Laman Webantu   KM2: 6605 File Size: 15.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 561: HR: Syurga-dunia Penyeludup
By Harun Rashid

14/1/2002 3:55 pm Mon

Jan.1, 2002.

Syurga-dunia Penyeludup

(A Smuggler's Paradise)

Oleh: Harun Rashid

Dua cerita terbaru mempunyai kaitan yang menarik. Yang pertama mengenai tawaran hadiah berjumlah RM2 juta pemberian kerajaan Malaysia kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya para penyeludup beras. Tawaran itu diiringi satu pengumuman bahawa kuota beras import kini dikurangkan daripada 600,000 tan kepada 400,000 tan. Peraturan ini dianggap perlu untuk menentukan berkurangnya bekalan beras yang sedang bertimbun di kilang-kilang.

Kisah yang kedua ialah mengenai laporan Bank Negara yang memperakukan penetapan kadar tukaran matawang Malaysia pada kadar 3.8 ringgit kepada setiap satu dollar Amerika (USD). Kadar itu sudah lama terpaut begitu sejak diperkenalkan pada akhir 1998, dan merupakan sebahagian fundamental dasar ekonomi nasional yang direncana oleh perdana menteri. Ini merupakan satu lambang kemegahanan dan sudah menjadi satu isu politik selain daripada fungsinya sebagai alat ekonomi kerajaan. Tujuan sebenarnya ialah untuk menyekat turun-naiknya yang tidak keruan berbanding nilai sebenar matawang negara, dan berfungsi sebagai satu alat pertukaran dalam perdagangan antarabangsa.

Penentangan kepada pautan berterusan kadar matawang itu adalah satu faktor utama dalam jurang yang menyerlah antara Mahathir dan rakan akrabnya dan bekas mantan menteri kewangan Anwar Ibrahim. Anwar menolak rencana pautan itu kerana ia menyekat perdagangan bebas antarabangsa, tetapi Daim Zainuddin, seorang sahabat lama Mahathir, menyokongnya. Mengikut rekod perbicaraan mahkamah, Daim Zainuddin adalah manusia yang menggalakkan konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, dan Daim Zainudddin adalah musibat yang mengambil-alih tanggungjawab kementerian kewangan (ketika itu dia menjadi bendahari UMNO untuk satu tempoh yang lama, dan mengekalkan jawatannya itu) selepas Anwar dipecat dengan paksa. Kerana terpaksa memilih antara dua insan itu, Mahathir telah memilih Daim. Kini dia sudah menyesal dengan tindakannya itu. Mahathir memang mempunyai satu kepincangan, setiap kali dipaksa memilih antara dua manusia yang berbeza perwatakannya, Mahathir kerap tersilap dengan pilihannya.

Anwar mula mendedahkan korupsi yang berleluasa dalam kerajaan yang memang pasti dia amat arif mengenainya. Persepti masyarakat ketika itu menyerlahkan bagaimana satu usaha direncana untuk mengunakan satu kumpulan gerak gempur yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka untuk membunuhnya. Satu kumpulan pembunuh yang bertopeng itu digempur untuk menahan Anwar, dengan arahan jelas menembak beliau pada peluang terbuka yang paling awal.

Tatkala Anwar digempur oleh kumpulan bertopeng dan bersenjata yang menceroboh masuk dengan merobek pintu rumahnya di malam buta, Anwar berwaspada untuk tidak mencetuskan sebarang peluang untuk mereka mencetuskan huru-hara. Dia berselindung di antara wartawan asing dan jurugambar yang memberikan beliau perlindungan sementara. Apabila Ketua Polis Negara (KPN) mendapat tahu Anwar dibawa ke Bukit Aman dalam keadaan yang masih bernyawa dan bukannya kebujuran tidak bernafas seperti yang dirancangnya, beliau naik minyak dan bertindak mahu menyelesaikan perkara itu secara peribadi pula. Dia mengarahkan orang bawahannya menutup mata Anwar dan menggari tangannya di bahagian belakang kepada kerusi yang didudukinya. KPN yang berani dengan pukulan curi itu melanyak Anwar yang tidak berupaya untuk melawan di bahagian kepala dan muka mangsa sehinggalah Anwar kelihatan sudah tidak bernyawa lagi mengikut penglihatannya.

