Laman Webantu   KM2: 6607 File Size: 19.0 Kb *

| KM2 Index |


IK: Huru-hara Sebagai Alat Kempen Pilihanraya
By Pengundi Tua IK

14/1/2002 4:18 pm Mon

Huru-hara Sebagai Alat Kempen Pilihanraya

Beberapa kisah kekecohan yang dicetuskan oleh petugas UMNO dalam kempen Indera Kayangan, seharusnya tidak menjadi satu kejutan kepada petugas parti pembangkang. Walaupun yang bertanding itu adalah calon MCA sebenarnya, tetapi yang membuat kacau adalah petugas UMNO, adalah satu gambaran betapa kaum Cina lebih matang berpolitik dan orang Melayu berpolitik semacam itu kerana itulah sahaja yang mereka tahu dalam politik.

Dalam hal ini kita harus menyorot kepada senario kempen politik di tiga tempat lain yang telah mengadakan pilihanraya kecil sebelum Indera Kayangan, untuk melihat persamaan keadaan dan bagaimana taktik yang digunakan oleh BN untuk menentukan undi memihak kepada calon mereka, walaupun kita harus sedar kemenangan calon BN sebenarnya adalah disebabkan undi hantu dan undi tipu. Di sebalik segala kerenah huru-hara, calon BN menang kerana unsur tipu dan budaya huru-hara sahaja. Mujur, di Lunas BN tumbang kerana unsur undi hantu dan undi tipu telah dibanteras terlebih dulu dan kerana itu kumpulan yang membanteras unsur itu ditahan di bawah ISA.

Cuba kita sorot kembali kisah pilihanraya kecil di tiga tempat terdahulu di Semenanjung.

a) Sanggang

Sejurus selepas penamaan calon, Sanggang menjadi tempat di mana kerajaan menghamburkan wang rakyat untuk melancarkan projek kilat semata-mata untuk memancing undi. Di sepanjang Sungai Pahang, beberapa projek ikan dalam sangkar diluluskan untuk menjadi punca pendapatan baru kepada orang kampung. Tetapi, sehingga hari ini berapa banyakkah hasil ikan ternakan yang dihantar ke Kuala Lumpur oleh nelayan yang terbabit. Berapa banyak pula projek itu yang tersadai tidak berpenunggu?

Pada hari mengundi, kesesakan di Pekan Mentakab adalah sungguh menakjubkan. BN sengaja menaja orang upahan untuk menyesakkan bandar itu sehinggakan perjalanan daripada Mentakab ke Temerloh (dua sempadan kawasan undi) adalah sungguh menyulitkan. Ketika itu tempoh perjalanan daripada Pintu Tol Gombak ke Mentakab adalah lima kali lebih cepat daripada perjalanan kenderaan daripada Mentakab hingga Temerloh.

Keseluruhan bandar Mentakab menjadi lumpuh kerana dipenuhi kereta daripada luar yang kebanyakannya memaparkan bendera parti pembangkang. Yang sebenarnya kereta itu adalah kereta upahan yang dihiaskan dengan bendera pembangkang untuk menyesakkan pekan Mentakab. Kesesakan itu membuatkan pengundi Cina naik meluat dan membenci calon PAS. Pada waktu yang sama kebanyakan pengundi Cina yang diketahui sebelum itu sebagai penyokong kuat DAP mendapat nama mereka dialihkan ke daftar pengundi kawasan yang lain.

Sebahagian pengundi penting di Sanggang merupakan pengundi kaum asli. Mereka dipindahkan daripada perkampungan dan diberikan tempat penginapan yang paling selesa di Bukit Bendera, yang lengkap dengan kemudahan bersantai. Segala makan dan minum di jaga dan sebagai imbuhan ramai yang diberi ganjaran motorsikal 'scrambler' berbanding basikal kepada orang Melayu di kampung dan sebuah kapcai kepada penghulunya. Kaum Cina pula diberikan gran tanah yang mereka tunggu begitu lama, sedangkan orang Melayu yang tidak bertanah hanya menyaksikannya dengan senyuman mencecah cuping telinga.

Sanggang ialah kawasan DUN yang amat dekat dengan tempat pengiraan undi. Tetapi pada jam lapan malam, pengiraan tidak tamat lagi kerana menantikan 'beberapa peti undi' yang jauhnya hanya lima minit melalui perjalanan sungai untuk tiba ke Temerloh. Fenomena ini sama dengan kisah peti undi yang lambat sampai daripada Kampung Abdullah Hukum, setelah Shahrizat tahu dia sudah dikalahkan oleh peguam Zainur Zakaria. Tiba-tiba ketika itu, baru ada orang teringatkan peti undi yang belum tiba lagi. Begitu juga kisahnya ketika Chandra Muzaffar ditumpaskan, kerana peti undi yang lambat tiba.

