Laman Webantu   KM2: 6485 File Size: 5.0 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 513: Pravda: Osama Laden Perdayakan Washington
By Dmitry Litvinovich

11/12/2001 9:44 pm Tue

Pravda.ru

Osama Laden Perdayakan Washington

(Ben Laden Outwitted Washington)

Oleh: Dmitry Litvinovich

Markas utama Al-Qaeda di banjaran gunung Tora Bora yang terletak kira-kira 55 km daripada Jalalabad dikatakan telah diambil-alih oleh pasukan Pakatan Utara. Demikian laporan RIA Novosti yang merujuk kepada maklumat CBS, daripada Kabul. Satu pertempuran yang lama telah menghasilkan kejayaan yang berbeza-beza. Namun akhirnya, pasukan anti-Taliban berjaya mengambil-alih gua markas itu di bahagian paling bawah. Mengikut gambaran cerita Mujahidin, pintu masuk ke gua itu terlalu sempit, membolehkan hanya seorang manusia meloloskan dirinya. Apabila berada di dalam kawasan lapang terlalu nyata menempatkan perluru dan senjata, tempat simpanan, dan bilik rehat yan dibina di situ. Beberapa keluarga Arab telah ditangkap sebagai banduan tetapi Osama bin Laden tidak dijumpai di situ.

Washington telah memperakukan maklumat ini, sambil menyebut Osama Laden sudahpun pergi jauh daripada wilayah Afghanistan. Mengikut jurucakap khas Jabatan Negara AS, besar kemungkinan Osama Laden sudah meninggalkan Afghanistan dengan menggunakan kapal laut kepunyaan Al-Qaeda. Mengikut laporan ABC TV, pada waktu ini angkatan tentera Amerika sedang menggeledah 23 kapal dagang, yang dikatakan dikawal oleh Al-Qaeda. Maklumat bahawa Al-Qaeda memiliki kapal dagang tetahpun diperakukan oleh pentadbiran Norway.

Tidak pula diketahui di manakah kapal yang digeledah itu. Washington tidak boleh menafikan bahawa kapal tiu digunakan untuk melarikan Osama Laden dan para pembantunya keluar daripada Afghanistan.

Mengikut risikan AS yang dipetik oleh saluran TV, mereka berjaya mengesan lima kapal dagang, sedangkan kapalselam AS dan komando di dalamnya bersedia bertindak di laut pada bila-bila masa. Seandainya ada petanda liar yang didengar daripada kapal-dagang tersebut, angkatan tentera laut akan dikerah untuk menghapuskan mereka, demikian yang dilaporkan oleh ABC.

Kehilangan Osama telah menjejaskan martabat AS secara serius. Kerana tugas operasi ketenteraan di Afghanistan - untuk memusnahkan Al-Qaeda dan menghapuskan segala tahanan perang ataupun untuk memusnahkan Osama Laden tidakpun dapat terlaksana sepenuhnya.

Tamat.

[Catatan Penterjemah: Satu opera Amerika terbaru akan bermula!!!! Muslihat utama ialah bagaimana cara mendedahkan begitu banyak mayat askar yang terbunuh sedangkan Krismas hanya beberapa hari sahaja jaraknya.. ]

Terjemahan: SPAR
08.12.01




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2001/12/07/23144.html

2001-12-07 BIN LADEN OUTWITTED WASHINGTON

Al-Qaeda's main terrorist base in mountain region Tora Bora, at a distance of 55 km towards Jelalabad has been captured by the Northern Alliance. This was reported by RIA Novosti referring to CBS information from Kabul.

The battle was been carried long and had a variable success. Though, finally, anti-Taliban forces managed to capture caves of the lowest level. According to Mojahedi's descriptions, the entrance to the caves is very narrow, so only one person could hardly squeeze into it. Though, inside, there is much space, ammunition depots and living rooms are situated there. Some Arabs and their families members were taken prisoner, though Osama bin Laden is not among them.

He seems to have moved to Pakistan, where their track most likely will be lost. Local Pashtun tribes would regard it as honour to grant asylum to the fighter against infidels. Washington confirms information, that bin Laden has left Afghan territory. According to special spokesman for US Department of State, bin Laden most likely left Afghanistan by a vessel belonging to Al-Qaeda.

According to ABC TV channel, at the moment US Armed Forces are searching for 23 trade vessels, supposedly belonging or controlled by Al-Qaeda. Information about Al-Qaeda possessing trade vessels was confirmed by Norwegian authorities.

It is not known where the vessels are located at the moment. Washington cannot exclude they could be used to evacuate terrorist number one and his surroundings from Afghanistan.

According to US intelligence's agents quoted by the TV channel, they managed to find several vessels, while US submarines with commandos on board are ready to start military actions in sea any moment. If some hostile signals are heard from the trade vessels, US naval forces will be ordered to annihilate them, ABC reports.

The terrorist number one's disappearance seriously damaged US prestige, because the task of the military operation in Afghanistan to smash Al-Qaeda and to take prisoner or to annihilate bin Laden have not been completely fulfilled.

Dmitry Litvinovich PRAVDA.Ru