Anwar dibiarkan di situ dengan keadaan begitu untuk sekurang-kurangnya empat hari tanpa sesiapa memberikan bantuan rawatan. Kemampuan beliau terus bernafas adalah satu lambang ketahanan dalaman yang ada pada dirinya. Anwar disorok daripada pandangan umum sehinggalah sebahagian besar luka dan kecederaan badan yang ditanggungnya sudah kelihatan pulih semula, cuma selepas sepuluh hari kesan henyakan seorang kaki pukul masih kelihatan dengan pandangan mata kasar sahaja. Kesan mata lebam yang sungguh menyerlah adalah satu gambaran betapa dahsyatnya hayunan yang diarahkan kepada Anwar ketika tangannya bergari dan matanya bertutup oleh seorang bedebah yang sesama beragama sepertinya di sebuah negara yang kini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun penderaan dahsyat itu dilaksanakan di ibupejabat kebangsaan PDRM, di mana pelbagai saksi termasuk para pendakwaraya daripada pejabat Peguam Negara menyaksikannya, satu Suruhanjaya Diraja terpaksa ditubuhkan untuk mendapatkan maklumat sebenar apa yang sebenarnya terjadi. KPN bedebah itu terpaksa melepaskan jawatannya, dan akhirnya 'menjalani hukuman penjara' selama enam minggu.

Mereka yang menyaksikan kerja-kerja penderaan dahsyat itu terlepas daripada sebarang bentuk hukuman, bersama orang yang mengeluarkan arahan untuk hukuman begitu dihayunkan. Sekaligus, keseluruhan peristiwa itu mencemuh martabat Malaysia daripada sebuah negara yang ada hargadiri, terutama sekali setelah melihat mereka yang brtanggungjawab dengan kerja bedebah itu akhirnya dikurniakan pula pangkat yang lebih tinggi yang melambangkan betapa mereka dianugerahkan pangkat dan keselesaan itu kerana mengikut perintah orang yang lebih berkuasa.

Akhirnya Anwar dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali, untuk dihenyak lagi oleh suasana penghakiman yang tidak berwibawa, tetapi diberikan hukuman penjara selama lima belas tahun semuanya. Dia menjalani hukuman itu secara menyendiri kerana tujuannya ialah untuk menyekat beliau daripada menceritakan lagi segala butiran korupsi yang menyekat Malaysia menganggotai negara asing yang ada martabatnya.

Daim Zainuddin yang kemudiannya diketahui sebagai perancang utama konspirasi menjatuhkan Anwar, telah membuatkan masyarakat awam menjadi marah terhadapnya dan (parti beliau). Lebih-lebih lagi setelah berlaku perpindahan wang rakyat yang banyak jumlahnya kepada beberapa agensi di mana dia merupakan peraih keuntungan yang utama, menunjukkan betapa beliau mengecewakan rakyat yang menaruh amanah kepada jawatan awam yang dipegangnya, sehinggalah difikirkan betapa pengundurannya daripda jawatan awam adalah amat diperlukan. Namun dia terus beroperasi di sebalik tabir. Dengan jumlah wang yang banyak yang mampu didalanginya, dia mampu merembat sebarang peluang yang datang bergolek di Malaysia, di negara jiran dan di mana sahaja.

Disebabkan beliau tidak dapat mempercayai sesiapa sebagai pengganti, Mahathir mengambil-alih jawatan Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dan bendahari UMNO. Segala bentuk urusan negara dan parti kini berpindah kepada ahli keluarga dan sukusakat yang dipercayainya.

Walaupun Anwar dan Daim Zainuddin sudah terkeluar daripada arena politik, mereka berdua masih mempunyai aura yang berupaya meninggalkan bayangan yang panjang. Mereka berdua masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peristiwa semasa. Yang tinggal ialah Mahathir dan kadar tukaran matawang yang ditetapkannya. Dengan latar belakang suasana ini bolehlah kita menyorot kembali dua bahan berita tadi dan memeriksa kembali peristiwa yang terjadi sejak episod kritikal yang berlaku pada akhir 1998.

