Laman Webantu   KM2: 6634 File Size: 9.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 568: Mahathir Menyediakan Rencah Kemusnahan Diri...
By Spirit of Truth

18/1/2002 11:43 pm Fri

Mahathir Menyediakan Rencah Kemusnahan Diri Melalui Pembohongan

(Mahathir - Prepared his Own Destruction by Lying)

Oleh: Spirit of Truth

Dengan ingatan yang berbisik kepadanya selalu akan segala bentuk pembohongannya, terutama sekali dalam kisah yang menghukum Anwar Ibrahim, Mahathir yang serba curang sudah menghampiri kemusnahan diri dalam usahanya untuk menghalalkan segala bentuk pembohongannya. Kesan segala pembohongan itu sudah semakin ketara, dan kini dalam proses berkempen di Indera Kayangan di mana sekatan menggila kurang berbisa, dan penyekatannya tidak dapat digiatkan dengan gila-gila, Mahathir ternyata sudah mereng takhtanya, dibenci dan diaibkan dengan dahsyatnya. Untuk menghenyak lagi fenomena ini ialah munculnya dua peristiwa yang amat bermakna: satu, kenyataan Duta Amerika Syarikat yang menyebut betapa perbicaraan Anwar tidak dilaksanakan dengan adil. Kedua, Majlis Tertinggi cendikiawan Islam Bangsamoro telah mengutuk Mahathir sebagai seorang yang sudah murtad kerana melanggari pengajaran utama dalam Al-Quran.

Mahathir - Gelabah dan Menikus

Kini, hanya bergantung kepda kuasa yang masih ada, ahli politik yang haprak inii yang sudah serbasalah dan ketakutan dengan otak yang sudah sewel telah dipesongkan mindanya daripaa jalan yang benar, dan mendapati dirinya terjerumus ke jalan yang tidak ada peluang untuk memperbaikki martabatnya lagi. Pada usianya yang ke-77, dengan denyutan jantung yang kerap menggusarnya, dia sudah kelihatan tergugat ke tulang sumsumnya, dan terpaksa membuat kerja jijik yang akn menimbunkan lagi segala dosa yang sudah menggunung tingginya, menjadikannya terus dijebak dengan perangai untuk terus berbohong sampai tidak lagi bernyawa.

Senario Indera Kayngan Yang Menumpaskan Sekongkolan UMNO-MCA

UMNO sudah bergelumang dengan korupsi yang tidak ada tepiannya, kesan kepimpinan yang angkuh dan penuh ego, yang kotor dan jijik oleh politik wang, kerana dipimpin oleh kepimpinan yang ketinggalan zaman, dan kini menunggu masa untuk runtuh sebagai bahan sejarah purba. UMNO hanya bernafas kerana salah guna kuasa eksekutif, menjadikannya satu parti politik rasis Melayu yang semakin menghampiri liang lahadnya. Kempen politik di Indera kayangan menunjukkan betapa kewujudan percaturan politik yang sama rata, menjadikan UMNO hancur lebur sehinggakan kecil martabatnya, tidak mampu mencetuskan wibawa yang boleh dijadikan bahan impian warga muda Malaysia yang sudah terlalu jelak dan membenci taktik pecah dan perintah yang dilumuri segala kejijikan semangat perkauman yang lama bernanah.

Kalah Menang - Keadilan Berjaya Dari Segi Moralnya.

BN mungkin menang melalui penipuan, undi hantu dan melalui ugutan tetapi majoriti rakyat telah menolak tepi UMNO-MCA seperti yang amat jelas kelihatan di Indera kayangan. Menang ataupun kalah dalam situasi yang tidak sama rata bukanlah penting kesannya, yang lebih penting ialah perjuangan yang mesti berkesinambungan, kerana akhirnya nanti BN akan dihumbankan untuk kalah berperang, terutama sekali dengan perginya Mahathir daripada arena politik, yang dijangkakan bila-bila masa sahaja. Keadilan sudah berjaya memenangi hati dan minda warga Malaysia yang muda, dengan konsep kepartian yang multikaum dan falsafah masyarakat awam yang diasaskan oleh Anwar Ibahim itu telah memaut perhatian dan minat semua kaum. Kaum Cina telah bersatu menyokong Keadilan kerana mereka telah tidak percaya lagi dengan kepimpinan mahathir yang telah berbohong begitu lama kepada mereka secara berkali-kali. Tidak ada sesiapa yang mempercayai Mahathir lagi, kerana beliau memang ternyata seorang yang suka membohong sehingga tertipu dengan pembohongan dirinya sendiri.

