Laman Webantu   KM2: 6524 File Size: 10.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 542: LRC: Bush Tidak Boleh Berdalih Dengan Kegilaan Sharon
By Michele Steinberg

27/12/2001 12:16 am Thu

Bush Tidak Boleh Berdalih Dengan Kegilaan Sharon

(Bush Cannot Make Excuses For Sharon's Suicidal War)

oleh: Michele Steinberg - Executive Intelligence Review

http://www.larouchepub.com

Lyndon H. LaRouche, Jr. bakal calon presiden parti Demokrat untuk 2004, telah memberi amaran bahawa Pentadbiran Bush seharusnya tidak berdalih di atas gelagat Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang berbuat kerja gila-gila menyerang Palestin pada Disember 2-8. 'Sharon dan IDF (Israel Defence Force - Pasukan Pertahanan Israel) memang taksub mahu membunuh Arafat dan menghancurkan Palestinian Authority. Kami tidak akan membiarkan perkara ini,' kata La Rouche.

Pad 7 Disember, LaRouche menambah lagi denan berkata bahawa kerajaan Israel yang ada dan sokongan terhadap mereka di luar negara boleh dianggap sebagai kerajaan gila. Satu ketika dulu Perdana Menteri Yitzhak Rabin (mendiang) telah memberi amaran bahawa seandainya tidak dilakukan perubahan dalam dasar Israel, negara itu akan hancur. Teapi, dasar negara itu tetap sama dan merupakan penyebab yang mencetuskan pembunuhan Rabin.

LaRouche bertegas bahawa sebuah kerajaan yang meneruskan dasar gila-babi tidak boleh dianggap tidak sewel. Seandainya Israel meneruskan dasar yang ada, satu hari nanti ia akan mencetuskan kemusnahan Israel, dan hina sebagai sebuah negara yang dipimpin secara regim Hitler.

LaRouch mendesak Pentadbiran Bush memberitahu Sharon: Hentikan dasar ala-nazi terhadap Palestin, ataupun Amerika Syarikat akan menggunakan kekuatannya untuk menghancurkan anda; amaran yang tegas eperti itu akan menghentikan kegilaan Sharon.

Membunuh Perunding Palestin

Kira-kira jam 3.30 pagi pada 7 Disember sambil memperlekehkan rayuan Pope Johan Paul II dan pemimpin dunia yang lain, Perdana Menteri Sharon telah memacu serangannya terhadap Palestinian Authority, mengarahkan F-16 mengebom balai polis dan akademi polis PNA (Palestinian National Authority) di Tebing Gaza. Pada waktu yang sama dengan kegilaan ala-Hitler, Sharon telah menjerit mahukan polis Palestin melaksanakan tugas menangkap mereka yang mencetuskan keganasan, sedangkan dia mengbom ibupejabat dan balai polis dan juga beberapa penjara.

Serang baru itu bersamaan dengan hari ulangtahun Pearl Harbour, beberapa jam setalah kerajaan Sharon memberithau duta AS Gen. (B) Anthony Zinni betapa pegawai keselamatan Israel dijadualkan bertemu pegawai setugas dalam perkhidmatan Palestin untuk membincangkan cara menamatkan keganasan. Kelentongan ini memang biasa dilakukan oleh Sharon, seperti yang pernah dilakukannya di Lubnan ketika menjadi menteri pertahanan pada 1982. Perdana Meneri Israel itu bukan sahaja merencanakan agenda perang; dia sebenarnya mempunyai muslihat yang lama terpendam untuk membunuh Presiden PNA Presiden Yassir Arafat. Itulah yang dirancangnya selama 20 tahun.

LaRouche menekankan bahawa Pentadbiran Bush dan pemimpin lain di Amerika Syarikat mesti mempunyai keberanian untuk berkata yang benar, walaupun pilihanraya tempoh pertengahan AS bermula November depan dan sudah ada tekanan hebat daripada pelobi Zionis yang berhaluan kanan untuk menghambat mereka.

