Laman Webantu   KM2: 6478 File Size: 11.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 509: Duke: B1 - Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan 9-11
By David Duke

8/12/2001 2:29 am Sat

Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan Peristiwa 11 Sept. - Bahagian 1

(How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)

Oleh: David Duke - National President (EURO)

November 21, 2001

Seandainya Osama bin Laden adalah orang yang mendalangi serangan ngeri September 11, saya, seperti juga majoriti rakyat Amerika ingin melihat beliau dihukum kerana jenayahnya. Orang dan negara yang melakukan keganasan terhadap Amerika tidak seharusnya terlepas daripada hukuman.

Tetapi kini saya akan membuat satu kenyataan yang mungkin mengejutkan anda. Seandainya anda bersetuju bahawa mereka yang melakukan kerja ganas itu mesti dihukum, makanya Amerika juga harus menyenaraikan Israel di bahagian teratas senarai sasarannya. Dalam penulisan ini saya akan buktikan bagaimana Israel telah sengaja melakukan pembunuhan yang ganas dan kerja-kerja durjana terhadap Amerika.

Keganasan dan kedurjanaan Israel terhadap Amerika, bukan sahaja dibiarkan tanpa sebarang hukuman, malahan telah diberikan hadiah oleh para pemimpin politik yang telah belot dan berpaling tadah terhadap Amerika Syarikat.

Saya akan buktikan betapa Israel telah mencetuskan keganasan secara berterusan sejak setengah abad yang lalu berbanding negara lain di bumi ini. Kemudian, saya akan dedahkan keganasan Israel dan segala kekejaman terhadap Amerika Syarikat. Akhirnya nanti, saya akan buktikan beberapa kenyataan sahih menentukkan betapa Israel sengaja mahu mencetuskan kematian ribuan rakyat Amerika pada 11 September.

Kenapakah Amerika diserang?

Sesiapapun tidak mahu berdebat, apapun motivasinya, seandainya Osama Laden mendalangi serangan ngeri Pusat Dagangan Dunia, dia sepatutnya dihukum kerana mengorbankan manusia yang tidak berdosa. Pada waktu yang sama adalah penting untuk kita memahami kenapakah berjuta manusia di dunia ini membenci Amerika. Kenapa ramai yang sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk menghukum kita? Saya amat mengharapkan tidak ada pembaca yang mengikuti tulisan ini begitu naif untuk mempercayai bahawa jutaan manusia yang membenci Amerika adalah kerana mereka hidup 'bebas'. Jika demikian, kepalsuan itu tentu menjadi pendapat yang paling haprak yang disebarkan untuk santapan rakyat Amerika selama ini.

Dalam usaha menghentikan ancaman keganasan terhadap rakyat Amerika, kita mesti sedar alasan sebenar kenapa kita begitu dibenci. Teknologi moden, membuatkan pembunuhan beramai-ramai dan keganasan itu begitu mudah sehinggakan sesiapapun boleh melakukannya. Ia tidak mudah dihalang oleh kekuasaan tentera. Malahan, segala kekuatan tentera yang kita taburkan di Afghanistan yang sepatutnya menyapu bersih unsur keganasan di situ - semakin menunjukkan pertanda yang mencuit perasaan kebencian merata dunia terhadap Amerika yang akan melahirkan ribuan pejuang bagi setiap seorang 'pengganas' yang mungkin kita bunuh.

Saya juga memikirkan apakah nisbah sasaran-musuh yang mati di Afghanistan. Apakah mungkin 1 anggota al-Qaida terbunuh bagi setiap 10 askar Afghan dan orang awam yang cuba meneruskan hidup mereka seperti orang awam Amerika. Ataupun 1 orang 'pengganas' bagi setiap 100 orang rakyat Afghan. Saya mengsyaki angka sebenar ialah berkemungkinan 1000 (satu ribu) orang biasa bagi setiap 1 orang pejuang tulin yang tidakpun akan mengganggu Amerika.

Mungkin juga kita harus mempunyai keberanian secukupnya memikirkan alasan munasabah kenapa begitu ramai yang membenci kita. Hanya dengan fakta itu di tangan kita, dan bukannya klisye yang berbunyi seperti: 'Mereka mengancam kebebasan,' yang memungkinkan kita mengambil tindakan untuk melindungi orang kita di masa depan.

