Laman Webantu   KM2: 6508 File Size: 11.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 526: TimesUK: Terperangkap oleh Sejarah Silam: Arafat, Sharon Terus Berperang
By Tracy Wilkinson

25/12/2001 8:40 pm Tue

[Catatan penterjamah: Kita terjemahkan artikel ini kerana ada unsur sejarah dalamnya. Ini ada unsur propaganda, sedangkan banyak perkara tersirat yang mesti difahami oleh orang Melayu sebelum membuat pengadilannya - penterjemah. ]


Terperangkap oleh Sejarah Silam: Arafat, Sharon Terus Berperang

(Prisoners of Their Pasts: Arafat, Sharon Battle On)

Oleh: Tracy Wilkinson - Times Staff Writer. 11/12/01.

JERUSALEM: Ini bukan pertama kali Ariel Sharon bertentangan Yasir Arafat dalam satu adu-domba untuk terus bernyawa. Dua orang wira tua ini sudah melakukannya di jalanraya Lubnan, sebuah negara yang ditakluki oleh Israel dua dekad yang lalu ketika Sharon menjadi menteri pertahanan. Itulah penaklukan yang menjadi sebahagian usaha Sharon untuk menghancurkan Arafat dan pertubuhan pimpinannya (PLO) Palestin Liberation Organisation.

Hari ini Arafat sekali lagi menjadi sasaran bidikan Sharon. Dia sudahpun diasak ke satu tahap penyiksaan kerjayanya sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan impian nasionalis Palestin, sambil ditekan dan ditindas oleh Israel dan Amerika Syarikat supaya bertindak terhadap kumpulan militan dalam pertubuhannya.

Sharon memang terlalu taksub mahu menamatkan riwayat kepimpinan Arafat. Namun selain itu dia tidak mempunyai satu strategi politik jangka panjang yang meyakinkan. Sedangkan Arafat hanya memiliki satu sahaja strategi kali ini, tidak lain untuk bertahan dan terus bernyawa.

Keangkuhan yang ada pada Arafat dan sifat tidak boleh bertolak ansur yang menjiwai Sharon tidak dapat mencetuskan satu ruang jalan tengah yang mampu mengelakkan krisis ini dan pertumpahan darah, demikian pendapat ramai pakar analis yang mengamati keadaan yang ada. Ini merupakan satu nasib yang malang kepada bangsa Palestin dan Yahudi, kata mereka. Adalah satu tragedi melihatkan dua bangsa itu dipimpin oleh dua manusia yang dalam banyak hal telah terperangkap oleh sejarah silam. Mereka menyambung perang lama dengan taktik perang yang usang tanpa wawasan politik atau ciri-ciri kenegarawan yang membolehkan mereka memancang tiang damai untuk masa depan bangsanya.

'Mereka terperangkap oleh keghairahan, riwayat kepimpinan diri, perjalanan psikologi mereka dan sejarah silam,' kata David Grossman seorang penulis Israel dalam satu temuramah ketika merujuk kepada Sharon dan Arafat. 'Saya tidak nampak jalan lain kecuali munculnya satu generasi baru dalam pucuk kepimpinan parti pada dua pihak. Kalau adapun jalan lain ialah munculnya satu keajaiban ataupun tercetusnya satu malapetaka. Dan saya tidak nampak sebarang unsur keajaiban itu.'

Grossman adalah salah seorang dalam satu kumpulan yang dianggotai oleh orang Yahudi dan Palestin yang pernah menunjuk perasaan mahukan kedamaian pada Isnin lalu. Sekitar 20 orang yahudi dan 10 orang Palestin di kalangan pemimpin politik, cerdik-pandai dan aktivis telah melintasi satu kubu permeriksaan tentera Israel di pinggir kem pelarian Kalandia yang tereletak di ptepi jalan Jerusalem-Ramallah.

Itulah kawasan yang tidak berpunya di mana kebanyakan Palestin tidak dibenarkan masuk dan askar Israel sentiasa sibuk menggali tanah untuk kubu pertahanan mereka. Itulah kawasannya yang dicerobohi oleh dua kumpulan itu secara simbolik menunjukkan betapa pentingnya dicetuskan pemikiran alternatif untk menyelesaikan masalah.

