Laman Webantu   KM2: 6494 File Size: 7.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 520: Duke: B4 - Gandingan Israel AS Cetuskan 9-11 [Mesti Baca]
By David Duke

11/12/2001 11:41 pm Tue

Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan Peristiwa 11 Sept. - Bahagian 4

(How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)

Oleh: David Duke - National President (EURO)

November 21, 2001

Keganasan Yang Menghantui Rakyat Lebanon

(Terror Against the Lebanese People)

Antara 1978 - 2000, Israel telah menceroboh dan menakluki Lebanon dan bertanggungjawab dengan kematian sekitar 15,000 manusia. Ada satu contoh keganasan Israel yang dengan sengaja mengebom sebuah pusat PBB di Qaha, Lebanon lima tahun yang lalu. Artikel yang diselitkan di bawah ini bukan ditulis oleh orang Palestin, Arab ataupun seorang yang beragama Islam. Ia ditulis oleh seorang rakyat Britain, Robert Fisk, yang merupakan salah seorang wartawan British yang disegani yang bertugas di Timur Tengah. Dia menulis untuk akhbar di London, 'The Independent'. Seandainya seseorang rakyat Amerika mahu memahami kebencian yang dicetuskan oleh Israel terhadap Amerika, silalah baca catatan yang menyayat hati ini dan sila lihat dengan jelas gambar yang menunjukkan kenyataan keganasan Israel.

Kebanyakan rakyat Amerika telah membaca pelbagai kisah yang memilukan tentang penderitaan kaum Yahudi ketika diserang episod Holokos, ataupun kisah orang Israel yang menjadi mangsa serangan pejuang relamati Palestin. Mereka telah melihat berdozen filem dan dokumentari yang menyayat hati yang memaparkan mangsa berbangsa Yahudi. Tetapi, kebanyakan rakyat Amerika belum lagi membaca secebis kisah yang dipaparkan di sini. Kisah seperti ini memang tidak banyak diterbitkan oleh akhbar dan majallah Amerika.

headless baby

(Bukti kekejaman Israel yang menyayat hati. Para pekerja sedang memindahkan mangsa kekejaman Israel - kebanyakannya wanita,kanak-kanak dan warga tua - yang dibunuh olehaskar Israel di Lebaonan, termasuk memenggal kepala seorang kanak-kanak di atas.)

'......Qana, di Selatan Lebanon: Memang dahsyat perisitiwa pembunuhan beramai-ramai itu. Sebelum Sabra dan Chatila, saya belum pernah melihat manusia yang tidak berdosa disembelih begitu rupa. Para pelarian Lebanon dilonggokkan bertindih-tindih, tidak kira perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Anggota badan mereka yang hilang, tangan ataupun kaki, hilang dipenggal ataupun perutnya yang dibelah. Terdapat lebih satu ratus mangsa seperti ini. Ada seorang kanak-kanak yang terlentang tanpa kepala yang telah dipenggal. Bom Israel telah mengena mereka laksana pedang yang tajam datangnya, sedangkan mereka amat yakin akan keselamatan berlindung di khemah pelarian itu. Seperti umat Islam di Srebrenica, umat Islam di Qana tersilap juga.

....Ketika saya melangkahkan kaki mendekati mereka, saya terkelicik di atas tangan manusia yang terputus daripada badannya.

Penyembelihan orang awam oleh Israel sepanjang 10 hari mereka mengganas itu - mengorbankan 206 mangsa sehingga malam kelmarin - adalah sungguh rakus, ganas sehinggakan tidak ada seorang warga Lebanon yang akan memaafkan mereka. Malahan ambulan yang mengangkut mangsa ke hospital telah diserang pada Sabtu lalu mengorbankan jururawat di Yohmor sehari sebelumya, dan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dihinggapi peluru berpandu Israel empat hari lalu, sehinggakan terpenggal kepalanya. Awal semalam askar Israel telah membunuh dengan kejamnya satu keluarga mengandungi 12 anggota - yang paling muda berusia empat hari - dimusnahkan oleh juruterbang helikopter yang melepaskan peluru berpandu.

