskan tahun-demi-tahun (menunjukkan penurunan sekitar 19.7 bilion ringgit) diperakukan oleh kerugian/kehilangan hampir 65,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan. Kehilangan dalam bentuk nilai akan barangan buatan ini pada bulan November (adalah kurang dari 5.1 bilion ringgit berbanding November 2000) diperakukan oleh kehilangan pekerjaan sekadar 25.5 persen untuk tahun yang berkenaan (sekitar RM 19.7 bilion). Namun, penurunan ini tidak pula digambarkan oleh kehilangan punca pekerjaan yang sewajarnya.

Pada bulan November 2001, hanya 6,417 pekerjaan yang lesap, bersamaan 0.6% keseluruhan peluang pekerjaan. Walaupun nilai barangan pembuatan sudah menurun sejak dua belas bulan yang lalu setakat 17.2%, jumlah pekerja yang hilang pekerjaan sejak November 2000 hanya mencatatkan kekurangan 6.2%. Ini menunjukkan sekurang-kurangnya lagi 90,000 hingga 100,000 pekerjaan yang diancam bahaya, dan angka ini bertepatan dengan andaian perangkaan awal yang diterbitkan oleh kerajaan terlebih dulu.

Purata barangan pembuatan per pekerja kilang pada akhir November 2000 ialah bersamaan dengan nilai RM28,282. Ini merupakan nagka yang tinggi berbanding perangkaan akhir Oktober 2001 yang mencatatkan nilai per pekerja kilang setakat RM26,119. Sebulan kemudiannya, pada akhir November 2001, angka itu menurun lagi sehingga RM 24,969. Ini menunjukkan kehilangan produktiviti yang mendadak, dan selagi trenda ini tidak dibetulkan, ia akan melunturkan lagi daya saing malaysia di seantero pasaran rantau ini.

Gaji dan imbohan bulanan tidak pun menurun setara dengan kehilangan pekerjaan ataupun nilai barangan yang dikeluarkan. Jumlah gaji dan imbohan yang dibayar pada akhir November 2000 menunjukkan setiap pekerja kilang menerima sekitar gaji purata bulanan sebanyak RM1,438.

Pada akhir Oktober 2001 angka ini mencanak menjadi RM1,462 dan pada akhir November ia menjadi RM1,482. Secara purata seorang pekerja Malaysia menerima tambahan RM44 sebulan sejak tahun lalu, sedangakan nilai barangan yang dikeluarkan menurun sebanyak RM3,313. Apabila harga barangan itu menurun dan berlaku pula kenaikan harga tenaga untuk mengeluarkan barangan itu, ia sudah tentu menjerut keuntungan. Ini menunjukkan menggelonsornya keuntungan di sektor pembuatan, dan membawa kesan negatif dalam pembayaran laba dan dividen yang dijangka.

Kerajaan malaysia memang giat menyarankan agar majikan tidak membuang pekerja, sebagai satu langkah membenteras pengangguran dan kecelaruan politik. Perdana menteri kerap berlagak sebagai pakar ekonomi, tetapi dasar beliau ternyata haprak kerana terlalu bergantung kepada sikap berbelanja para konsumer dan bukannya berasaskan kepada faktor fundamental yang bermutu seperti ketelusan dalam sistem pasaran dan sistem perundangan yang bebas daripada campurtangan kaum penguasa dalam pentadbirannya.

Masalah ekonomi Malaysia tidak diabaikan oleh pemantauan masyarakat pelabur antarabangsa. Kisah keculasan melunaskan bon yang berlanjutan, yang diekori oleh segala peristiwa penyelamatan syarikat kroni dan penerapan hutang dengan menggunakan dana rakyat jelata, telah menjeruk apa juga prospek kemajuan yang diimpikan oleh negara untuk mengelakkan kesan buruk disebabkan pengurusan yang haprak gara-gara kerakusan pihak yang sengaja menyibuk untuk mengangkat bakul diri sendiri sambil menyumbat tembolok masing-masing.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.
Asal: KM2 6629 Ref: http://www.geocities.com/harunrmy/18Malaise.html