Taktik yang digunakan ialah ketika hari mengundi, para pengundi diangkut dengan bas untuk mengundi secara 'blok'. Memudahkan untuk mengatur pengundi hantu muncul tanpa dapat dikesan. Itulah taktik yang dirancang di Lunas dan dapat disekat.

Pengundi Cina dikejutkan dengan budaya ugutan apabila pasukan FRU ditempatkan berbaris-baris di pintu masuk tempat mengundi. Itu juga taktik yang digunakan di Teluk Kemang.

b) Teluk Kemang

BN menang kerana moto kempen utama ialah 'Apakah Quran boleh bina jambatan?' yang dilaungkan oleh Samy Vellu. Sebahagian besar pengundi Cina memihak kepada Ruslan Kassim, mengikuti jejak langkah askar yang memberikan undi pos.

Pengundi India memihak kepada Solaynathan dan kerana itu kalau kita pergi ke Port Dickson dan melintasi Lukut kita boleh nampak satu kuil baru yang sedang dalam pembinaan tersergam indah menggunakan kepakaran pekerja daripada seberang laut. Begitu lama kita merdeka MCA masih belum mampu menubuhkan satu pasukan pekerja anak watan yang boleh membuat kuil tanpa bantuan orang luar. Samalah caranya dengan Samy Vellu mengimpot ratusan sami kuil untuk menguruskan kuil-kuil itu. Lagi besar sesuatu kuil itu lebih ramai sami yang diperlukan, kerana dalam kuil ada petak-petak di mana sami tertentu bertugas.

Siapakah yang memenangkan Solianathan dan siapakah yang merengek kerana menyesal sekarang ini kalau bukan pengundi Melayu? Apakah yang dicurahkan oleh Solianathan kepada pengundi Melayu? 'Habukpun tarak!!!' Orang Rembau kata 'mengabihkan boreh ajo!!!!' Tetapi siapakah yang menyibuk sangat ketika hari mengundi dulu? Bukankah pada hari yang sama Hisyamuddin Husin melancarkan kursus khas pemuda dan pemudi UMNO di Port Dickson??? Bukankah Isa Samad menyediakan berpuluh pasukan gerak gempur UMNO untuk menangani keselamatan di Teluk Kemang. Cuba lihat gambar lama dan perhatikan berapa ramaikan 'matgian yang digunakan menongggang motorsikal mundar mandir dengan bendera besar di belakang motor untuk menunjukkan kehebatan UMNO berkempen? Apa jadi dengan matgian itu sekarang? Pergilah ke Teluk Kemang dan PD perhatikan pada awal pagi, anak-anak muda Melayu yang gian menunggu kedai dibuka untuk membeli gam untuk dihidu.

Apakah janji Isa Samad ketika kempen mengampu calon MIC dulu? Bukankah janji BN mahu jadikan Port Dickson satu bandar pelancong dan pengisytiharan bandaraya akan diadakan tidak berapa lama lagi? Tetapi, cuba pergi ke PD dan cari papan iklan Kota Impian. Itulah rangka bangunan batu tertinggi di Port Dickson bikinan Dato Matshah yang terbengkalai begitu lama kerana beliau memihak kepada Tengku Razaleigh dan Semangat 46. Kalau betul UMNO dan Isa Samad mementingkan maruah orang Melayu kenapakah tidak diusahakan penyudahan bangunan Kota Impian itu? Kenapakah Marina World Resort di Teluk Kemang boleh diambilalih oleh 'Danaharta' dan projek itu diteruskan, sedangkan Kota Impian yang diusahakan oleh orang Melayu dibiarkan terbengkalai? Kini, orang Melayu yang mengundi di Teluk Kemang baru sedar, apa ertinya 'Quran tidak boleh bikin jambatan... itu pasal Quran tidak boleh bikin Kota Impian...'

