Laman Webantu   KM2: 6517 File Size: 1.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 535: CNN: Pertempuran Berdarah di Parlimen India
By CNN

25/12/2001 11:23 pm Tue

http://asia.cnn.com

Pertempuran Berdarah di Parlimen India

New Delhi: (CNN) - Satu pertempuran bersenjata telah meledak di parlimen Idia di New Delhi selepas lima penceroboh yang bersenjata menyerbu masuk bangunan itu pada tengah hari Khamis.

Dua orang penceroboh bersenjata telah dibunuh, demikian lapuran pejabat perdana menteri yang di petik oleh CNN, sedangkan dua orang lagi dapat ditangkap.

Seorang lagi penceroboh dikatakan masih berleluasa.

Sekurang-kurangya tiga ratus askar India telah tiba diluar pintu masuk parlimen di mana dua ledakan dan tembakan senapang otomatik kedengaran.

Parliment sudah pun ditanggungkan ketika serangan dilancarkan dan sekitar 100 ahli dewan itu masih berada disitu.

Perdana Menteri India,Atal Behari Vajpayee dikatakan selamat bersama ahli kabinet beliau. Vajapayee berada dalam bangunan itu ketika serangan dilakukan.

Seorang MP telah memberitahu parlimen bahawa sebarang serangan terhadap parlimen adalah "satu serangan terhadap kedaulatan negara ini."

Kebanyakan bunyi ledakan didengar di luar pintu nombor 12 dewan itu. Beberapa orang saksi memberitahu telah melihat ramai orang yang terkena tembakan dan TV tempatan telah menyiarkan rakaman bagaimana mereka yang cedera dibawa keluar oleh ambulans

Doktor di bilik kecemasan Ram Manohar Lohia Hospital di New Delhi berkata 20 pegawai keselamatan telah dibawa masuk dan enam orang sudah pun mati sementara 14 menanggung kecederaan berat.

Polis telah mengepung sekitar dua batu radius di keliling parlimen, sambil memberi laluan hanya kepada kenderaaan polis dan kecemasan sahaja.

Tamat

Terjemahan: SPAR