Laman Webantu   KM2: 6603 File Size: 8.4 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 560: Jalan Tanpa Haluan [MSC/MESDAQ]
By Eric Ellis

13/1/2002 3:46 pm Sun

Asiawise.com
19 Sept. 2000


Jalan Tanpa Haluan

(Road To Nowhere)

Oleh: Eric Ellis

[Catatan Penterjemah: Kami sajikan terjemahan kepada artikel yang ditulis lebih satu tahun yang lalu, sebagai satu ingatan bersama kepada bangsa Melayu khasnya dan orang Malaysia amnya. Artikel ini amat relevan dengan keadaan semasa kerana negara ini sebenarnya dihimpit oleh kebiadaban satu kumpulan manusia yang disebut sebagai kumpulan/kaum penguasa yang dipimpin oleh seorang Raja Penyangak yang sudah sewel dan hampir gila. Lebih 10 billion Ringgit wang rakyat telah dibalun untuk membangunkan apa yang disebut Cyberjaya sejak April 1996. Pada waktu yang sama negara lain membelanjakan hanya segelintir jumlah itu untuk membangunkan industri IT mereka. Kesannya Cyberjaya masih kekal sebagai sebuah projek angin panas sahaja yang ketiadaan belonnya..... Tetapi begitulah dasar pembangunan ekonomi Mahathir yang tidak banyak berbeza daripada gelagat seekor ayam jantan tua yang berkokok berderai-derai sedangkan tahi bergelumang di ekornya. Rakyat Malaysia sebagai tuanpunya ayam tua itu serba-salah, kerana bukan sahaja daging ayam itu tidak boleh dimakan bila dimamah, malahan kewujudannya terus menyakitkan hati. Apalagi dengan tahi yang dibawanya ke sana sini. Jalan terbaik hanya menunggukan ayam itu mati!!!! Bayangkan, kalaulah lima peratus wang modal yang dibazirkan di Cyberjaya ataupun sebahagian kos penubuhan dan pelancaran MESDAQ dimasukkan dalam satu tabung khas untuk dana pendidikan anak-anak Malaysia di Perlis, Melaka dan N.S., mereka mampu menerima pendidikan percuma sehingga hari khiamat.]

******

Dua perkara penting dalam pembangunan teknologi telah terjadi pada April 1996.

Pertama, ialah pengumuman Mahathir Mohamed di San Francisco betapa Malaysia telah merancang pembikinan (MSC) Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia) kepada tauke-tauke besar Lembah Silikon Amerika.

Kedua, ialah kemunculan portal internet 'Yahoo' di papan pasaran saham Nasdaq.

Empat tahun kemudiannya, capitalization (modal yang dicanai) oleh Yahoo mencanak naik hingga 60 bilion dollar yang tidakpun jauh sangat daripada keseluruhan jumlah permodalan keseluruhan ekonomi Malaysia. Sedangkan pada waktu itu, pembangunan MSC belumpun banyak bermula.

Kalaulah Mahathir mempunyai hanya setengah daripada wawasan yang digembar-gemburkan untuk dipercayai (dengan taksubnya) oleh rakyat Malaysia, ini bermakna bahawa bola-kaca ramalannya itu perlu digilap semula. Ketika Amerika mengusahakan kekayaan besar daripada Ekonomi Baru yang diramalkan kemunculannya oleh Mahathir, Dr. Mahathir sendiri telah terpaut kepada satu ketaksuban mengikuti apa yang pernah dilakukan ataupun tidak dilakukan oleh Anwar Ibrahim, sehinggalah mantan timbalannya itu tersingkir daripada jawatannya.

Satu lawatan terbaru ke 'Cyberjaya' telah menunjukkan betapa Malaysia telah terlepas satu peluang yang besar. Para pegawati atasan yang bertanggungjawab dengan MSC di Jabatan Perdana Menteri mendakwa telah menyauk pelaburan daripada 362 syarikat di Cyberjaya. Tetapi dakwaan itu tidakpun menyerlahkan buktinya. Sememangnya, sebagai sebahagian daripada lebuhraya maklumat, MSC merupakan satu kawasan pembangunan yang besar. Anda berkemungkinan melihat lembu yang berkeliaran ataupun satu kumpulan monyet yang merayau-rayau di sistem jalanraya yang lengang daripada satu rangkaian internet ataupun rangkaian perkhdmatan IT. Telefon bimbit tidak mendapat laluan yang efisen dan kelajuan internet masih lagi lembab, mengikut kata mereka yang menggunakan perkhidmatan itu di sana.

Kalaulah benar-benar wujud penggunaan teknologi baru di situ, sudah pasti kewujudan itu tidak diketahui oleh koresponden ini. Saya melihat satu 'universiti' yang baru tetapi tidak ramai pelajarnya, dan di situ ada sebuah hotel yang bernama 'Cyberview Lodge'.

