Laman Webantu   KM2: 6526 File Size: 3.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 544: WPost: Walker Pernah Berjumpa Osama Laden?
By Reuters

27/12/2001 12:41 am Thu

www.washingtonpost.com

Walker Pernah Berjumpa Osama Laden?

(Walker Reported To Have Met With Bin Laden)

Reuters (24/12/01).

John Walker, warga California yang pernah berjuang menganggotai Taliban di Afghanistan, pernah pada satu ketika bertemu Osama bin Laden, demikian yang dilaporkan oleh 'Newsweek' kelmarin.

Dalam pertemuan mereka, 'Walker menjadi terpesona dengan ketokohan idolanya.' Sambil menyebut beberapa sumber yang memang diketahui ada kaitan dengan maklumat, Walker telah memberitahu FBI selepas beliau ditangkap pada 2 Disember, betapa beliau telah diberikan kepercayaan oleh kumpulan al Qaeda untuk terus berada di Khemah Farouk di pergunungan berhampiran Kandahar.

Newsweek telah melaporkan betapa Khemah itu adalah salah satu khemah latihan yang pernah digunakan oleh salah seorang perampas pesawat pada 11 September dulu, dan di situlah Osama Laden merancang serangan ke atas New York dan Washington.

Beberapa bulan sebelum serangan itu, Newsweek melaporkan betapa al Qaeda memberikan Walker (20 tahun) peluang membuat pilihan: Dia boleh menjalani satu latihan yang intensif ataupun berjuang seperti seorang ahli al Qaeda menentang Pakatan Utara.

Walker dikatakan telah memberitahu pihak berkuasa AS betapa dia membuat pilihan untuk berjuang, sambil mengelak apa yang disebut oleh pegawai Jabatan Penghakiman Amerika, sebagai 'latihan syuhada', kata majalah itu.

Walker telah ditangkap setelah mengalami kecederaan di penjara ketika banduan Taliban memberontak di bandar Mazar-e-Sharif. Agen perisik Cia, 'Mike' Spann telah terbunuh dalam kebangkitan itu. Walker sedang ditahan di atas kapal perang di Teluk Parsi dan berkemungkinan didakwa dengan hukuman mati.

Jabatan Kehakiman disebut oleh beberapa sumber berkemungkinan membuat cadangan agar Walker didakwa kerana melanggar peraturan menyokong pengganas, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan tidak dituduh kerana menderhaka. Namun, perkara ini belum ditetapkan lagi oleh Rumah Putih, seperti yang disebutnya minggu lalu.

Mengikut Newsweek, seorang pegawai telah ditanya apakah Walker menunjukkan tanda dia menyesal, jawapannya ialah: 'Tidak'.

Terjemahan: SPAR

[Catatan Penterjemah: Kita terjemahkan artikel ini untuk mengingatkan orang Melayu betapa proses propaganda untuk membabitkan Osama Laden dengan serangan 11 September, masih berterusan. Sedangkan pada tahap awal Walker ditangkap ada satu kenyataan beliau betapa tugasnya bersama pejuang Taliban ialah bagi kerja-kerja 'kemanusiaan' sahaja. Malahan, Walker telah menyebut bahawa Amerika berdosa besar mengganyang Afghanistan yang tidak ada kena mengena dengan peristiwa 11 September itu. Esok lusa kita mungkin membaca berita bagaiman Walker dilatih untuk membunuh Bush!!!!! ]