Laman Webantu   KM2: 6596 File Size: 12.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 559: IUK: Skandal Enron Yang Akan Menjerut Bush
By Rupert Cornwell

12/1/2002 4:05 am Sat

ndependent UK
1/7/02.

Skandal Enron Yang Akan Menjerut Bush

(Enron Scandal Shapes Us as 'Big,Big Trouble For Bush')

Oleh Rupert Cornwell di Washington.

[Catatan penterjemah: Kami terjemahkan artikel ini kerana ia merupakan permulaan kepada kejatuhan George Bush. Kerana mahu menutup 'tahi kucing'nya dia sanggup menyerang Afghanistan dan menggunakan falsafah mengganyang keganasan sebagai topeng besarnya. Dari kelentongan bedebah ini muncul beberapa falsafah ikutan seperti KMM, Islam radikal, fundamental dan sebagainya yang turut mengkucar-kacirkan budaya orang Melayu di negara ini. Oleh kerana penasihat Bush adalah orang dan kumpulan yang sama yang menasihati Raja Penyangak Malaysia, maka kita lihat kini banyak pergolakan berunsur huru-hara di negara ini mempunyai jalan cerita persis sandiwara yang sama. Bush bersandiwara di Iraq, Afghanistan, Zamboanga dan beberapa tempat di Afrika. Raja Penyangak bersandiwara di Memali, Baling, Bukit Jenalik, Semporna dan terkini di Indera Kayangan. Itu sebabnya kita lihat propaganda di RTM dan TV3 semakin berani membohongi orang Malaysia seolah-olah rakyat negara ini sudah menjadi terlalu bodoh mahu mempercayai semua maklumat songsang itu. Soalnya sampai bila rakyat mahu akur dengan penipuan yang banyak menghabiskan wang rakyat itu sebenarnya? ]



Keadaan sekarang mungkin belum lagi bertaraf 'tempoh presiden yang dijangkiti kanser' seperti yang pernah menjadi tulisan John Dean mengingatkan Richard Nixon pada tahap awal Watergate dulu. Namun, kegagalan syarikat minyak Enron sedang mencetuskan satu masalah besar kepada George Bush.

Semua ciri satu skandal yang klassik di Washington sudahpun wujud: kegagalan syarikat korporat terbesar dalam sejarah dunia niaga, seorang ketua eksekutif syarikat yang begitu intim dengan George Bush sehinggakan presiden itu memanggil beliau dengan nama timangan 'Kenny Boy' dan kisah sumbangan mega oleh syarikat itu kepada tabung derma kempen Bush dan juga bapanya dulu untuk memenangi pertandingan menjadi presiden dan menduduki Rumah Putih.

Unsur terakhir muncul minggu lalu dengan tersiarnya berita bahawa Dewan Senate mahukan satu siasatan yang menyeluruh dengan mengeluarkan sapina terhadap para pegawai Enron termasuk Kenneth Lay (lebih dikenali sebagai 'Kenny Boy') wakil syarikat Arthur Anderson yang ternyata gagal mengesan dan menyekat kegelonsoran syarikat itu, dan mungkin juga beberapa orang pegawai dalam pentadbiran Bush.

Semua perwatakan yang terbabit memang dikenali ramai. Sebagai contoh, peguam utama Enron ialah Robert Bennet, seorang peguam yang mengenakan bayaran $500 setiap jam yang menonjol ketika muncul dalam kes skandal Bill Clinton dengan Paula Jones. Itulah kes yang akhirnya menonjolkan kisah Monica Lewensky.

Apapun ukurannya, Enron merupakan satu skandal kewangan yang sungguh hebat, kerana ia melibatkan kisah penipuan di mana hutang besar disorokkan dalam syarikat yang kosong, pengauditan yang tidak cekap dan pengabaian perundangan yang disengajakan. Tidak termasuk lagi kisah ribuan pekerja yang kehilangan punca pekerjaan dan terpaksa memegang sistem pencen yang berupa saham Enron yang tidak berguna lagi, walaupun pegawai tinggi syarikat itu sudahpun menjual saham pegangan mereka setakat $1 billion sepanjang 2000 - 2001.

