Laman Webantu   KM2: 6519 File Size: 1.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 537: Scotsman: Israel putuskan hubungan dengan Arafat
By John Innes

27/12/2001 12:08 am Thu

http://www.thescotsman.co.uk/...

Israel putuskan hubungan dengan Arafat

(Israel cuts off relations with Arafat)

Ketegangan di Timur Tengah semakin membengkak malam kelmarin apabila Israel memutuskan hubungan dengan Presden Yassir Arafat dan bersedia untuk melancarkan operasi tentera di Tebing Barat dan Gaza.

Satu sumber kabinet Israel berkata bahawa tindakan itu adalah kesan nyata daripada keganasan yang tercetus kelmarin di mana pasukan bersenjata Palestin telah membunuh 10 orang Yahudi dalam satu serangan keatas sebuah bas di penempatan Yahudi. Serangan ini adalah ekoran serangan relamati Palestin.

Sumber itu berkata bahawa kabinet telah membuat keputusan mengizinkan beberapa operasi ketenteraan di beberapa pekan di Tebing Barat dan Gaza "untuk melancarkan serangan dan merampas senjata."

Israel telah bertindak pantas terhadap serangan kelmarin, dengan melancarkan serangan bom oleh F-16 keatas bebrapa pusat kawalan Palestin dan kemudiannya melancarkan serangan peluru berpandu ke satu kawasan bedekatan ibupejabat Arafat, walaupoun dia berada di Ramallah dalam Tebing Barat.

Sebaliknya Arafat telah mengisytiharkan penutupan pejabat Hamas dan Islamic Jihad sebagai menyahut desakan AS untuk bertindak dengan tegas.

John Innes.
Khamis 12/12/01.