Laman Webantu   KM2: 6595 File Size: 12.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 558: Rtrs: Rakyat Argentina Mula Lari Disebabkan Susutnilai Peso
By Simon Gardner

12/1/2002 4:04 am Sat

Reuters
8/1/2002.

Rakyat Argentina Mula Lari Disebabkan Susutnilai Peso

(Argentinean Exodus Expected With Peso Devaluation)

Oleh: Simon Gardner

[Catatan Penterjemah: Kami terjemahkan artikel ini sebagai satu ingatan kepada rakyat Malaysia. Apa yang sedang terjadi kepada Argentina berkemungkinan BESAR akan berulang di Malaysia. Raja Penyangak tidak pernah memikirkan penderitaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu di luarbandar.

Sejak tukaran matawang dibekukan, belum ada satupun rencana kerajaan untuk berjimat cermat sehingga membolehkan sistem pembekuan tukaran wang itu ditarik semula. Inilah yang terjadi di Argentina. Rakyat Malaysia terutama di luarbandar sedang hidup menderita, tetapi pergilah ke Putrajaya dan saksikan projek membazir bernilai lebih 10 bilion ringgit sedang diteruskan, tanpa memikirkan semua itu adalah pembaziran negara. Di Peranchis pelajaran percuma diberikan sehingga tahap universiti, tetapi di Malaysia pinjaman pelajaran hanya diberikan apabila si pemohon berada di tahun akhir pengajiannya. Bayangkan pula berapa banyak wang yang dibazirkan untuk sandiwara haprak seperti Al Maunah, Puteri UMNO, Propaganda songsang dan banyak lagi yang sepatutnya perbelanjaan semua itu disalurkan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat. Bagaimana dengan projek kerajaan yang tergendala kerana disogok kepada orang BN untuk mengisi tembolok mereka? ]


Kerajaan Argentina sedang bersiap untuk memudahkan pengeluaran simpanan daripada bank dalam satu usaha untuk memacu ekonomi negara semula, kerana semakin ramai rakyatnya yang bersiap sedia untuk berhijrah selepas berlakunya susut nalai matawang negara mereka.

Pentadbiran Presiden Eduardo Duhalde, seorang populis yang ditabalkan minggu lalu, dijangka memberi penjelasan bagaimana sistem dua kadar tukaran matawang dilaksanakan -- satu, kadar tetap di mana 1.40 peso bersamaan satu dollar dan satu kadar tidak rasmi yang teapung untuk sektor pelancongan.

[Catatan penterjemah: dua kadar tukaran matawang bukannya satu sistem yang baru. Ia menjadi amalan di banyak negara di Afrika, dan besar kemungkinan akan diperkenalkan di Malaysia untuk mengelakkan kegiatan pasaran gelap. - penterjemah]

'Tujuannya ialah menjelaskan bagaimana peraturan bank meliputi simpanan awam... dan bagaimana sistem tukaran wang itu diuruskan --- operasi yang mana akan akan menjadi tukaran rasmi pasaran dan yang mana satu untuk pasaran bebas,' kata timbalan menteri ekonomi, Jorge Todesco memberitahu radio tempatan.

Todesco berkata kerajaan akan melonggarkan peraturan pengeluaran wang tunai yang dihadkan kepada 1,000 peso sebulan - yang dikuat-kuasakan bulan lalu, kepada 1,500 peso untuk setiap akaun.

Ketika rakyat Argentina menunggu kesan susut-nilai matawang mereka itu, gara-gara tindakan kerajaan yang mencetuskan rusuhan hingga tergulingnya Presiden Fernando de la Rua pada Disember 2001, ramai rakyat yang memilih untuk berhijrah keluar daripada negara yang merupakan ekonomi nombor 3 terbesar di latin Amerika.

Barisan Panjang di Kedutaan

Barisan yang panjang sudah muncul di kedutaan Itali dan Sepanyol di Buenos Aires sejak Selasa dulu, kerana semakin ramai rakyat Argentina bersiap untuk melarikan diri daripada tanahair mereka.

Tetapi, semakin banyak kedai yang mengenepikan arahan kerajaan daripada menaikkan harga barang untuk mengambil kira susut-nilai matawang - lebih-lebih lagi para pengimport barangan elektrik dan elektronik --- ada pelabur meramalkan peso akan terus merudum walaupun kerajaan mengharap untuk mengapungnya secara bebas dalam masa empat hingga lima bulan.

