Laman Webantu   KM2: 6635 File Size: 8.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 569: Hrkh: Bangsamoro Mungkin Saman Mahathir
By Emelyn Tapaoan

19/1/2002 12:06 am Sat

Gulf News

Bangsamoro mungkin saman Mahathir

(Bangsamoro people may sue Mahathir)

Oleh: Emelyn Tapaoan

MINDANAO 17 Januari. Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro telah mengeluarkan satu manifesto mengisytiharkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammed telah melakukan dosa besar dengan mencemarkan hak asasi pemimpin Moro Nur Misuari, kata para peguam beliau.

Majlis ulama Islam itu telah mengisytiharkan Mahathir sudah murtad dan seharusnya dipertanggungjawab kerana mencela Kitab suci al-Quran dan mencemar Hak Asasi Manusia mengikut Deklarasi Islam Antarabangsa. Demikian kata peguam Macapanton Abbas salah seorang panel 30 peguam yang mempertahankan Misuari terhadap dakwaan yang dihadapkan oleh kerajaan.

"Itu sebabnya saya bersama beberapa orang peguam sedang mengkaji sebarang kemungkinan mengemukakan saman malu terhadap Mahathir di UNHCR (Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia)." kata beliau.

Mahathir telah menghalau Misuari tanpa pengetahuannya. Dia juga menahan Misuari dan mencegah beliau bertemu orang luar selama dua setengah bulan, kata Abbas. "Mahathir telah mengenepikan permohonan Misuari untuk mendapatkan suaka politik yang dikemukakan oleh peguamnya Elly pamatong kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian," kata Abbas.

Permohonan suaka adalah satu hak manusia yang dijamin dlam Quran, yang menjadi asas Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Antarabangsa, tegas Abbas.

Namun demikian, "kami harus juga berterimakasih kerana beliau menghalau Misuari, kerana perbuatan itu merupakan satu hikmah yang terselindung untuk Bangsa Moro dan menjadi satu igauan politik kepada Kerajaan Presiden Gloria Arroyo," kata ahli Kongres Didagen Dilangalen.

"Saya menasihatkan agar dimulakan kes terhadap Mahathir. Sebagai seorang ketua negara dia mempunyai obligasi untuk menjamin kepentingan Malaysia," kata Dilangaden melalui wawancara telefon sambil menambah Mahathir mungkin tidak boleh dipertanggungjawab keseluruhannya.

Protes

Rakyat Bangsamoro menganggap Misuari sebagai seorang wira. Penyingkirannya (oleh malaysia - penterjemah) yang disusuli dengan penangkapannya oleh kerajaan Arroyo telah mencetuskan kemarahan umat Islam terhadap kerajaan, kata Dilanglen. Dia meramalkan dalam beberapa hari lagi, akan berlaku untuk perasaan mendesak kerajaan melepaskan pemimpin Moro itu daripada sekatan kerajaan.

Kepulangan Misuari boleh menyulitkan kerajaan FIlipina. "Niat pendakwa menuduh Misuari kerana memberontak akan membantut segala usaha kedamaian dengan kumpulan pemberontak. Seandainya mereka mendakwa Misuari sebagai memberontak, maka semua pemimpin kumpulan pemberontak - Hashim Salamat dari MILF, Jose ma Sison daripa Parti Komunis filipina yang merupakan kumpulan National Democratic Front seharusnya didakwa juga," kata Dilangalen.

"Saya menasihatkan Presiden untuk membantut sebarang tindakan guaman terhadap Misuari dan mengambil jalan politik untuk menyelesaikan masalah dengan menubuhkan satu majlis rundingan tiga puak yang mengandungi perwakilan daripda negara OIC, MNLF, yang dipengerusikan bersama oleh Misuari dan kerajaan Filipina," kata Dilangalen lagi.

Sementara itu beberapa kumpulan Moro telah mendesak kemerdekaan untuk Mindano daripada kerajaan pusat, kata pemerhati, sambil menambah kehadiran Misuari di negara itu akan mencetuskan usaha terbaru Bangsamoro untuk mendapatkan kedaulatan dan kemerdekaan mereka.