Sepatutnya Solianatahan tidak ada peluang menang di Teluk Kemang. Tapi, kerana undi orang Melayu dia menang juga. Apakah yang dibuatnya kepada orang Melayu? Kaum Cina merupakan kumpulan yang paling banyak menerima bantuan kerajaan selain episod JE. Kalau dilihat ratusan kedai baru dan bangunan yang siap tanpa penghuni ataupun bangunan yang separuh siap tergendala pembinaannya, itu adalah gambaran betapa Teluk Kemang merudum disebabkan penyakit wabak virus nipah. Kini, projek khinzir sudah tidak lagi merupakan projek utama di Teluk Kemang kerana diganti dengan projek pelihara ayam dan itik. Tetapi apa pula projek orang Melayu yang sungguh setia mengundi calon MIC selama itu? Apakah orang Melayu kena tanya Samy Vellu lagi dan menunggu beliau menjawabnya: Itu...kamu kena tanya Koran???'

c) Lunas

Kalau diambil kira undi simpati, sepatutnya calon MIC sudah mampu menang. Tetapi, Lunas dimenangi oleh Keadilan kerana pengundi sudah bijak dan tidak membiarkan sentimen kaum menguasai keadaan. Pengundi hantu kecundang kecuali satu-dua bas yang berjaya membolosi sekatan petugas PAS dan Keadilan. Ramai juga orang Melayu yang memihak kepada calon Keadilan kerana undi protes disebabkan mereka terlalu benci kepada pucuk kepimpinan UMNO. Kisah lain ialah sebgai kesan sejarah sahaja.

Indera kayangan.

Berbalik kita kepada Indera Kayangan.... dua calon yang bertanding ialah orang Cina. Undi penentu ialah undi Melayu secara terangan-terangannya. Tetapi yang betul-betul menentukannya nanti ialah undi hantu.

Kalau dikira kisah kawasan Mahathir (Kubang Pasu) terdapat lebih tiga ribu pengundi hantu yang berdaftar, berapa agaknya yang sudah disumbat dalam daftar pengundi Indera Kayangan? Apakah benar, semua yang berdaftar itu wujud dan bernyawa? Kenapakah sehingga kini tidak ada sebarang sebutan wujudnya pengundi yang kehilangan namanya dalam daftar pengundi?

Kalau dilihat muslihat persiapan UMNO dan BN, keputusan pilihanraya akan memihak kepada BN. Segala persiapan telah lama dirancang sejak penyandang jawatan lama sakit teruk dengan disusuli beberapa peristiwa dia mahu melepaskan jawatannya. Tetapi, dia ditahan berbuat demikian sambil pihak UMNO merancang segala strategi untuk memasang lukah yang paling canggih. Hasilnya, kini ada berita penarikan ahli Keadilan untuk memasuki UMNO. Bukankah pelik perkara ini sedangkan yang bertanding ialah calon kaum masyarakat Cina, tetapi kenapa pula orang Melayu yang melompat parti? Kenapa tidak ditunggu sehingga pilihanraya kecil ini tamat untuk keluar parti dan memasuki parti yang lagi satu? Apakah rakyat jelata sudah buta hati dan buta mata untuk tidak memahami politik murahan seperti ini? Apakah tidak ada wang ringgit yang bertukar tangan untuk menarik orang keluar parti lawan?

Mahathir dan Al Qaeda

Tetapi, demikianlah tahap pemikiran orang Melayu berpolitik sekarang, secara amnya. mereka tidak lagi menghayati semangat perjuangan untuk berpolitik. Orang Melayu hari ini sudah disumbat oleh Mahathir untuk berpolitik kerena wang dan tembolok masing-masing. Kerana Mahathir akan berpolitik sehingga dia mati tegak, makanya orang Melayu gilakan politik untuk kekayaan diri sendiri.

Contoh terbaik boleh dilihat di Indera Kayangan. Apakah isu kempen politik UMNO dan BN? Adakah Mahathir bayangkan isu sebenar parti politiknya selain daripada mencaci dan mencerca pembangkang? Apakah yang dicanang oleh Mahathir selain mengatakan kemegahan dan kebesaran UMNO dan BN? Sudah tidak ada isu negara yang menyangkuti peradaban bangsa dan hal ehwal ekonomi yang dijadikan isu politik. Kisah anak menteri mati terjatuh daripada bangunan tinggi menjadi isu Mahathir, tetapi apabila dia meluluskan afidavit mahkamah mengenai Anwar sebelum Anwar dihadapkan di mahkamah, itu dikira bukan mengaibkan? Apabila dia mendedahkan bahawa Fernandez mati di Lunas kerana ditembak oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Al Qaeda itu bukannya satu sandiwara? Bilakah Fenandez di tembak dan bilakah Al Qaeda ditubuhkan?

