Laman Webantu   KM2: 6631 File Size: 9.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 567: MK: Keadilan Dihantui Penderhakaan Berhantu?
By Susan Loone

18/1/2002 1:28 pm Fri

[Berita ini cukup sensasi. Kita terjemahkan untuk santapan minda rakyat Malaysia terutama pengundi di IK, apakah benar-benar perkara ini akan berlaku ataupun berita ini satu suntikan yang sengaja lucu? Malaysiakini seolah-olah berpihak kepada UMNO apabila melapurkan 'pemimpin PAS tidak berminat berkempen di Indera Kayangan', sedangkan ceramah pemimpin PAS didapati menjadi tumpuan para pengundi...!!! - Penterjemah

Kalaulah penderhakaan itu memang berhantu sudah tentu media Umno tidak perlu menyorokkan semua nama yang dirasakan dahsyat itu. Ini menunjukkan yang menderhaka itu adalah yang memang tidak laku dan hanya layak untuk parti yang haprak lagi dungu seperti Umno. Jika Umno satu parti yang hebat ia tidak perlu memuatkan dirinya dengan benda-benda yang sudah tidak laku. Bukankah Umno satu parti yang paling banyak benda (dan hantu?) yang sudah tidak laku? Banyak yang masuk kedalam Umno seperti ini hanya bising sekejap waktu sebelum berakhir menjadi kaku dan bisu (umpama si hantu?). - Editor]


Malaysiakini
17/1/02

Keadilan dihantui penderhakaan ketika kempen menujui garisan penamat

(Keadilan braces for key defection as campaign enters its final days)

Oleh: Susan Loone.

Keadilan sedang bersiap sedia dengan berita penarikan diri beberapa pemimpin utamanya kepada parti lawannya, UMNO, dan kali ini penarikan diri mantan setiausaha agung parti Anuar Tahir, yang juga merupakan ketua Keadilan Perlis.

Pucuk pimpinan parti khabarnya telah diberitahu akan strategi UMNO untuk mengumumkan pendirian Anuar menarik diri dalam 'sehari dua' untuk memberikan pukulan maut kepada kempen Keadilan di Indera Kayangan.

Mengikut sumber tertinggi dalam parti, pucuk pimpinan sedang berusaha mengambil langkah menyekat bencana dengan mengingatkan jurukempen mereka untuk bersedia dengan kemungkinan kecelakaan itu.

'Kami sudah memberitahu akar-umbi parti betapa kami sudah dimaklumkan perkara ini dan meminta mereka bersedia menanganinya,' kata sumber yang tidak mahu disebutkan namanya.

Keengganan Anuar menerima jawatan dalam parti oleh presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyebabkan tercetusnya spekulasi bahawa dia sedang dipujuk oleh UMNO.

Namun demikian, Anuar Tahir telah megancam mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyibarkan desas-desus itu dan dengan tegas menolak dakwaan yang beliau akan keluar daripada Keadilan.

Anuar yang memimpin satu fraksi dalam parti yang mengandungi ahli-ahli pro-Abim, telah ditewaskan dalam pilihanraya pada November lalu.

Sejak akhir minggu dulu, kira-kira 300 ahli (mengikut propaganda UMNO sahaja!!) yang dipercayai kebanyakannya daripada fraksi Abim, dikatakan telah keluar parti untuk melompat memasukki Umno. Yang paling menonjol antara mereka ialah timbalan pengarah kempen pilihanraya Perlis, Major (B) Mohd. Sharif Abd Razak dan timbalan ketua pemuda Syed Araniri Syed Ahmad. Mereka dikatakan bertindak melompat keluar kerana 'kecewa dengan perjuangan Keadilan.'

Mereka juga dikatakan tidak senang hati dengan keputusan parti untuk mencalonkan Khoo Yang Chong, seorang bekas guru, kerana mereka lebih berminat mahukan Anuar.

Pengunduran ini merupakan satu ancaman kepada 4,000 pengundi Melayu dalam kawasan pilihanraya kecil itu yang terbelah antara penyokong UMNO dan PAS.

'Peristiwa dan berita pengunduran Shariff dan Araniri adalah terlalu kecil untuk mencetuskan kesan. Kerana itu mereka (Umno) menunggu untuk ketika yang sesuai untuk menonjolkan pengunduran Anuar,' kata sumber itu.

Jurukempen Yang Lembap

Peristiwa melompat parti itu telah pun membawa kesan dalam jentera kempen pilihanraya di kalangan Keadilan dan PAS, yang merupakan parti sekutu dalam Barisan Alternatif.

'Pemimpin PAS kini meminta butiran daripada Azmin Ali, seorang timbalan presiden Keadilan dan pengarah kempen pilihanraya, siapa lagi dalam Keadilan yang tidak boleh dipercayai,' kata sumber itu.

