Laman Webantu   KM2: 6591 File Size: 7.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 554: PCR: Arafat Naik Pangkat
By Hichem Karoui

12/1/2002 3:37 am Sat

Palestine Chronicle
Selasa 8/1/02.

Arafat Naik Pangkat

(Arafat Promoted)

Oleh: Hichem Karoui

Eloklah kita mulakan dengan kisah yang buruk dan membuat andaian perkara itu benar bahawa 50 tan peluru berpandu, mortar dan jerangkap samar yang dimuat dalam Karine A, adalah bertujuan untuk kegunaan orang Palestin dalam wilayah yang dikuasai oleh Palestinian Authority.

Kenapa tidak? Semua orang ini adalah sentiasa dipantau oleh teropong senjata askar kerajaan Sharon sejak beliau berjaya merampas kuasa.

Siapakah antara askar itu yang dapat melupakan betapa ketika dibawah penyeliannya dulu lebih dua ribu orang awam telah disembelih di khemah pelarian di Sabra dan Shatila? Kalaulah benar ada keadilan di dunia ini, manusia bedebah seperti Sharon seharusnya merengkok dalam penjara menjalani hukuman penjara seumur hidupnya, dan bukannya diberikan kehormatan sebagai ketua negara. (Malahan di Malaysia pun ada beberapa rakyat Malaysia yang patut menerima hukuman seperti itu bersama seorang penghulu mereka yang dikenali sebagai Raja Penyangak - penterjemah)

Tetapi, apabila rakyat Israel begitu taksub dengan kebencian dan penghinaan diri untuk melonjakkan seorang perancang perang dan penjenayah menjadi seorang Perdana menteri, kenapakah rakyat Palestin tidak layak mendapat hak asasi mereka untuk mempertahankan diri mereka sendiri? Apakah mereka menjadi satu bangsa yang disenangi oleh masyarakat dunia apabila mereka merelakan askar Sharon memusnahkan diri mereka tanpa mengangkat tangan mempertahankan anak-anak mereka, kaum wanita mereka, kaum ibu dan bapa serta rumahtangga? Apakah mereka harus berterusan bersikap laksana kambing biri-biri membiarkan bala tentera Israel yang lengkap bersenjata memusnahkan mereka hanya untuk memuaskan nafsu serakah golongan kafirun yang bercakap besar mengenai kedamaian tetapi pada waktu yang sama membekalkan Israel dengan segala bentuk senjata perang sejak setengah abad yang lalu? Kenapakah orang Palestin harus merasa bersalah kalau mereka mahu mempertahankan diri daripada segala kegilaan seorang tukang sembelih yang bertopengkan jawatan Perdana Menteri? Sedangkan tidak ada sesiapa dalam masyarakat antarabangsa merasakan tindakan Israel terus menjajah tanah orang Palestin itu sebagai perbuatan haram dan mengiktiraf bahawa semua tanah yang dijajah itu adalah hak milik P.A?

Apakah yang dilaksanakan oleh 'masyarakat antarabangsa' untuk menunjukkan betapa 'Proses Kedamaian' yang lengkap dengan pelbagai perjanjian yang berjela panjangnya, mempunyai sebarang makna di rantau itu? Apakah sulitnya menghantar satu pasukan berkecuali sebagai pemerhati untuk memantau satu gencatan senjata? Sekarang apakah mereka akan menuduh orang Palestin kerana kiriman senjata itu gara-gara cakap-cakap Sharon yang turut mengutip rakaman kitab Injil?