Ketika Fenandez ditembak mati, Osama bin Laden sibuk mundar-mandir Afghanistan-New York dengan Taliban merundingkan pemasangan saluran paip daripada Lautan Kaspian hingga ke Karachi dan merentasi Afghanistan. Orang tidak tahu Al Qaeda ketika itu kerana Al Qaeda adalah ciptaan CIA Amerika untuk menggulingkan kerajaan yang anti-Amerika.

Kalau KMM (satu ungkapan ciptaan Polis Malaysia) ada kaitan dengan Al Qaeda dan Al Qaeda bertanggungjawab dengan pembunuhan Dr. Joe Fernandez apakah Al Qaeda mempunyai asas utamanya di Lunas? Apa faedahnya Al Qaeda membunuh Joe Fernandez kerana dia giat ketika itu untuk merampas kepimpinan MIC daripada Samy Vellu, dan bukannya Joe Fernandez bermusuh dengan Amerika Syarikat.

Kenapakah Joe Fernandez sahaja yang dibunuh oleh pembunuh upahan itu? Apakah kemungkinan Kayveas juga berkemungkinan akan menjadi sasaran kerana merampas ramai masyarakat India keluar daripada MIC untuk menganggotai PPP?

Sepatutnya Mahathir mempunyai perasan malu untuk membuat kelentongan menyatakan pembunuh Joe Fernandez ada kaitan dengan Al Qaeda. Dia menghina rakyat Malaysia dengan pendedahan sandiwara terbaru itu. Kenapakah pendedahan itu dibuat ketika kempen pilihanraya dan tidak sebelum itu? Apakah rahsia polis itu didapatinya hanya selepas hari penamaan calon di Indera Kayangan?

Mahathir mungkin sudah lupa betapa dia mengaibkan orang Melayu dengan menyebut betapa kumpulan Al Arqam mempunyai pusat latihan di tanah Thailand 'melatih orang Melayu yang taksub beragama untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.'PDRM di bawah pimpinan KPN bedebah Rahim Noor mengeluarkan beberapa gambar menunjukkan Ustaz Shaari Abuya memeriksa barisan 'pelatih tentera Islam yang mahu gulingkan kerajaan BN'. Apakah kesudahannya? Arqam terbukti tidakpun mempunyai kem latihan itu dan yang muncul pula ialah Al Maunah dengan kumpulan yang berlatih dalam gua di Bukit Jenalik, sedangkan satu lubang katakpun tidak ada di atas bukit itu. Kini, Mahathir berbohong lagi mengatakan Al Qaeda membunuh Joe Fernandez. Esok lusa dia akan perbaikki kenyataannya itu dengan mengatakan kumpulan KMM yang dinaungi Al Qaeda adalah saki baki Al Arqam yang bermula di Selatan Siam dulu...' Dasar penipu dan penyangak nombor satu... ialah Mahathir Mohammad..ya Alllah selamatkanlah negara ini daripada musibat ini..!!!.

Minggu dulu timbul kisah orang mahu membunuh Mahathir oleh The Sun. Pada mulanya Mahathir ketawakan sahaja tetapi kemudian dia kata berita itu mungkin menjejaskan industri pelancongan. Apakah dia fikir pendedahannya walaupun secara sandiwara bahawa Joe Fenandez dibunuh oleh KMM yang dinaungi Al Qaeda itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan? Apakah Mahahir lupa, setiap kali dia memburukkan Malaysia, promoter palancongan di sekitar ASEAN gunakan berita itu untuk mengalihkan pandangan pelancong daripada pergi ke Malaysia? Apakah pandangan Amerika dan pelancong negara itu apabila mengetahui bahawa Joe Fernandez seorang wakil rakyat dibunuh oleh kumpulan rangkaian Al Qaeda sebelum Al Qeda dikenalpasti di Afghanistan sebagai Penghulu Besar Keganasan Antarabangsa? Apakah itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan negara?

Begitulah halnya di Indera Kayangan, sudah tidak ada isu besar untuk dipertahankan oleh Shahidan Kassim dan UMNO walaupun orang Cina yang bertanding. Kita menjangkakan undi Cina akan berpecah dua ataupun memihak lebih kepada Keadilan kerana mereka tahu kalau BN menangpun Indera Kayangan tetap membangun. Perlis bukannya besar sangat. Ia terlalu kecil untuk dikira sebuah negeri, belanjanya banyak dan hasilnya kurang. Kos biaya yang dihamburkan oleh Shahidan Kassim mengirimkan lebih seratus bas dan kereta ke Sanggang mungkin belum terbayar lagi sehingga sekarang. Kita menjangkakan kos itu diagehkan di kalangan agensi Kerajaan naungan UMNO seperti Kemas, BTN, dan sebagainya.

