Laman Webantu   KM2: 6621 File Size: 16.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 565: CDR: Meruntunnya Martabat Rumah Putih
By Tom Turnispeed

17/1/2002 2:16 am Thu

[Catatan Penterjemah: Kami terjemahkan artikel ini sebagai ingatan betapa kerja-kerja haprak yang direncana oleh George Bush dan kepimpinan parti politiknya adalah semacam sama dengan kerja haprak yang dilakonkan oleh seorang Raja Penyangak Malaysia yang menghancurkan UMNO dan budaya Melayu selama ini.

George Bush Jr. baru sangat memegang jawatan presiden Amerika Syarikat dan kini dihantui masalah wibawanya yang sudah tergugat, sehinggakan beliau jatuh pitam kelmarin semasa menonton TV. Sama ada itu satu kisah benar ataupun satu lakonan untuk meraih simpati, itu kisah untuk dianalisa di lain kali. Tetapi, si Raja Penyangak Malaysia sudah bermaharajagila sejak 21 tahun dan sudah banyak kali pitam sehingga hampir-hampir mati, tetapi belum sedar dan mahu bertaubat dan mahu terus bertanding lagi. Kita mengharapkan pengundi IK memberi ingatan kepadanya dengan cara menolak calon MCA kali ini di peti undi 19/1/02 nanti.

Para pengundi harus ingat ketika Amerika dan Rumah Putih memanjakan Taliban yang dinaungi oleh kumpulan Al Qaida, ketika itulah Joe Fernandez di bunuh dan itulah yang disebut oleh Raja Penyangak kerja yang dibuat oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Al Qaida. Lihatlah sendiri lakonan di Amerika dan bagaimana si Raja Penyangak mengaitkan kematian Joe Fernandez dengan pertubuhan itu - kerana Raja Penyangak sengaja mahu menipu, memikirkan bahawa rakyat Malaysia sudah dungu dan mudah ditipu???? ]


Meruntunnya Martabat Rumah Putih .

(A Creeping Collapse in Credibility at the White House)

Oleh: Tom Turnispeed

Pembabitan pentadbiran Bush dengan ENRON kini mula terdedah apabila ada pengakuan bahawa beberapa ekskutif syarikat itu memasuki Rumah Putih enam kali tahun lalu untuk merencana secara berahsia dasar bahan tenaga parti itu dengan Timbalan Presiden Dick Cheyney sebelum berlakunya kisah kemuflisan syarikat yang berpangkalan di Texas itu. Laporan yang menggugat kewibawaan presiden yang satu ketika dulu adalah orang kuat industri minyak di Texas apabila muncul laporan bahawa UNOCAL sebuah lagi syarikat minyak terlibat dengan kerajaan AS dalam satu rencana memasang saluran paip merentasi Afghanistan daripada Lembah Kaspian di Asia Tengah. Rupanya, di sebalik burka mereka, UNOCAL telah didedahkan kerana memberikan layanan lima bintang kepada kumpulan Taliban pimpinan Mullah Omar di Lone Star State pada 1997. Mereka yang kini digelar 'the evil ones' pernah juga dipelawa untuk berjumpa pegawai tinggi Amerika di Washington D.C.

Mengikut sebuah artikel terbitan Telegraph (London) bertarikh Disember 17, 1997 yang berjodol 'Oil barons court Taliban in Texas,' pihak Taliban sudahpun bersedia menandatangani satu perjanjian bernilai 2 billion pound sterling dengan sebuah syarikat minyak Amerika untuk memasang saluran paip merentasi negara itu. Para pejuang Islam itu kelihatan dapat dipujuk untuk menyetujui perjanjian, bukannya dengan cara perundingan yang sukar tetapi hanya melalui kemesraan cara lama mengikut tradisi Texas... Sambil berpakaian tradisi memakai seluar kameez, baju tebal Afghan yang longgar, dan sarban hitam yang besar, para perwakilan Taliban telah diberikan layanan paling istimewa sepanjang empat hari mereka dilayan di sana.