Apakah barang bukti Israel terhadap pembabitan PA dalam kisah itu? Satu habukpun tiada. Hanya setakat berpura-pura dengan dalil yang mudah diketepikan. Ketua Turus Tentera Israel, Shaul Mofaz berkata: "kami mempunyai maklumat semua senjata itu yang ditunjukkan di belakang sana adalah sepatutnya dibawa masuk ke persisiran Gaza dan dari situ dibawa ke Judea, Samaria, dan Tebing Gaza: apakah itu dalilnya untuk mengabui perhatian dunia? Jawapannya ialah "Begitulah" Sharon sebagai bosnya, beranggapan itulah satu tindakan bijak untuk mengingatkan para wartgawan dan warga kedutaan, kerana di waktu pamerana yang sama itu "Arafat telah bertindak membeli roket jenis 'Katyusha' yang mempunyai jangkauan jauh berbanding melabur untuk 'pendidikan' kanak-kanak Palestin yang merempat di jalanan, kerana sekolah telah lama ditutup untuk mengelakkan serangan bom dan peluru berpandu Israel.

Dengan demikian sial ambil perhatian, Arafat sudah kami naikkan pangkatnya: dia tidak lagi menjadi insan yang tidak 'relevan', tetapi kini dianggap oleh Sharon sebagai "musuh paling berbahaya" kepada orang Israel. Sekarang, dia sudah menempatkan dirinya di tengah-tengah 'pusat keganasan dunia' yang Israel namanya - tetapi Iran yang sudahpun awal-awal lagi menafikan sebarang penglibatan dengan muatan kapal yang berkenaan.

Terjemahan: SPAR 9/1/2002.




Asal:

http://palestinechronicle.com/
article.php?story=20020108031913882

Tuesday, January 08 2002 @ 03:19 AM GMT


Arafat Promoted

By Hichem Karoui

Let?s begin by the worse and assume as true that the 50 tons of missiles, mortars and mines stocked aboard the Karine A, were destined to the Palestinians in the supposedly-P.A?s controlled territories!

Why not after all? Those people are day and night under the Israeli fire since Sharon climbed upon his compatriot?s chronic paranoia to power.

Who among them would ever forget how under his supervision about two thousand civilians had been butchered in Sabra and Shatila refugees? camps? If there was a justice in this world, people like Sharon should be serving a life sentence in jail, not glorified and honored as heads of government.

But if some Israelis were enough cynical and self-hating to elevate a warmonger and a criminal to the rank of Prime Minister, why should the Palestinians not have the right to defend themselves? Would they be more acceptable to the International community if they allow Sharon?s soldiers to destroy them without raising a hand to defend their children, their women, their parents and their houses? Should they behave like sheep and allow the over-armed Israel to crush them in order to satisfy the hypocrites who are talking about peace and stuffing Israel with all kinds of weapons, since about half a century? Why should the Palestinians feel guilty for wanting to protect themselves from the madness of that butcher disguised in Prime Minister, whereas nobody in the hypocrite "international community" finds it abnormal that the Israelis are still occupying the territories they had recognized them as belonging to the P.A.? What has the "international community" done to show that the Peace Process, with its numerous accords, still means a lot in this region? Why was it so difficult to send neutral observers and monitors of the cease-fire? And now would they blame the Palestinians for that shipment of weaponry and take Sharon?s word for biblical sayings?

What have the Israelis brought as evidence against the P.A?s involvement with that affair?

Nothing, but mere pretensions easily discredited. Israeli Chief of General Staff, Shaul Mofaz said: " we have information all these weapons we see behind us were to be brought to the Gaza coast and from there to Judea, Samaria, and the Gaza strip"! Is it with such hollow phrases that he intends to persuade the world? The answer is yes. And his boss, Sharon, thought it wiser to remind the reporters and the diplomats, during the same "show" that " Arafat chooses to buy long-range Katyusha rockets instead of investing in children?s education"! And nobody reminded Sharon that it is his army who took the responsibility of "educating" the Palestinian children in the streets, as schools have been closed if they escaped Israeli bombs and missiles!

Henceforth, please take notice of Arafat?s promotion: he is no longer merely "irrelevant", but has progressed in Sharon?s eyes to become Israel?s "most bitter enemy"! Now, he is straightforward linked to "the center of world terror", which is not Israel - loin s?en faut! - but Iran, who has just denied any knowledge of the shipment or the ship!