Laman Webantu   KM2: 6468 File Size: 8.8 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 505: Guardian: Dua Bekas Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB Kecam AS
By Guardian

6/12/2001 1:19 am Thu

The Guardian London
12.1.2001

Dua Orang Bekas Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB Mengecam Rencana Amerika Terhadap Iraq

(Two Former UN Relief Chiefs Speaks Against US Attack)

AS sudahpun menukar dasar luarnya mengenai Iraq. Jelas, Washington mahu mengakhiri dasar mementingkan dirinya sendiri yang berusia 11 tahun mengekang regim Iraq dan menukarnya dengan satu dasar kekerasan menggulingkan Saddam Hussein.

Dasar sekatan ekonomi sudahpun menghancurkan masyarakat Iraq dan menyebabkan kematian beribu kanak-kanak dan warga tua. Banyak buktinya dalam laporan pertubuhan antarabangsa yang berwibawa seperti 'Caritas, UNICEF dan Save the Children.' Satu pertukaran dasar pengantian kuasa secara paksa akan meningkatkan segala penderitaan.

Pencetus dasar itu tentu tidak lagi mampu memuaskan para pengundi dengan cara menyatakan kebencian terhadap golongan penentang mereka. Masalahnya bukanlah disebabkan masyarakat tidak memahami gambaran yang lebih besar, seperti yang disebut oleh bekas Setiausaha Negara Amerika, Madeline Albright, disebabkan berlakunya keadaan yang bertentangan senario yang lebih besar yang disaluti agenda terpendam, adalah sesuatu yang semua orang biasa sudah faham. Takkan kita boleh lupa pengakuan totok Henry Kissinger: 'Bahawa minyak adalah satu komoditi terpenting untuk dibiarkan orang Arab menguasainya.'

Berapa lama lagikah kerajaan demoratik yang dipilih rakyat mampu mempertahankan dasar mendera rakyat Iraq kerana tuduhan yang tidak mereka lakukan melalui sekatan ekonomi yang mepunyai tujuan agar mereka yang masih bernyawa mampu menyingkirkan regim yang sedang berkuasa? Apakah undang-undang antarabangsa hanya layak untuk pihak yang tertindas? Apakah Majlis Keselamatan PBB berfungsi untuk berkhidmat kepada puak yang berkuasa?

AS dan UK adalah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang memang sedar betapa sekatan ekonomi PBB itu amat bertentangan dengan piagam PBB mengenai hak asasi manusia. Bukannya ia merupakan satu anti-UK ataupun anti-US, seandainya wujud kenyataan betapa Washington dan London, berperanan besar berbanding pihak lain sejak dekad dulu lagi cuba melakar usaha dalam sejarah Iraq untuk membantu mengelakkan tragedi yang mengaibkannya.

Britain dan AS telah sengaja mengusahakan satu dasar mendera sejak mereka menang Perang Teluk pada 1991. Mereka telah bertungkus-lumus menentang usaha Majlis Keselamatan PBB menjalankan tugas rasmi untuk mengkaji kesan sekatan ekonomi itu terhadap masyarakat awam Iraq. Kami memang amat faham perkara ini berdasarkan usaha bertalu-talu dua buah kerajaan itu menyekat kami daripada memberikan taklimat kepda Majlis Keselamatan. Peraturan asas yang memperuntukkan had tahunan berasaskan US$1 untuk setiap insan, dalam perkiraan bantuan kemanusian, yang ditentukan oleh dua kerajaan ini sepanjang tiga tahun pertama dasar 'minyak-untuk-makanan', adalah bukti betapa dasar itu boleh dipertikaikan.

Kita sudah lihat kesannya yang nyata dan tentu tidak faham bagaiman Duta AS James Cunningham, berani bertentangan mata dengan rakannya setahun yang lalu sambil berkata: 'Kami (kerajaan AS ) berpuashati bahawa minyak-untuk-makanan adalah program yang berjaya dan mampu memuaskan keperluan rakyat Iraq.' Selain bekalan makanan dan perubatan, masalah sebenar masakini ialah penentuan agar hasil penjualan minyak Iraq digunakan untuk pembangunan infrastruktur yang telah dimusnahkan dalam Perang Teluk.

Selain teruknya keadaan kekurangan hasil pendapatan minyak untuk memuaskan keperluan rakyat Iraq, sebanyak 30 cents Amerika (kini dikurangkan menjadi 25 cents) bagi setiap dollar yang diperolehi oleh Iraq daripada 1996 hinggalah 2000 telah dilencongkan oleh PBB, atas desakan kerajaan AS dan Britain untuk bayaran pampasan kepada pihak luar yang mendakwa menanggung kerugian disebabkan penaklukan Iraq terhadap Kuwait. Seandainya wang itu diserahkan kepada Iraq, lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan.

Hakikatnya yang tidak menyenangkan kita, ialah Barat telah menculik kebebasan rakyat Iraq, untuk mengugut Saddam Hussin yang sentiasa merobah tuntutannya. Setiausaha Agong PBB yang ghairah mahu menjadi orang-tengah telah disekat melaksanakan peranan ini oleh AS dan Britain.