Sudah menjadi lumrah dalam pergerakan barangan betapa aktiviti pergerakan itu bermula daripada wilayah di mana harganya rendah kepada wilayah di mana harganya meninggi. Ia tidak terjadi secara menyonsang daripada hukum asas perdagangan itu. (kalau terjadipun songsangan itu selalunya ia merupakan sumbangan yang ada kaitan dengan sifat peri kemanusian). Harga jualan sesuatu barangan di akhiran penggunaannya ditentukan oleh kos pembikinan di wilayah permulaannya dicampurkan dengan kos pengangkutan. Mungkin ada pengaruh tahap keperluannya di destinasi terakhir yang menyebabkan harga meninggi apabila ada keperluan yang tinggi ataupun menurun harga seandainya keperluan berkurangan.

Harga terakhir sesuatu barangan itu di tahap penggunaannya selalu dipengaruhi oleh kesediaan bekalan.

Inilah pertimbangan asas yang menentukan aliran barangan di pasaran antarabangsa. Seandainya aliran itu bebas daripada sebarang hambatan yang didalangi oleh kerajaan, ia disebut sebagai perdagangan bebas. Tetapi kerajaan sengaja melindungi industri tempatan dengan mewujudkan halangan, selalunya dalam bentuk cukai kastam, percukaian dan kuota. Kewujudan hambatan ini, dan peminggirannya, merupakan kerja utama persidangan WTO yang menyumbang kepada tentangan terhadap kelicinan globalisasi.

Malaysia sudah lama mengusahakan pembikinan satu dunianya yang tersendiri. Walaupun ia merupakan negara pengasas ASEAN, di mana kegiatan perdagangan memberikan keselesaan bersama pada kadar melebehi lima peratus. Matawang negara yang dipaut pada kadar tukaran tetap dengan dollar kini dicadangkan sebagai satu asas pengwujudan matawang baru dunia Islam persis kewujudan Eurodollar. Kumpulan negara Islam direncana menjadi satu blok ekonomi yang meniru gelagat peunubuhan European Union.

Tetapi banyak masalahnya dalam hal ini. Yang paling menonjol ialah saingan yang dicetuskan oleh kadar tetap matawang negara kepada dollar. Malaysia kini berkhayal disebabkan kadar tetap tukaran ringgit itu kepada dollar sehinggakan ia menerima satu bentuk kemudahan di mana barangan dan perkhidmatan Malaysia berada dalam keadaan terapung-apung berbanding matawang negara jirannya seolah-olah ia adalah matawang Amerika juga. Tatkala nilai tukaran matawang negara jirannya sudah menurun berbanding kadar tukarannya dengan dollar Amerika, kadar nilai ringgit Malaysia masih terpaut dan tertambat kepada kadar tukaran yang sama. Akibanya dari kacamata ekonomi serantau Malaysia sudah menjadi satu pulau, di mana negara berjiran dengannya sudah mampu mengeluarkan barangan dan perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah daripada Malaysia.

Dalam masa dua belas bulan semua halangan perdagangan yang masih wujud terpaksa diturunkan sehingga lima peratus maksimumnya. Malaysia telah diberikan pelepasan selama dua tahun lagi untuk membolehkan pembuat kereta Malaysia mengubahsuai keadaan untuk menurunkan harga keretanya seperti Thailand. Pengecualian ini membuatkan ramai yang mencurigai Malaysia kerana merundingkan sesuatu dengan niat yang serong.

Satu lagi perkara yang seharusnya menjadi perhatian berat kita ialah tindakan Singapura membuat perjanjian dagang yang mesra dengan rakan dagangnya di luar ASEAN. Perjanjian penuh mesra ini memberikan Singapura satu kemudahan mewah untuk memberikan pula satu aturan niaga yang mempunyai faedah tertentu kepada enam lagi ahli anggota negara ASEAN mengikut cara kemesraan 'pintu belakang'. Gelagat unilateral Singpura ini sekaligus menumpulkan keberkesanan ASEAN, dan menggugat secara serius keberkesanan dan kesinambungan gagasan itu sebagai satu entiti ekonomi yang berwibawa.