Mereka juga menuntut agar Sabah dipulangkan sebagai sebahagian wilayah Mindanao dan bukan sebagai sebahagian Malaysia. Sabah sebagai bahan sejarah dulu merupakan sebahagian Mindanao, kata Abbas.

Misuari telah dituduh merencana serangan terhadap markas tentera di Jolo November dulu yang menyebabkan kematian 100 manusia. Sejurus selepas peristiwa itu dia lari menyorok di Malaysia di mana dia telah ditangkap kerana masuk secara haram. Pamatoing berkata dia yakin menang seandainya Misuari dibicarakan di luar Filipina.

Terjemahan: SPAR - 18.01.02




Asal:

http://202.157.186.6/jan/fo17jan2002_1.shtml


HarakahDaily.Com

Bangsamoro people may sue Mahathir

From Emelyn Tapaoan, Gulf News

MINDANAU (Philipines), Jan 17 - The Bangsamoro Supreme Council of Ulama has issued a manifesto declaring that Malaysia's PM Mahathir Mohamed has commited perfidy by violating the rights of Moro leader Nur Misuari, say lawyers.

The religious leaders also termed Mahathir an apostate of Islam who should be held liable for violating the Holy Quran and the International Islamic Declaration of Human Rights said lawyer, Macapanton Abbas, one of 30 lawyers defending Misuari against charges of rebellion filed by the governement.

"That's why I and some lawyers are studying the possibility of filing a damage suit against Mahathir in the United Nations High Commission for Human Rights (UNHCR), he said.

Mahathir deported Misuari without his knowledge. He also detained Misuari and held him incommunicado for two and a half months, said Abbas. "Mahathir ignored Misuari's application for political asylum filed on his behalf by his lawyer Elly Pamatong to the UN HIgh Commissioner for Refugees" Abbas added.

Asylum as a right is guaranteed in the Quraan, the foundation of the International Islamic Declaration of Human Rights, Abbas urged.

However, instead of blaming Mahathir, "we should thank him for deporting Misuari, for this is a blessing in disguise for the Bangsa moro people and a political nightmare for the government of President Gloria Arroyo", said Congressman Didagen Dilangalen.

"I will advise the filling of the case against Mahathir. As head of the state, he has an obligation to preserve the interest of Malaysia," Dilangaden said in a telephone interview, adding Mahathir cannot be held liable.

Protest

The Bangsamoro people welcomed Misuari as a "hero". His deportation and consequent detention ignited the Muslims to protest against the government, said Dilangalen. He predicted that in the next few days there will be a series of mass action to pressure the governement to release the Moro leader from government detention.

Misuari's return could complicate the Philippines govt. "The prosecution for rebellion against Misuari will render any peace process with any rebel group futile. If they charge Misuari with rebellion, then the leaders of other rebel groups - Hashim Salamat of MILF, Jose Ma. Sison of the Communist Oarty of the Philippines - National Democratic Front - should also be charged", said Dilangalen.

"I advise the President to abandon her legal action against Misuari and instead pursue a political solution to the problem by converning a tripartite negotiations composed of representatives from the OIC countries, MNLF, chaired by Misuari and the Philippines government," Dilangalen added.

Meanwhile, several Moro groups have called afresh for the independence of Mindanao from the national government, observers said, adding Misuari's presence in the country could spark efforts by new Bangsanoro people to regain their sovereignty and independence.

They are again pursuing claims for the state of Sabah as part of Mindanao and not part of Malaysia. Sabah historically is part of Mindanao, said Abbas.

At the same time, lawyer Parmatong asked the governement to drop charges against Misuari to avoid jeorpadizing, among others, the 1996 peace agreement between the governement and MNLF.

Misuari was accused of masterminding attacks on military instalations in Jolo last November that left more than 100 dead. Shortly after the incident, he fled to Malaysia where he was arrested for illegal entry. Parmatoing said he is confident of winning thew case if Misuari were tried outside the Phhiliphines.