Jalan yang diceroboh itu pernah menjadi jalan pintas antara Israel dan Tebing Barat. Kini, ia berubah menjadi satu persimpangan yang sibuk dan dipenuhi kenderaan dan lalulintas Palestin yang cuba melepasi sekatan askar Israell.

'Inilah keadaan zalim yang mengarah kita ke medan peperangan,' kata Salim Tamari, seorang pendidik Palestin yang pakar dalam halehwal Jerusalem dan menganggotai kumpulan tunjuk perasaan itu.

Tamari berkata, walaupun Sharon dan Arafat mempunyai fikiran sempit dalam cara menangani ideologi mereka yang bercanggah itu, ada satu perbezaan ketara di mana Arafat bertindak dari kedudukan yang lemah, berbeza dengan Sharon yang mempunyai segala kuasa yang amat ketara.

Sharon mengebom pejabat PA (Palestinian Authority), ibupejabat polis dan institusi yang melambangkan kuasa Arafat sedangkan pada waktu yang sama Palestin disuruh menangkap mereka yang disyaki merancang serangan relamati, kata Tamari. Peristiwa pembunuhan dua kanak-kanak dalam kisah serangan Sharon terhadap para militan di Tebing Barat terus menyulitkan tugas Arafat.

'Arafat masih mampu megawal keadaan, tetapi untuk mempertahan kuasanya dia perlu menunjukkan sedikit sinar harapan, sedikit keupayaan untuk membolehkan orang Palestin bergerak dalam persekitaran mereka. Sekarang anda dapat lihat betapa kami dikepung saja,' kata beliau sambil menunjuk kepada barisan oarang yang bergilir menanti diperiksa oleh sekatan Israell. 'Orang Israel harus memberikan kemudahan untuk orang Palestin bernafas, jika tidak ia membuat orang lebih bersimpati dengan puak militan.'

Israel berlagak lantang dengan sokong kuat AS dan masyarakat antarabangsa dan menuntut supaya Arafat menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menangkap calon pejuang relamati dan perancang mereka; setakat ini Arafat gagal menahan lebih ramai orang yang disyaki seperti yang dsebut oleh Israel.

Sharon dipilih menjadi presiden Israel kerana janjinya mengembalikan kedamaian dan keselamatan kepada bangsanya dan setakat ini tidak ada satupun yang tertunai. Namun, dia masih menikmati sokongan kuat di kalangan rakyat Israel. Pungutan suara minggu lalu menunjukkan tiga suku responden senang-hati dengan tugasnya. Tetapi pungutan suara itu menunjukkan sokongan berpanjangan kepada usaha perbincangan damai dan penubuhan satu negara Palestin, yang disetujui oleh Sharon secara lakonan sahaja.

'Apa yang dituntut oleh rakyat untuk mengikut perasaan mereka dan apa yang mereka cakapkan dengan menggunakan otak adalah amat berbeza. Cara menyambungkan perbezaan yang wujud itu ialah melalui kepimpinan. Sedangkan kepimpinan itu tidak ada lagi,' kata Didi Remez, seorang aktivis berhaluan kiri dalam pertubuhan 'Peace Now' yang membantu menganjurkan domonstrasi pada hari Isnin itu.

'Kepimpinan yang ada adalah bertaraf haprak di kedua pihak,' katanya.

Sharon adalah anak seorang peneroka Yahudi yang berhijrah ke bumi Palestin untuk menubuhkan negara Israel kerap mengulang-ulang pendapatnya bahawa Israel masih lagi berperang untuk kemerdekaannya. Dia telah menyanggah kebanyakan perjanjian damai yang ditandatangani oleh Israel. Orang yang rapat dengannya pernah menyebut betapa Sharon memang seronok dengan konflik persenjataan yang sudah lama mengganas selama 14 bulan. Dia bangga kerana terlibat dengan setiap peperangan Israel dan dengan yang ini pula.

Nampaknya, strategi utama Sharon ialah melumpuhkan kuasa Arafat hingga dia tumpas ataupun digulingkan oleh orangnya sendiri, untuk memberi laluan kepada kepimpinan yang mudah dilenturnya. Tetapi semakin ramai pakar berpendapat akan muncul satu keadaan yang lebih menggila, di mana penglibatan puak pelampau akan lebih menonjol.

