Laman Webantu   KM2: 6501 File Size: 5.8 Kb *

| KM2 Index |


TJ SP MGG: Petronas Ambil-alih Litar F-1 Sepang
By M.G.G. Pillai

12/12/2001 12:29 am Wed

Petronas Ambil-alih Litar F-1 Sepang

(Petronas takes over the Sepang F1 Circuit)

Oleh: M.G.G. Pillai

Menanggung bebanan hutang mestinya tidak merupakan keinginan Petronas. Tetapi syarikat minyak kerajaan ini kini terpaksa mengambil-alih beberapa projek yang tidak mampu membayar hutang bertapuk yang telah diredahnya. Ia membina Putra Jaya, menaja pemandu F-1 dan kereta lumba dan kereta lumba ralli, kejohanan World Champion Grandprix, membayar gaji guru-guru, membiayai segala kerja menonjolkan imej kerajaan bukan secara berapa bagusnya kita ini, tetapi bagaimana kita hidup membazir selalu. Bukanlah menjadi satu kejutan lagi kalau Petronas mengambil-alih Litar F-1 Sepang daripada syarikat kerajaan MAHB (Malaysian Airports Berhad) MAHB memberikan alasannya kenapa: Ia memberikan Petronas 'kepentingan strategi dan sinergi' di mana dengan pendapatan jualan minyak ia boleh membazirkannya pada sukan bermotor, menaja giliran perlumbaan F-1 di Malaysia dan menjadi penaja bersama pasukan Sauber F-1.

MAB menguruskan lapangan terbang. Kini ia baru sedar kenapa ia tidak seharusnya menguruskan perlumbaan kereta ataupun litar lumba-kereta. Tetapi, perkara itu sepatutnya disedari lebih awal dulu sebelum membuat litar lumba itu. Itulah bahananya apabila dibelanjakan RM500 juta untuk Litar Sepang. Tidak ada yang begitu bongok mahu membeli satu struktur gajah-putih yang tidak mendatangkan faedah, kecuali Petronas. Itulah yang disebutnya Petronas mempunyai 'kepentingan strategi dan sinergi'. Kerana itu merupakan satu tawaran yang tidak boleh ditolak tepi. Tetapi, kalau kita celikkan mata dan melihat apa yang tertulis, kita akan dapati bahawasanya MAHB sudah muflis, sedangkan Petronas belum lagi. Takkan boleh dibiarkan Petronas begitu saja? Maka disogokkan Litar F-1 Sepang untuk memudahkan Petronas lebih cepat menjadi muflis.

Litar F-1 Sepang seperti juga banyak lagi projek yang sudahpun menjerumuskan negara ini ke kancah kemuflisan adalah cetusan rasa otak bergeliga seorang Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, namanya. Apa yang diminatinya, dia dapat melaksanakannya. Semua ini dipermudahkan oleh Petronas yang DIA sahaja yang menguruskan arahtuju kewangannya (parlimenpun tidak berkuasa - penterjemah) sehingga tercetus satu ketaksuban Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara hebat kalau duit banyak yang ada tidak dirembat. Kini kita diberitahu dan Mahathir sebagai menteri kewangannya telah menyerang sesiapa yang tidak percaya bahawa Malaysia masih banyak menyimpan wang simpanannya - begitu banyak wang Malaysia yang diperuntukkan untuk dibelanja sehingga menteri terpaksa memulangkannya semula kerana kesuntukan masa. Apabila MAHB menolak Litar Sepang kepada Petronas, ia membolehkan Petronas memperolehi bebanan hutang yang MAHB tidak berupaya memikulnya. Lagipun, beberapa ratus juta dollar diperlukan untuk mengekalkan hak menaja kejuaran F-1, sedangkan MAB tidakpun mempunyai dana itu. Kerajaanpun tidak mempunyai dana sebanyak itu. Tetapi Petronas mempunyai dana yang diperlukan, dengan harapan ada banyak lagi kejohanan perlumbaan lain yang boleh di taja di situ.

Sebagai menteri kewangan, Mahathir mesti sudah sedar kini betapa orang yang mendahuluinya, Insan Yang Namanya Tidak Boleh Disebut-sebut, telah merencana agar cucu-cicit kita nanti akan membayar segala hutang piutang hasil kerakusannya. Tetapi si barua ini tidak boleh disentuh. Dilema beliau adalah satu kelas dengan dilema Hamid Karzai (Afghanistan) dengan Amerika Syarikat: dia enggan membenarkan Mullah Omar dibawa keluar ke Amerika Syarikat seperti yang dikehendaki oleh Washington. Demikianlah, seorang 'doktor yang baik' tidak boleh membiarkan seorang 'pakar kewangan' ditangkap dan ditahan tanpa menjejaskan kedudukan si doktor haprak itu tadi. Sistem perbankan memang mempunyai banyak simpanan dana, kerana pinjaman diberikan kepada peminjam yang menunjukkan jaminan kerajan pusat, dan dengan cagaran yang relevan. Ataupun kalau ada arahan supaya kumpulan yang hampir muflis diberikan pinjaman berbilion banyaknya. Tetapi kumpulan semacam itupun sudah semakin kurang, sekarang.

Kini, Malaysia berada di bibir jurang kemuflisan. Fenomena ini sengaja dilenakan dengan segala gelagat menggembar-gemburkan sikap kejujuran dan simpanan wang yang banyak yang membuatkan negara lain boleh naik juling. Inilah yang amat jauh berbeza daripada hakikatnya. Sistem pemerintahan negara sudah tidak wujud, dan menteri bermula dari perdana mengeri hingga menteri bawahan yang paling haprak sekali, terus mengugut dan mengancam untuk membina mahligai di kayangan. Inilah dunia fantasi Darulboleh, sikap Petronas membeli Litar F-1 Sepang dianggap sama relevan dengan angan-angan akan muncul seorang pemenang Nobel Prize daripada Malaysia menjelang 2020. Jauh panggang daripada api. Tetapi akhbar yang ada memerlukan berita untuk mengisi ruang yang kosong. Kerajaan tdak boleh dilihat sebagai bongok dan tongong atau kelihatan diuruskan oleh musibat haprak, walaupun itulah kenyataan sebenarnya. Kerana itu disiarkan satu berita opera bagaimana Petronas sedang berbincang untuk membeli F-1 Sepang daripada MAHB yang amat liat untuk melepaskannya. Oleh kerana Lebuhraya Utara Selatan, sedang mengalami kerugian juga, tidak hairanlah kalau lebuhraya itu juga akan memberikan Petronas 'kepentingan strategi dan sinergi' yang dikatakan amat diperlukan oleh Petronas.

Terjemahan: SPAR-01-1771
11.12.01

Asal: KM2 6483