Laman Webantu   KM2: 6512 File Size: 13.7 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 530: PCR: Penjajahan Tanah Arab Punca Keganasan di Palestin
By Michael Jansen

25/12/2001 8:48 pm Tue

The Palestine Chronicle

Penjajahan Tanah Arab Punca Keganasan di Palestin

(Ignoring Occupation, The Root Cause Of Terrorism)

Oleh: Michael Jansen

Tindakan Hamas menyerang balas pada minggu yang lalu, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Serangan balas itu mengorbankan sekitar dua dozen warga yahudi memang tidak dapat dielakkan ekoran peristiwa 23 November, apabila angkatan udara Isarel telah membunuh ketua sayap ketenteraan Hamas di Tebing Barat, Mahmoud Abu Hannoud. Hamas mengenepikan ikrar tidak menggunakan bom selama tiga bulan dan melaksanakan kerja tindak balas itu.

Tindakan balas Israelpun adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Ariel Sharon telah menolak tawaran Palestin agar diadakan gencatan sejata selama empat hari untuk membolehkan mereka menangkap puak yang bertanggungjawab dengan serangan tersebut. Isarel mengumumkan betapa ia sedang menangani satu peperangan menentang 'entiti yang menyokong penganas.'

Putaran serangan dan serangan balas dapat dihentikan seandainya Washington telah menegah Sharon berbuat demikian ketika dia bertemu Bush pada hari Ahad sebelum itu. Sebaliknya Bush berkata bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri, dan menuduh Presiden Arafat kerana keganasan itu sambil meminta beliau 'menentang keganasan'. Saranan Bush telah disokong oleh Setiausaha Negara Collin Powell. Tetapi ketika Arafat melancarkan penangkapan para penentang Islamiah, Sharon telah menggerakkan helikopter perang buatan AS dan jet pejuang F-16 buatan Amerika untuk melancarkan serangan ketenteraaan terhadap sasarannya.

Pada hari Selasa, Sharon pergi ke sebuah pangkalan tentera Israel di pinggir Ramallah untuk mengambil-alih tugas mengawas operasi itu, ketika pesawat pejuang itu terbang rendah dan melepaskan serangan terhadap sebuah bangunan di sebelah pejabat pentadbiran Arafat. Rakaman TV menunjukkan 'General' Sharon tersenyum lebar melihatkan ulangan kempen lama beliau agar 'Arafat terus menyorok dalam kubu pertahannya.' Senyuman yang melingkar antara kedutan muka di wajah Sharon itu membuktikan dia belum lupa lagi ataupun mempelajari sesuatu sejak dia menjahanamkan Lubnan dan menyembelih 18,500 manusia pada 1982. Sharon masih merupakan askar bangsat yang mengidamkan 'Greater Israel', dan inilah musibatnya yang mengarahkan tentera Isreal mengepung khemah pelarian Sabra-Shatilla ketika sekutunya tentera Falange dan militia Hadad menyembelih ataupun menghapuskan 2,800 nyawa.

Keadaan masakini bertambah dahsyat lagi. Pada 1982, Arafat menjadi Pengerusi PLO (Palestine Liberation Organisation). Ketika itu PLO 'belum diiktiraf sebagai wakil tunggal rakyat Palestin,' malahan oleh dunia Arab sekalipun. Arafat berada di Lubnan dan bukannya di Palestin. Walaupun Arafat kerap menyatakan impiannya agar tercapai satu negara bebas yang dapat wujud bersebelahan Israel dalam bumi Palestin, dia tidak pula berbincang dengan kerajaan Israel bagaimana dia berura-ura mencapai impiannya itu. Hanya pada 1982, apabila Israel menakluk Lubnan barulah Arafat bertemu dengan ahli politik yang pertama daripada Israel, Uri Avnery, seorang veteran yang mengusahakan perdamaian.

Hari ini Arafat ialah Presiden yang dipilih dalam Palestinian National Authority (PNA). Beliau diikhtiraf sebagai Presiden negara Palestin lengkap dengan permaidani merah yang dibentang untuk menyambut ketibaannya di ibu negara seluruh dunia. Dia tinggal di tanah Palestin yang kini ditadbirnya sendiri di Gaza dan Tebing Barat. Inilah wilayah yang dikosongkan oleh Israel mengikut perjanjian Oslo pada 1993, yang dirundingnya dengan kerajaan Israel yang sebelum ini. Kerana itu dia telah menerima anugerah 'Nobel Peace Price'.

Arafat sudahpun menemui berdozen pemimpin politik Israel, termasuk Sharon (yang enggan bersalaman dengan Arafat kerana keangkuhannya). Sama ada mereka mengkagumi Arafat ataupun sebaliknya, rakyat Palestin menganggap beliau sebagai 'Mr. Palestin', bapa negara mereka yang telah dijanjikan.