Beras merupakan barangan asas keseluruhan Asia Tenggara, dan ia merupakan keluaran Indonesia dan Thailand secara besar-besran dan lebih murah daripada Malaysia. Kerana itu beras mengalir masuk Malaysia dan kuota terpaksa dikenakan untuk mengwal dan menghadkan kemasukan itu sebagai melindungi aktiviti pengeluar dalam negara. Kuota yang dikenakan adalah sebagai melindungi penanam padi tempatan. Tanpa perlindungan itu penanaman padi akan berkurangan di Malaysia sehingga menjejaskan asas bertani di Malaysia. Setiap kali keluaran tempatan menurun, pengimpotan naik mencanak. Akhirnya semua beras terpaksa diimport, menyebabkan penanaman besar-besaran di negara sendiri semakin menurun, dan pembayaran barang import itu menjadi satu masalah besar yang menggugat matawang negara.

Masalah yang dialami dengan beras, turut dirasakan oleh barangan pertanian yang lain, sehinggakan ancaman itu menjadi satu kenyataan, membahayakan keseluruhan industri pertanian di Malaysia. Contoh yang terbaik ialah getah, yang dikeluarkan untuk mencukupi keperluan dalam negara. Tetapi, pengeksportannyapun berada sama tahap dengan pengeluaran tempatan, jadi di manakah datangnya getah berlebihan untuk dieksportkan lagi?

Jawapannya datang daripada getah yang dihasilkan dengan harga yang lebih murah di negara jiran, terutama Indonesia dan Thailand. Barangan itu dibawa masuk dan dieksport semula atas nama Malaysia. Kini, trenda menunjukkan barangan ini semakin kurang dihasilkan dalam negara kerana terlalu besar penggantungannya kepada hasil negara jiran. Begitu juga dengan minyak sawit. Perangkaan pertanian yang menurun sejak dua tahun dulu menunjukkan kisah sebenar yang berlaku.

Demikian juga halnya dengan industri pembuatan. Ketika asas perindustrian Malaysia menawarkan satu faedah yang sementara, jurang harga yang lebar antara keluaran tempatan dan barangan import daripada negara jiran menaikkan tekanan terhadap pasaran tempatan dan juga keupayaan Malaysia untuk bersaing di pasaran eksport antarabangsa. Perkara ini semakin menghenyak kita apabila kita ambil-kira kemunculan kuasa ekonomi China yang mempunyai penduduk lebih satu bilion berbanding penduduk Malaysia sekitar 23 juta sahaja.

Malaysia merupakan syurga penyeludup rokok yang meraih keuntungan besar sekitar 2 juta ringgi daripada setiap kontena rokok yang diseludup masuk tanpa membayar cukai. Tidak ada sebarang bayaran upah kalau tertangkapnya penyeludup rokok, walaupun merokok itu membahayakan kesihatan dan menyebabkan perbelanjaan tinggi terhadap sistem kesihatan negara. Tawaran upah diberikan kepada maklumat tertangkapnya penyeludup beras, walaupun beras merupakan makanan asas rakyat negara ini.

Keperluan rokok bukannya berasaskan kepada keperluan biologi, dan seharusnya diambil-kira sebagai keperluan yang diada-adakan terhadap nikotin. Pengiklanan yang bertubi di papan iklan dan iklan bertubi di TV dan radio menyebabkan suasana kehendak barangan ini. Walaupun menteri kesihatan kerap membesarkan bahaya kepada kesihatan, pengiklanan secara bermuslihat di TV masih berterusan dalam pelbagai bentuk kerahsiaannya.

Kini Malaysia ditonjolkan sebagai sebuah negara Islam. Tetapi rokok diiktiraf sebagai barangan yang makruh dalam ajaran Islam. Sudah tentu wujud satu kaedah standard berganda di mana perniagaan dalam rokok yang mencemar kesihatan diberikan kelonggaran berbanding perdangangan beras. Para penghisap rokok diketahui merokok lebih kerap lagi ketika mereka menghadapai tekanan ataupun rungsing. Besar kemungkinan penggunaan rokok akan bertambah lagi di Malaysia, kerana terlalu banyak yang dirunsingkan oleh rakyat Malaysia waktu ini.


Tamat.

Terjemahan: SPAR
Asal: Ref: HRW: A Smuggler's Paradise