Laman Webantu   KM2: 6514 File Size: 3.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 532: TGraph: Peranan Utama Britain Menyerang Somalia
By TelegraphUK

25/12/2001 8:49 pm Tue

Telegraph.co.uk

Peranan Utama Britain Menyerang Somalia

(Britain has vital role in Somalia ofensive)

Amerika sedang merancang menyerang pelarian al-Qaeda di Somalia dan berharap agar Britain dapat mendesak kerajaan Kenya membenarkan untuk menempatkan pasukan khasnya di pangkalan udara di sana. Demikian sumber Amerika memberitahu malam kelmarin.

Kajian menyeluruh di Somalia, di mana pejuang al-Qaeda telah berjaya menyorok dan menjalani latihan ketenteraan sejak lama dulu, telah meyakinkan Pentagon bahawa kempen ketenteraan yang menyeluruh seperti yang dipraktikkan di Afghanistan, tidak diperlukan untuk menghancurkan rangkaian pimpinan Osama bin Laden.

Kerajaan Presiden Daniel Arab Moi gusar bahawa serangan luarbiasa akan menakutkan para pelarian yang sedang berkumpul di sempadan Somalia untuk menceroboh masuk kawasan utara Kenya yang memang sudah tidak terkawal lagi.

Dalam satu lawatan yang tidak digembar-gemburkan oleh menteri pertahanan Britain, Geoff Hoon, meyakinkan Mr. Hoon bahawa serangan Amerika itu akan terhad kepada pengemblengan pasukan khas sahaja, dan tidak dengan menggunakan pengeboman yang menyeluruh.

Sumber di Amerika ada menyebut bahawa hubungan lama Britian dengan Kenya dan keahlian dalam Komanwel adalah penting untuk persiapan fasa yang akan datang dalam apa yang disebut peperangan membasmi keganasan.

'Salah satu peranan utama Britain ialah menggunakan hubungan diplomatik yang rapat itu di bahagian dunia yang pernah menjadi sebahagian tanah jajahannya,' kata seorang ahli kanan di pejabat Gen. Tommy Frank, ketua perang utama Amerika.

Dia berkata pengaruh semacam ini adalah penting untuk mendapatkan keizinan mengguna ruang angkasa mereka atau mengizinkan kemasukian tentera Amerika dan tentera negara asing.

Tetapi keizinan tidak diperlukan untuk melepasi angkasa raya Somalia kerana ia mempunyai satu persisiran pantai yang panjang dan Amerika mempunyai banyak kapal induk yang mengangkut pesawat juang.

Besar kemungkinannya Kenya diperlukan untuk menempatkan anggota komando yang akan melakukan serangan darat, untuk menghambat anggota pejuang al-Qaeda.

Amerika difikirkan tidak berapa gemar mendapatkan kerjasama Ethiopia kerana takutkan usahanya akan mencetuskan huru-hara di rantau itu.

Sasaran yang berkemungkinan dilakukan oleh pasukan komando itu ialah kawasan berdekatan Lautan Hindi, antara sempadan Kenya dana ibu negara Somalia.

Askar Amerika dan agen CIA memang sudah lama berada di Somalia melakukan kerja-kerja pengintipan dan berpendapat bahawa al Qaeda yang hadir di situ adalah kecil dan tidak mempunyai kelengkapan yang canggih.

Ada kemungkinan yang besar bahawa penyokong Osama bin Laden ataupun Osama sendiri akan lari ke Somalia, kerana ia merupakan salah sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang berkesan.

Ada pendapat mengatakan Britain tidak akan terbabit dalam kempen tersebut kerana sumber ketenteraan yang sudah terlalu melebar, kecuali Britian menolak mengetuai satu pasukan pengaman di Afghanistan.

Kofi Annan, setiausaha agung PBB, telah meminta Amerika tidak melancarkan kempen yang dihasratkannya kepada negara lain seperti Somalia. Dia berkata mereka yang bertanggungjawab dengan serangan September 11 sudah pasti berada di Afghanistan.

Terjemahan: SPAR
16.12.01