Indera Kayangan Menonjolkan Martabat Keadilan

MIC, IPF dan PPP adalah khadam kepada satu regim yang sungguh korup. Disebabkan kekotoran korupsi, tiga parti yang berasaskan pengundi India sudah tidak berwibawa lagi. MIC sedang nazak kerana diracuni oleh Mahathir, PPP bergantung kepada kuasa kaum penguasa untuk terus bernafas dan IPF ialah satu parti pariah yang tidak berguna langsung. Tetapi pemimpin India dalam Keadilan telah menunjukkan kepada masyarakat India betapa sebuah parti yang multikaum mampu mencelikkan ingatan mereka kepada kebobrokan BN dan berjaya menarik kaum India keluar daripada sistem kesamsengan UMNOBN.

Mahathir dan BN mesti disingkir untuk Malaysia Membangun

Korupsi dan penindasan politik akan menjerumuskan Malaysia ke kancah kehancuran. Mahathir telah meracuni budaya keamanan hidup aman damai rakyat Malaysia melalui korupsi, despotisme dan kezaliman. Pemusnahan Mahathir daripada tampuk kuasa akan menyelamatkan negara ini. Perkara lain tidak sepenting penyingkiran Mahathir, kerana apabila perkara itu terlaksana barulah negara ini dapat dibersihkan secara bertahap. Marilah kita tunjukkan keazaman untuk menghumban penyangak bedebah ini daripada terus mencengkam kuasa.

-Semangat Kebenaran-

Terjemahan: SPAR - 18.01.02




Asal:

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot01.html


Mahathir - Prepared his Own Destruction by Lying

By Spirit of Truth

With a conscience constantly reminding him of his self-serving lies, particularly in the Anwar Ibrahim persecution, a perfidious Mahathir seems to lose his fight to "legitimise: his lies. The effect of those lies are showing up, and now in the campaign in Indera Kayangan, where the restrictions were less, where the ground is not so lop-sided, Mahathir is virtually dethroned, despised and humiliated. Adding salt to the wound were two significant events, one, the public statement by the US Ambassador, who stated that Anwar did not get a fair trial, secondly the Supreme Council of Muslim scholars of the Bangsamoro people have branded him as an apsotate (murtad) who has violated the cardinal teachings of the Quran.

Mahathir - Confused and Frightened

Now, with only his executive to rely on, the perverted politician whose confused and frightened mind has misled him to stray from truth, has landed himself in a beyond hope situation. At 77, ailing with heart ailment, showing signs of a perturbed frightened psyche, he is forced to commit acts that adds to his already accumulated sins, making him even more vulnerable to lying. After three years of hard efforts to salvage his ruined image this political scoundrel is now fading into oblivion as new political paradigms dims his presence. Not only he has outlived his usefulness,but he has by virtue of his continued sins created his own path of self destruction.

Indera Kayangan scenario proves UMNO-MCA collapse

UMNO afflicted with unending corruption, affected by arrogant leadership, defiled by money politics, led by a outmoded leadership, is now in a state of total ruin. Kept alive by executive power abuse, this Malay primitive racist party, is on its way to extinction. Indera Kayangan campaign shows that on even grounds UMNO is reduced to a political weakling, unable to capture the imagination of the new Malaysians who have become tired and bored with divide and rule tactics tainted with ugly racism.

Win or Lose KeADILan has won morally

BN may win through cheating, rigging and intimidation but the majority of the people have rejected UMNO -MCA, this is clearly seen in Indera Kayangan. Winning or losing especially in an uneven ground is not important , what really matters is that the struggle must go on, because ultimately BN is fated to lose the war , especially after the demise of Mahathir, which can take place anytime. KeADILan has captured the hearts and minds of young Malaysians, its multiethnic concept and civil society philosophy developed by Anwar Ibrahim has drawn the attraction of all races. The Chinese have come to support KeADILan because they have lost faith in Mahathir who have lied them many times . Nobody trusts Mahathir's words anymore, as a proven liar this scundrel has fallen prey to his tricks, it has backfired.

Indera Kayangan has brought KeADILan into greater prominence

MIC, IPF, PPP are all slaves of a corrupt regime. Seeped in corruption, these three Indian based parties have lost its sting. MIC is dying because it has been poisoned by Mahathir. PPP is relying on executive power for survival, abd IPF is a pariah party which has nothing to offer. These parties have no leadership quality, no political virtue and nothing good to offer. But the Indians leaders in KeADILan have proven to the Indians that only a multiethnic party can save the Indians from UMNO's feudal politics of racism. More and more Indians have become aware of BN's uselessness and are now slowly moving away from the gangsterism of UMNOBN.

Mahathir and BN must be removed for Malaysia to progress

Corruption and political oppression can lead Malaysia to doom. Mahathir has poisoned the culture of Malaysia with corruption, despotism and tyranny. Only his elimination from power will save the nation. Nothing else now matters but the elimination of Mahathir, once that is done the nations can be cleaned up slowly. So Let us show our will to get rid of this menace from power.

-Spirit of Truth-