Laman Webantu   KM2: 6620 File Size: 15.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 564: Azzam: Rintihan Sepupu Sulayman John Walker
By Thomas Maguire

17/1/2002 2:14 am Thu

Azzam.com

Rintihan Sepupu Sulayman John Walker

Oleh: Thomas Maguire, 7/1/02

John Walker ditangkap oleh askar AS di Mazar-i-Sharif akhir tahun lalu. Setelah dibiarkan kesejukan dalam kontena kapal yang dibuat daripada besi di Kandahar, beliau telah dipindahkan memasuki kapalperang USS Battan di Lautan Arab, dan di sana dia terus diperam dalam keadaan yang sungguh mengaibkan secara bersendirian. Kisahnya memalukan kepada majoriti umat Islam, terutama mereka yang berada di Amerika, yang berhijrah daripada tanah tumpah darah mereka dan telah kehilangan pegangan agama kelahiran mereka. Semoga Allah melepaskan Johan Walker daripada cengkaman para petugas perang salib yang tidak menghormati sekelumitpun hak asasi manusia ataupun undang-undang agar John Walker menjadi contoh terbaik kepada masyarakat muda mudi Islam seantero dunia.

Artikel ini telah diserahkan kepada MIRROR oleh Thomas Maguire, yang merupakan sepupu kepada John Walker.


Pertama kali saya berjumpa John Walker ialah ketika menziarahi keluarganya sebelum saya memasuki tahun pertama di maktab pada 1995. Walaupun saya lebih enam tahun lebih tua darinya, saya dapati John adalah lebih matang fikirannya dan merupakan seorang insan yang bertimbang rasa dan mempunyai minat yang hampir sama dengan kegemaran saya. Kami terus memelihara satu minat bersama terhadap kesucian Islam dan menaruh minat terhadap sikap ulang-ulangan yang menyamai gelagat berzikir yang terdapat dalam lagu berunsur hip-hop. Walaupun minat saya terhadap Islam tertahan mengenai isu yang menyangkuti kebebasan sosial dan kepuasan diri, John mempamerkan satu keghairahan yang memacunya untuk terus menyelidik secara terbuka akan terbukaan Islam.

Setelah tamat pengajian maktab pada 1997, saya berpindah ke Bay Area, dan di situ saya dapat bersama John untuk sama menghabiskan masa kami. Di waktu itu dia akhirnya mengisytiharkan kerelaan menganut ajaran Islam. Setelah menyaksikan beberapa perjalanan hidupnya itu, adalah semakin jelas bahawa anutan agamanya itu menyemarakkan kepuasan dalam dirinya yang memberikan satu perasaan kepuasan yang menyeluruh. John, yang kini bernama Sulayman, telah memperkenalkan saya kepada segelintir manusia Islam yang lebih arif lagi dan yang dapat memberikan jawapan kepada pelbagai soalan saya mengenai agama itu. Tidak lama kemudian saya sendiri mengucapkan shahada dan memeluk agama suci itu. Sambil saya terus bertemu lebih ramai warga Islam di Bay Area, mereka yang sudah lama mengenali Sulayman memuji beliau dengan kata-kata yang menggalakkan. Saya masih teringat senyuman manusia yang mengenali beliau setiap kali saya menyebut bahawa saya adalah sepupunya.

Sulayman dan saya hanya menghabiskan masa bersama untuk satu ketika sahaja, selepas kami sama-sama sudah menganut agama Islam. Saya berpindah ke pantai Timur dan Sulayman akhirnya bertolak ke Yemen untuk memulakan pengajian mendalami Bahasa Arab. Untuk beberapa tahun, walaupun saya memperkenalkan diri sebagai seorang beragama Islam, saya kerap culas dalam meninggalkan beberapa amalan hidup yang disalut amalan haram, bersolat dengan rajin ataupun berpuasa bila tiba musimnya. Hanya selepas saya berkahwin pada 1999 barulah saya memperbetulkan amalan saya dengan mematuhi ajaran Islam sepenuhnya. Pada waktu itu, Sulayman masih berada di Yemen untuk kali kedua dan kami terus berhubungan melalui emel.