Pada 1982, Sharon menjadi menteri pertahanan Israel, salah seorang antara tiga menteri kanan dalam kabinet Perdana Menteri Menachem Begin. Begin memang amat curiga terhadap Sharon.

Kesangsian Begin itu ada benarnya. Sharon telah mengemukakan satu rencana untuk mendapatkan keizinan kabinet Israel dengan cara berdalih, kerana dia sebenarnya merencana untuk berperang. Permohonan awal ialah untuk melaksanakan operasi terhad, tetapi apabila dimulakan dia terus menyerang dan menakluk Lubnan. Ekoran pembunuhan beramai-ramai di Sabra-Shatilla, Sharon telah dipecat daripada jawatannya, setelah rakyat Israel dan parti berhaluan kiri seperti 'Labour Party' dan 'Peace Now' melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran untuk mendesak dia disingkirkan.

Kini Sharon merupakan perdana menteri Israel. Sejak 1982 sehinggalah kenaikannya di tangga politik teratas negara, Sharon telah menentang sebarang bentuk perjanjian damai dengan Palestin.

Dia telah bersuara lantang mahu menukar balik proses perdamaian Oslo. Dia mengetuai satu kerajaan campuran yang mempunyai sokongan 75 orang daripada 120 anggota Knesset, termasuk sekutunya 'Labour Party'. Sebahagian besar ahli kabinet Sharon adalah berhaluan kanan, dan ada yang memang ahli pelampau puak kanan. Sejak meledaknya intifada 14 bulan yang lalu, para pengundi Israel sudah semakin condong ke kanan. Labour Party sudah menjadi berclaru kerana ketiadaan seorang pemimpin yang berkesan. Pemimpin utama Labour Party, Simon Peres dan Binyamin Ben-Elizer sengaja berpaut kepada kementerian luar dan pertahanan dalam kabinet Sharon, walaupun Sharon memang pakar dalam dua jurusan politik tersebut.

Pada 1982, Menteri Pertahanan Sharon, telah diberikan 'lampu hijau' oleh Amerika untuk menakluk Lubnan oleh Setiausaha Negara Amerika, Alexander Haig, yang kemudiannya dipecat oleh Presiden Ronald Reagan kerana arahannya itu. Hari ini Sharon sekali lagi diberikan lampu hijau oleh presiden Amerika George Bush. Ketika Haig memberikan laluan itu dia dianggap oleh analis Rumah Putih sebagai pemimpin yang tergolong sebagai 'helang' (hawk), tetapi ketika Bush memberikan laluan kali ini, Setiausaha Negaranya Collin Powell yang dianggap sebagai 'tekukur/merpati' (dove) itu telah turut menyetujuinya. Bush dan Powell tidak pernah memikirkan betapa Arafat sedang berperang untuk terus bernafas, mengekalkan ketahanan PNA dan menyegarkan impian lama untuk menubuhkan sebuah negara yang bebas merdeka.

Pentadbiran Bush mempunyai sifat lebih cenderung berhaluan kanan berbanding pentadbiran Reagan. Sayap konservatif dalam Parti Republikan yang menyokong kuat Bush mempunyai pertalian mesra dengan Parti Likud dan beberapa kumpulan berhaluan kanan di Israel yang sudah lama, sejak 1982, berjaya menyusup masuk mempengaruhi sistem politik Amerika Syarikat.

Serangan ngeri 11 September di New York dan Pentagon, telah mempengaruhi Bush lebih melentuk ke haluan kanan dan sekaligus terperangkap dalam pelukan Sharon. Bush telah terpengaruh dengan pendirian Israel bahawa Arafat adalah bertanggungjawab kerana tercetusnya 'keganasan' di wilayah Palestin dan Israel. Penyebab utama 'keganasan' itu yang merupakan tindakan Israel menceroboh dan menduduki secara haram tanah Palestin, terus diperlekehkan.

Terjemahan: SPAR
12.12.01




Asal:


http://palestinechronicle.com/article.php? story=20011207181552277#comments


The Palestine Chrtonicle Friday, December 07 2001

Ignoring Occupation, The Root Cause Of Terrorism

By Michael Jansen

Last weekend's bombing blitz by the Islamic resistance movement Hamas was inevitable. The retaliatory strikes which killed more than two dozen Israelis became inevitable when, on Nov. 23, the Israeli air force assassinated the head of Hamas military wing in the West Bank, Mahmoud Abu Hannoud. Hamas renounced a three month suspension of bombings and took revenge.