Bagaimanapun, apakah cara kita menilai 'sesuatu seranan terhadap kebebasan Amerika'? Saya mahu katakan betapa 'serangan terhadap kebebasan' yang sebenarnya ialah dengan menggugat Piagam Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Amerika Syarikat. 'Sepuluh Pindaan' (Ten Amendments) merupakan tiang seri kemerdekaan Amerika. George Bush dan Kongres Amerika yang kini dilengkapi oleh Patriot Act, sudahpun menjejaskan hak kebebasan kita yang termaktub dalam Perlembagaan, lebih hebat lagi dari apa yang termampu dilaksanakan oleh Osama bin Laden.


Sebab Sebenar Kita Dihenyak Keganasan

Sebab sebenar kita menanggung beban keganasan serangan WTC adalah amat mudah.

Terlalu ramai pemimpin politik Amerika yang berpaling tadah dan derhaka terhadap rakyat Amerika dengan cara menyokong secara membuta tuli negara yang paling besar unsur jenayahnya di dunia ini: ISRAEL.

Media massa Amerika dan kerajaannya tidak boleh rakus untuk membolot semua. Apabila mereka tergerak menyerang Afghanistan kerana membantu dan melindungi para pengganas, makanya ada segelintir orang Palestin yang tergerak untuk menyerang Amerika kerana bantuannya dan sokongan ketenteraannya kepada Israel. Inilah negara yang telah selama ini melakukan jenayah keganasan terhadap mereka.

Para pembelot di Amerika Syariakt telah memberi peluang kepada sebuah negara luar yang ganas untuk menguasai kerajaan Amerika Syarikat. Ada segelintir pembaca yang berfikir adalah tidak munasabah apabila saya mengatakan ada negara luar yang menguasai Amerika. Tetapi, cuba renungkan fakta yang pernah diluahkan oleh bekas ketua Jawatankuasa Senet Mengenai Perhubungan Luar, William Fulbright. Beliau pernah bercakap di satu rencana siaran TV rangkaian ABC yang berjudul 'Israel menguasai Dewan Senat Amerika Syarikat.' (1) dan Senator Fulbright bukannya orang sembarangan, kerana namanya itu yang mendorong ramai pelajar yang pintar mengimpikan 'Biasiswa Fulbright.' Bukan sahaja Senator Fulbright telah membuat dakwaan yang cukup berpengarauh itu, tetapi Pengerusi Lembaga Ketua Turus Angkatan Tentera Amerika, George Brown, dan ramai orang lain lagi, telah berkata perkara yang serupa.

'Kita boleh berkata, betapa sukarnya mendapatkan perkenan Kongres untuk menyokong satu program (Israel) seperti ini. Tetapi mereka akan berkata agar kita tidak risaukan perkara itu. Kami akan menangani Kongres kata mereka. Bayangkan apabila orang luar yang jauh duduknya, mampu berkata begini. Anda tentu tahu bahawa mereka memiliki bank negara ini, dan juga surat akhbar. Cuba perhatikan di mana wang Yahudi dilaburkan. (2) (General George Brown, bekas Ketua Turus Angkatan Tentera.)

George Brown memang amat arif dengan cara Yahudi menguasai media massa Amerika. Memang benar mereka menguasai beberapa buah akhbar yang paling berpengaruh di negara ini, termasuk tiga akhbar yang tertinggi kedudukannya. The New York Times, the Washington Post, dan Wall Street Journal. Mereka juga memiliki tiga buah majalah yang paling terkemuka: Time, Newsweek dan U.S News and World Report. Tetapi, yang lebih penting lagi, mereka menguasai TV dan media siaran, di mana dua media konglomerat adalah Time-Warner dan Disney. Dominasi ini termasuklah petugas rangkaian berita daripada tiga sumber utama, ABC, CBS dan NBC. Penguasaan media oleh partisan yang pro-Yahudi akan menjadi satu tajuk di lain masa.

Sikap pro-Israel secara melampau adalah penyebab kenapa ramai rakyat Amerika begitu bebal terhadap rekod keganasan Israel. Apa yang perlu dilakukan oleh media ini ialah mengusahakan satu cucukan jarum halus terhadap belon propaganda Israel, kerana yang diperlukan selepas itu ialah cucukan bertalu-talu untuk menjatuhkan belon yang penuh dengan pembohongan Yahudi itu.

