Laman Webantu   KM2: 6470 File Size: 7.9 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 506: IUK: Fisk - Perang Penjajah Yang Terakhir
By Robert Fisk

6/12/2001 1:23 am Thu

Perang Penjajah Yang Terakhir

(This Terrible Conflict Is The Last Colonial War)

Oleh: Robert Fisk

Mampukah Ariel Sharon mengawal orang-orangnya? Bolehkah dia menegah mereka daripada membunuh kanak-kanak, membiarkan jerangkap samar di kebun ataupun melepaskan tembakan peluru kapur terhadap perkampungan pelarian? Mampukah Sharon menyekat gerombolan askar yang yang kejam meneruskan usaha memusnahkan ratusan rumah kediaman Palestin di Gaza? Mampukah Sharon 'melancarkan' kerja-kerja pemusnahan penempatan Yahudi dan menyekat mereka daripada terus mencuri tanah kepunyaan Palestin? Mampukah dia menegah pasukan perisik yang gemar membunuh itu meneruskan kerja membunuh musuh Palestin mereka? Ataupun meneruskan 'targeted killings' (pembunuhan yang dirancang) seperti yang disebut oleh BBC ketika mempertahankan kritikan Israeli terhadap program media mereka.

Sememangnya, semua soalan ini adalah dianggap soalan haram yang ditegah untuk ditanyakan. Kerana itu marilah kita menghalalkannya. Cara orang Palestin melakukan pengeboman melalui pejuang relamati mereka di Jerusalem dan Haifa adalah perbuatan yang menakutkan, kejam, dan tidak boleh diampunkan. Pada Ogos dulu, saya pernah melihat kesan mendadak terhadap pengeboman relamati Pizzaria di Jerusalem. Mayat wanita Israeli dan kanak-kanak berkecai disebabkan ledakan yang mengandungi serpihan paku. Tujuannya ialah menentukan sesiapa yang terkena ledakan itu dan mampu bernyawa lagi akan menanggung parut luka untuk sepanjang hayatnya.

Saya masih teringatkan kiriman balasangkawa Arafat dan pernah memikirkan sendirain - seperti juga setiap orang Yahudi, agaknya - betapa saya tidak percaya setiap patah kiriman balasangkawa itu. Arafat pernah mengirimkan kata-kata kedukaannya ketika para pejuang beliau membunuh warga Lebanon yang tidak berdosa ketika perang-saudara mereka dulu. Haprak sungguh, fikir saya ketika itu dan begitulah pendapat saya sekarang ini.

Andaian kepada masalah sebenar jelas terbayang hanya beberapa jam selepas berlakunya serangan yang terbaru. Collin Powell, Setiausaha Negara Amerika telah disoal dalam rencana CNN dengan cara yang sungguh berhemah dan lemah-lembut, tentang reaksi beliau terhadap pembunuhan kejam itu. Tidak ada sesuatupun, kata beliau, yang dapat menghalalkan 'keganasan'. Kemudian dia merujuk kisah warga Palestin yang mengikutnya 'mempunyai kadar penganguran sekitar 50 peratus.' Saya tersentak ketika itu. Pengangguran? Apakah itu yang difikirkan oleh Powell sebagai puncanya?

Ingatan saya berlari kepada ucapan Powell di Universiti Leisusberg pada 20 November, ketika beliau melancarkan, seperti yang sepatatunya kita semua mesti mempercayainya, apa yang disebut sebagai inisiatif di Timur Tengah: Tema ucapannya ialah 'Palestians must....' (Orang Palestin mesti.....):

Orang Palestin mesti 'hentikan keganasan,' Palestin mesti 'menangkap, mendakwa dan menghukum mereka yang melakukan keganasan,' Palestin 'mesti memahami walaupun mereka mempunyai tuntutan yang sah', dan catatkan perkataan 'WALAUPUN' 'semua itu tidak boleh diselesaikan melalui keganasan'; Palestin 'mesti sedar betapa keganasan mencetuskan impak yang dahsyat ke atas orang Israel.' Hanya selepas General Powell memberitahu para hadirin bahawa Israel mestilah menghentikan penaklukan wilayah West Bank dan Gaza, menyerlahkan hakikatnya betapa Israel yang menjajah tanah orang Palestin, dan bukan sebaliknya.