Pada waktu yang sama beberapa dokumen kerajaan AS mendedahkan betapa Taliban memang mengizinkan Osama bin Laden sebagai tetamu khas mereka sejak Jun 1996. Osama Laden sudahpun disingkirkan daripada Sudan seawal 1996 sebagai satu tindakan negara itu melayani ketegasan AS dan kerana takutkan sekatan ekonomi PBB. Osama juga telah mengisytiharkan secara terbuka berperang terhadap AS sekitar Ogos 23 1996; mengumumkan pengeboman di Riyadh dan Khobar di Arab Saudi yang membunuh 19 askar AS sebagai keganasan yang harus dipuji. Beliau telah berbuat janji untuk meneruskan serangan terhadap Amerika pada November 1996 dan telah mengaku melancarkan serangan terhadap tentera AS di Somalia pada 1993 dan Yemen pada 1992, sambil mengumumkan betapa 'kami pernah menghambat mereka di Mogadishu', dalam satu wawancara radio pada Februari 1997 beliau menyebut kalau ada orang yang dapat membunuh askar Amerika, adalah lebih baik daripada membuang masa dengan kerja lain.' Bahan bukti juga menunjukkan betapa Osama Laden ada kaitan dengan pengeboman 1995 yang memusnahkan berek askar AS di Riyadh yang membunuh lima orang; dan dengan Ramzi Yousef yang memimpin serangan terhadap Bangunan Dagangan Dunia pada 1993, dan usaha membunuh Presiden Clinton di Filipina pada 1994.

Berbalik kepada kisah di Houston, puak Taliban telah mendapat maklumat bagaimana 'cara hidup pihak yang lain'. Dan mengikut Telegraph, 'mereka menginap di hotel bertaraf lima-bintang dan dibawa ke sana-sini dengan kereta bas mini yang mewah kepunyaan syarikat.' Para perwakilan Taliban 'telah melihatkan betapa kagumnya mereka mendapati rumah mewah kepunyaan tauke minyak di Texas. Ketika dipelawa makan malam di istana Martin Miller, seorang timbalan presiden Unocal, mereka kagum melihatkan kolam renang di istana itu dan pemandangan padang golf dan enam bilik mandi.' Mr. Miller berkata dia mengharapkan UNOCAL sudah berjaya mencapai perjanjian (dengan Taliban).

Ketika itu Dick Cheyney adalah CEO Haliburton Corporation, sebuah syarikat pembikin saluran paip yang berpangkalan di Texas. Beliau pernah menyebut pada 1998; 'Saya tidak ingat apakah ada satu masa lain apabila sebuah wilayah tiba-tiba muncul secara mendadak untuk menjadi satu rantau yang penting seperti Lembah Kaspian. Seolah-olah satu peluang besar muncul secara tiba-tiba dengan sekelip mata. Tuhan yang Berkuasa tidak berpendirian mewujudkan minyak dan gas hanya di negara di mana rejimnya mesra dengan Amerika Syarikat. Sekali sekala kita terpaksa beroperasi di tempat, yang mungkin tidak berapa diminati oleh orang kita. Tetapi kita pergi di mana ada peluang untuk berniaga.' Apakah Dick Cheyney bersedia berunding dengan puak yang sanggup membunuh askar A.S kalaupun di sana ada peluang perniagaan?

The Telegraph melaporkan betapa Unocal telah berjanji memulakan kerja pembikinan saluran itu dan membayar puak Taliban secepat mungkin dengan tambahan imbuhan dan sumbangan derma sebanyak 500,000 pound kepada Universiti Nebraska untuk kursus di Afghanistan melatih 400 guru, juruelektrik, tukang kayu dan pemasang paip.

The Telegraph juga melaporkan, 'kerajaan AS yang sejak dulu mengutuk dasar Taliban yang bertindak keras terhadap wanita dan kanak-kanak sebagai perbuatan yang 'keji' sudah menunjukkan kesediaan menyenangi puak fundamentalis itu kerana mahukan kontrak pemasangan saluran paip yang lumayan. 'Dalam satu artikel yang disediakan oleh Neamatollah Nojumi, di Tuffs University Fletcher School of Law and Diplomacy, Nojumi menulis pada Ogos 1997, betapa Madeline Albright 'hadir dalam satu raptai taklimat CIA' mengenai wilayah Kaspian. Agen CIA kemudiannya menemani 'segelintir jurutera minyak yang terlatih' melawat rantau itu. Albright merumuskan betapa usaha membuat dasar mengenai rantau itu adalah 'salah satu perkara menarik yang boleh kita lakukan'.

