Laman Webantu   KM2: 6523 File Size: 1.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 541: Arafat Berkata Sharon Cuba Menghapuskan Beliau
By PCR

27/12/2001 12:15 am Thu

Arafat Berkata Sharon Cuba Menghapuskan Beliau

Ramallah, Palestin: Presiden Palestin, Yassir Arafat telah memberitahu akhbar Kuwait bahawa Perdana Menteri Israel Ariel Sharon memnag sudah lama mengimpikan untuk membunuhnya sejak dua dekad dulu.

Dalam wawancara yang diterbitkan pada Rabu lalu dalam Al-Rai-Al-Alam, Arafat berkata, Sharon telah mencuba menyingkirkan beliau ketika Irael menakluk Lebanon pada 1982, ketika beliau menjadi menteri pertahanan Israel.

Apabila ditanya apakah perangai Sharon terkini membahayakannya, Arafat menjawab ada beberapa pegawai Israel yang mahu beliau dibunuh, sedangkan ada pula yang mahu beliau disingkirkan daripada wilayah Palestin.

Sharon telah mengumumkan secara terbuka mahu mencederakan Arafat, tetapi berkata adalah tidak mudah merundingkan kedamaian dengan beliau.

Temubual Arafat pada Rabu itu, adalah yang pertama kali disiarkan di media Kuwait sejak negara Teluk itu memutuskan segala hubungannya dengan Palestine Authority sepuluh tahun dulu.

Tamat.

Terjemahan: SPAR