Hakikatnya ialah pertelagahan antara Palestin dan Israel ini merupakan perang penjajah yang terakhir. Satu ketika dulu orang Peranchis beranggapan bahawa mereka berperang semacam ini untuk kali yang terakhir. Sebelum itu mereka sudah lama menjajah Algeria. Di sana mereka terokai ladang dan tubuhkan perkampungan di kawasan yang paling indah pemandangannya di antero Utara Afrika. Apabila rakyat Algeria meminta kemerdekaan, Penjajah Peranchis mengecam mereka sebagai 'pengganas' dan menembak pribumi yang menunjuk perasaan, menzalimi musuh mereka yang bersikap sebagai gerila dan menembak 'sasaran yang dirancang' rakyat yang memmbantah.

Inilah cara yang sama kita bertindak setelah mendengar berita kekejaman terbaru di Israel mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Negara, CNN, BBC, dan Downing Street (London). Arafat sudah didesak agar bertegas menjalankan tugas sebagi seorang ketua polis bagi pihak Barat di Timur Tengah. Presiden Mubarrak melakukan tugas ini di Mesir, Raja Abdullah melakukannya di Jordan, dan Raja Fahad melakukannya di Arab Saudi. Mereka mengawal rakyat mereka untuk kepentingan kita. Inilah tugas mereka. Mereka mesti menjalankan peranan ini tanpa merujuk kepada sejarah ataupun kepada penderitaan dan keaiban rakyat jelata mereka.

Izinkan saya marakamkan satu cerita pendek. Beberapa jam sebelum saya menulis artikel ini, bertepatan empat jam selepas ledakan bom pejuang relamati meledak di Haifa - saya telah pergi ke sebuah hospital di Quetta yang penuh dengan lalat yang dihembus bayu untuk berkerumun di situ. Quetta ialah sebuah pekan sempadan di mana rakyat Afghan yang dimangsakan oleh pengeboman Amerika dibawa untuk rawatan. Di katil nombor 12 yang penuh dengan lalat, Mahmat sedang terbaring dan menceritakan pengalaman yang ditanggungnya. Tidak ada kamera CNN, ataupun wartawan BBC di situ merakam ceritanya. Mahmat sedang tidur di rumahnya di sebuah kampung di Kazikarez enam hari yang lalu apabila sebutir bom digugurkan oleh B-52. Dia sedang nyenyak tidur di sebuah kamar, isterinya tidur bersama anak-anaknya. Anak mereka Nourali mati terbunuh, begitu juga Jaber berusia 10 tahun, Janaan(8), Salamo (6), Tawayir (4), dan satu-satunya anak perempuan mereka Palwasha (2).

Pesawat pengebom itu terbang tinggi sehingga tidak kedengaran bunyinya dan diketahui hanya setelah bumbung tanah liat jatuh merudum,' kata Mahmat. Isteri beliau Rukia, yang dapat kami lawati dengan keizinanya, terbaring di sebuah bilik bersebelahan (katil bernombor 13), Dia tidakpun tahu bahawa semua anaknya sudah terkorban. Umurnya baru 25 tahun tetapi wajahnya kelihatan 45 tahun. Sehelai kain menutupi kepalanya. Semua anaknya yang terkorban, seperti juga semua mangsa Aghan yang tidak berdosa, tidak ahan diperakui oleh Bush dan Blair. Ketika melihatkan keadaan Mahmat, dia memerlukan wang disebabkan bom yang telah memusnahkan segala pakaian yang ada pada badannya, dia bertelanjang bogel di bawah gebar hospital yang menutupi tubuhnya. Saya dapat melihatkan sesuatu yang sungguh kejam, dia dan sepupunya yang berada di sisi dengan penuh kemarahan, bersama paman dan adik iparnya yang berada di hospital itu, semuanya mengutuk Amerika yang sungguh kejam melakukan pembunuhan terhadap ahli keluarganya.

Saya khuatir, satu hari nanti, saudara mara Mahmat akan begitu marah untuk bertindak balas terhadap Amerika, dan dalam hal ini mereka akan dianggap sebagai pengganas dan manusia yang buas. Kita juga akan bertanya apakah pemimpin mereka mampu mengawal mereka. Mereka bukannya saudara mara Osama Laden, demikian kata ahli keluarga Mahmat. 'Kami bukan Taliban ataupun orang Arab.' Tetapi, secara berterus terang, apakah kita mampu menyalahkan mereka kalau mereka bertindak menyerang Amerika Syarikat kerana jenayah berdarah yang ditanggung oleh keluarga mereka? Bolehkah Amerika Syarikat hentikan pengeboman perkampungan? Mampukah Washington mengerahkan askar pasukan khas melindungi para tahanan perang? Mampukah Amerika mengawal rakyat mereka sendiri?

Terjemahan: SPAR
05.12.01

Asal: KM2 6457 Ref: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=108161