Laman Webantu   KM2: 6624 File Size: 6.6 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Indera Kayangan: Yang Retak Menanti Belah
By M.G.G. Pillai

17/1/2002 2:35 am Thu

Indera Kayangan: Yang Retak Menanti Belah

(A House Divided Turns On Itself)

Oleh: M.G.G. Pillai

Seandainya anda membaca akhbar dan mendengar berita TV dan radio, anda tentu didedahkan kepada berita bahawa Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan besar di Perlis minggu ini, kerana pihak pembangkang sudah begitu berpecah-belah dan terlalu bersedia untuk melompat ke parti yang menang. Tetapi, hakikat yang sebenar di medan pilihanraya itu, keadaannya bukan begitu. BN sudah menjadi begitu bercelaru dan berpecah sehinggakan tidak mampu bersatu walaupun setakat untuk berkempen selama sembilan hari dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan. Di tahap awalan kempen dulu mereka mempunyai banyak keistimewaan yang membanggakan tetapi terus merudum setiap hari. UMNO dan MCA yang bergantung nasib masadepannya di sini, telah dilanggar sialan sendirian sehinggakan mereka yang membuat ramalan berasaskan kelakonan kerajaan yang berpusat di Kuala Lumpur meramalkan keputusan yang sengit sahaja. Ada ramalan kemenangan BN dengan majoriti beberapa ratusan lebihan undi sahaja ataupun kemenangan pihak pembangakang dengan hanya lima undi. Dengan lain perkataan keyakinan menang besar minggu lalu sudah mengecut kepada minggu ini menjadi satu kekalahan yang serba mungkin.

Apakah penyebabnya semua ini? Ada dua kelemahan yang selama ini diharapkan oleh BN tidak akan menjadi isu kempen pilihanraya: menteri besar Perlis, Shahidan Kassim dan keretakan dalam MCA. Yang pertama memang lebih serius. UMNO Perlis sudah begitu jelak dengan Shahidan sehinggakan ada yang beranggapan lebih baik mereka kalah di Indera Kayangan daripada melihatkan beliau menjadi bongkak dan berlagak dengan kemenangan. Itulah juga sikap mereka dalam satu pilihanraya kecil dulu di mana PAS berjaya merampas satu kerusi DUN mengalahkan UMNO. Pihak pembangkang menyeranag beliau bertubi kali dalam 'ceramah' mereka dan Shahidan Kassim telah mengancam mahu menyaman sehingga satu juta ringgit kerana diabkan, katanya. Dia sudah tersenak kerana kekalahan sekarang ini kerana UMNO Perlis sudah menikam beliau dengan serangan juga. Inilah bahananya apabila orang luar dijemput 'ditunjuk' untuk menjadi menteri besar. Dia telah memijak banyak kaki orang lain dalam UMNO Perlis sehinggakan dia dengan seorang lagi pemimpin UMNO Perlis sudah menjadi musuh ketat sehingga hari kiamat. Seperti menteri besar yang lain, Shahidan tetap berlagak menunjukkan kuasanya di dalam UMNO negeri walaupun ia tidak disenangi dan menyebabkan masalah dalam parti.

Keretakan MCA sudah terbelah tanpa ada peluang untuk membaikinya. Presiden parti Ling Liong Sik dan timbalannya Lim Ah Lek memimpin dua kumpulan berbeza yang bersedia menyembelih leher lawan secekap mungkin. Kerana Indera Kayangan, kedua-dua belah pihak telah bersetuju bersatu untuk sementara waktu sepanjang kempen pilihanraya kecil itu. Kedamaian yang dilakonkan menjadi semakin tenat keburukannya, walaupun kejadian semua itu berlaku secara rahsia. Calon MCA ialah Puan Oui Ah Lan, yang memihak kepada Ling dan beliau bertugas sebagai penasihat Cina di pejabat Shahidan. Ling memilih Oui tanpa berbincang dulu dengan Lim. Dalam pertandingan satu lawan satu tentangan MCA ialah calon Parti Keadilan Nasional, tetapi calonnya ialah En. Khoo Yang Chong, seorang bekas ahli MCA daripada kumpulan Lim. Jadinya, Indera Kayangan adalah satu medan perang MCA. Yang dahsyat, UMNO Perlis tidak menyokong Oui kerana hubungannya dengan Shahidan Kassim.

Adalah amat penting kepada UMNO untuk melihatkan BN memenangi perlawanan ini sehinggakan ia menaja dua orang petugas pilihanraya dari luar untuk setiap pengundi - 14,000 petugas untuk menangani pengundi yang jumlahnya sekitar setengah jumlah itu. MCA dan MICpun menaja petugas luar mengikut keperluan yang mereka fikirkan. Ada seorang petugas BN yang baru pulang daripada Indera Kayangan semalam berkata tiga orang petugas BN menjaga seorang pengundi. Yang paling untung dalam usaha ini adalah perniagaan di Padang Besar dan Haadyai di mana kebanyakan petugas ini berundur selepas menunjukkan muka di ibupejabat piliharaya BN. Wang yang dihambur untuk mengangkut mereka mestilah mencecah puluhan juta ringgit kerana berasaskan falsafah parti: lebih banyak dibazirkan wang lebih banyak peluang untuk menang. Shahidan Kassim adalah pengarah operasi di bawah naungan timbalan perdana menteri yang menjadi pengarah utama kempen parti yang semakin senak keadaannya.

Jadi, Mr. Khoo yang tidakpun menaruh sebarang harapan awal minggu lalu kini berkemungkinan besar menang, walaupun dengan keadaan belanjawan yang terhad. Segala perbuatan melompat keluar parti Keadilan sudahpun mencetuskan satu kejutan: PAS yang mempunyai jentera pilihanraya yang tersusun dan berdisiplin muncul untuk mengibarkan bendera jihadnya. BN sengaja merancang untuk melumpuhkan Keadilan dengan menggalakkan ahli parti untuk keluar melompat, sekaligus melumpuhkan satu jentera pilihanraya yang sememangnya sudah lemah. Dalam kempen pilihanraya di mana wang mengalir laksana air deras, memanglah tidak baik mengatakan betapa wang memainkan peranan besar memancing ahli parti lawan melompat keluar. Seandainya betul kenyataan BN bahawa prinsip berpolitik yang membuatkan ahli Keadilan itu keluar melompat memasuki UMNO, bermakna inilah kumpulan pertama di Malaysia yang membuat kelakuan seperti itu. Namun, ia tidak mampu mencemarkan parti lawan dengan cemuhan seperti itu.

BN masih meraba-raba mencari isu untuk menumpaskan pihak pembangkang. Kerana itu ia memilih sifat bertahan. Ketika kempen sudah sampai ke pertengahannya kerana pembuangan undi pada Sabtu 19 Januari, tidak ada satu bahan yang membolehkan BN merobah pendirian pengundi. Fahaman lama BN betapa wang boleh disogokkan untuk membawa keyakinan ia mampu meneruskan pembangunan negara, sudah lama diperlekehkan. Rakyat sudah tidak mempercayainya lagi seperti yang dilihat di setiap pilihanraya kecil. Itu sebabnya BN dan bukannya parti pembangkang yang kerap menggeletar setiap kali ada pilihanraya kecil yang terbayang. Bayangkanlah apabila ada empat lagi peristiwa seperti itu yang dijangka akan terjadi.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6619