Laman Webantu   KM2: 6606 File Size: 6.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 562: Malaysia Akan Tersungkur Seperti Argentina?
By Chin Hin Low

14/1/2002 4:17 pm Mon

Malaysiakini
Khamis 10/1/2002


Malaysia Akan Tersungkur Seperti Argentina?

(Malaysia going down Argentina's way)

Oleh: Chin Hin Low.

Apakah kemungkinannya Malaysia tersungkur semacam Argentina? Kesamaannya adalah lebih dari yang dijangkakan.

Selepas Perang dunia Kedua, Argentina telah membangun dengan begitu pesat kerana parti politik yang memerintah terus mengekalkan kuasa dengn dasar perindustrian yang pro-pembangunan. Apabila kerancakan pembangunan itu mula kendur, ia telah meminjam dana dengan banyak untuk menghamburkannya dengan banyak juga kerana itulah sahaja caranya untuk parti yang sedang memerintah mengekalkan kuasa.

Demikianlah kesamaannya di mana segala usaha penyelamatan (bailouts) dan gelagat membazir wang rakyat oleh kerajaan Malaysia - walaupun belum begitu dahsyat pembazirannya berbanding Argentina - kesamaannya sudah ada. Barisan Nasional tidak dapat mengekalkan kuasa selagi ia tidak berbelanja wang rakyat jelata.

Penetapan kadar matawang Malaysia yang dimulakan sejak 1997 adalah sama menakutkan dengan apa yang berlaku di Argentina kira-kira satu dekad yang lalu. Itulah yang menyebabkan negara berkenaan kelihatan stabil kerana pertumbuhan yang berterusan tetapi sebenarnya membolehkan parti yang berkuasa terus bermaharajagila.

Namun, itulah kesan belanjawan defisit yang menjeruk inflasi yang mengabaikan kuasa pasaran. Hari ini, Malaysia mengamalkan dasar yang serupa. Gaji bulanan petugas perkhidmatan awam dinaikkan walaupun wujud ekonomi yang merudum. Inflasi terus membengkak walaupun kita sudah kehilangan daya saing.

Kerajaan terlalu taksub dengan agenda politiknya dan tidak lagi menguruskan pemerintahan kerajaan. Dari pembikinan makmal komputer yang tidak juga siap-siap hinggalah projek Bakun (di mana banyak wang rakyat yang sudah lesap - penterjemah), kerajaan sengaja menumpukan perhatian kepada kepentingan politik yang memerlukan biaya yang banyak dan membiakkan budaya fikiran yang sempit.

Secara saksama, terdapat banyak perbezaan antara Malaysia dan Argentina. Malaysia memang mempunyai keadaan kewangan yang lebih baik, tetapi tiga puluh tahun dulu Argentina mempunyai keadaan kewangan yang lebih baik lagi berbanding Malaysia pada hari ini.

Argentina hanya memerlukan beberapa tahun untuk memusnahkan apa yang telah dibina oleh satu generasi rakyatnya sebelum itu. Indonesia kini dianggap mempunyai keadaan kewangan yang sama dengan latin Amerika. Apa yang memerlukan beberapa dekad untuk membangunkan negara telah dihancurkan dalam masa beberapa tahun sahaja pada akhir 1990-an.

Hakikatnya, berdasarkan struktur politik Malaysia masakini, BN/UMNO tidak dapat disingkirkan selagi kita tidak menghadapi keadaan krisis ala-Argentina. Kalaulah kita akhirnya mengikuti nasib laluan Argentina, Malaysia akan dihenyak oleh satu keadaan yang lebih dahsyat lagi kerana ia akan lebih lama dan berpanjangan dan amat sukar untuk menyelesaikannya disebabkan politik perkauman dan masalah etnik.

Kesamaan ini seharusnya menakutkan semua pengundi dan pihak pembangkang perlu membuat penjelasan akan fenomena ini dengan lebih menyerlah kerana wujudnya bahaya yang menanti, lainlah kalau BN (terutama sekali UMNO) mengubah falsafah politiknya secara khusus. Malaysia masih bernasib baik kerana masih ada ruang untuk kita mendedahkan perkara ini, berbeza dengan kerajaan Peronis di Argentina. Malangnya, pengumuman terbaru Mahathir yang dia akan bertanding lagi pada pemilu yang akan datang seharusnya menjadi satu berita yang mengejutkan kita akan kemungkinan terjadinya fenomena sialan itu.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://malaysiakini.com/Letter/2002/01/2002011007.php3


Thursday January 10, 2002

Malaysia going down Argentina's way?

By: Chin Hin Low

5:50pm, Thu: What is the likelihood of Malaysia ending up like Argentina? The similarities are more than you think.

After WWII, Argentina grew rapidly with the ruling party keeping itself in power with pro-growth industrialisation policies. When growth started to slow down, it borrowed and spent heavily and because it was the only way for the ruling party to stay in power.

Similarly, the current bailouts and fiscal spending of Malaysian government - while not to the same degree - is similar. Barisan Nasional cannot hold on to power unless it keeps spending.

The currency peg that Malaysia adopted in 1997 is eerily similar to what happened a decade ago in Argentina. It led to stabilisation and continued growth which kept the incumbent in power.

However, underlying it was a budget deficit and creeping inflation that ignored market forces. Malaysia today is undertaking the same policies. Civil servant salaries are being increased despite the recession. Inflation is creeping in despite our falling competitiveness.

The government is preoccupied with maintaining its political agenda rather than running a real government. From computer laboratories that do not get built to the Bakun project, the government is pandering to political interest at a huge cost and in insular conditions.

To be fair, there are differences between Malaysia and Argentina. Malaysia is definitely in better financial conditions but 30 years ago Argentina had even better financial position than Malaysia today.

It took only several years for Argentina to destroy what took a generation to build. Indonesia is now viewed as similar to Latin America. What took decades to build was destroyed in several years in the late 1990s.

The fact of the matter is that given the political structure of Malaysia, BN/Umno cannot be removed unless we have a Argentina-like crisis. The fact is, if we end up like Argentina, Malaysia could be in worst position because it would be even more prolonged and difficult to solve because of our racial and ethnic politics.

The parallels should scare all voters and opposition need to articulate this more clearly because the danger is there unless BN (or should I say, Umno) change its philosophy fundamentally. Malaysia is lucky in that there are still avenues that we can express ourselves, unlike the Peronist government of Argentina, but the fact is Prime Minister Mahathir Mohamad?s recent announcement that he is likely to continue after the next general election should alarm us over the parallel.