Laman Webantu   KM2: 6513 File Size: 4.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 531: Apakah George W. Bush Memang Sudah Tahu?
By Michael Chossudovsky

25/12/2001 8:48 pm Tue

CRG, 8 Disember, 2001

Apakah George W. Bush Memang Sudah Tahu?

(Did George W. Bush Know?)

Oleh: Michael Chossudovsky

Presiden Mesir Husni Mubarak telah berkata bahawa dia telah memberitahu Amerika Syarikat kemungkinan akan diserang 12 (dua belas) hari lebih awal sebelum meledaknya serangan ngeri 11 September.

Pentadbiran Bush tahu kemungkinan serangan itu. Dua belas hari sebelum serangan 11 September, Presiden Hosni Mubarak, telahpun memberi ingatan kepada AS.

Berikut ialah teks dari Associated Press Report 'Deafening Silence of the US Media' (Media AS menjadi tuli dan bisu). Kisah itu tidakpun dihiraukan oleh pihak akhbar. 'The Atlanta Journal and Constitution' (8 Disember) ada menyebut dua baris ayat mengenainya.

Seandainya kerajaan AS tahu dan gagal untuk bertindak, ini menimbulkan perkara yang serius. Ia juga menjejaskan fahaman kita mengenai peristiwa itu.

Apakah itu disebabkan kecuaian ataupun satu bentuk 'bersubahat' di pihak pegawai AS? Apakah ada unsur tutup mulut? Seandainya ini merupakan kecuaian, siapakah yang bertanggungjawab?

Apakah George Bush tahu? Beliau dan Mubaraak dikatakan berkawan baik. George Bush kerap menelefon Mubarak. Pada 6 Disember Mubarak menerima pangilan telefon Bush. Pendedahan Mubarak mengenai peristiwa 9-11 telah diterbitkan oleh sebuah akhbar Lubnan bertarikh 7 Disember.

Kenapakah Pentadbiran Bush gagal mengambil tindakan berjaga-jaga? Kini kita mendesak agar diadakan satu siasatan.

Pemimpin Mesir Berkata Dia Telah Beritahu Amerika AP 7/12/2001.


LUBNAN (AP) - Presiden Mesir, Hosni Mubarak berkata dia telah memberi amaran kepda Amerika Syarikat bahawa 'sesuatu akan terjadi' 12 hari sebelum serangan negeri 11 September ke atas NewYork dan Pentagon.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan Jumaat lalu oleh satu akhbar Lubnan yang berhaluan kiri, As-Safir, Mubarak juga berkata adalah satu kesilapan besar seandainya tentera Israel diarahkan membunuh Yassir Arafat, pemimpin Palestin.

Mubarak tidakpun mendedahkan bagaimana dia tahu pada akhir Ogos kemungkinan terjadinya serangan itu ke atas Amerika Syarikat. Dia berkata bagaimana dia terkejut melihatkan kesan serangan 11 September, setelah perampas pesawat berjaya merampas empat buah pesawat komersil dan menghunjam dua buah pesawat itu ke Pusat Dagangan Dunia di New York dan satu lagi mengena Pentagon. Pesawat yang ketiga telah terjatuh dan meletup di Pennsylvania mungkin kerana berlaku pergelutan dalam kokpit.

'Kami menjangkakan sesuatu akan berlaku dan memberitahu Amerika. Kami telah menyampaikan amaran itu,' kata Mubarak. Dia tidak pula menyatakan apa reaksi daripada amarannya.

'Tetapi tidak ada sesiapa menjangkakan peristiwa itu boleh jadi begitu dahsyat. Kami tidak tahu mereka akan memilih sasaran itu atau yang lain, dan kami sungguh terkejut apabila melihatkan pesawat yang berisi penumpang menghunjam menara berkembar,' kata Mubarak.

Washington berkata bahawa beberapa minggu sebelum 11 September, CIA ada mengeluarkan amaran betapa Osama Laden sedang merancang untuk memulakan serangan ganas terhadap orang Amerika. Amaran itu adalah berasaskan risikan baru tetapi tidak mempunyai maklumat khusus apa jenis serangannya, tarikhnya ataupun lokasinya.

Mubarak juga mengulas mengenai konflik Israel-Palistin. Serangan terbaru Israel telah mengena sasaran yang hampir 1000 ela daripada pejabat Arafat.

Mubarak berkata seandainya Israel membunuh Arafat, ia akan menyebabkan satu kelompongan dalam pucuk kepimpinan Palestin yang tidak dapat digantikan dan diisi oleh salah seorang antara 'enam hingga lapan calon' yang ada.

'Kepimpinan yang akan muncul akan mencari populariti secara bersaing untuk merancang operasi ganas, sama ada dalam negeri ataupun di luar, terahadap Israel, hingga menggugat seluruh wilayah itu menjadi kancah perbalahan. Mereka (Israel) seharusnya faham perkara ini dan sedar betapa berbahayanya perkara ini,' kata Mubarak.

'Apa akan jadi selepas Arafat' Siapa pula yang akan ditohmah oleh Israel sebagai dalang (perbuatan keganasan) - para pemimpin Hamas ataupun PFLP (Front Kebebasan Popular Palestin)?' tanya Mubarak lagi.

Hamas sudah mengaku bertanggungjawab dengan dua serangan relamati yang membunuh 25 orang dan mencederakan ramai warga Jerusalem dan Haifa pada hujung minggu lalu. PFLP pula mendakwa bertanggungjawab dengan pembunuhan menteri pelancongan Israel pada Oktober lalu.

Terjemahan: SPAR
12.12.01