Perkara itu memang menarik kepada pentadbiran Bush. Mengikut para penulis kisah Osama bin Laden 'The Hidden Truth' (Kebenaran Yang Tersembunyi) salah seorang perisik FBI di bahagian anti-keganasannya, John O'Neill, meletakkan jawatan tahun lalu kerana memprotes gelagat pentadbiran Bush menyekat siasatan terhadap Osama bin Laden. (Dakwaan yang sama telah dibuat juga bagi pihak seorang perisik FBI yang tidak dikenali oleh 'Judicial Watch' satu pertubuhan amal Amerika). Rupanya pentadbiran Bush telah lama bermesyuarat sejak Januari 2001 dengan puak Taliban, dan telah enggan mengecewakan Arab Saudi yang mempunyai hubungan dengan Osama Laden, mengikut kajian O'Neill. Selepas meletakkan jawatannya, O'Neill menjawat jawatan pengarah keselamatan di Pusat Dagangan Dunia, dan beliau turut terbunuh dalam episod 911 yang ngeri itu.

Tatkala agenda Amerika sekarang mahu memerangi beberapa 'negara pengganas' yang lain, bintang UNOCAL tiba-tiba beralih kedudukannya. Dua bulan selepas majlis keraian dengan Taliban di Houston, pegawai UNOCAL John Maresca telah berucap memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Asia dan Pasifik dan mendesak sokongan pentadbiran kerajaan untuk menyediakan suasana pelaburan yang mesra di Afghanistan.......'kami telah menjelaskan bahawa pembinaan saluran paip yang direncana itu tidak boleh dimulakan selagi tidak wujud sebuah kerajaan yang dapat diiktiraf dan disenangi oleh kerajaan (Barat) para peminjam dana dan juga syarikat kami.' Ini bererti keupayaan UNOCAL memulakan pembikinan saluran paip itu adalah satu usaha yang setanding dengan pembabitan wang cukai yang dibayar oleh rakyat Amerika.

Permintaan Maresca itu telah tertunai dengan wujudnya kumpulan yang mengantikan tempat Taliban. Seperti yang dilaporkan dalam Le Monde (akhbar paling popular di Peranchis - penterjemah), ketua kerajaan baru Afghanistan, Hamid Karzai pernah bertugas sebagai seorang perunding UNOCAl. Hanya sembilan hari selepas Karzai ditabalkan, Presiden Bush telah memilih seorang lagi perunding UNOCAL dan bekas pembela Taliban, Zelmay Khalilzad, sebagai duta khas beliau ke Afghanistan.

Apabila UNOCAL membuat keuntungan besar daripada kerja pemasangan paip itu mereka seharusnya menderma 50% keuntungan sebelum cukai kepada Dana 911. Mereka juga seharusnya menyumbang khas kepada balu agen FBI, O'Neill.

Tom Tumipseed ialah seorang peguam, penulis dan aktivis hak asasi manusia di Columbia, South Carolina. www.turnispeed.net

Terjemahan: SPAR - 15.01.02




Asal:

http://www.commondreams.org/views02/0111-05.htm

Published on Friday, January 11, 2002 by Common Dreams

A Creeping Collapse in Credibility at the White House

From ENRON Entanglements to UNOCAL Bringing the Taliban to Texas and Controlling Afghanistan

by Tom Turnipseed

The Bush Administration's entanglement with ENRON is beginning to unravel as it finally admits that Enron executives entered the White House six times last year to secretly plan the Administration's energy policy with Vice-President Cheney before the collapse of the Texas-based energy giant. Meanwhile, even more trouble for our former-Texas-oil-man-turned-President is brewing with reports that unveil UNOCAL, another big energy company, for being in bed with the Taliban, along with the U.S. government in a major, continuing effort to construct pipelines through Afghanistan from the petroleum-rich Caspian Basin in Central Asia. Beneath their burkas, UNOCAL is being exposed for giving the five star treatment to Taliban Mullahs in the Lone Star State in 1997. The "evil-ones" were also invited to meet with U.S. government officials in Washington, D.C.

According to a December 17, 1997 article in the British paper, The Telegraph, headlined, "Oil barons court Taliban in Texas," the Taliban was about to sign a "£2 billion contract with an American oil company to build a pipeline across the war-torn country. ... The Islamic warriors appear to have been persuaded to close the deal, not through delicate negotiation but by old-fashioned Texan hospitality. ... Dressed in traditional salwar khameez,Afghan waistcoats and loose, black turbans, the high-ranking delegation was given VIP treatment during the four-day stay."