Sehingga kini, Enron dikatakan laksana seekor anjing yang gagal menyalak - ataupun lebih tepat lagi, merupakan sebuah syarikat yang diabaikan kerana Amerika menumpukan fokus terhadap Afghanistan dan ketika tahap kepopularitian presiden mencanak sehingga tahap 90 peratus. Skandal Enron terdedah pada bulan November, tetapi hanya pada 28 Disember, barulah Bush disoal akan skandal itu. Ini menunjukkan permulaan satu perubahan yang beralih daripada kempen anti-keganasan kepada politik tempatan. Perubahan ini terjadi ketika munculnya tempoh pertengahan dalam tahun pilihanraya untuk kerusi Dewan Perwakilan, di mana parti Demokrat memerlukan beberapa kerusi lagi untuk merampas kembali majoriti di dewan itu. Lagipun, ramai yang mula memikirkan perlumbaan untuk merampas kuasa di Rumah Putih pada 2004, dan apa juga yang ditandingkan masalah Enron akan menjadi satu faktor yang hebat.

Setakat ini, tiga jawatankuasa kerja Kongres telahpun mula mencari maklumat. Siasatan utama akan diuruskan oleh jawatankuasa khas Senat yang diketuai oleh Joe Libermann daripada Connecticut (D). Libermann pernah menjadi rakan juang Al Gore ketika bertanding menjadi presiden dan dikatakan mempunyai impian besar untuk bertanding jawatan itu pada 2004.

Hingga kini, Libermann telah mengikuti skrip skandal Washington itu mengikut siasatan para penyiasat T. Echoing yang menyelidik Watergate, Iran-Contra dan Whitewater satu ketika dulu. Dia berjanji mahu melaksanakan siasatnnya dengan telus dan memberi amaran untuk menyelongkar semua yang perlu. Sudah tentu siasatan itu akan menjadi lebih menarik.

Enron sudah menjadi satu telaga dana politik dalam pelbagai bentuk. Sejak 1990, mengikut kajian Center for Responsive Politics, yang memantau sumbangan derma, Enron telah membuat sumbangan kempen politik sebanyak $5.8 juta , 75 peratus sumbangan itu disalurkan kepada parti Republican. Sumbangan terbesar syarikat itu telah disalurkan kepada dua orang senator Texas, Kay Bailey Hutchinson dan Phil Gramm. Isteri Gramm merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Enron.

Seperti kebanyakan penyumbang wang kempen politik yang besar, Enron telah mengambil insuran terhadap pertaruhan politiknya. Di Capitol Hill, 71 orang daripada sejumlah 100 senator yang masih bertugas dan hampir setengah daripada 435 ahli kongres Amerika menerima sumbangan wang politik Enron. Pelaburan itu memang berbaloi kerana Enron berupaya menerima pengecualian cukai daripada 'perniagaan derivatives' mengikut perundangan Akta 2000 yang menyangkuti perniagaan 'commodity futures.'

Namun, keluarga Bush sudahpun menjadi perhatian istimewa dalam siasatan itu. Mr. Lay telah menonjol dalam kempen Bush-Cheyney sebagai seorang 'pengasas' yang berjaya mendapatkan sumbangan sekurang-kurangnya $100,000 untuk kempen pilihanraya, sedangkan Enron menyumbang sebanyak $100,000 ketika majlis pertabalan, dan jumlah sumbangan itu ditiru pula oleh sumbangan 'Kenny Boy' dan isteri beliau.

Yang paling mencemarkan keadaan ialah peranan di sebalik tabir Enron dalam melakar perancangan Bush dalam apa yang disebut 'Mr. Bush's energy policy' (dasar penggunaan bahan bakar). Sekurang-kurangnya empat orang perunding Enron telah bertugas untuk pentadbiran Bush. Sebagai wira yang mahukan rombakan peraturan lama di Rumah Putih, Mr. Lay merupakan penasihat tidak resmi kepada satu badan yang ditubuhkan di bawah pimpinan timbalan presiden Dick Cheyney, yang merangka strategi bahanbakar itu.

Kita perlu menyoal apakah nasihat yang diberikannya itu mempunyai kepentingan dirinya,' kata Mr.Libermann. Ataupun untuk berbahasa terus terang, apakah orang minyak di Rumah Putih dan tauke minyak di Houston mempunyai satu persyarikatan untuk kepentingan bersama? Semua soalan ini tidak akan lari daripada mencetuskan jawapannya.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

The Independent UK
01-7-2002


http://www.rense.com/general18/bigbig.htm

Enron Scandal Shapes Us As 'Big, Big Trouble For Bush'

By Rupert Cornwell in Washington

It may not yet quite be the "cancer on the presidency" of which John Dean warned Richard Nixon in the early days of Watergate. But the collapse of the energy conglomerate Enron is suddenly shaping up as big, big trouble for George Bush.