Masyarakat Cina sungguh matang berpolitik dan menaruh undi. Buat masa ini, Cina Indera Kayangan banyak dipengaruhi oleh masalah Cina nasional dan bukannya oleh MCA lagi. Sebagai satu masyarakt yang lebih lama berrada di Indera Kayangan berbanding sebahagian besar pengundi melayu, pengundi Cina Indera Kayangan tahu apa yang mereka mahukan. Yang paling penting mereka sedar ialah Shahidan Kassim sebenarnya tidak ada wibawa memimpin sebuah negeri untuk menonjolkan ekonominya. Kalaulah Shahidan sedar peluang niaga yang ada di Perlis, ia mampu menjadi sebuah negara Melayu terkaya di dunia ini. Masalahnya Shahidan Kassim tidak tahu berpolitik untuk menaikkan ekonomi orang Melayu.

Orang Melayu Jelak Dengan Shahidan Kassim

Bukan orang Perlis sahaja yang jelak dengan Shahidan Kassim, hampir keseluruhan orang Melayu di dunia ini membenci Shahidan Kassim. Semua orang tahu betapa satu ketika dulu Shahidan Kassim menjadi ketua 'Backbenchers Club' di Parlimen Malaysia. Ketika itu Shahidan adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, kerana itu Shahidan Kassim memainkan peranan burung tiung di parlimen dan dalam kempen politiknya. Tetapi apbila Anwar diaibkan oleh Mahahtir, Shahidan Kassim adalah antara orang yang pertama menjilat segala tipu muslihat Daim Zainuddin dan sekongkolannya untuk mengampu Mahathir. Itu sahajalah modal politik Shahidan hingga hari ini. Sejak menjadi menteri besar Perlis, berapa kalikah Shahidan keluar negara dan berapa belanjanya? Apakah yang dibangunkannya di Perlis? Kerana itu apabila ada orang memberi ingatan kepada Shahidan Kassim agar mengambil iktibar kematian anaknya, orang itu sebenarnya melaungkan rasa hati dan rintihan orang Melayu terhadap Shahidan Kassim. Gelagat orang itu bukannya memperlekehkan Shahidan dan bukan bertujuan menghina anak yang mati kerana anak itu akan memainkan peranannya di syurga nanti. Apakah perkara ini disedari juga oleh Mahathir, itu perkara lain. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin ulung, Mahathir tidak menyentuh perkara itu sebagai isu politik, kerana timbalan beliau sudah menggunakan isu yang sama.

Tetapi, itulah modal UMNO masakini. Modal politik UMNO ialah budaya huru-hara. Apabila ada huru-hara barulah ia menjadi topik hangat dan tenggelamlah isu kemasyarakatan yang menjadi pokok utama politik sebenarnya. Bermula di Sanggang, budaya huru-hara menjadi isu kempen politik. Apabila Samy Vellu mencetuskan isu Al Quran ia sebenarnya mencetuskan budaya huru-hara, tetapi masih mampu ditangani oleh parti pembangkang. Kalau budaya huru-hara berterusan di Indera Kayangan, adalah tidak mustahil akan tercetus peristiwa bunuh-membunuh, kerana polis sudah lemah dan berpihak menyebelahi Shahidan Kassim dan UMNO. Lagipun selama ini apakah penonjolan watak Shahidan selain menjadi tukang sapu betina. Beliau terkenal sebagai 'kaki ghedebe' selepas Raja Katak direhatkan oleh Mahathir.

Shahidan Kassim hanya tahu berpolitik ala-koboi dengan kumpulan petugas samseng di keliling pinggang untuk menunjukkan kebolehannya. Itu sahaja yang Shahidan tahu kerana Shahidan tidak ada pilihan lain. Lagipun sejak bilakah Perlis menyumbang kepada perbendaharan negara, sedangkan selama ini Perlis mengharapkan ehsan Mahathir untuk bernyawa. Itu sebabnya Shahidan melobi keras agar YDP Agong yang baru, datang daripada Perlis. Setidak-tidaknya tempias perbelanjaan menanggung jawatan itu terserpih juga ke Kangar dan Indera Kayangan.

Bukankah Shahidan Kassim yang bertungkus lumus mahukan wang ehsan Terengganu diberikan juga kepada rakyat Perlis???


Pengundi Tua IK Perlis
13/1/2002