Seperti majoriti penganut Islam, saya memang lama meragukan sikap berpuak-puak dunia Islam. Ketika saya bernekad mempraktikkan amalan hidup secara ajaran Islam saya masih ragu akan tindak-tanduk pelbagai puak yang kerap bercakaran dalam dunia Islam.

Sulayman telah digambarkan oleh media sebagai insan yang mudah terjebak kepada ajaran ekstrem yang sesat. Tetapi, ketika saya sendiri berdepan dengan pelbagai kumpulan dan pemikiran mazhab yang terdapat dalam ajaran Islam, saya kerap mendapati Sulayman memberikan satu pendapat yang amat seimbang fahamannya yang penuh maklumat dan ilmu pengetahuan yang lengkap perspektifnya tanpa mengutuk ataupun mencerca mereka yang tidak diperkenannya. Dalam hal ini, Sulayman telah merupakan seorang insan mithali yang saya kenal berupaya mengimbangi penglibatan khusuk segala unsur suci dalam Islam dengan keupayaan menyenangi penganut Islam yang lain. Walaupun dia masih bertapak di satu pegangan baru dalam tahap mencerna pengetahuan Islam, nilai keakuannya yang tersendiri, kepercayaannya, dan baik hatinya kepada mereka yang pernah saya saksikan sendiri adalah tergolong dalam tingkah laku mereka yang memang arif dalam agama itu.

Pada musim bunga tahun lalu, ketika berusia 25 tahun, sekali lagi saya pergi bertemu sepupu saya yang baru berusia 19 tahun, untuk mendapatkan nasihatnya yang amat saya hormati dan hargai mengenai satu lagi kumpulan beragama Islam yang bergelar Taliban. Kerana saya meragukan kesahihan berita Barat yang penuh propaganda mengenai Taliban, dan menyedari pengalaman Sulayman di Pakisan yang mungkin mempunyai fahaman terus akan perkara itu; sayapun bertanya apakah pendapatnya mengenai pertubuhan Taliban itu. Dia menjelaskan betapa pandanganya terhadap Taliban adalah berasaskan pengamatan yang sudah lama bercorak positif daripada satu siri interaksi peribadinya. Dia pernah menulis betapa 'banyak perkara yang aku lihat mengenai Taliban yang meyakinkan aku bahawa mereka sebenarnya menepati pendirian yang mereka umumkan sebagai hanya satu-satunya pentadbiran negara Islam yang benar-benar suci di dunia ini.'

Sulayman telah mendekati Taliban mengikut cara beliau mendekati semua umat Islam - penuh toleransi, disaluti oleh keyakinan yang positif, dan dengan kelakuan yang penuh hormat dan beretika. Jauh dari bersikap 'naive' dan dungu, Sulaiman telah mengamalkan pendekatan yang selalunya sukar dan kerap diperlekehkan begitu sahaja dalam mendekati warga Islam lain tanpa sebarang kesangsian. Seperti seorang warga Islam yang mempunyai harga diri dan yang mengungguli Quran dan Sunah, Sulayman gunakan pengetahuannya dalam perkara itu semua untuk mencari makna cara pemerintahan Taliban yang telah menonjol begitu rupa. Kalaulah Taliban tidak ikhlas dalam pentadbiran mereka dulu, Sulayman tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana semua kepincangan itu