Tindakan Sharon itu, mengikut LaRoouche adalah semacam mengulang kembali keadaan Perang-Tiga Puluh-Tahun, Pentadbiran Bush seharusnya tidak memohon maaf bagi pihak Sharon dan jentera algojonya, IDF. Israel sedang mengebom penduduk tanah yan merka takluki dan merencana kempen membunuh secara bersistem dan secara merusuh. Kerja jijik ini melanggar setiap resolusi antarabangsa yang diluluskan oleh PBB terhadap Israel.

Rakyat Israel dan segala institusinya harus diberitahu, kata LaRouche, bahawa 'semua orang gila ini,' yakni Sharon dan pemimpin Parti Likud, bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu, sedang memimpin mereka dan Israel ke jalan kehancuran. LaRouche membandingkan situasi ini dengan Count Wallenstein ditengah-tengah Perang Tiga Puluh Tahun dulu (1618-48), seperti yang kisahkan oleh penyajak agung Freidrich Schiller dalam satu pementasan yang menggunakan tajuk yang sama. Wallenstein, adalah panglima perang Imeprian (Katholik) yang telah dibunuh kerana usahanya mencapai kedamaian dengan puak Protestant tanpa keizinan terlebih dulu daripada puaknya. Itulah yang memanjangkan peperangan itu selama dua dekad lagi dengan banyak kehancuran menyeluruhi sebahagian besar Eropah.

LaRouche telah merujuk kepada kepentingan perjanjian yang menamatkan perang itu. 'Dasar 'Peace of Westphalla' (Perjanjian Westphalla) seharusnya diguna-pakai sekarang,' kata LaRouche. 'Itu sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan sekarang.'

Terbongkarnya Rahsia 'Persekongkalan Sharon Dengan Hamas'

Di dalam Israel sendiri, bukti wujudnya penentangan terhadap tindakan Sharon semkin menyerlah di media masa. Malahan, ada yang mendedahkan betapa Sharon mempunyai satu pakatan rahsia dengan Hamas, dan kisah sau persidangan kabinet yang dilangsungkan sekembalinya Sharon daripada Amerika Syarikat. Semasa di sana dia telah berbincang dengan Presiden Bush, Setiausaha Negara Collin Powell dan Penasihat Keselamatan Negara, Condoleeza Rice. Dalam sessi kabinet itu ahli sekongkolan Sharon telah menghentak meja dan memberi ingatan kepada Meneri Luar, Shimon Peres bahawa mereka bercadang menumpaskan kumpulan Hamas yang mendakwa melakukan tindakan ganas kerana mahu berkuasa mengantikan Arafat. Pada ketika itu, dengan diketuai oleh Peres, wakil Parti Labour telah keluar dari persidangan itu, dan sekarang sedang mendebatkan apakah mereka perlu menjatuhkan kerajaan Sharon.

Persekongkolan jijik dengan Hamas telah didedahkan secara terperinci pada Disember 4, oleh satuartikel di Ha'retz oleh pengulas kanan Akiva Eldar. Beliau menceritakan bagaimana pada permulaan mesyuarat Kabinet itu, Menteri Silvan Shalom telah mengecam Peres kerana menganjurkan satu 'perundingan' dengan Arafat. Shalom membebek, 'Antara hamas dan Arafat, saya lebeh menyenangi Hamas,' sambil menambah bahawa Arafat ialah seorang 'pengganas bepakaian ala diplomat, sedangkan Hamas boleh diserang tanpa kasihan....tanpa ada sebarang protes di peringkat antarabangsa.' Akhbar The London Times yang milikki oleh Rupert Murdoch, salah seorang penyokong terkuat Sharon, telah membuat lapuran betapa Kabinet Sharon mahukan Hamas menggantikan Arafat.

Mereka yang biasa dengan kaedah pergerakan pasukan pembunuh Israel yang berkonsepkan 'Terror Against Terror' (Keganasan memerangi Keganasan) yang telah bergerak selama 30 tahun itu telah menolak-tepi penjelasan yang berbunyi 'serangbalas preventif' sebagai merkayang mempunyi lidah bercabang: Setiap pembunuhan secara assasin adalah tindakan yang berhati-hati untuk merangsang serangbalas Hamas ataupun pengganas lain, yang seterusnya akan& bsp; memberi kemudahan untuk tindakan para panglima pasukan IDF.

