Laman Webantu   KM2: 6484 File Size: 8.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 512: IDPT: Dis 7, 1941: Muslihat Besar Dari Mula Lagi
By Robert B. Stinnett

11/12/2001 9:39 pm Tue

The Independent Institute

Disember 7, 1941: Muslihat Besar Daripada Mula Lagi

(December 7, 1941: A Setup from the Beginning)

Oleh: Robert B.Stinnett

Ketika Amerika mengingati dan menghormati 2403 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terkorban - serta 1178 yang cedera - ketika Jepun menyerang Pearl Harbor, Hawaii pada 7 Disember, 1941, beberapa dokumen kerajaan yang baru didedahkan telah mencuit beberapa persoalan yang meragukan.

Yang menjadi isu utama ialah perihal Amerika mengetahui lebih awal lagi rencana Jepun mahu menyerang Hawaii dengan menggunakan satu kapalselam dan satu ketumbukan armada tentera laut, 59 tahun dulu. Terdapat dua soalan teratas di senarai pengetahuan awal itu: (1) Apakah Presiden Franklin D. Roosevelt dan ketua turus angkatan tentera, beliau telah sengaja mengacah Jepun untuk berperang secara terbuka di Hawaii, dan (2) rencana ketenteraan Jepun itu telah diperolei lebih awal lagi oleh Amerika Syarikat tetapi sengaja diperam daripada pengetahuan para pemimpin tentera di Hawaii, Admiral Husband E. Kimmel dan Lieutenant General Walter Short, supaya mereka tidak menyekat tindakan perang itu.

Soalan yang terakhir tadi, telah terjawab dan diperakukan pada 30 Oktgober, 2000, apabila Presiden Bill Clinton menandatangani satu undang-undang baru, dengan sokongan Kongres, maka diluluskannya 'The National Defense Authorisation Act.' Antara beberapa peruntukan yang dimaktubkan, akta itu telah mengenepikan rumusan sembilan siasatan Pearl Harbour sebelum itu dan mendapati bahawa Kimmel dan Short telah dinafikan bahan risikan tentera yang penting yang memantau pergerakan angkatan tentera Jepun menuju Hawaii yang ada dalam simpanan pentadbiran Roosevelt beberapa minggu sebelum berlakunya peristiwa serangan Jepun itu.

Keputusan Kongres memang amat khusus terhadap gelagat Rumah Putih pada 1941 itu: Kimmel dan Short menjadi mangsa tindakan menafikan saluran risikan yang mengesan kedudukan pasukan Jepun ketika mereka menuju Hawaii. Apabila serangan Jepun itu menerima kejayaannya, dua orang komander itu telah dinyahkan daripada tugas mereka serta dituduh cuai dan tidak cekap menangkis serangan dan merekapun diturunkan pangkat.

Kini, Clinton terpaksa memutuskan sama ada mengizinkan permohonan Kongres untuk mengembalikan pangkat lama kepada dua orang panglima itu sebelum mereka diaibkan dengan turun-pangkat pada 1941. Tidak kiralah apa yang akan dilakukan oleh Panglima Utama (Clinton) di bulan-bulan terakhir tempoh perkhidmatannya, pendapat Kongres itu harus dilihat sebagai satu usaha membetulkan kesilapan 59 tahun lalu yang mengaibkan Kimmel dan Short.

Cuma ada satu lagi persoalan yang tidak berjawah: Apakah tuduhan kecuaian Pearl Harbour dan kemusnahannya itu berpaling pula kepada Presiden Roosevelt?

Ada satu filem wayang berdasarkan serangan itu yang dalam pembikinan oleh Walt Disney Studios dan dijangka akan ditayangkan bermula Mei 2001. Jery Bruckheimer, produser filem itu, enggan mengambil kira kisah amaran awal yang diketahui oleh pentadbiran Roosevelt dalam skrip beliau. Ketika mengulas kisah FDR mempunyai pengetahuan awal dalam temubualnya yang diterbitkan pada awal tahun ini, dia berkata 'That's all b**l shit.'

Akan tetapi, Roosevelt beranggapan bahawa gelagat beliau merangsang Jepun melancarkan seranan ke atas Hawaii adalah merupakan satu jalan pilihan yang ada padanya pada 1941 untuk melumpuhkan pengaruh 'First non-interventionist movement' (pergerakan yang tidak suka Amerika campurtangan dengan hal ehwal negara luar) yang dipimpin oleh wira angkasa Charles Lindbergh. Sikap tidak suka berperang itu telah mendapat sokongan sekitar 80 peratus penduduk Amerika semenjak 1940 hingga 1941. Walaupoun Jerman sudah menakluk sebahagian besar Eropah, dan kapalselamnya Kelas U-Boat, telahpun menembak beberapa kapal milik Amerika di Lautan Atlantik - termasuk kapal perang - Amerika tidak mahu campur tangan dengan 'Perang Eropah'.