Ibu bapa Sulayman kerap berpegang kepada kepercayan bahawa Sulayman adalah seorang anak muda yang cenderong kepada sikap berdamai. Sememangnya Sulayman ialah insan beragama Islam yang berfahaman pasifis. Quran jelas menerangkan betapa setiap umat Islam seharusnya bangun dan pertahankan satu perjuangan yang adil, walaupun hati mereka merasakan sesuatu yang lebih berbeza. Itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Sulayman. Newsweek melaporkan betapa Sulayman pernah pergi dulu ke Kashmir untuk berjuang. Ketika umat Islam di Amerika, termasuk saya, berpuas hati dengan berdoa untuk mereka yang tertindas di Kashmir, Sulayman telah mempertarungkan nyawanya untuk umat manusia yang dia tidak pernah bersua sebelumnya dan melakukan nekad itu semata-mata kerana Al-Adl (Keadilan yang mutlak - penterjemah). Begitulah juga, seandainya Sulayman terlibat memerangi satu kumpulan peliwat dan bajingan yang diberikan nama baik seperti Pakatan Utara, dia bertegas bahawa kelakuannya adalah amat bermakna dan menepati sebarang piawaian keperwiraan. Lagipun, kalaulah niat suci Sulayman itu disalah-tafsir kerana dimanipulasi sepanjang kehadirannya di Afghanistan, ke memasuki negara itu jauh lebih awal sebelum konflik semasa dan tidak pernah bersedia melepaskan status kewarganegaraan Amerika, dan tidak pernah berperang melawan Amerika.

Ninda kepada Sulayman, yang juga merupakan ibu saudara saya, pernah menuduh saya sekali dulu 'kerana melibatkan John menganut agama Islam', tetapi itu hanya satu andaian kalau difikirkan perbezaan umur kami yang jauh berbeza. Insya Allah saya akan mendapat berkat Allah kalaulah benar saya bertanggungjawab dengan kemajuan Sulayman sebagai seorang Muslim. Beberapa tahun dulu, ketika Sulayman memperkenalkan saya sebagai seorang muallaf baru di masjid San Francisco, insan yang diperkenalkan itu memberitahu saya betapa 'kepercayaan (deen) Sulayman adalah lebih pekat daripad darah yang mengalir ditubuhnya.' Alhamdullilah, Sulayman ialah sepupu saya, dan saya akan sentiasa taat dan setia kepadanya kerana pertalian darah kami. Tetapi sebagai saudara seIslam dengannya, seluruh umat Islam seharusnya bersatu padu dan berbuat sesuatu untuk mempertahankan kewibawaan dan perjuangan Sulayman daripada pendakwaan yang tidak berperi-kemanusian.

Terjemahan: SPAR - 15.01.02




Asal:

http://www.azzam.com

http://66.96.205.195/~azzam/afghan/news/news.php?id=69

John Walker's cousin

Published Monday January 07, 2002

By Thomas Maguire

John Walker was captured by US Troops in Mazar-i-Sharif late last year. After being held in a freezing cold, steel shipping container in Kandahar, he was moved to the USS Bataan warship in the Arabian Sea, where he continues to be held in inhumane conditions and solitary confinement. His story puts shame on many Muslims, especially those Muslims in America, who migrated to America from their home countries and lost their religion. May Allah hasten his release from the Crusaders who respect no rights or laws and make him an example to Muslim youths.

This article was submitted to MIRROR by Thomas Maguire, who is the cousin of John Walker.

I first met John Walker during a trip to visit his family before my junior year of college, in 1995. Although I was six years senior to him, I found John to be a mature and thoughtful individual whose interests and curiosities closely paralleled my own. We both nurtured a fledgling interest in Islam that chiefly centered on the pseudo-Muslim murmurs within hip-hop music. While my interest in Islam stalled around issues of social freedom and self- gratification, John exhibited a glowing innocence that propelled him to openly investigate the truth of Islam.