Ramai rakyat Argentina amat gusar dengan kemunculan semula lonjakan inflasi yang seiras peristiwa 1980-an yang menyebabkan gangguan bekalan makanan dan lonjakan harga harian seperti yang diramalkan oleh JP Morgan. Nilai Peso sudahpun susut sebanyak 29 peratus - dan berkemungkinan susut lagi bersamaan 2.70 kepada setiap dollar (berbanding 1.4 sekarang - penterjemah) pada akhir 2002 nanti.

Bank pelaburan Morgan Stanley berkata ia tidak bersedia melihatkan kadar tukaran peso menjadi dua peso setiap dollar 'dalam masa yang terdekat'. Tetapi Menteri Kewangan Brazil Pedro Malan tidak pula hairan kalau berlaku inflasi mencanak kerana simpanan pelanggan bank masih lagi dibekukan.

Tekanan Inflasi

Inflasi telah berada di tahap sifar ataupun bawah itu sejak lima tahun yang lalu. Ini berbeza dengan 5,000 peratus sebelum Argentina menetapkan kadar tukaran peso kepada satu dollar satu dekad dulu. Tetapi inflasi sifar mempunyai bahananya, kerana ia membuatkan pengeksportan menjadi mahal dan melanjutkan ekonomi yang merudum.

Duhalde menukarkan kadar peso bagi setiap dolar pada Ahad dulu, dengan harapan ia dapat memacu ekonomi yang membengkak sejak 1998 disebabkan pengeksportan yang murah. Argentina sudahpun menggantung bayaran hutangnnya sebanyak $141 bilion semuanya, menyebabkan kemungkiran bayaran hutang negara dalam sejarahnya.

Kerajaan kini mengharapkan simpati pemimpin dunia luar. Menteri ekonomi Jorge Remes Lenicow berkata bahawa kerajaannya berkemungkinan memohon tambahan hutang sebanyak 15 hingga 20 billion dollar dalam bentuk bantuan untuk membantunya menenangkan keadaan.

Satu rombongan teknikal daripada IMF yang pernah memberikan bantuan sejumlah $22 bilion tahun lalu dijangka tiba daripad Washington pada hari Selasa. Tetapi missi itu dikatakan tertumpu kepada menilai keadaan kewangan dan bukannya menilai bantuan yang baru.

Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Aznar berkata Selasa dulu, betapa pentingnya Argentina menyelamatkan keadaan yang boleh diterima pakai oleh semua institusi kewangan antarabangsa.

'Kami berharap negara itu akan pulih seperti sediakala dan kami fikir adalah penting kalau ada satu rencana yang berwibawa yang boleh diterima oleh masyarakat Argentina dan juga masyarakat dunia,' katanya.

Banyak syarikat daripada Hongkong hinggalah Madrid yang terhenyak dengan keadaan yang menakutkan itu. Pada Selasa dulu, syarikat Belanda, Ahold, yang merupakan pengurus pasaraya nombor tiga terbesar di dunia, membuat pengumuman betapa ia mendapatkan 100 juta Euro untuk menampung kerugian di Argentina.

Segelintir rakyat Argentina sudah bersedia meninggalkan negara mereka setelah letih melihat bagaimana negara itu disalah-urus oleh pemimpin yang korup.

Pelbagai cemuhan dan jijikan daripada kelas menengah Argentina telah menumbangkan presiden De la Rua dan lima bakal presiden dalam dua minggu. Tetapi dasar populis Dulhade telah mengalihkan kos susut-nilai kepada bank dan syarikat dan membantu menenangkan ketegangan negara.

Segelintir pengamat meramalkan Argentina akan merana lagi. 'Kami meramalkan krisis ekonomi akan terus bernanah, menyebabkan memuncaknya krisis politik, dan membuatkan proses pemulihan semakin sukar untuk dicapai,' demikian laporan Credit Suisse First Boston dalam nota siasatannya.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.rense.com/general18/argentinean.htm

Argentinean Exodus Expected With Peso Devaluation

By Simon Gardner, 01-8-2002

BUENOS AIRES, Argentina (Reuters) - The Argentine government is preparing to ease curbs on cash withdrawals from banks in a bid to get the crisis-racked economy rolling again, as many disenchanted Argentines prepare to emigrate after this weekend's devaluation of the peso.

