Laman Webantu   KM2: 6489 File Size: 4.2 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 517: Reuters: Robert Fisk dibelasah teruk di Pakistan
By Reuters

11/12/2001 11:00 pm Tue

Wartawan Terkemuka, Robert Fisk dibelasah teruk di Pakistan

(Newspaper journalist badly beaten in Pakistan)

LONDON (Reuters): Wartawan British Robert Fish telah diserang dengan teruknya pada hari Sabtu oleh satu gerombolan ganas di Pakistan.

Fisk, 55 tahun, adalah wartawan veteran yang membuat liputan untuk akhbar The Independent, di London. Beliau telah dikeroyok oleh sekitar 100 pelarian Afghan setelah keretanya rosak di tengah jalan antara sempadan Pakistan Quetta dan Chaman.

'Itu merupakan satu pengalaman yang menakutkan dan saya memang menanggung kesakitan yang amat sangat, tetapi bersyukur kerana masih bernyawa,' demikian dia memberitahu seorang teman di 'The Independent.' 'Saya akan menanggung parut luka untuk sepanjang hayat saya. Adalah malang, saya mengalami kerosakan kereta di tempat yang salah dan di waktu yang tidak memihak kepada saya.'

Kawannya itu telah memberitahu Reuters: 'Dia sedang merentasi sebuah perkampungan yang dipenuhi para pelarian daripada Kandahar. Robert memberitahu kami dia dapat tahu kemudiannya bahawa merka telah diserang dengan bom.

'Dia berkata gelagat dua orang barat yang menolak sebuah kereta yang rosak, telah menarik perhatian satu kumpulan manusia. Pada mulanya mereka nampak mesra tetapi tiba-tiba seorang kanak-kanak telah membaling batu yang mengena Robert dan membuatkan yang lain terus membelasahnya.

Robert Fisk mengalami kecederaan di kepala, muka dan tangan kerana dibaling batu. Seorang jurucakap akhbar Independent memberitahu bahawa Fisk sedang berehat di kamar hotelnya di Quetta.

'Robert berkata dia memang amat faham kenapa perkara itu berlaku,' kata jurucakap itu. 'Orang-orang itu adalah pelarian. Mereka sudah kehilangan segala-galanya. Robert mengerti kenapa mereka naik marah. Dia tidak menaruh sebarang dendam terhadap mereka.'

Apabila ditanya apakah Fisk, yang memang terkenal sebagai seorang pakar Timur Tengah, boleh meneruskan laporannya akan pergolakan di Afghanistan, jurucakap itu berkata: 'Kami menjangkakan Robert akan mula menulis semula untuk Independent pada hari Isnin.'

[Catatan penterjemah: Akan bermulakah budaya intifada di bumi Afghanistan ataupun Pakistan? ]

Terjemahan: SPAR
09.12.01




Asal:

http://uk.news.yahoo.com/011208/80/ckxh4.html

Newspaper journalist badly beaten in Pakistan

LONDON (Reuters) - British journalist Robert Fisk was attacked and badly beaten on Saturday by a mob in Pakistan.

Fisk, 55, a veteran foreign correspondent for the London based Independent newspaper, was set upon by a group of around 100 Afghan refugees after his car broke down on the road between the Pakistani border towns of Quetta and Chaman.

"It was a very frightening experience and I am in a lot of pain but I am glad to be alive," he told a colleague on the Independent. "I'm going to bear the scars for the rest of my life. Sadly I broke down in the wrong place at the wrong time."

The colleague told Reuters: "He was passing through a village full of refugees who'd just escaped from Kandahar. Robert told me he discovered later that they'd been bombed.

"He said that the sight of two westerners pushing a broken down car attracted a crowd. They were friendly at first but then a child threw a stone which hit him on the head and then the others joined in."

Fisk suffered injuries to his head, face and hands after being pelted by stones. A spokeswoman for the Independent said Fisk was recovering at his hotel in Quetta.

"Robert says he completely understands why this happened," she told Reuters. "These people were refugees. They've lost everything. Robert says he understands why they're angry. He doesn't hold it against them at all."

Asked whether Fisk, widely acknowledged to be an expert on the Middle East, would continue to report on the conflict in Afghanistan the spokeswoman said: "We're expecting Robert to be writing for the Independent on Monday."