Laman Webantu   KM2: 6528 File Size: 5.8 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Para Peguam Kini Boleh Mengiklan Perkhidmatan Mereka
By M.G.G. Pillai

27/12/2001 12:46 am Thu

Para Peguam Kini Boleh Mengiklan Perkhidmatan Mereka

(Lawyers can now hawk their services)

Oleh: M.G.G. Pillai

Garis pemisah yang sungguh nipis antara perjawatan dan perkhidmatannya sudah lama ghaib satu ketika dulu apabila sekolah mula mengejar keuntungan besar. Ketika itulah munculnya kerjaya yang melambangkan perkhidmatan awam, sukar untuk menjadi anggotanya tetapi masih boleh diusahakan. Bidang itu tidak mempunyai banyak peraturannya dan membolehkan sesiapa memasukinya, cuma ia menjadi mahal untuk keluar daripadanya. Sekarang, perkara begitu sudah tidak seperti dulu. Sekitar satu juta ringgit diperlukan dan sedikit lebih lagi untuk mendapatkan satu ijazah professional, dan hampir sama banyaknya untuk memasuki bidang profession itu. Jika para professional boleh mengiklan perkhidmatannya, kenapa pula hak itu dinafikan kepada para peguam? Di Malaysia budaya berlagak adalah satu kemestian dalam bidang undang-undang seperti juga dalam bidang pertukangan, walaupun bidang pertukangan kini sedang diruntun hutang bertapuk yang berbilion banyaknya membina satu jembatan daripada satu tempat yang tidak menentu ke satu tempat yang tidak ada orang yang tahu. Para peguam di Malaysia kini adalah merupakan orang perniagaan, dan bertegas mereka adalah laksana orang berniaga, mesti mengiklan perkhidmatan mereka. Majlis Peguam sengaja melecehkan hal ini bertahun lamanya bukan utnuk menyelesaikan isu ini, seperti yang dijangka dalam Darulboleh, apakah relevan isu itu, tetapi lebih untuk mengelirukan sesama sendiri.

Dengan demikian, segelintir firma guaman yang mempunyai puluhan, kalau bukan ratusan peguam yang berkepak di sarang mereka, telah bertindak mengiklan perkhidmatan mereka di laman web sendirian dan sekialigus memperlekehkan perdebatan yang usang itu. Majlis Peguam berfikiran, tidak guna meributkan keadaan, walaupun ada segelintir peguam akan diberi ingatan agar patuh kepada peraturan piagam, selalunya apabila keghairan memasang iklan itu menjadi semakin galak. Banyak firma ini memang angkuh dan perpengaruh dan ada yang mempunyai kekebalan melanggar piagam mengikut selera mereka. Saya tidak perlu menamakan firma yang seperti ini. Hinggalah menjadi satu perkara biasa apabila 'Legal Profession (Publicity) Rules 2001' melonggarkan peraturan yang begitu ketat itu yang pada asalnya mereka hanya diterima untuk menjadi peguam dan peguam cara. Dalam paparan muka depannya pada 11 Disember, 2001,The New Straits Times telah memberikan gambaran beberapa peguam yang dibelenggu peraturan memasang iklan itu kini boleh bernafas lega. Mereka boleh memasang iklan di luar negara, dan meminta diberi peluang yang sama, apa sajakah maknanya, boleh bersaing untuk menjalankan tugasan korporat di rantau ini yang memang mahal bayarannya, dan menonjolkan Malaysia di peta dunia.

Saya tidak percaya pengiklanan seperti itu akan banyak gunanya. Ia hanya akan menyauk seorang asing yang tidak berwaspada, tetapi ini bersamaan dengan memujuk rayu untuk mendapatkan peluang perniagaan. Kebanyakan orang yang memerlukan firma seperti itu adalah syarikat besar, bukannya orang persendirian dan tentu mereka telah menerima pandangan penasihat undang-undang mereka siapa yang harus disauk. Keputusan seperti itu tidak akan dilakukan oleh seorang rakan niaga dengan cara melayari laman web ataupun melalui iklan yang terpapar di New York Times, The Guardian, ataupun The New Straits Times. Tetapi gelagat begini yang mengembangkan hidung keegoan syarikat tersebut. Lagi besar syarikat itu, lagi tebal tahi minyak keegoannya. Iklan hanya merupakan pelicin dalam proses itu. Terdapat beberapa syarikat guaman di negara ini yang memang merupakan satu tenaga perundangan antarabangsa kerana kepakaran mereka mengenai Malaysia dan telahpun mencapai martabat unggulan tanpa memasang iklan kerana mematuhi amalan piagam lama. Ada yang sudah dibiarkan begitu sahaja, itupun disebabkan rakan perkongsian memikirkan mereka lebih selesa bergantung kepada nama baik firma itu sejak dulu-dulu.

Tetapi, begitulah keadaannya, orang masih percaya bahawa peguam tidak boleh mencanang perkhidmatannya, (saya boleh menyebut beberapa nama peguam yang sengaja memasang iklan merata tempat); mereka tidak memasang iklan (tetapi saya kerap melihat mereka menunjuk kad perniagaan di majlis koktel); mereka dikatakan cekap dan menjalankan tugas dengan cermat; (tetapi saya kenal segelintir yang haprak bertugas dalam firma yang terbaik). Saya telah berurusan dengan peguam yang baik dan kurang baik, ada yang boleh saya percaya dengan nyawa sendiri dan ada yang memang tidak saya senangi untuk berurusan. Tidak ada bezanya dengan profesion yang lain.

Selalunya melalui hebahan mulut ke mulut, yang membolehkan kita memilih seoang peguam yang kita senangi. Itulah juga caranya nama mereka didengari oleh peguam berwibawa di luar negara. Tetapi, syarikat guaman kini mengiklan perkhidmatan mereka secara menyeluruh di luar negara. Ini memerlukan kita peka dengan amalan guaman di seberang laut. Ia tidak seharusnya dicanang sebagai bertujuan untuk berdaya-saing secara berkesan dengan peguam asing. Kalau anda berkesan, sudah tentu ada kesannya. Apakah anda seorang peguam yang berkesan sedangkan tidak ada kesannya? Tetapi banyak firma guaman korporat ghairah dengan mainan baru mereka ini. Apa yang kerajaan lakukan ialah memberikan kemudahan mereka bermain-main. Kerajaanpun bukannya suka bermain lebih daripada itu.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR 12.12.01
Asal: KM2 6506