Resolusi PBB terhadap Iraq yang sentiasa berdolak-dalik itu (constructive ambiquity) seperti yang didalangi oleh AS dan Britain - dilihat oleh dua buah kerajaan itu sebagai satu alat yang amat berkesan. Mereka mencemuh kritikan dengan helah bahawa rakyat Iraq sengaja didera oleh kerajaan Baghdad. Jika demikian kenapa pula kita mesti terus mendera mereka?

Laporan terbaru Setiausaha Agung PBB, pada Oktober 2001, menyebut betapa sekatan AS dan Britain membabitkan bekalan perikemanusiaan bernilai $4bilion adalah penghalang terbesar terhadap kejayaan program minyak-untuk-makanan. Laporan itu menyebut, sebagai perbandingannya, betapa kerajaan Iraq melaksanakan program pembekalan itu dengan memuaskan (ketika kami yang mengetuai program itu). Kematian sekitar 5000 hingga 6000 kanak-kanak setiap bulan, adalah disebabkan bekalan air yang tercemar, kekurangan bekalan perubatan dan kurang zat dalam makanan. Perbuatan sengaja melecehkan bekalan kelengkapan dan bekalan oleh kerajan AS dan Britain, adalah penyebab yang menyumbang kepada tragedi ini, dan bukannya disebabkan kerenah Baghdad.

Kemungkinan AS menyerang Iraq tidak menyediakan satu suasana mesra dalam Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan masadepan sekatan ekonomi itu. Cadangan tahun ini yang ditaja oleh Britain yang disebut sebagai 'smart sanction' (sekatan pintar) akan dibentangkan. Semakin ramai orang yang sedar apa yang kelihatan satu pembaikan terhadap masyarakat awam, sebenarnya merupakan satu usaha untuk menguasai tali pengekang dasar sekatan yang ada; yang menghalang pelaburan asing dan hak rakyat Iraq untuk mengurus pendapatan jualan minyak mereka sendirian.

Cadangan agar sempadan Iraq ditutup rapat, adalah bertujuan mencekik rezeki rakyat Iraq. Dalam suasana politik masakini, sebarang lanjutan dasar yang ada dianggap sebagai penderaan yang palih dahsyat oleh Washington. Kemungkinaan semakin rakyat Iraq yang akan mati dan menderita sengaja diketepikan sebagai sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Apa yang digambarkan di sini bukannya merupakan satu andaian. Terlalu banyak fakta yang tidak dapat diketepikan kerana kami pernah bergelumang dengan segala kerja itu. Kami merasa tertekan melihatkan rakyat Iraq terus menanggung beban kesan perdagangan kelengkapan perang dan mainan kuasa politik. Kami masih teringat kata-kata martin Luther King: 'Masanya akan tiba seperti ketika ini apabila sifat berdiam akan mendedahkan sikap membalas dendam.'

Kami mahu mengalakkan orang ramai di mana jua membantah segala dasar yang kebinatangan ini dan menyanggah gelagat menyebarkan maklumat songsang mengenai Iraq oleh orang yang sepatutnya lebih arif lagi, tetapi lebih rela mengorbankan nyawa orang lain dengan maklumat jahat yang penuh kepalsuan.

Jabatan Negara AS dan Richard Butler, ketua pasukan pemeriksa senjata PBB di Baghdad, memang mahukan Iraq dituduh dengan kisah serangan anthrax. Tetapi mereka harus menyedari betapa serangan itu bermula di AS.

Jabatan risikan AS dan Britain memang amat arif bahawa Iraq sebenarnya sudah tidak berapa kuat dalam persediaannya untuk berperang, dan mereka tentu tidak lupa kenyataan Collin Powell ketika memberi taklimat kepada Presiden George Bush pada Januari dulu: 'Iraq tidak lagi memiliki bahan ketenteraan yang membahayakan jirannya.' Itulah juga kesimpulan yang ditulis oleh bekas pemeriksa senjata PBB. Tetapi untuk mengakuinya bererti memperlekehkan keseluruhan dasar PBB, kerana ia telah dimajukan dan diselia oleh kerajaan AS dan Britain.

Kami memang ketakutan mengenai kemungkinan serangan yang diterajui oleh AS terhadap Iraq. Niat untuk 'menyudahkan tugas yang belum selesai' di Iraq adalah terlalu serius untuk diabaikan oleh masyarakat sejagat. Kami mengharapkan segala amaran para pemimpin di Timur Tengah dan semua kita yang amat prihatin akan hak asasi manusia tidak diabaikan oleh kerajaan AS. Yang paling kita perlukan ialah serangan terhadap ketidak-adilan, dan bukan terhadap rakyat Iraq.

Tamat.

Hans von Sponek (von_sponeck@yahoo.com) pernah menjadi penyelaras kemanusiaan PBB untuk Iraq daripada 1998-2000.

Denis Halliday (djhalliday@msn.com) memegang jawatan yang sama pada 1997-1998.

Terjemahan: SPAR