Laman Webantu   KM2: 6566 File Size: 12.0 Kb *

| KM2 Index |


MGG: Apakah kontraktor Bumi sahaja yang gagal menyudahkan kerja?
By M.G.G. Pillai

6/1/2002 5:00 pm Sun

Apakah kontraktor Bumi sahaja yang gagal menyudahkan kerja?

(Does only Bumi contractors not complete projects on time?)

Oleh: M.G.G. Pillai

Perdana Menteri Mahathir Mohamed, memang yakin bahawa kontraktor Bumiputra Malaysia terlalu manja sehingga tidak mampu menyudahkan projek mereka. Seperti kisah bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, bukannya menjadi dasar rasmi kerajaan untuk membetulkan kesilapannya, dan seperti nasib mantan timbalan perdana menteri, adalah dasar kerajaan untuk mengaibkan mereka. Demikianlah, apabila undang-undang itu sengaja diliukkan untuk menyogok projek kepada bumiputra - tidak kiralah siapa mereka asalkan Melayu, perkara lain ditolak tepi sahaja - lagipun kerajaan tidak berminat menentukan projek bikinan mereka itu siap dilaksanakan, kerana sudah menjadi amalan projek itu disabkan kepada kontraktor Cina yang pilihan, yang akan mengalihkan pula kerja sab itu kepada orang mereka yang lain. Kerja sab-mengesab bertukar ganti sehinggalah di peringkat orang yang betul-betul menjalankan kontrak itu.

Inilah dia satu versi baru daripada budaya lama yang begitu icemuh satu ketika dulu ketika ia bergelar sistem Ali-Baba. Sistem itu melibatkan si Ali, Melayu yang mempunyai lesen membuat kerja kontrak, dan Baba si Cina yang melakukan kerja sebenarnya. Hasil Dasar Ekonomi Baru, ia memberikan orang melayu satu perasaan kepunyaan yang pada sama waktunya ia mencetuskan satu suasana di mana sistem itu menyebabkan orang Melayu kehilangan daya saing mereka. Tidak ada sesiapa yang berani menyanggah ketika itu kerana takutkan dicap sebagai penderhaka kepada perundangan negara.

Kerana itu, seseorang mesti mempersoalkan kenapa pula secara tiba-tiba kaum bumiputra diserang kerana kegagalan mereka. Sedangkan inilah dia sistem yang sempit dan tidak mampu mempertahankan muslihat politiknya untuk terus meraih sokongan orang Melayu. Inilah juga yang mencetuskan satu kejutan pada 1987 apabila UMNO diistiharkan tidak sah. Satu UMNO baru muncul daripada debu dan abu, hingga mencetuskan ramai penentangnya yang dipimpin oleh seorang insan yang terus kekal sebagai penentang Mahathir yang tidak bersuara. Penentangan itu semakin mengeras pada 1998 apabila Dato Seri Anwar Ibahim disingkir dan dipenjarakan secara beragenda sebagai satu amaran terhadap sesiapa sahaja yang berani mencabar beliau, baik masakini mahupun di masadepan. Rencana itu kecundang kerana memakan tuannya. Golongan muda Melayu semakin membenci UMNO, seperti dulu kala. Kerana itu rencana mencemuh orang Melayu yang mengharapkan belas kasihan adalah satu cara UMNO mempersiapkan diri untuk menyerlahkan amaran kenapa orang Melayu mesti diberitahu.

Peniaga melayu yang angkuh dan tergolong sebagai warga teknokrat, adalah mereka yang memang taksub kepada UMNO kerana mereka adalah hasil ciptaan UMNO. Orang yang angkuh itu tidak merasa keperitan hidup dan menganggap behawa seluruh dunia terhutang budi kepadanya. Demikian juga dengan segala syarikat yang di bawah pengurusannya. Itulah yang terjadi kepada Halim Saad yang bergelar Tan Sri dan berjaya menimbun hutang bertapuk menggunung tinggi bersama kumpulan UEM nya sekali. Begitu juga dengan Tajuddin Ramli yang bergelar Tan Sri serta kumpulan TRI yang dikawalnya. Mereka mungkin menjadi pegawai akauntan Melayu yang dilupakan hari ini, kalaulah UMNO tidak menjadikan mereka peniaga yang haprak seperti kini. Inilah kisah yang gagal dikesan oleh Perdana Menteri sehinggalah baru-baru ini. Anak-anak lelaki beliau pun tergolong dalam kumpulan yang kecundang ini yang merupakan usahawan bumiputra yang kerap menonggok di luar pejabatnya dengan penuh kesabaran mengharapkan belas kasihan untuk mengemis kontrak membolehkan mereka terus bergaya sakan.

