Laman Webantu   KM2: 6516 File Size: 10.5 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 534: M@rhaen: Tersungkurnya UMNO - Kesan Politik Rasis Mahathir
By Spirit of Truth

25/12/2001 8:55 pm Tue

Tersungkurnya UMNO - Kesan Politik Rasis Mahathir

(Decline and Fall of UMNO - Mahathir Racists Politics)

Oleh: Spirit of Truth

UMNO sudahpun dihenyak satu hayunan malapetaka yang mencetuskan bencana yang sungguh dahsyat Inilah kesan besar mainan politik Mahathir yang menhenyak mereka yang dicengkam kebengisan seorang pemimpin yang zalim. Mainan itu adalah satu pukulan taufan yang mengiringi gempa bumi yang membuatkan sebuah parti Melayu yang begitu unggul satu ketika dulu boleh tersungkur disebabkan dosa besar pemimpin utama parti itu terhadap Anwar Ibrahim - seorang wirawan yang paling unggul dalam sejarah Malaysia moden. Bencana yang menimpa telah berlaku secara bertahap tanpa hentinya sehinggakan terserlah kehancurannya, dengan penuh keaiban, dan memecah-belahkan sehingga lumpuh sebuah parti politik yang satu ketika dulu merupakan perisai martabat bangsa Melayu. Hari ini, parti politik yang khusus ini telah dimusnahkan oleh Mahathir, secara melakukan dosa besar 'khazak' dengan menggunakan saksi palsu; membuatkan ahli dan penyokong parti beramai-ramai, sehinggakan berjuta jumlahnya, meninggalkan parti itu.

Mahathir Musnahkan UMNO

Hari ini sebagai sebuah parti politik, UMNO sudah nazak. Ini tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana tanpa menyalahgunakan kuasa polis dan jentera kerajaan UMNO memang betul-betul sudah mati. Untuk terus mengekalkan cengkaman kuasa pemimpin UMNO telah memperlekehkan setiap nilai ajaran Islam, dan menyalah-gunakan setiap cebisan kuasa eksekutif yang ada padanya untuk:


  1. Melaksanakan penipuan ketika pilihanraya dengan menggunakan budaya takut-menakut.
  2. Menipu dan mengancam rakyat dengan propaganda yang penuh kepalsuan
  3. Menzalimi pihak pembangkang dengan menyalah-gunakan badan kehakiman negara
  4. Menangkap pihak pembangkang dengan menggunakan undang-undang zalim seperti ISA
  5. Memperkayakan masyarakat korporat UMNO dan para kroni politik UMNO melalui korupsi.


Dengan cara putarbelit dan persekngkolan, Mahathir telah berjaya mencengkam kuasa walaupun kebanyakan rakyat Malaysia membenci beliau kerana dosa dan jenayah penzalimannya. Tanpa banyak berusaha, beliau menggunakan puluhan BILION ringgit merencana agar rakyat terus mempercayainya. Kegagalannya itu adalah laksana menabur garam di luka UMNO yang terbuka. UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang liar, bergelumang dengan korupsi di pihak atasannya (elit), yang terus menular ke seluruh anggota parti itu disebabkan segala dosa yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang zalim.

UMNO semakin menghilang

Sebagai sebuah parti yang korup, dibenci dan tidak disenangi oleh rakyat, falsafah kesinambungan bangsa Melayu yang berfahaman ultra, dan sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang angkuh, UMNO sudah tidak berbisa lagi dan memang tidak relevan lagi. Kini ia dilihat sebagai sebuah parti milik golongan kaya untuk menindas golongan miskin melalui kuasa dan wang ringgit. UMNO sudah kehilangan nilai pejuangan politik yang tulen dan hakiki, yang mempunyai agenda memenuhi harapan rakyat, dan berjuang dalam dunia politik berlandaskan ajaran Quran. Dengan munculnya parti politik yang baru, terutama sekali KEADILAN, yang bersalutkan imej multi-etnik yang manarik, membuatkan UMNO semakin pantas mengejar lorong sejarah. UMNO sudah kehilangan semangat untuk mencorakkan satu wawasan yang meyakinkan betapa masa depan negara dapat ditunjangnya ke arah keadilan dan keinsanan. Rakyat mahukan idea baru yang datang daripada pemimpin baru yang bersih dan sudah muak dengan kerenah Mahathir yang memutarkan politik laksana mainan untuk menjamin keselamatannya sehinggakan UMNO menjadi satu saluran politik yang rasis yang sudah tidak mampu menarik minat Melayu yang serbatahu. UMNO memang sedang nazak, dipacu oleh segala dosa Mahathir. Sudah tidak ada harapan lagi dan masa depannya sudah tidak perlu dicongak lagi. UMNO akan pupus laksana Golkar di Indonesia, Kuomintang di Taiwan, Kongres di India, LDP di Jepun - semua ini merupakan parti politik yang tidak boleh dicabar, tetapi kini menjadi bahan antik sejarah politik. UMNO sudah lama berada di jalan yang sama untuk menjadi bahan sejarah juga. Kerana ia sudah terlalu lama bergelumang dengan rasuah sehingga tidak berupaya melepaskan belenggu itu yang berkarat dengan segala bentuk rasuah dan dosanya.

