Laman Webantu   KM2: 6522 File Size: 2.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 540 PCR: Serangan Besar: Israel Ceroboh Ramallah....
By Mark James

27/12/2001 12:13 am Thu

Palestine Chronicle (13/12/01)

Serangan Besar: Israel Ceroboh Ramallah, Mengebom Nablus dan Gaza.

Oleh: Mark James

Bandar GAZA (Palestine): Serangan terbaru yang mengena askar israel dan penduduk penempatan Nablus dijadikan satu paspot untuk Israel menyerang secara besar-besaran Gaza dan Tebing barat. Penduduk Palestin di situ berkata Israel berkemungkinan melancarkan satu rancangan penaklukan jangka panjang. Walaupun Israel tidak menjelaskan rencana mereka perisitiwa yang sungguh dramatik itu menunjukkan satu pelancaran besar Israel sudah pun bermula.

Lapuran yang tiba daripada Ramallah di Tebing barta menunjukkan betapa israel sedang merancang untuk menakluk bandar itu. Yang mencemaskan askar Israel sudah pun tiba dan menduduki ibupejabat presiden Yassir Arafat dan telah menguasai stesen radio 'Voice of Palestin'.

Serangan hebat askar Israel ini dilancarkan hanya bebrapa jam selepas pejuang Palestin menyerang sebuah bas yang membawa penduduk Israel berdekatan penempatan Yahudi yang dibina secara haram di atas tanah orang Palestin yang mereka rampas. Serangan itu mengorbankan 10 orang dan mencederakan 30.

Kerana takutkan serang balas Israel, Arafat telah mengutuk serangan orang beliau dan mengarahkan agar ditutup semua institusi yang ada kaitan dengan hamas dan islamic Jihad. Amerika Syarikat berpendapat tindakan Arafat itu adalah positif tetapi tidak mencukupi.

Sumber Israel berkata bahawa Arafat kini dihalang daripada keluar dari bandar Ramallah, dan tentera Israel sedang melancarkan operasi merka di bandar itu, tetapi mereka tidak sebutkan apa jenis operasi mereka itu.

Keretakebal Israel berada hanya 150 kaki jauhnya daripada ibuupejabat Arafat.

Pencerobohan itu dimulakan denan serangan bertalu-talu oleh helkopter Apachee daripada Angkatan 17.

Tujuh orang Palestin dikatakan mendapat luka ketika diserang dan seorang wanita telah terbunuh.

Bandar Palestin yang lain di Tebing Barat tidak pula dibom dengan hebatnya, termasuklah Nablus.

Keadaan di Gaza semakin teruk; F-16 kepunyaan Israel telah mengebom kawasan Gaza untuk beberapa jam dan memusnahkan bangunan serta rumah kediaman. Semua ini adalah ekoran tindakan Israel menamatkan perhubungan dan komunikasi dengan Arafat sambil berkata dia sendiri beranggungjawab terhadap kematian rakyat Israel.

Sorang pegawai Palestin, Yasser Abed Rabbo, telah meminta Amerika Syarikat untjuk campurtangan menghentikan keganasan israel, dengan berkata Israel telah membunuh lebih 13 rakyat Palestin sejak 48 jam yang lalu, tanpa sebarang bantahan daripada Amerika Syarikat.