After graduating from college in 1997, I moved to the Bay Area, and John and I had a chance to spend more time together. It was then that he finally declared his faith in Islam. Having witnessed various intervals of his journey, it was clear that conversion brought him an inner satisfaction and a sense of completion. John, now Sulayman, introduced me to some knowledgeable Muslims who were able to answer some of my nagging questions about the religion. Soon after, I took the shahada as well and accepted Islam. As I began to meet Muslims in the Bay Area, those who already knew Sulayman spoke of him with admiration and enthusiasm. I can still remember the smiles people offered me when I mentioned that I was his cousin.

Sulayman and I only spent a short time together after we had both become Muslim. I moved to the East coast, and Sulayman eventually left for Yemen to begin learning Arabic. For several years, although I identified myself as Muslim, I dragged my feet in making the necessary changes in life-abandoning haram practices, establishing prayer and fasting. It wasn't until I got married in 1999 that I began to address my lack of attention to Islam. At this time, Sulayman was in Yemen for the second time, and we began to communicate by email.

Like many Muslim converts, I was disillusioned by the unfortunate factionalism in the Islamic world. When I committed myself to practicing the religion properly, I still worried about navigating the various perspectives and in-fighting among Muslims. Sulayman has been portrayed by the media as impressionable and naïve-easily led into extremism. Yet, when I encountered different groups and schools of thought within Islam, I always found that Sulayman offered a carefully balanced and knowledgeable critique of various perspectives without condemning or damning those with whom he disagreed. In this area, Sulayman has been the most exemplary person I have known in his ability to balance an intense commitment to the purest elements of Islam with a general tolerance of other Muslims. Although he remains in the relatively early stages of Islamic knowledge, his personal qualities-faith, patience, piety, kindness-are like those that I have witnessed among the most learned in religion.

Last Spring, at age 25, I once again went to my 19 year-old younger cousin, for his trustworthy and thoughtful advice about another group of Muslims-the Taliban. With doubts about the validity of Western propaganda against the Taliban, and realizing that Sulayman's experience in Pakistan may give him more direct knowledge; I asked what he thought of the movement. He explained that his view of the Taliban was built on consistently positive impressions from a series of personal interactions. He wrote that there are "many things I've seen in the Taliban that have led me to believe that they are indeed what they claim to be-the one and only purely Islamic state in the world."

Sulayman approached the Taliban like he did all Muslims-with tolerance, positive expectations, and the best of manners. Far from being naïve and foolish, Sulayman practiced the often difficult and commonly overlooked etiquette of approaching other Muslims without suspicion. Like any self- respecting Muslim, the Qur?an and Sunnah alone attracted Sulayman to the Taliban rhetoric of ruling. If the Taliban were insincere in pursuing their stated goals, Sulayman cannot be held responsible.

Sulayman's parents assert that he was always a pacifist. Indeed, Sulayman remains a pacifist. The Qur'an clearly states that Muslims must stand up and defend a just cause, even if their hearts are averse to it. That is exactly what Sulayman did. Newsweek reported that Sulayman first went to fight in Kashmir. While Muslims in America, including myself, are content with making duas (prayers) for the oppressed people of Kashmir, Sulayman risked his life for people he had never met, and only for the sake of Absolute Justice (Al- Adl). Similarly, if Sulayman engaged in any fighting against a band of rapists and thugs neatly dubbed as the Northern Alliance, he maintained a pattern of behavior consistent with any standard of heroism. Moreover, even if Sulayman's good intentions were wrongly manipulated during his journey in Afghanistan, he entered the country long before the current conflict, never intended to abandon his citizenship, and never actively fought against the U.S.

Sulayman's grandmother, my aunt, once accused me of "getting John into this Islam stuff", but a reasonable assumption considering our age difference. Insha'Allah (God willing), I would be blessed if I was at all responsible for his development as a Muslim. Years ago, when Sulayman was introducing me as a new Muslim at a San Francisco mosque, one person commented that "his deen (faith) is thicker than blood." Yes, Sulayman is my cousin, so I will support him out of family loyalty. But as Sulayman's brothers and sisters in Islam, Muslims must work to defend him against any unjust prosecution.