At the same time, U.S. government documents reveal that the Taliban were harboring Osama bin Laden as their "guest" since June 1996. By then, bin Laden had: been expelled by Sudan in early 1996 in response to US insistence and the threat of UN sanctions; publicly declared war against the U.S. on or about August 23, 1996; pronounced the bombings in Riyadh and at Khobar in Saudi Arabia killing 19 US servicemen as 'praiseworthy terrorism', promising that other attacks would follow in November 1996 and further admitted carrying out attacks on U.S. military personnel in Somalia in 1993 and Yemen in 1992, declaring that "we used to hunt them down in Mogadishu"; stated in an interview broadcast in February 1997 that "if someone can kill an American soldier, it is better than wasting time on other matters." Evidence was also developing which linked bin Laden to: the 1995 bombing of a U.S. military barracks in Riyadh which killed five; Ramzi Yuosef, who led the 1993 World Trade Center attacks; and a 1994 assassination plot against President Clinton in the Philippines.

Back in Houston, the Taliban was learning how the "other half lives," and according to The Telegraph, "stayed in a five-star hotel and were chauffeured in a company minibus." The Taliban representatives "...were amazed by the luxurious homes of Texan oil barons. Invited to dinner at the palatial home of Martin Miller, a vice-president of Unocal, they marveled at his swimming pool, views of the golf course and six bathrooms." Mr. Miller, said he hoped that UNOCAL had clinched the deal.

Dick Cheney was then CEO of Haliburton Corporation, a pipeline services vendor based in Texas. Gushed Cheney in 1998, "I can't think of a time when we've had a region emerge as suddenly to become as strategically significant as the Caspian. It's almost as if the opportunities have arisen overnight. The good Lord didn't see fit to put oil and gas only where there are democratically elected regimes friendly to the United States. Occasionally we have to operate in places where, all things considered, one would not normally choose to go. But we go where the business is." Would Cheney bargain with the harborers of U.S. troop killers if that's where the business was?

The Telegraph reported that Unocal had promised to start building the pipeline and paying the Taliban immediately, with the added inducements and a donation of £500,000 to the University of Nebraska for courses in Afghanistan to train 400 teachers, electricians, carpenters and pipefitters.

The Telegraph also reported, "The US government, which in the past has branded the Taliban's policies against women and children "despicable", appears anxious to please the fundamentalists to clinch the lucrative pipeline contract." In a paper prepared by Neamatollah Nojumi, at the Tufts University Fletcher School of Law and Diplomacy, Nojumi wrote in August 1997 that Madeline Albright sat in a "full-dress CIA briefing" on the Caspian region. CIA agents then accompanied "some well-trained petroleum engineers" to the region. Albright concluded that shaping the region's policies was "one of the most exciting things that we can do."

It's also exciting to the Bush Administration. According to the authors of Bin Laden, the Hidden Truth, one of the FBI's leading counter terrorism agents, John O'Neill, resigned last year in protest over the Bush Administration's alleged obstruction of his investigation into bin Laden. (A similar complaint has been filed on behalf of another unidentified FBI Agent by the conservative Judicial Watch public interest group.) Supposedly the Bush Administration had been meeting since January 2001 with the Taliban, and was also reluctant to offend Saudi Arabians who O'Neill had linked to bin Laden. Mr. O'Neill, after leaving the FBI, assumed the position of security director at the World Trade Center, where he was killed in the 911 attacks.

As America's New War now begins focusing on other "rogue nations," UNOCAL's stars have magically aligned. About two months after the Houston parties, UNOCAL executive John Maresca addressed the House Subcommittee on Asia and the Pacific and urged support for establishment of an investor-friendly climate in Afghanistan, "... we have made it clear that construction of our proposed pipeline cannot begin until a recognized government is in place that has the confidence of governments, lenders and our company." Meaning that UNOCAL's ability to construct the Afghan pipeline was a cause worthy of U.S. taxpayer dollars.

Maresca's prayers have been answered with the Taliban's replacement. As reported in Le Monde, the new Afghan government's head, Hamid Karzai, formerly served as a UNOCAL consultant. Only nine days after Karzai's ascension, President Bush nominated another UNOCAL consultant and former Taliban defender, Zalmay Khalilzad, as his special envoy to Afghanistan.

When UNOCAL makes big bucks from the pipeline they should donate 50% of all pretax profits to the 911 Fund. And they should also cut a very special check to the widow of FBI Agent O'Neill.

Tom Turnipseed is an attorney, writer and civil rights activist in Columbia, South Carolina. www.turnispeed.net