Inilah bencana daripada satu dasar politik yang jauh menyimpang daripada matlamat yang dirancang oleh Mahathir, dan dia bertangungjawab sepenuhnya kepada setiap kecundangan itu. Kini, dia ghairah menarik peniaga Cina yang dibercayainya mampu menghasilkan keraja lebih kemas dan cekap. Namun, apa yang dianggap sebagai satu projek kejuruteraan paling mega, pemibikinan ampangan Bakun yang bernilai RM13 bilion, telah difaraidkan kepada satu syarikat hartanah, Ekran Berhad yang dikuasai oleh seorang kroni penyangaknya. Ting Pek Khing, nama penyangak itu yang bergelar Tan Sri dan yang mempunah-ran hkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya. Dia dan Ekran dibiarkan bebas tanpa banyak derita dan dihadiahkan pula sebanyak RM800 juta kerana kegagalannya. Kini si penyangak ini disedekahkan pula projek kejuruteraan Teluk Sepangar yang bernilai beratus juta lagi. Kenapa?

Vincent Tan yang juga bergelar Tan Sri adalah seorang lagi penyangak bertaraf kroni, gagal segagalnya melaksanakan projek penswastaan kumbahan. Dia juga kecundang dengan projek Linear City dan monorel yang sepatutnya siap sebelum Sukan Komanwel 1998. Pegangan saham beliau dalam setiap projek itu adalah sekitar RM 1.5 hingga RM 2 billion. Kini dia dijangka menerima satu lagi projek penswastaan yang bernilai sekitar RM2 billion. Begitu juga degnan kumpulan YTL, yang mengilai menuju bank dengan projek janakuasa persendirian. Beliau dimaafkan kerana gagal menyiapkan projek mengikut tempoh masa kerana ada persetujuan menukarnya dengan tanah berharga di Bukit Bintang, dan beliau dijangka akan menerima lebih banyak projek lagi. Inilah syarikat yang gagal menyudahkan kerja pembikinan sambungan landasan rel letrik daripada KL Sentral ke KLIA mengikut jadual kontraknya.

Kerajaan sengaja mengembar-gemburkan kepincangan dan kegagalan kementerian Pendidikan untuk menyerang kontraktor Bumiputra. Salah satu projek itu ialah projek sekolah bistari. Isteri kepada seorang timbalan presiden UMO dan menteri kabinet telah diberikan kontrak itu. Seperti yang dijangka projek itu gagal. Tidak ada sebarang tindakan dilaksanakan terhadap orang yang terbabit ataupun isterinya. Kenapa? Yang dipersalahkan secara besar-besaran ialah pemborong bangunan bumiputra. Kemudian diwar-warkan bahawa di masadepan semua sekolah akan dibuat secara 'prefabricated' (pasang-siap).

Sebenaranya tidak ada kaitan antara projek yang gagal itu dengan kaedah pasang siap. Tetapi, kita disogokkan dengan andaian adanya pertalian antara dua perkara itu. Ilmu logik bukannya merupakan aset kukuh dalam dasar pemerintahan negara ini. Lagipun ini adalah caranya Darubboleh memberikan isyarat bagaimana peniaga Cina akan merembat segala peluang perniagaan untuk memperkayakan masyarakat mereka. Perkara ini diperakukan lagi apabila Mahathir muncul untuk meraikan Majlis Menyambut Tahun Baru yang ditaja oleh YTL di Ritz Carlton (yang dimilikki oleh YTL).

Sememangnya. YTL merupakan hanya sebuah syarikat yang mempunyai kuasa untuk segala barang binaan untuk projek pasang-siap membina sekolah-sekolah. Apakah sudah dilaksana segala kajian penilaiannya? Tidak...Tetapi, ini adalah satu perkara penting, mengikut pendirian kerajaan, bahwasanya pemborong bumiputra mesti diaibkan. Dalam satu komentarinya, Berita Harian telah mencetuskan isu ini dengan menyerang pemborong bumiputra kerana mengecewakan kepercayaan kerajaan. Lagipun, apabila semua warga kontraktor Bumiputra dapat diaibkan secara terbuka kerana segala kegagalan dan kerugian yang melanda mereka, adalah memudahkan segala kerja untuk melutut kepada syarikat Cina dan memfaraidkan segala projek itu kepada mereka.