Membuli Rumah Putih

Sepatutnya tidak siapa hasrus terkejut dengan beberapa peristiwa di Timur Tengah seandainya mereka telah mengikuti amaran LaRouche bahawa rantau itu sengaja digunakan untuk memercikkan ledakan satu peperangan agama sejagat, oleh pasukan di Amerika Syarikat dan Britain yang mahu memulakan apa yang disebut sebagai 'pertembungan tamaddun'. Serangan keatasa Pusat Dagang Dunia dan Pentagon adalah bertujuan memenuhi tujuan itu, dan satu gerakan rampasan kuasa terhadap Presiden Bush. Sebelum itu pada Julai 20, LaRouche telah memberi ingatan betapa 'Guns of August' (Senjata Perang Ogos) sedang dipersiapkan, dan satu fraksi dalam kepimpinan IDF yang lebih dahsyat perangainya berbanding Sharon, berkemungkinan mahu membunuhnya, dan mentohmah Palestin atas perbuatan itu untuk memudahkan pelancaran satu peperangan di Timur Tengah.

Pada 21 Oktober, LaRouche menjelaskan bagaimana keganasan palsu digunakan secara terperinci. 'Siapakah yang untung daripada peristiwa pembunuhan Menteri Pelancungan Rehavan Ze'evi?' tanya LaRouche. 'Tidak lain dan tidak bukan bahagian tertentu dalam pucuk kepimpinan tentera Israel yang taksub membuli pentadbiran Bush agar mengizinkan, ataupun melancarakan satu serangan besar-besaran terhadap Siria dan Iraq.'

Itulah sebabnya Sharon 'membuli pentadbiran Bush' sambil menggunakan hubungan baiknya di Kongres melalui 'The Billionaires Club' yang dianggotai oleh penderma Yahudi yang menggelar diri mereka sebagai 'MEGA'.

Sharon mendakwa dia menerima isyarat 'lampu hijau' daripada Bush mendera Arafat dan Palestanian Authority, apa yang disebut sebagai 'The Taliban Treatment.' (mendera cara yang diberikan kepada Taliban). Tetapi, banyak sumber Israel yang mengatakan bahawa perkara ini adalah satu pembohongan. Pada 5 Disember, koresponden Ha'retz, Zev Schiff telah menulis, dalam pertemuan mereka itu, Bush telah menyebut beberapa syarat yang berbentuk 'garisan merah' bukannya 'isyarat lampu hijau' kepada Sharon, dengan memberi amaran kepadanya agar tidak mengapa-apakan Arafat, ataupun menggulingkan PA, yang merupakan insitutsi politik yang diik iraf oleh AS dalam perundingan damai. Sharon sedang mengenepikan amaran Bush kerana lebih yakin dengan keangkuhan politik Mega.

Untuk memperkasakan wawasan Sharon/Mega, satu resolusi oleh Henry Hyde (Republikan-Ill.) dan Tom Lantos (Demokrat-Calif), yang merupkan dua orang penyokong kuat Sharon, telah mengemukakan kepada ewan Kongres satu pengundian suara yang berakhir dengan keputusan 384-11, mendesak Bush menghancurkan Arafat atas nama 'peperangan membasmi keganasan.' Pada waktu yang sama sepuluh ahli Kongres, termasuk Senator John McCain (R- riz), Joe Lieberman (D-Conn), Jesse Helms (R-N.C) dan Trent Lott (R-Miss) telah mengutus surat kepada Bush, mendesak agar Iraq dijadikan sasaran dalam 'peperangan membasmi keganasan.'

Walaupun wujud suara majoriti yang besar, masih ada puak penentang yang telus pendiriannya, dan ini melambangkan satu amaran seperti yang disebut oleh Rep. John Dingell (D-Mich) betapa resolusi itu adalah satu dasar yang akan membabitkan Israel dan Amerika Syarikat bersekongkolan untuk tersungkur dalam perang dunia.

TAMAT

Terjemahan: SPAR