Melayu Hanya Punya Satu Pilihan

UMNO sudah menjadi terlampau kotor untuk dibersihkan. 'Anwar Saga' adalah buktinya. Usaha ANWAR untuk membasmi korupsi dalam UMNO, berakhir dengan dia yang terhumban. UMNO memang tidak boleh diselamatkan. Hanya ada satu jalan sahaja, iaitu untuk menghumbankan UMNO, seperti menghumban virus yang menyiksa badan. Semua usaha Mahathir untuk menarik balik pengikut UMNO adalah kerja membazir. Perhatikan apa yang telah dilakukan oleh menteri besar Selangor. Dalam satu tempoh yang singkat dia telah mengamalkan korupsi, jadi di manakah harapan kerana yang masih ada pada UMNO hanya pembohongan dan salah guna kuasa. Parti politik semacam ini akan menjadi satu ancaman kepada masa depan orang Melayu kerana ia akan mengheret orang Melayu semula ke kancah feudalism dan kesengsaraan.

Anwar telah membuka KEADILAN untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia. Marilah kita bina budaya baru untuk berpolitik, menggantikan UMNO yang membangkai. Melayu dalam KEADILAN akan dihormati oleh semua kaum dan semua rakyat Malaysia akan menikmati saham yang sama dalam kekayaan negara. Sampai masanya kita mengucapkan selamat tinggal kepada Mahathir dan kembarnya UMNO, yang merupakan momok kembar dalam masyarakat Malaysia.

Spirit of Truth.

Terjemahan: SPAR
16.12.01




Asal:

http://e-umno.tripod.com/mar_sot_en044.html

Decline and Fall of UMNO - Mahathir Racists Politics

By: Spirit of Truth

Devastating indeed has been the havoc wrought in the fortunes of UMNO - Mahathir politics, and pitiable the lot reserved for its remnant now groaning under the yoke of a tyranny led by the ever cruel Mahathir. Cataclysmic indeed has been the collapse of the most preeminent Malay party, a collapse that was triggered by the sin of its leader against Anwar Ibrahim - the foremost hero warrior of modern Malaysia. Steady and relentless is the process which has brought such destruction, shame, division and weakness to the one time defenders of the Malay race. Today this very party has been brought to ruin by Mahathir, who having committed the worst Islamic crime of khazak, that is bearing false witness, and out of shame, the members and supporters deserted the party in the millions. UMNO is so weak that it is entirely surviving on police and government power.

Mahathir killed UMNO when he laid aside Islam for his political survival

Today UMNO is politically dead, this is irrefutable, for without its abuse of the police and the government instruments UMNO is virtually dead. To perpetuate its hold on power its leader has forsaken every Islamic value, and has abused every bit of executive power to :


  1. Rob votes during election through fear and intimidation
  2. Deceive and threaten the people with false propaganda
  3. Persecute the opponents by abusing the judiciary Arrests opponents using the draconian ISA
  4. Enrich the UMNO political corporate and political cronies through corruption


By scheming and plotting , Mahathir has managed to hold on power even though most Malaysians hate him for his sins and cruel crimes. Despite unrelentless effort , using tens of billions of ringgit, to make people believe his lies, he has failed, adding salt to the UMNO wound which he himself inflicted. UMNO is seen as a spoilt party, infested with elite corruption , its body politic poisoned by sins of its erstwhile tyrant leader.

UMNO is fast receeding into oblivion

As a corrupt party, disliked and hated by the people, its ultra Malay racist survival philosophy, and a party led by arrogant leaders, UMNO has lost its sting, its novelty, and its relevancy. It is seen as a party for the rich to control the poor through power and money. It has no intrinsic goodness, a meaningful agenda for the people, and a honest political culture based on the verses of the Koran. As new more meaningful parties emerge, particularly KeADILan, with its attractive and relevant multiethnic image, UMNO seems to fast move into history, it has no more spirit to create a sense of destiny, futuristic vision and a heroism in a genuine struggle for true justice for humanity. People want new ideas, true and honest leaders and not Mahathir who over plays politics for his personal survival and protection, UMNO has only an outmoded racism for Malays which is not going to attract any well informed Malay. UMNO is on its way to natural death, catalysed by Mahathirian sins.It has no hope and no future, it will be like parties such as Golkar of Indonesia, Kuomintang of Taiwan, Congress of India, LDP of Japan all of which at one time unchallengeable but now historical relics. UMNO is following suit, because it is seeped in corruption unable to emancipate itself from the web of corruption and sins.

Malays have only one option, destroy UMNO and create a new organisation

UMNO is too filthy to be cleaned, the Anwar saga is the proof, Anwar's attempts to "decorrupt" UMNO , only ended up him in his persecution. UMNO is beyond salvation, the only way out is to get rid of UMNO, just like getting rid of the virus that has infested the body. All attempts by Mahathir to move the people back to UMNO will be futile, look what the new MB of Selangor has done in his short tenure , practise corruption, so where is the hope, there is nothing in UMNO but corruption, lies and power abuse. Such a party will be the greatest threat to Malay survival, it will take the Malays back to feudalism and misery.

Anwar has opened up KeADILan for Malays and all Malaysians, so let us build this new political culture, to replace the rotten UMNO, the Malays in KeADILan will be well respected by all races and all Malaysians will have a fair share in the nations wealth. It is time to say goodbye to UMNO and Mahathir, the twin evils of the Malaysian society.

Spirit of Truth
12.12.01