Laman Webantu   KM2: 6486 File Size: 3.1 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 514: IUK: Fisk - Bukti Terbaru Kes Sabra dan Chatila
By Robert Fisk

11/12/2001 9:54 pm Tue

Independent UK

Bukti Terbaru Menunjukkan Mangsa Mati Beberapa Jam Kemudiannya

(New Evidence Indicates Palestinians Died Hours After Surviving Camp Massacres)

Oleh: Robert Fisk

Bahan bukti yang menyeramkan menunjukkan lebih 1,000 orang Palestin yang berjaya hidup selepas berlakunya serangan pembunuhan kejam di kem pelarian di Sabra dan Chatila telah didapati 'ghaib' dalam masa 24 jam selepas peristiwa ganas itu, kebanyakannnya di kawasan yang dikawal oleh tentera Israel.

Keterangan bertulis yang merakamkan dengan terperinci bagaimana para mangsa dilihat oleh ahli keluarga mereka, yang ditangani tentera Israel dan pasukan militia sekutu Israel - adalah antara bahan yang akan dipertimbangkan oleh seorang hakim warga Belgium, yang akan menentukan hari ini apakah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, boleh didakwa kerana pembunuhan secara beramai-ramai itu. itu.

Mr. Sharon pernah dihakimi sabagi 'bertanggungjawab secara peribadi' menyebabkan penyembelihan manusia itu oleh Suruhanjaya Kahan Israeli pada 1983. Laporan suruhanjaya itu merumuskan bagaimana ratusan warga Palestin termasuk, wanita dan kanak-kanak, telah disembelih antara 16 hingga 18 September 1982.

Akan tetapi, antara lima orang saksi wanita yang disebut oleh para peguam di Belgium, yang menuntut Sharon didakwa, terdapat sekurang-kurangnya lima orang yang mendakwa bahawa lebih 100 lelaki telah ditahan oleh anggota militia dan diserahkan kepada askar Israel dalam keadaan masih bernyawa. Mereka tidak dilihat selepas itu.

Selain tindakan mahkamah, terdapat filem rakaman petugas TV di waktu itu. Penggambaran mereka tiba-tiba menjadi perhatian dan menunjukkan pegawai Israeli bersama anggota Phalangis yang bersenjata - beberapa lama selepas Isarel menyedari sekutu mereka kumpulan Phalangis itu telah melancarkan pembunuhan ganas, yang menyebabkan Mr.Sharon melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan.

Memang sudah lama wujudnya perbezaan dalam angka mayat yang dijumpai di Sabra dan Chatila - sehinggakan 600 mayat kesemuanya - dan juga jumlah orang awam yang dicatatkan hilang - lebih 1,800 semuanya. Sehingga kini, adalah dianggarkan bahawa semua mangsa telah dibunuh dengan kejam oleh anggota Phalangis dan mereka telah menanam mayat itu secara rahsia.

Seandainya bahan terbaru itu diterima oleh mahkamah, ia akan mencetuskan kesan yang besar bahananya kepada tentera Israel dan juga Mr. (bulldozer) Sharon, terutama sekali kalau Israel terus bersekongkolan dengan Phalangis selepas pembunuhan kejam di kem pelarian itu dan seandainya mereka membenarkan Phalangis membawa lebih ramai banduan keluar dari situ.

Terjemahan: SPAR
08.12.01

Asal: KM2 6475 Ref: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=107173