Cadangan Sharon ialah melihatkan satu negara Palestin yang terputus-putus kedudukannya dan tidak seperti yang ada sekarang dan dikuasai oleh Palestin. Kebanyakan penempatan Yahudi yang ada dianggap tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa tetapi amat diutamakan oleh Sharon sebagai satu strategi menampan keselamatan Israel daripada terancam. Konsep itu memang sudah lama ditentang oleh Palestin sejak ia dimulakan.

Para diplomat dan beberapa analis Israel berkata: Sharon amat gusar dengan perundingan politik kerana ia berkemungkinan menamatkan riwayat kerajaan campurannya.

Para pembantu Sharon telah menolak kritikan itu yang telah disuarakan jua oleh Menteri Luar Shimon Peres yang menyebut dia ketandusan wawasan dan cuba menyambung peperangan di zaman mudanya.

Kalau dikirakan sejarah peribadi Sharon, yang sungguh berpengalaman di medan perang dan segala kedahsyatannya, sepatutnya dia merupakan orang yang paling terdepan berbanding setiap ahli politik di seantero dunia ini, yang betul-betul mengetahui betapa peritnya peperangan itu,' kata penasihat diplomatik Sharon, Daniel Avalon. 'Dia mempunyai satu wawasan yang jelas, yang tidak mahu dibentangkannya di meja perundingan dengan khususnya kerana dia sedar perkara itu akan menjadi bahan awalan perundingan pihak yang lagi satu.'

Arafat kerap mentadbir dengan teknik yang ketinggalan zaman. Dalam banyak hal dia masih merupakan seorang pejuang gerila, memimpin satu pergerakan kebebasan nasional, seperti yang diamalkan berdekad lamanya. Cara kepimpinannya memang bercelaru, tegas dan autokratik. Dia memang tidak menyenangi sistem demokrasi. Korupsi dan nepotisme memang lumrah dalam Palestinian Authority yang diisytiharnya setelah pulang daripada buangan pada 1944. Tidak ada satu sistem penghakiman, kebanyakan media adalah dikawal oleh pentadbirannya dan dewan rakyat tidak mempunyai sebarang kuasa.

Arafat semakin digugat oleh kebangkitan pengaruh kumpulan radikal Hamas dan Jihad Islamiah. Dua pertubuhan radikal itu bangkit setelah Arafat gagal menjangka ancaman yang mungkin mereka cetuskan. Dulu dia menjangka dapat mengawal mereka ketika membenarkan ruang yang luas pada permulaan pergerakan intifada.

Namun, Arafat masih dianggap sebagai pengasas dan lambang, bapa impian Palestin untuk menegakkan sebuah negara merdeka.

Hari ini Arafat dilihat sebagai lumpuh; kerana Sharon sudah memusnahkan helikopter milik pemimpin Palestin itu dan juga lapangan terbang antarabangsa Palestin. Sharon berkata dia tidak mahu melihat Arafat keluar dari rumahnya. Pada Isnin lalu Arafat sudah merobah agenda untuk menghadiri satu persidangan tergempar negara Islam yang telah dimintanya untuk bersidang. Sebahagian sebab dia mengubah agenda itu aialah kerana dia khuatir Sharon akan menyekat kepulangannya semula, demikian yang diberitahu oleh pembantunya.

Sharon dan kerajaan Israel sudah berjaya menampar keaiban, memencilkan dan memomokkan Arafat (sebahagiannya dengan bantuan kawan-kawan Arafat juga) sehinggakan mereka mampu merencana bidang perdebatan mereka. Di Washington, sudah tidak ada lagi sebutan mengenai Nasionalisme Palestin. Di kalangan ramai orang Yahudi, Arafat adalah dianggap seorang pengganas yang mencetuskan persoalan bukan ada kaitan dengan bagaimana caranya, tetapi apakah dia perlu dimusnahkan

Ramai orang Israel yang sudah menerima saranan Sharon bahawa Arafat bukan layak menjadi rakan untuk berdamai dan adalah lebih waras kalau dia dimusnahkan kerana keadaan tidak akan menjadi lebih teruk lagi.

Suara yang menjerit pada hari Isnin lalu dalam tunjuk perasaan di Kalandia tidak boleh menyangkal pendapat itu lebih kuat lagi. Tetapi mereka adalah golongan minoriti yang dianggap oleh seorang wartawan Israel merupakan ngap terakhir daripada saki-baki berhaluan kiri.

Terjemahan: SPAR
11.12.01