Disebabkan dilema itu, pemimpin PAS tidak berapa berminat untuk berkempen di Indera Kayangan. Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Saifuddin Nasution Ismail telah merayu secara peribadi kepada pemimpin PAS untuk 'menunjukkan muka' di Kangar untuk meredakan krisis, kata sumber itu, sambil menunjukkan betapa sokongan Melayu terhadap Keadilan di negeri itu sudah semakin pudar.

Pemimpin PAS Fadzil Noor dan timbalan beliau Abdul Hadi Awang, ternyata tidak menghadirkan diri pada hari pencalonan minggu lalu. Sebaliknya, parti itu telah diwakili oleh timbalan presiden Mustafa Ali.

Namun, Fadzil dan Abdul Hadi sudahpun mula berceramah sejak Isnin. Menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, dijangka memberikan ceramahnya di Indera Kayangan pada malam ini.

Pilihanraya kecil ini adalah perlawanan satu lawan satu antara Khoo dan Oui Ah Lan, seorang bekas gurubesar. Kerusi yang dipertandingkan dulunya dipegang oleh mendiang Khor Liang Tee yang mati bulan lalu.

Hari pengundian dijadualkan pada hari Sabtu dan kempen akan ditamatkan secara rasminya malam esok.

Tamat.

Terjemahan: SPAR.





Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2002/01/2002011707.php3

Thursday January 17

Keadilan braces for key defection as campaign enters its final days

Susan Loone

1:38pm, Thu: Keadilan is preparing to face another round of high-profile defections to rival party Umno, which may include the party's former secretary-general Anuar Tahir, who is also the Keadilan Perlis chief.

It is learnt that party leaders were informed of a possible Umno strategy to announce Anuar's defection in 'a day or two' to deal a knock-out blow to Keadilan's campaign in Indera Kayangan.

According to a high ranking source, party leaders are currently engaged in a 'damage control' exercise by sending out word to their campaigners to brace themselves for such an eventuality.

'We are already telling the grassroots that we know about this matter and have asked them to be prepared for it,' said the source who requested anonymity.

Anuar's refusal to accept party posts offered by president Dr Wan Azizah Wan Ismail has sparked off speculations that he was being wooed by Umno.

However, the former secretary-general threatened legal action against those spreading such rumours and also vehemently refuted allegations that he would resign from Keadilan.

Anuar, who leads a faction in the party comprising pro-Abim (Malaysian Youth Islamic Movement) members, lost his powerful secretary-general post in the party elections last November.

Prominent defectors

Since last weekend, some 300 members, believed to be mostly from the pro-Abim faction, are reported to have resigned from the party and joined Umno.

The most prominent defectors are Perlis deputy election campaign director Mej (Rtd) Mohd Shariff Abd Razak and the state's Youth deputy chief Syed Araniri Syed Ahmad.

They are said to have party hopped because they were 'disillusioned with Keadilan's struggles'.

They were also said to be unhappy with the party's decision to field Khoo Yang Chong, a former school teacher, in the by-election as the group preferred Anuar.

The defections could pose a threat to the 4,000 Malay voters in the constituency whose political affiliations are presently divided between Umno and Muslim-based PAS.

'Shariff's and Araniri's defection are insignificant and too small to create any waves. That's why they (Umno) are waiting for the right moment to use Anuar,' said the source.

'If we lose Indera Kayangan this time, it is not because of Chinese votes. It will be because of Keadilan losing Malay support here,' added the source.

Reluctant campaigners

The recent spate of defections have already affected the election campaign machinery between Keadilan and PAS, who are both partners in the opposition Barisan Alternatif coalition.

'PAS leaders are now asking (Keadilan's vice-president and election campaign director) Azmin Ali who in Keadilan can and cannot be trusted,' said the source.

Faced with such a dilemma, PAS leaders have been reluctant to campaign in Indera Kayangan, claimed the source.

Deputy Youth chief Saifuddin Nasution Ismail had to personally appeal to PAS leaders to 'show their faces' in Kangar in order to offset the crisis, added the source, referring to the signs of waning Malay support for Keadilan in the state.

PAS president Fadzil Noor and his deputy, Abdul Hadi Awang, were conspicuously absent on nomination day last week. Instead, the party was represented by vice-president Mustafa Ali.

However, Fadzil and Abdul Hadi have begun speaking in ceramah (political gatherings) since Monday. Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat, who is PAS spiritual leader, is scheduled to speak at a ceramah in Indera Kayangan tonight.

The by-election will see a straight fight between Khoo and Oui Ah Lan, who is a retired Chinese school headmistress. The seat fell vacant following the death of BN state assembly representative Khor Liang Tee last month.

Polling day for the by-election in the state seat is on Saturday and campaigning will officially end at midnight tomorrow.