Laman Webantu   KM2: 6577 File Size: 6.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 551: Rompakan Senjata Al-Maunah - Hanya Satu Sandiwara Sahaja
By Spirit Of Truth

9/1/2002 9:59 pm Wed

SOT 8/1/2002

Rompakan Senjata Al-Maunah - Hanya Satu Sandiwara Sahaja

(Al-Maunah Sauk Arms heist - Nothing but an Ochestration)

Sandiwara politik Mahathir yang melibatkan al-Maunah adalah satu mainan jahat untuk mencetuskan masalah antara PAS dengan kaum bukan-Islam, dan kini skrip itu sudah terbukti sebagai satu rencana jahat regim Mahathir untuk menindas pembangkang.

Keputusan mahkamah membabitkan dan menghukum semua kumpulan ahli yang disebut militan kerana derhaka akan menjadi satu kisah benar yang boleh dipercayai kerana sebelum itu, Mahathir telah merencana satu drama besar yang menyebabkan teraibnya Anwar di satu penghakiman yang penuh penipuan. Sandiwara Sauk adalah satu lagi ulangtayang usaha Mahathir melibatkan institusi mahkamah yang telah dinodainya untuk mengikut telunjuknya memperlekehkan kewibawaan PAS dan kebangkitan Islam.

Antara lain, beberapa unsur di bawah ini menunjukkan tanpa sebarang kesangsian betapa keseluruhan episod Al-Maunah itu telah sengaja direncana penuh penipuan untuk mencetuskan syak wasangka antara golongan beragama Islam dan bukan-Islam.



  1. Bagaimanakah mungkin seorang Hindu dan Kristian dibunuh oleh orang beragama Islam?
  2. Kenapakah episod ini muncul ketika PAS menonjol ke depan dalam perjuangan politiknya?
  3. Mr.Sahadevan yang terbunuh itu dipanggil bertugas ketika sedang bercuti, kenapakah tidak ada pegawai polis yang lain untuk mengambil tempatnyha?
  4. Kenapakah Kementerian Pertahanan terpaksa melakonkan semula kerja-kerja memuatkan senjata yang dicuri selepas berlakunya 'kecurian'?
  5. Bagaimanakah begitu mudah untuk menceroboh masuk gudang simpanan senjata?
  6. Kenapakah pegawai yang membenarkan militan Al-Maunah memasuki stor ataupun gudang senjata itu tidak pernah dihadapkan ke mahkamah tentera?
  7. Kenapakah tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?
  8. Kenapakah kisah perbicaraan Al-Maunah diberikan liputan media yang berlebihan?
  9. Kenapakah Menteri Pertahanan enggan membenarkan sessi soal-jawab dengan PAS mengenai kisah memuatkan senjata rompakan itu?


Semua persoalan ini masih tidak diberikan jawapan yang memuaskan rakyat, dan ini membuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa keseluruhan episod Al-Maunah adalah sengaja diada-adakan, dengan segala tipu muslihat, untuk memperbodohkan rakyat dan mencetuskan kesangsian antara orang Islam dan bukan Islam untuk menyerang PAS.

Kalau Mahathir betul-betul mahu membuktikan episod ini benar, tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan dapatkan kepakaran untuk mencari kebenarannya. Selagi perkara ini tidak dilaksanakan, episod ini akan diingati sebagai satu kelentongan bedebah Mahathir dan banyak nyawa akan melayang semata-mata untuk memuaskan satu drama seorang bedebah politk seperti Mahathir.

-Spirit Of Truth-
(Semangat Kebenaran)

Catatan Penterjemah: Saya teringat emel peribadi marhaintua mengenai hal ini di mana dia menyebut dua perkara:

(a) kalau kisah Al Maunah bukan satu drama, dan menyangkuti penderhakaan terhadap negara tentu sudah ditubuhkan mahkamah tentera (Court martial) untuk menghukum semua pegawai tentera yang terlibat kerana cuai ;

(b) semua yang dituduh derhaka harus dihukum bunuh dan dijalankan hukuman itu dengan secepat mungkin. Mahathir harus bertindak dalam dua perkara ini, jika tidak dia terpaksa meminta maaf kepada Majlis Raja-raja dulu kerana kelentongan yang dibuatnya pada hari pertama majlis raja-raja bersidang di Ipoh. Pada hari itu, dia membentangkan satu usul agar raja-raja meluluskan agar perkataan Islam tidak boleh digunakan oleh parti politik.

Terjemahan: SPAR
9/1/2001




Asal:

http://marhaen.internations.net/mar_sot_en051.html

Al-Maunah Sauk Arms Heist - Nothing but an Orchestration

By: Spirit of Truth

The Mahathir orchestrated Al Maunah political orchestration (sandiwara) to create enmity between PAS and the non Muslims, is now proven as a plot schemed by the Mahathir regime to attack the opposition. The courts verdict incriminating and sentencing the so called Al Maunah militants for treason, can and will never be a truth confirming act, this is because Mahathir had earlier orchestrated the Anwar faked trial, and the Sauk sandiwara is another attempt where the court was prostituted to follow Mahathir prescribed intentions to undermine PAS and the revival of Islam. Among others the following points prove beyond doubt the whole Al Maunah episode was treacherously faked to create enmity between the Muslims and non Muslims:


  1. How can a Christian and a Hindu be killed my Muslims?
  2. Why this episode happened when PAS came into greater political prominence?
  3. Why Mr. Sahadevan who was killed had to be called up from leave, are there no other police personnel?
  4. Why the filling up of "stolen guns" had to be re-orchestrated by the Minister of Defence?
  5. How come it was so easy to break into an arms store?
  6. Why those who allowed the so called Al Maunah militants to go into the store not court marshaled?
  7. Why was there no Royal Commission of enquiry to find the culprit?
  8. Why there was over publicity in the media for the trial?
  9. Why the Minister of Defense did not allow question and answers session with PAS on the re-orchestration of filling up of guns ?


All these issues are still not answered to the satisfaction of the people, and this itself proves beyond doubt that the whole Al-Maunah episode is concocted, framed, faked and designed to dupe the people and create enmity between the Muslims and non-Muslims and to attack PAS.

If Mahathir wants to prove that this episode was genuine, have a royal commission of enquiry and face a panel of experts to arrive at the truth. If this is not done Al-Maunah Sauk episode will be remembered as a fake created by Mahathir and many innocent lives were simply destroyed to play a drama for a political bigot like Mahathir.

-Spirit of Truth-
08.01.02