Israel's harsh response was also inevitable. Israeli Premier Ariel Sharon rejected the urgent Palestinian call for four days of respite from bombing to permit the arrest of those responsible for the attacks. Israel proclaimed that it was engaged in a war against the "a terrorist-supporting entity".

The cycle of attack and counter-attack might have been broken if Washington had put the brakes on Sharon who met with President George Bush on Sunday. Instead, Bush said Israel had the right to defend itself, put the blame for the carnage on Palestinian President Yasser Arafat and called on him "to fight terror". Secretary of State Colin Powell backed up Bush. But as Arafat was arresting Islamist militants, Sharon used his US-manufactured helicopter gunships and US-made F-16 fighter bombers to launch a sustained military attack against targets.

On Tuesday Sharon went to an Israeli military base on the edge of Ramallah to take charge of operations. As Israeli military aircraft swooped low over the city and struck a building next to Arafat's own office, television footage showed a gleeful "General" Sharon back in his headquarters commanding his evergreen campaign against "Arafat in his bunker". The smiles that wreathed the sagging folds of Sharon's face showed that he had forgotten nothing and learnt nothing since he laid waste to Lebanon and slaughtered 18,500 people in 1982. Sharon is still the hardline military man striving for "Greater Israel", the man who ordered the Israeli army to ring the perimeter of the Sabra-Shatilla camps while his allies from the Falange and Haddad militia slaughtered or made disappear 2,800 people.

But the situation today is much worse. In 1982, Arafat was the chairman of the Palestine Liberation Organisation (PLO). At that time, the PLO was not recognised as the "sole representative of the Palestinian people," not even by the Arabs. Arafat was in Lebanon, not Palestine. Although Arafat had repeatedly described his "dream" for a peaceful independent state alongside Israel in geographic Palestine, he had not held talks with the Israeli government on how to realise this dream. Indeed, during Israel's 1982 invasion of Lebanon, Arafat met his first Israeli politician, Uri Avnery, the veteran peace campaigner.

Today Arafat is the elected president of the Palestinian National Authority. He is recognised as the president of the Palestinian-state-to-be and the red carpet is rolled out whenever he visits a world capital. He lives in Palestinian self-rule enclaves in Gaza and the West Bank which were evacuated by Israel under the 1993 Oslo accord negotiated with previous Israeli governments. For this he received the Nobel Peace Prize.

Arafat has met dozens of Israeli political figures, including Sharon (who, thanks to enduring antagonism, refused to shake his hand). Whether or not they like or admire Arafat, Palestinians consider him "Mr. Palestine", the father of the state they have been promised.

In 1982, Sharon was Israel's defence minister, one of the three senior ministers in the government of Prime Minister Menachem Begin. Begin was deeply suspicious of Sharon.

And with good reason Sharon secured cabinet approval of his Lebanon war plan by subterfuge: by presenting a proposal for a limited operation, then launching an all-out invasion of Lebanon. After the Sabra-Shatilla massacre, Sharon was eventually dismissed from his post after Israelis belonging to leftist parties, Labour and Peace Now, staged massive popular demonstrations demanding his removal.

Today Sharon is the directly elected prime minister of Israel. Between 1982 and his rise to the top, he voted against all the peace agreements reached with the Palestinians.

He openly proclaims his intention of reversing the Oslo process. He heads a "national unity" government which commands the support of 75 members of the 120 seat Knesset, including those from Labour. The majority of the members of his cabinet are right wingers, several come from extreme right parties. Since the Intifada erupted 14 months ago, the Israeli electorate has moved decisively to the right. The Labour Party is in extreme disarray and has no effective leader. Its leading figures, Shimon Peres and Binyamin Ben-Eliezer, cling tenaciously to the foreign and defence ministries in Sharon's government, in spite of the fact that Sharon is the author of his own polities in both spheres.

In 1982, Defence Minister Sharon was given the US "green light" to invade Lebanon by the hawkish Secretary of State Alexander Haig who was ultimately sacked by President Ronald Reagan for doing so. Today, Premier Sharon has been given the "green light" by President Bush, the top man in the administration. In spite of being a "dove", Secretary of State Colin Powell, a former military man like Haig, supports Bush. Neither Bush nor Powell seem to understand that Arafat is fighting for his life, the existence of the PNA and the very survival of his people's dream of a state.

The Bush administration is more right-wing than the Reagan administration. Bush's conservative wing of the Republican Party has close ties with Israel's Likud and other rightist Israeli groupings which have, since 1982, infiltrated the US political system.

The September attacks on New York and Washington have driven the Bush administration even further to the right and straight into the arms of Sharon. Bush has adopted Israel's contention that Arafat bears sole blame for "terrorism" in the occupied Palestinian territories and Israel. The root cause of "terrorism," Israel's illegal and brutal occupation, is ignored.