The administration of President Eduardo Duhalde, the populist who was sworn in last week, was also expected to explain how Argentina's new dual exchange rate -- a fixed peso pegged at 1.40 to the dollar and an unofficial floating peso mainly for the tourism sector -- would work.

"The idea is to announce today how the banking restrictions on deposits will stand ... and how the exchange system will work -- which operations will be on the official exchange market and which on the free exchange market," Deputy Economy Minister Jorge Todesca told local radio.

Todesca said the government would relax the unpopular bank curb limiting Argentines to 1,000 pesos per month in cash withdrawals -- put in place last month to stop a run on banks -- to 1,500 pesos for some accounts.

As nervous Argentines waited for devaluation to officially kick in on Wednesday, when the government lifts a foreign exchange holiday in place since bloody food riots toppled ex-President Fernando de la Rua on December 20, many sought to flee the basket case that Latin America's No.3 economy has become.

LONG LINES AT CONSULATES

Long lines formed at the Spanish and Italian consulates in the capital early on Tuesday, as recession-weary Argentines prepared to leave for their ancestral homelands.

But as some shops ignored government pleas not to increase prices to offset the devaluation -- particularly importers of electric appliances and electronics products -- some investors predicted the peso, which the government hopes to float freely within four to five months, would slide this year.

As many Argentines feared a return to the hyperinflation of the 1980s that saw food lines and sometimes hourly price increases, investment bank JP Morgan predicted the peso -- which has already been devalued by 29 percent -- could fall to 2.70 to the dollar by the end of 2002.

Investment bank Morgan Stanley said it would not be surprised to see the peso at two to the dollar "in the coming days". But Brazilian Finance Minister Pedro Malan did not expect to see a burst of hyperinflation given that savers' deposits are still almost entirely frozen.

INFLATIONARY PRESSURES

Inflation has been zero or less for five years -- a far cry from the 5,000 percent just before Argentina pegged the peso at parity to the dollar a decade ago. But zero inflation came at a cost, as the peg made exports expensive and prolonged an economic slump.

Duhalde released the peso from its one-to-one peg to the dollar on Sunday, hoping to kick-start an economy that has not grown since 1998 by cheapening exports. Argentina has already suspended payments and defaulted on part of its $141 billion debt pile, heralding the biggest sovereign default in history.

The government is now scrambling to win fresh backing from international lenders. Economy Minister Jorge Remes Lenicov has said the government may seek another $15 billion to $20 billion in aid to help it clamber out of its hole.

A technical mission from the International Monetary Fund, which sent $22 billion in aid in a year, was expected to return to Washington on Tuesday. But the mission was said to have concentrated on reviewing Argentina's fiscal situation rather than on evaluating new aid.

Spanish Prime Minister Jose Maria Aznar said on Tuesday it was vital struggling Argentina turn out a credible recovery plan that would be accepted by the main international financial institutions.

"We hope that the country would recover as soon as possible and we think that for this it is indispensable that we have a plan that is credible and that is acceptable for Argentina's society as well as for the international community," he said.

Companies from Hong Kong to Madrid have taken hits from the successive default and devaluation. On Tuesday, Dutch group Ahold, the world's third largest supermarket chain, said it is taking a 100 million euro charge to cover its exposure to Argentina.

Some Argentines cannot wait to turn their back on a country widely seen as suffering from decades of endemic corruption and economic mismanagement.

"I plan to go and study (in Italy) because it is the only way to get out of the country," said one woman standing in a long queue outside the Italian consulate in Buenos Aires.

"I don't have citizenship; I have no way of getting it; but I want to get out any way I can. This country is finished. I am sick of the protests, I am sick of taking part in them, and sick of everyone laughing at us."

Such protests by Argentina's middle-class helped bring down De la Rua and saw five presidents in two weeks. But Duhalde's populist policies have shifted the cost of the devaluation onto banks and companies and have helped calm the population.

Some analysts, however, expect Argentina to pay dearly.

"We believe that they will deepen the economic crisis, heighten political risk, and put a recovery further out of reach," Credit Suisse First Boston said in a research note.

Copyright © 2001 Reuters Limited. All rights reserved.