Saya akan tunjukkan kepada anda dokumentari yang berlaku sepanjang 50 tahun bagaimana Israel bergelumang dalam keganasan yang begitu mencabar. Dengan menyokong segala jenayah Israel itu, Amerika kini sedang dihantui oleh kebencian ratusan ribu manusia di merata dnia. Usaha menyokong keganasan Israel selama ini menunjukkan betapa mereka sudahpun menentang Amerika Syarikat. Kebanyakan rakyat Amerika tidakpun menyedari kehebatan dan sikap keganasan Israel kerana media Yahudi yang dikuasai oleh kerajaannya, seperti yang diterangkan oleh General Brown. Satu contoh terserlah bagaimana kuatnya pengaruh mereka terhadap dunia media ialah kemampuan mereka menyebarkan propaganda mengenai serangan WTC yang mereka katakan tidak ada kena mengena dengan Israel, dan betapa serangan 'kamikazi' (bahasa Jepun bererti relamati) itu adalah kerana mereka membenci Amerika dan kerana Amerika adalah sebuah negara bebas.'


Pembohongan Besar

Media massa Amerika yang dikawal oleh Yahudi dan para pemimpin politik Amerika yang sudah dipengaruhi oleh Israel tidak membenarkan rakyat Amerika menyedari sepenuhnya bahawa Amerika berbelanja besar yang amat sangat dalam sikapnya menyokong Israel secara gila-babi. Selepas berlakunya peristiwa ngeri 11 September, 2001, Presiden Bush telah mengulang-ulang segala pembohongan yang sungguh haprak itu, sambil mendakwa betapa serangan itu terjadi kerana mereka membenci hakikat bahawa Amerika ialah sebuah negara yang bebas. Seandainya kita percaya dakwaan akhbar yang menyebut Osama Laden yang mendalangi serangan ngeri itu, bererti mereka sedar bahawa serangan itu bukan disebabkan oleh kebencian Osama terhadap kebebasan. Tiga tahun dulu, 'ABC Television' dan 'PBS Frontline' telah menemubual Osama Laden, ketika Clinton masih menjadi Presiden Amerika. Osama Laden telah menyebut dengan jelasnya kenapa dia menentang Amerika.

'Mereka (orang Amerika) telah bersedia menyerahkan nasib kepada sebuah pentadbiran yang curang........ sebenarnya Israel yang menguasai Amerika. Cuba nilai beberapa kementerian seperti Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan dan CIA, anda akan sedari betapa orang Yahudi yang menguasainya. Mereka tonggang Amerika untuk memperkasakan rencana mereka menguasai dunia......'

Selama setengah abad, umat Islam di Palestin telah disembelih oleh orang Yahudi. Mereka dizalimi dan martabat mereka telah diculik serta harta pusaka mereka telah dirompak. Rumah kediaman mereka dibom hingga bersepai, tanaman mereka dimusnahkan...... Inilah pesanan saya kepada rakyat Amerika: agar memilih satu kerajaan yang serius yang akan memikirkan kepentingan mereka dan tidak menyerang harta orang lain, ataupun martabat orang lain.....' (3)

Di sebalik apa juga dakwaan jenayah yang digembar-gemburkan terhadap Osama bin Laden, belum pernah sekalipun dia menyebut sesuatu perkaaan yang menyanggah 'demokrasi'! Pihak media yang telah mencipta satu pembohongan untuk menyerang 'demokrasi' dengan tujuan menyungkup kebenaran sebenar; bahawasanya Amerika sedang diserang sebagai satu reaksi tindak-balas kerana sokongan kerajaan Amerika menyokong dasar keganasan Israel di Timur Tengah. Persekongkolan media menyuburkan pembohongan besar ini dan menyebarkannya tanpa sebarang tentangan sepatunya mencetuskan kesedaran setiap warga Amerika yang berfikiran dan menaruh syak betapa Amerika sebenarnya tidak diberikan layanan kebenaran daripada industri medianya.

....bersambung.....

Terjemahan: SPAR
06.12.01

Asal: KM2 6472 Ref: http://www.davidduke.com/writings/howisraeliterror.shtml