Laman Webantu   KM2: 6525 File Size: 5.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 543: LATimes: Rancangan Yahudi Bunuh A/Kongres dan Musnahkan Masjid
By Linda Deutsch

27/12/2001 12:26 am Thu

Rancangan Yahudi Bunuh Ahli Kongres dan Musnahkan Masjid.....

(Jews' Plan To Kill US Congressman, Blowup Mosque...)

oleh: Linda Deutsch, AP Writer. LATimes.com 12/12/01

Pengerusi Jewish Defense League dan seorang penyokongnya telah ditangkap setelah muncul pendakwaan betapa mereka merancang untuk mengebom sebuah masjid di Culver City dan pejabat Rep.. Darrel Issa, R-Calif. Demikian kata penguatkuasa persekutuan.

Irv Rubin, 56, dan seorang ahli kumpulan tentera, Earl Krugel, 59 keduanya daripada Los Angeles, telah ditangkap lewat Selasa setelah komponen terakhir untuk pembikinan bom - serbuk letup - dihantar ke rumah Krugel, kata Hakim Negara S.Gordo .

Beberapa perisian bom dan senjata telah dirampas ketika dilakukan penggeledahan di rumah Krugel. Rubin dan Krugel dijangka dihadapkan ke mahkamah lewat hari ini.

Mereka telah dituduh kerana bersekongkolan untuk menghancurkan sebuah bangunan dengan cara mengebomnya, dan ini akan membawa hukuman penjara lima tahun, dan kerana memilikki alat peledak yang ada kaitan dengan keganasan mereka boleh dijatuhkan hukuman mandatori 30 tahun.

Satu sumber kerajaan menyebut perihal beberapa pertemuan mengatur rancangan mengebom Masjid King Fahd di Culver City dan pejabat Issa telah dibincangkan, kata Gordon.

Sasaran asal mereka ialah 'The Muslim Public Affairs Council' di Los Angeles. Tetapi sumber itu memberitahu pihak yang berkuasa wujudnya satu lagi pertemuan pada hujung minggu lalu di mana mereka enukar sasaran itu.

'Sebelum penangkapan kelmarin, sumber itu telah menghantar belerang peledak (serbuk letup), yang merupakan perisian terakhir yang diperlukan untuk membikin bom, ke rumah Krugel.'

Mengikut Krugel, pasangan ini telah disebut sebagai berkata pada pertemuan mereka bahawa bangsa Arab 'memerlukan satu peringatan.'

Tajuddin Shuaib, seorang pengarah masjid King Fahd. telah berkata dia terkejut dengan rencana itu, yang dibuat di bulan Ramadan, bulan yang paling suci dalam kalendar Islam. Sebelum itu tidak ada sebarang ugutan yang diterima oleh masjid itu.

'Saya tidak faham kenapa orang tergamak lakukan perkara seperti ini. Kami tidak pernah bermusuh dengan Yahudi. Kami tidak bermusuh dengan sesiapa. Kami adalah semacam gereja, sinagog dan kuil,' kata Shuaib.

Issa, cucu kepada seorang pendatang daripada Lubnan, menganggotai 'House Committee on International Relations' (Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa) dan menyokong perundingan damai Israel-Palestin. Pada bulan lalu, dia telah berjumpa dengan presiden Lubnan kisah Hezbollah, yang dianggap di Amerika Syarikat sebagai satu pertubuhan penganas. Issa mewakili Northern San Diego County telah meminta kumpulan itu meninggalkan kegiatan keganasan.

Panggilan telefon kepada Issa di pejabatnya di San Clemente telah disalurkan kepada Washington. Seorang jurucakap tidak pun membalas panggilan itu.

Agensi penguatkuasa perundangan telah menyelongkar kediaman Krugel Selasa lalu. Beberapa jam kemudiannya, pintu skrin di rumah berbatu-bata berwarna merah itu telah dipecah orang dan sebahagian pagar rumah telah dirobohkan. Satu 'menora' kaki lilin Yahudi (satu candelabra yang mempunyai tujuh tempat memasang lilin - penterjemah) yang digunakan untuk upacara Hanukkah, jelas kelihatan melalui jendela dan terdapat juga satu helai kain bendera Amerika tertegak di atas kotak peti-surat.

'Irv Rubin tidak ada sangkut paut dengan bom,' kata peguam Rubin, Peter Morris. 'Nampaknya kalau dikirakan masanya.... tindakan kerajaan itu adalah sebahagian tindakan melampau yang ada kaitan dengan peristiwa Sept. 11.'

Matthew Mc Laughlin seorang jurucakap FBI di Los Angeles, berkata: 'Segala pesiapan mungkin sudah sedia untuk melakukan kerja ini semua.' Kami tidak menangkap orang berasaskan anggapan sahaja. Kami tangkap mereka berdasarkan tindakan fisikal yang mereka lakukan.

Isteri Rubin, Shelley telah memberitahu melalui telefon bahawa suaminya dan Krugel tidak bersalah. 'Mereka adalah orang yang baik-baik dan patuh kepada undang-undang,' katanya.

Maher Hathout, seorang penasihat kanan kepada cawangan Los Angeles kepada MPAC itu. Berkata dia mendengar mereka mempunyai satu target yang tentatif. Dia berkata penangkapan itu adalah satu isyarat yang mengalakkan masyarakat Islam.

'Kita mudah mempunyai sikap bahawa mereka (kerajaan persekutuan) mahu menangkap kita,' katanya. 'Tetapi nampaknya mereka memang menangkap sesiapa yang melanggar undang-undang.'

Pertubuhan JDl membantah apa yang mereka anggap sebagai ancaman kepada masyarakat Yahudi, samada daripada Arab, Kristian Evangelis ataupun yahudi yang pro-kedamaian.

Pada asalnya pertubuhan itu ditubuhkan oleh Meir Kahane untuk mempertahankan tindakan anti-Semetik di New York, tetapi ia menjadi terkenal apabila ahli pertubuhan itu terlibat dengan pengeboman, kebanyakkannya ditujukan kepada sasaran Russia sebagai membalas dendam cara Russia mendera penduduk Yahudi.

Apabila Kahane keluar daripada JDL, berlaku perlumbaan mahukan kuasa apabila Rubin cuba menawannya.

Kahane telah dibunuh pada 1990 di New York. El Sayyid Nosair, 36, seorang warga Mesir telah ditangkap dan didakwa terlibat dengan tembakan itu.

Rubin berjaya mengatasi konfronasi itu, sambil mencabar orang berkulit putih yang berlagak untuk bertumbuk dengannya. Beliau peranh membakar bendera confederatea di luar mahkamah Reno, dan telah didakwa pada 1980 kerana mengsyorkan pembunuhan Nazis di Amerika Syarikat (tetapi dia dibebaskan). Mengikut perkiraannya, dia telah ditangkap lebih 40 kali.

Tamat.

Terjemahan: SPAR