Tidak lama kemudiannya, tiga buah jet pejuang Israel telah menggugurkan bom hanya 250 meter daripada satu konvoi PBB yang saya tumpangi, memusnahkan sebuah rumah yang melambung 30 kaki ke atas di hadapan mata saya. Ketika pulang ke Beirut untuk mengirim laporan berita kisah pembunuhan beramai-ramai Qana kepada akhbar Independent, malam kelmarin, saya telah menyaksikan dua buah helikopter perang Israel menembak kereta masyarakat awam yang lalu lalang di bahagian utara Sidon.

......Seorang askar PBB rakyat Peranchis telah menyumpah seranah apabila membuka satu beg plastik untuk mengumpulkan anggota badan dan serpihan tangan manusia yang tidak ketahuan badannya.

Tiba-tiba kami tidak lagi menjadi askar PBB ataupun wartawan, cuma orang barat, yang bersekutu dengan Israel, yang menjadi bahan kebencian dan kemarahan orang. Seorang lelaki yang berjanggut merenung kami dengan pandangan yang tajam, sambil wajahnya merah padam kerana kebencian. 'Kamu orang Amerika,' jeritnya kepada kami. 'Kamu orang Amerika memang anjing. Inilah kerja kamu, kamu memang anjing...!'

Presiden Clinton telah bersetuju untuk bersekutu dengan Israel dalam peperangan mereka membenteras 'Keganasan' dan orang Lebanon. Walaupun menanggung kepedihan, mereka tidak akan melupakan perkara ini. Sebarang kenyataan rasmi Israel yang menunjukkan mereka turut bersedih adalah laksana memerah asam limau di atas luka yang terbuka. 'Aku bersedia menjadi sebutir bom untuk meledak dan menghancurkan orang Yahudi,' kata seorang tua .... (23)

Kalaulah setiap rakyat Amerika membaca artikel tulisan Robert Fisk, ia akan membantu mereka memahami kenapa Amerika begitu dibenci dan kenapa kita sekarang dihantui serangan pasukan pejuang relamati. Kalaulah anda mahu tahu motivasi sebenar para pejuang seperti Osama bin Laden, majalah 'The Nation', pernah menemubual beliau pada 21 September 1998. Di situ ada digambarkan reaksi beliau terhadap pembunuhan kejam Israeli di Qana.

'...Kali terakhir saya berjumpa Osama bin Laden dia masih bersedih kerana pembunuhan kejam Israel yang mengorbankan 107 pelarian Lebanon yang berlindung di khemah pelarian PBB di Qana pada April 1996. Israel menyebut perkara itu adalah satu kesilapan, tetapi PBB tidak berfikiran begitu sedangkan Presiden Clinton hanya menganggapnya sebagai satu tragedi - seolah-olah itu adalah satu kejadian bencana alam. Tetapi, Osama Laden berpendapat itu adalah satu perbuatan keganasan sejagat. Mesti ada balasannya, kata beliau, yang mahukan orang Israel yang melakukan kejadian buruk itu dihakimi. Clinton menggunakan perkataan yang hampir sama terhadap Osama Laden dan para penyokongnya pada bulan Ogos. Seperti biasalah, laksana kes si pekak bercakap dengan orang pekak yang lain.' (24).

Ramai rakyat Amerika yang tidak akan dapat membaca kisah tragedi Qana yang serupa seperti yang ditulis oleh Robert Fisk. Pengawalan ketat Israel terhadap media Amerika dan kerajaan Amerika telah berjaya menekan kebanyakan cerita yang ada kaitannya dengan keganasan Israel terhadap Palestin. Seterusnya saya akan buktikan betapa mereka telah berjaya menyungkup pelbagai jenayah pembunuhan Israel terhadap Amerika Syarikat.

....bersambung.....

Terjemahan: SPAR
06.12.01

Asal: KM2 6472 Ref: http://www.davidduke.com/writings/howisraeliterror.shtml