Namun, Jerman telah membuat satu kesilapan. Jerman telah bersekutu dengan Itali menandatangani satu perjanjian dengan Jepun dalam satu perjanjian yang dinamakan 'The Tripartie Pact' pada 27 September 1940. Sepuluh hari kemudiannya, Lt. Commmander Arthur Mccollum, seorang pegawai kanan tentera laut di pejabat risikan, telah mendapat satu ilham bagaimana menumpulkan pergerakan anti-perang rakyat Amerika itu dengan mengacah Jepun supaya melatah dan mengisytiharkan berperang dengan Amerika Syarikat. Inilah yang mencuit perjanjian Tripartite Pact, dan menjerumuskan Amerika terlibat dengan Perang Dunia Kedua.

Semua maklumat ini telah dirakamkan dalam satu memo rahsia McCollum bertarikh 7 Oktober, 1940 yang baru-baru ini dapat diamati melalui peruntukan yang termaktub dalam 'Freedom of Information Act'. Cadangan ONI (Office of Naval Intelligence) mencadangkan lapan bentuk provokasi terhadap Jepun. Muslihat utamanya ialah mengekalkan ketumbukan armada Amerika di rantau Hawaaii sebagai umpan untuk menaikkan keghairahan Jepun datang menyerang.

Presiden Roosevelt telah bertindak pantas. Pada keesokan harinya, 8 Oktober, 1941, Ketua Turus Ketumbukan AS Admiral James O.Richardson, telah dipanggil mengadap di 'Oval Office' dan diberitahu akan rencana bermuslihat itu oleh Presiden. Dalam satu perbalahan yang hangat dengan presiden FDR, Admiral itu enggan menyabung nyawa anggota pasukannya dan membahayakan kelengkapan perang di bawah kawalannya. Richardson telah dipecat daripada jawatannya, dan FDR telah melantik seorang pegawai yang tidak berapa dikenali, Rear Admiral Husband E. Kimmel, untuk mengambil-alih teraju memerintah di Hawaaii. Kimmel dinaikkan pangkat dengan empat bintang untuk memulakan tugas pada 1 Februari 1941. Pada waktu yang sama Waler Short telah dinaikkan pangkat menjadi Lt. General dan diberi kuasa memerintah pasukan tentera darat di Hawaii.

Sepanjang 1941, FDR telah melaksanakan tujuh unsur provokasi yang lain itu. Kemudian dia memantau reaksi Jepun melalui perhubungan komunikasi risikan (yang dapat dipecahkan kod rahsianya) antara masyarakat diplomatik dan pemimpin ketenteraan Jepun.

Para perancang tentera Jepun telah menggunakan provokasi itu untuk mengambil-alih kuasa dan mengatur kekuatan tentera mereka untuk sedia berperang dengan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda. Serangan utama mereka, Hawaii, telah dibocorkan kepada AS pada Januari 1941. Sepanjang 11 bulan kemudiannya, Rumah Putih telah memantau rancangan perang Jepun itu melalui segala maklumat perhubungan komunikasi mereka yang dapat dipecahkan kod rahsianya.

Para pemimpin Jepun tersilap dalam mengikuti kewaspadaan keselamatan. Sekurang-kurangnya 1,000 laluan pesanan setiap hari dapat dikesan dan dipantau serta difahami oleh pangkalan pemantau yang dikendali oleh AS dan sekutunya dan segala maklumat itu telah diserahkan secara ringkasannya kepada Rumah Putih. Mesej yang dikesan itu memang amat jelas: Pearl Harbour akan diserang pada Disember 7, 1941 oleh angkatan tentera Jepun yang mara melalui Lautan Pasifik Utara. Pada 27 dan 28 November, 1941, Admiral Kimmel dan General Short telah diberi arahan untuk bersiap siaga kerana 'Amerika Syarikat mahukan Jepun melancarkan serangannya dulu.' Arahan itu datang secara terus daripada Presiden Roosevelt.

Seperti yang pernah saya jelaskan kepada para hadirin yang mengikuti satu forum di 'The Independent Institute' di Oakland, California, yang telah dirakamkan dan disiarkan secara meluas merata negara pada cuti 4 Julai dulu, siasatan saya terhadap segala rekod tentera laut Amerika menunjukkan, bukan sahaja Kimmel dan Short dinafikan butiran komunikasi risikan Jepun itu, malahan rakyat Amerikapun tidak tahu-menahu akan perkara itu. Inilah dia tipu muslihat yang bertahan selama hampir 59 tahun.

Sejurus berlalunya peristiwa 7 Disember, 1941, semua dokumen yang ada kaitan dengan komunikasi ketenteraan yang merakamkan kisah pengetahuan awal Amerika mengenai serangan Pearl Harbour telah dikunci rapat dalam peti besi untuk mengelakkan sesiapa yang cuba mengetahuinya. Walaupun 'The Freedom of Information Act' mengizinkan segala dokumen itu untuk dialihkan kepada Arkib Negara pada 1995, masih wujud satu industri belakang-rumah yang terus berusaha menutup maklumat lain yang ada sangkut paut dengan kebajingan Amerika berkaitan Pearl Harbour.

Terjemahan: SPAR
08.12.01

Asal: KM2 6473 Ref: http://www.independent.org/tii/news/001207Stinnett.html