Laman Webantu   KM2: 6511 File Size: 2.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 529: FPost: Enam Menteri Taliban dan Duta Berpisah Haluan
By Frontier Post

25/12/2001 8:46 pm Tue

http://frontierpost.com.pk

Enam Menteri Taliban dan Duta Berpisah Haluan

(Six Taliban Ministers, diplomats part ways)

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam bekas menteri dan beberapa diplomat kanan Taliban mengambil tindakan untuk berpisah haluan dengan pergerakan Taliban dan menganggotai satu pertubuhan Islamiah yang dihidupkan semula setelah lama bertapa. Ketika menghadiri satu persidangan akhbar di Islamabad, pemimpin Taliban yang bertindak keluar ini berkata bahawa mereka pernah menasihati pucuk kepimpinan Taliban untuk mengkaji dasar pertubuhan mengenai Osama Laden, dan beberapa isu penting yang lain tetapi malangnya pucuk kepimpinan tidak memberikan layanan.

Mereka yang bertindak keluar itu termasuklah bekas duta ke Pakistan, bekas timbalan menteri Penerangan, bekas itmbalan menteri pengajian tinggi, bekas timbalan menteri penghantaraan pelarian, bekas ketua hakim negara dan bekas duta di Arab Saudi.

Kumpulan yang keluar ini telah menganggotai satu kumpulan yang berusia 63 tahun dan bernama 'Da Khudamul Furqan Jamiat (KFJ)'.

Seorang pemimpin agama yang terkenal, Amin Mujaddadi, mengetuai kumpulan itu.

Mujaddadi yang bercakap melalui penterjemah, mendakwa beberapa bekas gabenor Taliban, menteri dan pemerintah tentera telah menyatakan sokongan mereka kepada kumpulan itu.

'Kami membuka pintu untuk Taliban' katanya.

KFJ memulakan semula aktiviti politiknya untuk mencapai harapan politik dan keagamaan rakyat dengan cara mencari kedamaian dan penyatuan di kalangan semua suku kaum dan parti ke arah penyatuan nasional,' kata Mujaddadi.

Apabila ditanya dasar Taliban mengenai Osama Laden, dia menjawab: Kami telah beri ingatan kepada pemimpin Taliban akan masalah itu. Afghan akan menghadapinya kerana dasar tersebut.'

'Kami hidupkan kumpulan ini untuk kemudahan Taliban,' kata Mujaddadi.

Beliau berkata bahawa beliau adalah antara 1500 pemimpin Islam yang berkumpul di Kabul kira-kira tiga bulan dulu, dan meminta pucuk kepimpinan Taliban meminta Osama Laden keluar daripada Afghanistan, untuk mengelakkan pertumpahan darah di Afghanistan,' kata beliau.

Namun dia memuji Taliban yang berjaya mengawal keselamatan negara itu aman dan menghindarkan tanaman dadah.

Apabila ditanya apakah Mullah Omar masih layak digelar 'Amirul Mo'minin', dia menjawab 'Sistem pentadbiran Taliban sudahpun berakhir, jadi begitu jugalah gelaran itu.' Dia juga menyebut nasib pemimpin Taliban itu akan diputuskan oleh para ulama.

Bila ditanya akan perihal serangan Amerika, Mujaddadi memang amat risau akan kesan pembunuhan orang yang tidak berdosa.

Terjemahan: SPAR
11.12.01