Tetapi, jangan percaya cakap saya ini, begitu sahaja. Lihatlah tindakan manusia yang terkaya di dunia, Bill Gates, yang juga merupakan pengasas Microsoft. Dia merupakan seorang ahli penasihat antarabangsa MSC - yang dikatakan berjaya mengumpulkan pakar terulung teknologi di dunia ini yang menyumbang terhadap cara menjadikan Malaysia sebuah Lembah Silikon Asian. Walaupun Bill Gates merupakan pengembara dunia yang galak dan sudah pasti merupakan seorang peniaga jagoan, Gates telah culas menghadiri setiap persidangan tahunan badan penasihat itu sejak ia ditubuhkan, walaupun dia sudah melawat Malaysia tiga kali. Gates telah melawat Cyberjaya minggu lalu, dan telah berdiplomasi kepada tuan rumahnya. Setelah menyebut Australia sebagai satu 'Ekonomi Lama', dia terbang ke KL untuk membuat pengumuman betapa 'Malaysia dari sudut teknologi, sebenarnya menonjol ke hadapan berbanding banyak negara lain yang lebih besar dan lebih membangun ekonominya.'

Inilah yang menjadi sebahagian masalah Malaysia. Orang seperti Gates, yang sememangnya lebih mengetahui selalu sibuk merendah diri tidak mengaibkan airmuka negara seperti Malaysia apbila pendekatan garang tidak akan menguntungkan mereka dalam dunia perdagangan.

Tetapi, masih wujud dua lagi masalah besar yang menyekat keinginan Malaysia meraih unsur-unsur 'high-tech' (teknologi tinggi): masalah besar itu ialah wang dan kecairannya. Sebagai dalil untuk menyokong kenyataan ini sila klik 'daily dairy' di www.mesdaq.com.my. Ini merupakan 'homepage' kepada satu institusi yang sungguh besar gembar-gemburnya stu ketika dulu yang dinamakan 'Malaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation.' Disingkatkan menjadi MESDAQ sebagai satu institusi meniru Nasdaq (di Amerika). (Cuba bayangkan berapa ratus juta yang ghaib ketika mencanang penubuhan MESDAQ ke seluruh dunia dan bayangkan betapa wang, termasuk kos pengiklanan ke seluruh dunia oleh Mak Menteri yang bersimpang-siur mencanangnya mampu menyuburkan seluruh Perlis selama sepuluh tahun).

Anda tidak akan melihat aktiviti yang galak di pasaran institusi itu. Walaupun dipantau kegiatannya setiap hari berniaga. 'Supercomal Technologies Berhad (Supercomal) dan Intelligent Edge (IE) ditutup tanpa perubahan hari ini kerana ketiadaan aktiviti perniagaan. Harga penutup Supercomal tertahan pada RM3.00 ($0.79) sedangkan IE terus tutup pada RM1.35 tanpa sebarang aktiviti hari ini.'

Tetapi, menurut standard Mesdaq, ini merupakan satu bulan yang galak atktivitinya. Ketika syarikat kumpulan perisian Intelligent Edge Technologies mulakan aktiviti perdananya, pasaran itu meningkatkan jumlah perisian di pasarannya. (hahaaaa....satu perisian menjadi dua... bergandalah aktivitinya... bahlulnya punya kerja - penterjemah).

Malangnya, tidak ada aktiviti pasarannnya. Satu komputer telapak tangan (Palm Pilot) mempunyai harga yang lebih tinggi daripada jumlah saham yang bertukar tangan dalam jualbeli di Mesdaq.

Supercomal Technologies telahpun disenaraikan selama 18 bulan dan Yahoo! tidakpun ada aktivitinya. Saham pembuat kabel itu naik sekitar 5% sahaja sejak ia disenaraikan. Mungkin itu sebabnya rakyat Malaysia yang arif dalam dunia IT meloncat keluar negara mencari inspirasi di tempat yang lebih canggih seperti di Singapura, Hong Kong, Amerika Utara yang lebih berpijak di atas bumi yang nyata.

Empat tahun (kini lebih lima tahun - penterjemah) selepas pelancarannya yang rasmi, MSC tidak akan pergi ke mana-mana. Dua tahun selepas tayangan perdananya, Mesdaq akan meniru gelagat yang sama. Malaysia ialah sebuah negara yang menaja satu majlis high-tech tetapi tidak ada sesiapa berminat menerima pelawaannya. Bola ramalan Mahathir perlu lebih daripada digilap. Ia perlu diganti dengan yang baru.

(Sila baca Bernama dengan beritanya: MESDAQ Akan Sertai Kumpulan BSKL) bertarikh 31 Disember, 2001.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6558 Ref: http://asiawise.com/mainpage.asp?mainaction=50&articleid=420