Kini muncul satu persoalan baru: apakah ini caranya memberi ingatan kepada masyarakat Cina bahawa kejayaan Barisan Nasional pada pemilu yang akan datang berada di tangan mereka? Orang Melayu sudah tidak boleh dipercayai lagi, lagipun mereka terlalu gemar menunjuk perasaan di jalanan, menganggotai PAS dan kumpulan yang disebut pengganas Islam. Sudah menjadi satu kemestian bagi UMNO untuk menyediakan satu suasana di mana setiap penentangan daripada orang Melayu adalah dianggap penentangan kumpulan agama yang fanatik ataupun pengganas yang mesti ditindas dengan kejam.

Tetapi, apabila keadaan yang sama mengena orang luar seperti Nur Misuari walaupun mengikut istilah terkini Washington, beliau adalah seorang pengganas, Kerajaan Malaysia memberikan layanan mesra kepadanya tanpa mengaib dan menyiksanya, kerana beliau pernah merupakan calon pilihan kerajaan Malaysia. Begitulah yang terjadi dalam penangkapan terbaru polis Malaysia menggunakan ISA terhadap beberapa manusia yang didakwa penyokong pengganas yang ada hubungan dengan seorang pejuang Moroko yang sedang diadili di Amerika Syarikat. Fikirkanlah sandiwara ini sambil saya mengundurkan diri untuk sementara.

M.G.G. Pillai

pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR




Independent UK
5/1/2002

Malaysia menangkap mereka sekutu Moussaoul

(Malaysia arrests alleged allies of '20th hijacker' Moussaoul)

Oleh: Andrew Buncombe

Tiga belas lelaki yang didakwa mempunyai hubungan dengan Zacarias Moussaoui, orang yang dituduh sebagai perampas ke-20 dalam serangan 11 September, telah pun ditangkap di Malaysia. Mereka ditangkap kerana kegiatan yang tidak disebut secara khusus, tetapi didakwa oleh polis merupakan satu 'ancaman kepada keselamatan negara.'

Ketua Polis Negara, Norian Mai, berkata pegawai beliau sedang menyiasat apakah hubungannya antara orang-orang itu dengan Mr. Moussaoui, yang pernah melawat Malaysia dua kali pada tahun 2000. 'Kami akan siasat apakah wujud satu pertalian antara Mr. Moussaoui dan sebarang individu yang ditangkap itu,' kata beliau.

Mr. Moussaoui, ialah seorang warga Peranchis yang berdarah Morokko, telah dihadapkan ke mahkamah Amerika minggu ini dan dikenakan tuduhan terlibat dengan peristiwa 11 September. Pihak pendakwa berkata dia sepatutnya telibat dengan serangan di New York dan Washington tetapi telah terhalang kerana dia ditangkap sebelum kejadian setelah mencetuskan kesangsian.

Norian Mai berkata 13 yang disyakki itu adalah anggota satu kumpulan yang dinamakan oleh Kumpulan Militan Malaysia (KMM), yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pertubuhan al-QAEDA yang diketuai oleh Osama bin Laden. 'Mereka ditangkap kerana dipercayai menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan negara, termasuk mengadakan mesyuarat secara berahsia untuk (apa yang disebut) Daulah Islamiah', kata beliau.

Sebelum itu polis telah menyebut bagaimana KMM mempunyai hubungan dengan kumpulan yang sama perjuangannya di Indonesia dan Filipina yang bertujuan menubuhkan negara Islam. 'Ada rencana menubuhkan Daulah Islamiah melibatkan negara ini, Indonesia dan Selatan Filipina, di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam, mengikut persepsi mereka,' kata Norian.

Beliau menyebut betapa beberapa dokumen yang mengandungi jadual latihan dan kajian mengenai pergerakan militan sejagat seperti yang diamalkan di Filipina Selatan, Chechnya, Afghanistan dan Ambon di Indonesia telah ditemui dalam serbuan itu.

Setakat ini polis sudah pun menangkap 25 orang anggota yang disebutnya sebagai ahli kumpulan KMM, sejak Ogos. Mereka ditahan di bawah ISA, yang membenarkan penahanan selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6564 Ref: http://news.independent.co.uk/world/asia_china/story.jsp?story=112870