All the ingredients of a classic Washington scandal are there: the biggest corporate failure in history, a chief executive on such good terms with George Bush that the President refers to him as "Kenny Boy" and a history of massive contributions by the Houston-based Enron to the White House campaigns of Bush the father and Bush the son.

The final element fell into place last week with the announcement of a full-scale Senate investigation, complete with subpoenas for top Enron executives including Kenneth Lay (aka "Kenny Boy"), representatives of the Arthur Andersen accounting firm which singularly failed to spot the impending disaster, and perhaps senior figures in the Bush administration as well.

Even the cast of characters is comfortingly familiar. Enron's lead attorney, for instance, is Robert Bennett, the $500-an-hour DC superlawyer who featured in Washington's most recent presidential scandal when he represented Bill Clinton in the Paula Jones sexual harassment suit. That led directly to the Monica Lewinsky saga.

By any yardstick, Enron is a massive financial scandal, a tale of concealed debt and shell companies, incompetent auditing and scanty regulatory oversight - not to mention the sudden impoverishment of thousands of employees obliged to hold their pension savings in now worthless Enron shares, even as senior executives cashed in stock and stock options for up to $1bn (£700m) during 2000 and 2001.

Until now, however, Enron has been the dog which failed to bark - or, more exactly, was ignored as the media concentrated on Afghanistan and barely dared mention such goings-on as the presidential approval ratings hovered around the 90 per cent mark. Enron unravelled in November, but not until 28 December was Mr Bush first asked about the debacle. All that is about to change as the news focus starts to shift from the anti-terror campaign to domestic politics. Not only is this a mid-term election year in which the Democrats need just half-a-dozen seats to recapture the House of Representatives, but thoughts are already turning to the 2004 White House race. In all these calculations, Enron could prove a factor.

Already, at least three Congressional committees have been sniffing around the affair. But the main investigation will be conducted by the Senate's governmental affairs committee, headed by the Democrat Joe Lieberman of Connecticut. Mr Lieberman, it will not be forgotten, was Al Gore's vice-presidential running mate last time and is is widely believed to have ambitions for the top job in 2004.

Thus far, Mr Lieberman has followed the Washington scandal script to a T. Echoing investigators of Watergate, Iran-Contra and Whitewater before him, he promises solemnly that his probe will be even-handed, "a search for the truth, not a witchhunt". But, he warns, "we're going to go wherever the search takes us". If so, it could be a most interesting journey.

Enron has been a fountain of money for politicians of every hue. Since 1990, according to the Center for Responsive Politics, which monitors such donations, it has made campaign contributions of $5.8m (£4m), three-quarters of it to Republicans. The biggest single beneficiaries, unsurprisingly, have been the two Texas senators, Kay Bailey Hutchinson and Phil Gramm, whose wife Wendy sits on the Enron board.

Like most big corporate donors, it has hedged its bets. On Capitol Hill, 71 of the 100 current senators and nearly half the 435 congressmen have received contributions. The investment paid off with a vengeance, when Enron secured exemption for its energy derivatives business under a 2000 Act regulating commodity futures trading. But the Bush family has been a special object of its attentions. Mr Lay was listed by the Bush-Cheney campaign as one of the "Pioneers" who raised at least $100,000 (£70,000) for the election, while Enron gave $100,000 to the inauguration gala, a contribution matched by "Kenny Boy" and his wife.

Potentially most damaging is its possible backstage role in the formulation of Mr Bush's energy policy. At least four Enron consultants and executives have done work for the administration. A champion of the deregulation favoured by the White House, Mr Lay was a frequent informal adviser to the panel under the Vice-President, Dick Cheney, which drew up a national energy strategy.

"We've got to ask whether the advice tendered was self-serving," Mr Lieberman says. Or, to put it more bluntly, were the Texan oilman in the White House and the Texan energy baron in Houston running a mutual benefit society? These questions can no longer escape an answer.

http://news.independent.co.uk/world